Friday, July 27, 2012

Home » , , » Catatan 6 Ramadhan : Dah tinggal 1 hari ya Abid | Happy 2nd Birthday Arif

Catatan 6 Ramadhan : Dah tinggal 1 hari ya Abid | Happy 2nd Birthday Arif

Dah masuk hari ke 7 kita berpuasa hari ini. Sekejap saja dah seminggu kan. Cepat betul masa berlalu.

Hari ini nak coret sikit cerita mengenai Abid di puasa yang ke 6 semalam. Dua hari sebelum ini, bangun saja dari tidur, dia terus menuju ke dapur dan membuka pintu peti ais. Alia yang nampak berkata " Ha!!! Abid nak curi minum ya? Abid kan puasa!"

Ketika itu baru pukul 4.30 petang. Memandang wajah Abid yang sedikit monyok di tegur kakaknya aku bersuara pula. " Abid kalau tak tahan haus, nak buka beritahu ibu ya! Jangan curi-curi minum air sejuk dalam peti ais pulak. Ibu tak marah kalau Abid nak berbuka, sebab tak tahan tapi jangan curi-curi buka dan kata Abid puasa. Yang itu ibu marah!"

"Taklah ibu, Abid tengok je. Abid tak minum pun. Betul!" jawab Abid.

Semalam dalam pukul 12.30 tenghari selepas pulang dari sekolah, dia datang  dan berbisik di telinga aku.

"Ibu, kalau Abid nak buka ibu tak marah kan. Tapi kena cakap dulu kan, jangan tipu kan. Abid haus lah ibu, tak tahan sangat ni, Abid nak minum, boleh bu."

Adeh! Dia ingat betul apa aku cakap, nak tahan-tahan pun tak boleh rasanya. Muka nampak haus sangat. Kesian tengok. 

"Ok, Abid boleh berbuka. Tapi Abid jangan cakap dengan abang Aqil dan Alia Abid tak puasa tau! Kesian kat mereka sebab mereka puasa," jawab ku.

"Boleh! Abid tak cakap, tapi ibu pun janji tak cakap dengan abah ya Abid dah buka puasa hari ini," balas Abid.

"Eh mana boleh. Ibu kan selalu cakap abah, abah pun tak marah kalau Abid cakap jujur, kalau Abid curi-curi minum tu yang abah marah!"

Petang itu bila selesai aku bercakap dengan abahnya di telefon pasal nak buka apa, boleh pula dia bertanya, "Ibu dah cakap abah ya! Abah marah tak Abid tak puasa hari ni?"

Hehe....sweet anak ibu tau. Takpelah Abid. Belum pun 6 tahun kamu. Baru saja 5 tahun 8 bulan, belum wajib puasa. Yang penting Abid tahu dan nak belajar puasa. Ibu bangga dengan Abid. Baru sehari tinggal puasa. Jangan lepas ni asyik buat alsasan sama je sebab tak nak puasa ya....ekekek.

*************************************************
Hari ini kira entri dua dalam satu. Ibu nak kongsi kegembiraan dan rasa syukur ibu sempena ulangtahun ke 2  adik Abid yang comel pula iaitu Arif Zakwan bersama teman-teman blog semua.

Muhammad Arif Zakwan, you are 2 today!
Dalam usia 2 tahun, Arif memang penghibur kami sekeluarga.Keletahnya sehari-hari selalu buat kami geram mulanya, tapi akan ketawa kemudiannya. Selalu dah ibu kongsikan dengan semua keletah Arif di blog. Kawan-kawan blog ibu pun semua kenal Arif macam mana.

Terbaru, dia suka main air sekarang. Bila habis makan sibuk nak basuh pinggan sendiri. Pandai cari kerusi panjat untuk basuk pinggan di sinki. Pinggan orang lain pun dia nak basuhkan. Kita marah, dia kata, "Ayip wat" (maksudnya biar Arif buat). Semua lengkap, siap guna sabun cuci depan belakang, tapi yang tak bestnya, habis basah semua sampai ke lantai.

Suka juga main air dalam bilik air. Pantang nampak orang nak solat, dia pun sibuk nak solat. Kemudian tu mulalah ke bilik air ambil wuduk. Basah lagi satu badan. Ambil wuduk walau belum tahu rukun dan tertibnya, semua ada tu. Kadang basuh muka dulu, kadang tu kaki dulu, tapi bila kita kata dah cukup, boleh dia jawab, "angan lom!"

Haha, tahu dia mana yang tertinggal. Arif, Arif. Dah pandai ikut orang azan juga. Semua keletahnya menghiburkan.

Moga membesar sihat, cergas, menjadi anak yang soleh, dan tahu berbakti kepada kedua orang tua ya.Ibu sentiasa doakan yang terbaik buat semua anak-anak ibu tak kira Aqil, Alia, Abid mahupun Arif. Kami semua sayang Arif.

Happy Birthday Arif sayang!

