Wednesday, July 11, 2012

Home » , , » Kelab Taha : Menabung untuk anak dari kecil

Kelab Taha : Menabung untuk anak dari kecil

Lambatnya aku up entri hari ini. Biasa pagi-pagi, hari ni petang-petang pula ya.

Pagi ini ke Tabung Haji menambah tabungan untuk anak-anak. Tabungan sendiri suami dah buat potongan gaji setiap bulan jadi cuma buat kemaskini buku ajelah. Tabungan anak-anak, aku memang peruntukan sejumlah wang dari yang SRD beri setiap bulan untuk tabungan mereka. Untuk Etiqa takaful lain, untuk akaun tabung haji lain.

Bila jumlahnya dah menampakkan tanda-tanda kalau tak di simpan cepat, akan terguna pakai, maka haruslah segera di simpankan ke akaun....hihi.

mesti adil, setiap seorang ada buku. Dan bila ada buku, perlulah selalu menabung, jangan biar buku tu nampak kosong je kan!!!! Pesanan untuk diri sendiri!!! hehe.
Dah lama tertarik dengan Kelab Taha yang di tubuhkan oleh Tabung Haji, tapi tak pernah bertanya setiap kali berkunjung ke sana. Pagi ini aku teruja ingin nak tahu. Lebih-lebih lagi bila selalu juga terbaca di akhbar Kelab Taha ni ada memberi Anugerah Kecemerlangan kepada ahli-ahlinya yang berjaya dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

image di pinjam dari blog ini.

Melalui sumber www.tabunghaji.gov.my, Kelab TaHa dilancarkan pada tahun 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi yang disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Penubuhan kelab disasarkan kepada penabung muda yang berumur dari 7 hingga 17 tahun.

Makanya hanya anakku Aqil dan Alia saja yang layak memohon. Bila dah ada akaun tabung haji, senang aje nak menjadi ahli. Cuma perlu beritahu kepada petugas di kaunter, dan dia akan updatekan dalam sistem yang anak kita mahu turut serta menjadi ahli. Maklumat semua kan sama masa mula-mula mengisi borang nak buat buku akaun dulu kan. Sekarang ni, hanya perlu menunggu kad keahlian berserta no keahlian Kelab Taha yang akan di hantar ke rumah. Aku pula yang excited terlebih nak tunggu kad keahlian mereka ni, al-maklum dulu-dulu zaman kita mana ada...hehe.

Apa keistimewaan menjadi ahli Kelab Taha??
  • Kad keahlian secara percuma.
  • Potongan harga di lebih 300 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia.
  • Potongan 15% harga penginapan di mana-mana Rangkaian TAHA.
  • Layak dipertimbangkan untuk Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.*
  • Penyertaan Klinik Bimbingan Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM secara percuma.*
  • Peluang menyertai peraduan dan memenangi hadiah yang menarik.*
Sumber : tabunghaji.gov.my
Lain-lain keistimewaan boleh rujuk di sini.

Apa pula objektif penubuhan Kelab Taha ni??
  • Menanam minat menabung sejak di bangku sekolah. Menyemai rasa bangga menjadi ahli Tabung Haji di usia muda.
  • Menganjurkan program-program khas untuk manfaat tambahan kepada ahli kelab seperti Seminar Bimbingan Peperiksaan, perkhemahan ibadah dan sebagainya.
  • Mempelbagaikan program dan aktiviti untuk pendeposit muda dan membangkitkan keinginan menyahut laungan Kaabah di usia muda.

Aku percaya ramai di antara pembaca yang dah punya akaun TH kan. Suka nak ikut contoh Tips Menabung yang berkesan dari Eyriqazz.com.  Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Arif saja walau baru nak capai usia 2 tahun, tapi simpanan TH dia dah hampir 2K. 

Semoga anak-anak ibu akan sentiasa beringat untuk menabung. Dulu-dulu atok dan maktok susah, tak dapat buat simpanan untuk ibu dan abah. Dah besar, baru dapat buat simpanan sendiri, daftar haji pun lambat, kalau ikut giliran katanya 2039 baru tiba giliran kami....huhu. Berjanggut nak tunggu. Moga ada rezeki kita kan anak-anak.

Kawan-kawan yang ada anak berusia 7 tahun ke atas dan masih belum menyertai Kelab Taha ni, jomlah pakat-pakat join sama. Di samping menggalak anak-anak menabung, dapat juga menikmati keistimewaan yang di berikan. Tak rugi kan!


~ يوس ~

15 comments:

  1. Saya pun br ke TH yus. Kutip semua syiling yg 'terselamat' dan masuk akaun anak. Yusuf x daftar pun lg kelab taha. Maryam mmg belum layak..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya anak2 menabung di Tabung Haji dan Etiqa. Mungkin boleh buka akaun SSPN juga kerana boleh dapat potongan cukai pendapatan.

    ReplyDelete
  3. salam kak yus..
    wah..bagus jugaknya menabung dgn taha ni..
    ingt nk buat utk anak2 jugak la..
    tq for sharing:)

    ReplyDelete
  4. bersusun buku tabung haji anak2 ye.... good info...

    ReplyDelete
  5. memang kena menabung dari kecik utk masa depan diorang... kami start masa budak2 baru lahir.. sikit2 pon mak ayah yg kena disiplin.. hehe takut mak ayah ter-over belanja..

    ReplyDelete
  6. Zarif memang dah ada buku akaun tabung haji..tapi tak daftar kelab ni lagi, nanti nak daftar kan la..Saya pun sebenarnya nak bukak akaun SSPN jugak untuk diaorang..

    ReplyDelete
  7. Salam Yus...
    Anak-anak akak pun semua jadi ahli Kelab TAHA. Akak rasa sekarang ni, kebanyakan budak-budak sekolah dah jadi ahli kelab TAHA......

    ReplyDelete
  8. Ana pun tgh try nak buat untuk Nuha. Duit yang orang beri dari dia lahir arituh niatnya nak bukakan akaun TH juga. Kalau ade lebih, nak potong gaji untuk dia juga. Saving TH Ana pun Ana potong gaji. Kalau tak potong, rasanya tak sampai-sampai duit tu ke TH

    ReplyDelete
  9. aah ada juga dgr kelebihan kelab TAHA nie .. tapi ieda x tukar layie ..

    ReplyDelete
  10. baru tahu ni kak yus, tq for sharing, blehla daftar untuk anak2 nanti, mmg bagus menabung ni

    ReplyDelete
  11. kak yus...baru2 ni muhaimin dapat dah kad keahlian kelab taha... memang menarik sangat benefit2 yg ada kan. di samping tu... jom tingkatkan tabungan kita!

    ReplyDelete
  12. gud info ni kak.. menabung amalan mulia kan..

    ReplyDelete
  13. balik ni mmg kene buat tabung. skrg ni ada tabung pendidikan ngan insuran tu. pun kira menabung gak la kan. hehe..

    ReplyDelete
  14. Dari kecik nielah kita mengajar anak2 utk menabung.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...