Friday, April 29, 2011

Apa ada dengan 29 April??

Ya! Semua orang tahu hari ini merupakan hari bersejarah untuk pasangan di raja England ini.

Royal Wedding Date untuk Prince William dan pasangannya Kate Middleton.



Tapi yang anda semua tak tahu, dan tak kisah pun nak ambil tahu....
pada tarikh yang sama 10 tahun yang lalu....
pasangan merpati dua sejoli...
SRD dan Yus diijabkabulkan....

Kami 17 tahun yang lalu, di awal usia perkenalan
Dengan lain perkataan, hari ini juga adalah Wedding Anniversary kami yang ke 10.

Kami di pagi raya tahun 2010
Kalau 10 tahun panggil Jubli apa ya?? :))
Ada ke? Sukahati aku je kan....

Aku gembira!!
Aku bahagia!!
Aku bersyukur di atas kurniaan dariNya!
Terima Kasih Allah!

Semoga rumahtangga yang kami bina ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat kami....aminn!
Doakan kami ya!

TQ...:x


~ يوس ~

Thursday, April 28, 2011

Nuffnang dan Churp Churp

Salam hari Khamis...

Hari ini saja ingin buat satu catatan dalam blog ini mengenai Nuffnang dan Churp Churp. Untuk catatan aku sendiri sebenarnya.

Aku mula berblog 18 May 2006, di blog pertama dulu.

Mula join Nuffnang 11 Mac 2009. Tap serius, masa tu aku tak faham fungsi nuffnang ni. Orang letak di blog, aku pun letak di blog. Sampai laa ni aku masih belum pernah cash-out. Lama tu!! 2 tahun lebih  pasang banner nuffnang dalam blog, masih belum pernah tunaikan. Kesian tak aku!

Memang tabiklah mereka yang boleh buat duit dengan nuffnang ni. Tapi hari ini, 28 April 2011 amaun nuffnang aku ada peningkatan.

Boleh tunaikan dah.
Tapi, aku nak tanyalah korang yang dah biasa tunaikan akaun nuffnang ni. Betul ke, cash-out yang pertama tu tak kira berapa jumlah, asal dah boleh cash-out, baik tunaikan cepat. Nanti untuk yang seterusnya, amaun tu akan naik lebih cepat. Betul ke?? 

Aku memang tak tahu ni! Blurr...ni dah nak hujung bulan, biasa kalau nak tunaikan hujung bulan kan?? Nak tunggu dia lepas amaun 100 tak tahu bila. BE tinggal 1 je dalam tu...huhu. Punyalah lama aku letak banner iklan nuffnang ni dalam blog, 100 pun tak lepas, jadilah dari takde.....hihi.

Ok. Habis cerita dan pertanyaan pasal nuffnang. Ini cerita Churp Churp pula.

Aku baru lagi join Churp Churp. Oran lain join, aku pun nak gak join...:D. Contoh macam iklan pizza kat atas entri aku ni. 

Aku mula dengan Churp Churp 9 Mac 2011. Dan hari ini 28 April 2011, amaun terkumpul dalam akaun Churp Churp aku....:-

RM10.40.
Churp Churp ni kalau nak tunaikan kena ada RM100 ke atas, berbanding nuffnang yang cuma RM50. Tapi rasanya Churp Churp lagi cepat naiknya, di tambah dengan aku memang tak pandai nak promosi, tak rajin, dan tak pernah ada akaun twitter sebelum ni. Join Churp Churp seminggu lebih  barulah buka akaun twitter tu..huhu. Siapa yang ada akaun twitter tu, add lah aku juga ya...http://twitter.com/#!/blogyusourlife

Sebulan lebih dah ada RM10.40 oklah, dari nuffnang yang 2 tahun 100 hinggit pun tak lepas....:))

Apa kata, korang yang belum join tu, bukalah akaun dengan Churp Churp juga. Cuba tengok, lambat atau perlahan naiknya...:). Klik bawah ni ya....


p/s: Siapa yang dah biasa tunaikan nuffnang tu, tolonglah jawab pertanyaan aku tu ya. Siapa yang belum lagi sertai Churp Churp, marilah sertai juga...hehe. Sambil menyelam minum air....tapi bonus paling terbaik dalam berblog adalah dapat ramai kenalan maya yang TERBAIK! Thanks semua sudi singgah blog yus ni...:x
~ يوس ~

Wednesday, April 27, 2011

Jalan-jalan Ayer Hitam...