~ يوس ~

29 comments:

  1. Selamat hari lahir arif. Semoga membesar sebagai anak soleh yg pintar, penyejuk hati ibu ayah, berjaya didunia dan akhirat. Amin

    ReplyDelete
  2. alahaaaii comel...suke baca keletah anak2 time pose ni

    ReplyDelete
  3. alahaiiii sweet je tauuu :) izwa pun selalu pesan kat syahmi mcm tu kalo tak tahan bgtau mama je , mama tak marah :)

    ReplyDelete
  4. ragam anak2 mmg selalu menceriakan harai2 kita kan yus.. Alhamdulillah abid dah boleh berpuasa dalam umur yg begitu.. terlompong sehari dua pun masih boleh dibanggakan juga kan yus.. yg penting beraku jujur bila time nak berbuka tu.. selalu tersenyum2 bila baca gelagat arif.. comel sangat telatahnya.. semoga arif terus membesar dengan sihat dan bijak..

    btw, Az skrg darjah 2 yus.. tp badan kecik..

    ReplyDelete
  5. bagusnya abid..insya allah jadi anak yang soleh.. hehe..happy birthday zakwan..kecik2 da belajar bertanggungjawab ni..

    ReplyDelete
  6. bagus cara akak jelaskan pada anak..:) tahun depan abid leh cuba lagi untuk puasa penuh...lagipun sekarang panas, mungkin anak2 tak tahan kan..

    Alhamdulillah...selamat hari lahir arif..Acik doakan arif jadi anak yang soleh dan taat pada allah..amin..:)

    Ammar pun suka main air..orang mandi dia pun nak mandi..orang wuduk dia pun masuk blik air nak mandi..orang nak shoo pun dia nak masuk juga..nak main air le tu...

    ReplyDelete
  7. Semangat kuat dan cekal
    ini semangat kendati diri
    jiwa kental dan aktif
    bukan nakal sebarang nakal
    nakal mewarisi abah SRD
    Happy birthday buat Arif:)

    Jgn marah abah SRD kakak gurau je jangan-jangan ikut ibu Yus kot hihi...

    ReplyDelete
  8. Wah terer abid puasa..kagum, kagum. Happy Birthday Ariff, kejap je dah 2 tahun kan..Moga terus membesar dengan sihat yea!

    ReplyDelete
  9. selamat hari lahir untuk adik arif... so sweet abid..

    ReplyDelete
  10. x pe la abid.. yg penting abid nak belajar puasakan walaupun x penuh..

    hepi besday arif..s emoga arif berjaya dunia akhirat.. jadik anak yg soleh.. amin..

    ReplyDelete
  11. Bagus nyer Abid, tabah dan jujur... oh, lupa nak kabo, happy birthdat Ariff. comel gitu *sekali pandang gambo nyer ingat dah 5-6 tahun

    ReplyDelete
  12. selamat hari lahir adik arif, tahniah pada abid..
    semoga lepas ni terus usaha untuk berpuasa

    ReplyDelete
  13. adib takut kat abah di aye yus...? heheh... Akak tengok abid ni baik je.. aqilah degila yus... susah nak dengar cakap...hehhehe...

    ReplyDelete
  14. selamat hari lahir arif, comelnya kamu, mcm2 keletah kamu auntie baca kat sini hhehehehe

    ReplyDelete
  15. happy birthday Ariff ..rasa dah lama mengenali ariff walapun tak pernah jumpa.
    semoga menjadi anak yang solleh

    ReplyDelete
  16. selamat hari lahir luv from untie KA

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah…Istiqamah kak yus dlm mndidik anak2 berpuasa..tahniah abid..walau tertinggal sehari tapi yg lima tu dah selesai.. teruskan puasa tau!

    Hihhi..arif turning 2 today..^^_
    Sanah helwah utk Muhammad Arif Zakwan,untie cma mengaminkan doa ibu arif tau..amin2..amin..
    Semoga membesar dgn sihat selalu..

    ReplyDelete
  18. eppy bday buat arif ..
    semoga jadi anak yg cerdik dan cerdas ye ;)

    ReplyDelete
  19. salam.

    betul tu kak, ynag penting dia sanggup belajar untuk berpuasa. kalau sakit tu maafkanlah ;)

    ReplyDelete
  20. selamat hari jadi untuk arif..seronok tengok anak membesar di depan mata..moga Arif menjadi anak kebanggaan ibubapanya..berjaya dan bahagia dunia akhirat..amin..

    ReplyDelete
  21. selamat hari lahir Arif....semoga mnjdi anak yg soleh..

    ReplyDelete
  22. Happy birthday Arif! terus jadi good boy tau. :D

    ReplyDelete
  23. selamat hari lahir arif....
    sekejap je anak akak dah 2 tahun ye kak...rasanya baru je baca citer pengalaman akak bersalinkan si arif ni...

    ReplyDelete
  24. kagumnya dengan Abid...yana tk tahulah bila esyhad boleh puasa penuh satu hari..yana timbang berat dia turun satu kilo,rasa kurang semangat nk ajak dia puasa...tapi ajar juga...


    arif tu comel betul,dh pandai wudhu' pulak tu,nabhan ni suka ikut orang solat,siap kacau abangnya lagi..last2 dua2 ketawa2...eiii budak2...mudahan satu masa nanti diorang fahamlah...

    ReplyDelete
  25. Yus... cuba ambil gambar masa berbuka. Apa Arif buat? Kakak dok membayangkan dia sibuk/bingung nak pilih makanan mana satu macam abang dgn kakak dia yg puasa hihi...

    ReplyDelete
  26. selamat hari lahir arif.Klik nuff di sini.

    ReplyDelete
  27. Salam kak yus.. lama nyepi...majuk ngan cma ke?? huk3...

    ReplyDelete
  28. happy birthday arif... rindu keletah arif..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...