Selepas dari makan nasi baryani di bandar Batu Pahat, kami ke pekan Ayer Hitam. Niat hati nak cari bantal peluk ultraman untuk Abid. Ayer Hitam, Johor ni memang terkenal dengan tembikar dan kraftangannya. 

Kalau nak cari bantal,beg atau apa juga yang ada gambar dan bentuk kartun, di sini memang popular. Selain tu, ketika bulan Ramadhan, macam2 kuih raya ada di jual di sini. Sesiapa yang tak pernah sampai sini, kalau dari tol Ayer Hitam tu hanya beberapa minit saja.

Oklah, rasanya melihat daripada gambar sudah cukup untuk menyatakan apa yang ada di sana.

Posing dulu ye anak-anak
Pilih-punya pilih belum ada yang berkenan, posing lagi
Yea!! dah dapat untuk Alia dan Abid. Boleh lihat pada gambar kan, ada macam-macam karekter kartun di sana
Aqil pun dah dapat..Arif tengok je ye. Kalau tengok di belakang tu, pisang dan buah-buahan lain pun ada
Cantik!, tak tanya harga pun..huhu
Mereka berdua berkenan dengan rama-rama tu
Beg ini nampak menarik, cermin english design di sebelah tepi sana pun menarik.
SRD mencuba topi koboi....koboi gendung anak ker?...haha
Aqil pun nak cuba, Abid kata Aqil macam Woody lah (Woody cite Toy Story)
Tudung saji, dah kraftangan lain daripada rotan banyak di sini
Nak cuba berkompang pulak dua beranak ni....

Periuk tanah Air Hitam. Arif pun sangat behave hari itu.
Kiranya kami window shopping je yang lebih. Hasil tangkapan hanyalah 3 bantal peluk, satu ada gambar Princess, satu Ultraman dan satu lagi Ben10...:):D.

p/s: Korang pernah tak buat gini. Untuk makluman semua ini adalah entri yang aku pos pada tarikh 2 November 2010. Tapi masa tu, takde sorang pun baca dan tinggal komen...(masa tu blog aku ni belum ramai pembacanya). Jadi aku nak cuba, kalau aku refresh semula entri ini ke tarikh hari ini, ada tak orang nak komen ya...:D.
~ يوس ~

Esok hari Rabu ke???

Balik sekolah hari Jumaat, dia dah bertanya, " Esok hari Rabu ke ibu?"

"Tak! Esok kan Sabtu."

Hari Sabtu dia tanya lagi, " Esok sekolah tak ibu? Esok Rabu ke?"

"Tidak! Esok Ahad, cuti lagi."

Hari Ahad dia bertanya lagi, " Esok sekolah kan ibu? Esok Rabu ke?"

" Esok Isninlah. Cepatnya hari Rabu Abid!"

Hari Isnin, balik dari sekolah, soalan yang sama dia ulang lagi, " Ibu! Esok dah hari Rabu ke belum? "

"Belumlah!"

" Ada satu hari lagi ya ibu."

" Iya!"

Hari Selasa, balik dari sekolah, dengan muka yang ceria, " Ibu! Esok Rabu ke?" Esok Rabu kan?"

" Iya! Esok Rabu."

"Hari Rabu, Abid pakai baju sukan tau ibu! Cikgu kata kena pakai baju sukan".

Malam tadi pun masih dok ulang, "esok kena pakai baju sukan tau ibu."

Begitulah Abid sejak dia dapat baju sukan barunya hari Rabu lepas, sejak itulah hari-hari asyik tanya, "Esok Rabu ke ibu?". Pening aku!

Tu dia! Abid yang seronok dapat pakai baju sukan baru.Gaya otomen tak boleh lupa..

Sebelum sarapan, kita posing dulu, ambil gambar kat dapur jelah...
Anak-anak, macam tulah kan. Sesuatu yang baru baginya adalah sangat mengujakan. Sampai hari-hari bertanya, tak sabar-sabar, tak sempat-sempat. Nasib baik Rabu dah menjelma, kalau tidak, hari-hari dia bertanya. Abid! Abid! :).

p/s: Kawan-kawan! Hari ini aku dah memandu semula. Cubaan menghantar anak-anak ke sekolah dengan SRD memantau di sebelah.... Nervous giler!!! Serius! SRD suruh aku beranikan diri juga, sbb next week, seminggu dia OS. Kenalah aku beranikan diri semula kan, mata pun dah semakin baik rasanya. Dah tak perlu guna ubat tahan sakit lagi....
~ يوس ~

Tuesday, April 26, 2011

Bila anda menulis atau update blog?

Bila biasanya anda menulis dan update blog? Siang atau malam? Bagi yang bekerja, aku perasan biasanya waktu anda berblog adalah di tempat kerja ketika free....kan..kan...:p.

Kemudian tu, ada yang suka sambung waktu malam. Bagi yang surirumah macam aku, korang lebih suka siang atau malam?

Aku biasanya siang, waktu pagi yang tak berapa pagi.... :D.Macam waktu sekarang lah kan, dalam pukul 9.30 ke 11 pagi. Sebab biasanya waktu ni, aku dah siap mandikan Arif, tidurkan dia, kemas serba sedikit, dah siap sidai kain, tinggal belum masak. Kalau tak sempat pagi, mungkin ada kerja, ke klinik atau apa, petang lah, pukul 3 sebab masa tu, anak-anak semua dah pergi sekolah agama, Arif pun dah tidur semula selepas makan.

Aku juga suka tulis entri dan terus pos ke blog, jarang benar rasanya buat entri autopublish. Sekali dua je kot, sebab memang tiada masa untuk itu. 

Malam?? Malam adalah waktu tak boleh buka pc sebenarnya. Lagipun SRD sudah di rumah, nanti dia bising-bising manja kata aku asyik berblog saja :). Kalau buka juga, nanti anak-anak sibuk nak menyelit sekali.

Malam adalah waktu anak-anak siapkan kerja sekolah, waktu untuk aku lihat apa yang mereka tak faham di sekolah. Kalau tiada kerja sekolah, kena buat "kerja rumah ibu". Itulah ayat biasa yang Abid suka sebut. 

Kerja rumah ibu tu bukan kerja-kerja aku di rumah ni ya, tapi kerja dari buku-buku aktiviti yang aku beli. Dan semalam baru aku perasan, buku kerja Matematik untuk Aqil dah habis. Semua dia dah siapkan, tapi aku belum belikan buku untuk tahun 3 yang baru. Dia lemah Matematik bab pembahagian. Aduhai! Entah apa-apa yang dia jawab, tulah suruh hafal sifir, liat betul!!

Pukul 10 waktu anak-anak semua masuk tidur, aku pun dah lemah masa ni. Mata dah terlalu mengantuk, Arif biasa tidur 9.30. Ada juga masanya aku tak sempat lihat habis anak-anak buat kerja sekolah, dalam pada aku tidurkan Arif, aku pun tertidur sekali. SRD lah yang ambil alih tugas, sebelum dia kejutkan aku untuk solat.

Bagaimana dengan kawan-kawan blogger semua? Siang atau malam idea tu datang mencurah ya?

p/s: Hari ini rasanya aku tiada idea, tu yang masuk cerita menulis dan update blog ni... :D

~ يوس ~

Monday, April 25, 2011

Permainan Rakyat: TENG TENG

Tidak tahu apa yang ada di fikiran mereka, bila saja aku dan SRD memperkenalkan permainan ini kepada mereka, semua begitu teruja.

Dulu rasanya dah pernah perkenalkan sekali, tapi pada anak-anak aku saja. Ini oleh kerana aku tengok mereka asyik bermain benda yang sama, iaitu main bola sepak, kayuh basikal, main sorok-sorok, main jerit-jerit...(haha). Maka aku pun memperkenalkan permainan ini kepada mereka semua.

Sungguh ini pertama kali mereka lihat atau main. Rasa macam best sangat bagi mereka.

Di tempat aku kami panggil "teng teng", ada juga yang panggil "ketingting". Dulu kecik-kecik, memang antara permaianan kegemaran aku. Tadi saja google , jumpa satu laman sesawang yang menerangkan dengan begitu terperinci mengenai permainan "teng teng" di http://malaysiana.pnm.my/03/0313teng_teng.htm

Kalau baca di situ, rasanya cara kami bermain dah banyak di permudahkan. Mari kita tengok aksi mereka!!

Lihatlah aksi mereka semua, seronok nampaknya
Tidak tahu kenapa tetapi Alia dan Aqil begitu teruja. Aqil menang permainan ini sebab dia yang dapat rumah dulu.

Main "teng teng" memang boleh mengeluarkan peluh. Bukan sikit-sikit peluh, banyak tu!! Aku dengan SRD terpaksa jadi budak2 semula sebab nak tunjukkan pada mereka cara bermain. Ya! Kami pun terlompat-lompat sama....:)).

Anak-anak aku sekarang memang dah kurang bermain dalam rumah. Lebih seronok bila Aqil dah tak terlalu addicted dengan pc games. Risau aku, kalau tidak itu saja yang dia hendak main.

Oh ya! Kami memang tiada ps2 atau permaianan game tv yang lain. Anak2 cuma tahu game online di pc. Tak pernah kami belikan mereka cd games. Tapi itu pun mereka tahu belajar sebab jiran sebelah-sebelah ada ps2. Apa pun bila dah pandai main di luar ni, rasanya permainan seperti ini lebih sihat. Tak perlu keluar modal pun. (Oops! Modal kapur). Cuma aku perlu kawal dan lihat pergerakan mereka. Takut juga kan.

Lebih menggembirakan aku, bila aku suruh Aqil dan Alia solat seperti biasa, kawan-kawannya pun turut nak solat sekali. Mereka solat bersama di rumah aku, kemudian  bermain semula. Mula2 mereka bermain sekolah2 di dalam rumah. Ada yang jadi cikgu, ada yang jadi murid. Selepas solat Asar, baru aku perkenalkan "teng teng" kepada mereka.

Sejuk hati aku bila lihat Aqil jadi imam untuk kawan-kawannya. Aqil memang kerap melawan cakap aku, tetapi untuk sesuatu yang dia tahu dan kawan-kawannya ikut, dia jadi lain. Mungkin ada rasa bangga di hatinya kot. Dia cuba buat sebaik mungkin. Alhamdulillah.....

Dah lama juga aku tak tunjuk gambar Arif kan. Arif pun turut teruja tengok kakak dan abangnya main bersama kawan-kawan.

Arif terbaru di hujung minggu baru ni...
Perkembangan terbaru Arif....dah mula jalan jatuh!! Kami semua terkejut, tapi itulah hakikatnya. Dia dah boleh melangkah dua tiga tapak ke depan dan jatuh, sedangkan dia belum pun 9 bulan. Rabu ni baru nak masuk 9 bulan. Cepat sungguh Arif. Nak kalahkan abahnya SRD kot. Abah dia dulu jalan umur 10 bulan.

Welldone Arif! Ibu tunggu Arif jalan dengan betul by next month ya. ..:)

p/s: Aku perkenalkan "teng teng" kepada mereka hari Sabtu, hari Ahad, aku ajar mereka main getah pula. Korang yang lahir tahun lebih kurang aku, mesti selalu main getah dulu kan. Oh! Nostalgia betul. Semalam dok terkinja2 main getah dengan anak-anak, tapi seronok....."Zero point"......:D. Cerita pasal main getah, lenkali pula ya.....
~ يوس ~

Friday, April 22, 2011

Donashi

Semalam SRD ajak jalan-jalan di mall. Takde beli apa pun. Beli vicks anak je..huhu. Memang niat nak jalan-jalan, lepas buka puasa di rumah, solat, terus keluar.

Sampai di Big Apple, teringin nak makan donut dia yang bulat besar-besar tu. Tapi tinggal sikit sangat pilihan rasanya, pulak tu tinggal 12 ketul je kot. Tak best betul!!!

Tetiba nampaklah menu baru dia. Korang mesti dah tahu lama ya, aku baru nampak semalam ni..hihi

Itulah dia DONASHI. Biasa orang makan donut, atau makan sushi. Ini gabungan dua rupa, jadilah donashi.

Rupa pun jadi tak menarik dah, sebab dah sampai rumah kan. Tapi rasa sedap!!!
Aku suka!! Dalam pada aku buat entri ni pun mulut sempat makan donashi yang pink tu. Dalam dia pun ada cream strawberry, bukan atas dia aje yang ada. Marvelessss!

Semalam juga dek kerana teringinnya aku tengok nieezareena  makan chicken chop KFC tu, kami pun mencubalah juga.

Bayangkan belinya satu je chicken chop tu, kongsi 5 orang makan....:)):)). Tak sempat nak snap pic ke apa ke?  Kejap je dah langsai. Okle, cukuplah aku melepaskan teringin aku tu, sebab perut pun dah kenyang makan nasi di rumah kan.

Tapi bagi aku tak bestlah!!! Rasa macam ayam dia biasa je, tapi sos cendawan dia tu best le, sebab aku mmg suka cendawan.

p/s: SRD kalau tengok muka aku kelat je di rumah, dia akan ajak aku jalan-jalan. Kesian dia tengok aku kat rumah je agaknya....:). Nak bawa kereta sendiri jalan-jalan macam dulu2 tak boleh memandu lagi. Hai! Tak sabar nak tunggu mata aku pulih sepenuhnya. Next meeting baru doktor kata akan periksa power mata. Harap by that time dah boleh memandu dah...

~ يوس ~

Thursday, April 21, 2011

Hati seorang ibu.....

Tak tahu bagaimana nak mula, tapi nak juga menulis pasal ni.

Aku beri contohlah ya. Hari ini hati ku sedikit terguris, bila anak aku Alia berkata dengan muka yang masam mencuka, "Alah ibu ni? Kenapa letak air Alia kat sini, tak sejuklah".

Biasanya, aku memang dah siapkan air untuk bekal anak-anak ke sekolah agama dalam peti sejuk. Hari ini aku terlupa masukkan, tapi dia dah bising macam tu.

Kini aku faham, hati seorang ibu ni kadang-kadang anak tu tak bermaksud apa pun, tapi benda kecil macam tu pun hati kita boleh terguris.

Ingin aku ceritakan di sini luahan dari hati seorang ibu yang aku dengar. Kisah yang mana ibu ni anak-anaknya ramai. Dah banyak asam garam kehidupan dia. Seorang ibu tu biasalah ingin tahu apa yang berlaku pada anak-anaknya. Suka bertanya dengan siapa dia berkawan, apa yang di bualkan anaknya dengan kawan. Dengan anak-anak yang terdahulu, biasanya tiada masalah, senang mereka berkongsi cerita, tapi anaknya yang satu ini sukar untuk dia memahaminya.

Ibu ini hatinya terluka bila mana dia tanya pada anaknya itu, apa cerita anak tersebut dengan kawannya di telefon, anak itu menempelak balik " Itu pun emak nak tahu ke?". 

Ibu itu juga terluka bila mana dia minta tolong dengan anaknya untuk mengurutnya, anaknya itu lebih pentingkan tidurnya kerana penat. Padahal anak itulah teman ibunya kini, yang ada di rumah bersama-sama dengannya. Pada siapa lagi ibu itu nak melayan borak kalau bukan dengan anaknya itu. Bila mana abang atau adiknya berkasar dengan ibunya, dia perasan, dia marah, tapi bila diri sendiri melakukan,  dia tidak sedar.

Bila mengenang tempat ibu itu, hatiku terfikir, bagaimana agaknya aku bila hari tua nanti? Bagaimanakah sikap anak-anak aku pada aku nanti? Sekarang pun aku dah boleh terguris hati, bila umur semakin meningkat biasanya kita lebih sensitif kan.

Kata ibu itu, fikirannya buntu bila mana anaknya itu kata, "emak tak sayang saya? ", taktkala ibu itu tak sempat nak masak makanan yang dia minta. Yelah, bila adik beradik yang lain pulang ke rumah, banyak juadah tersedia di hidang, tetapi bila dia minta, ibunya itu lambat membuatkan.

Hati kecil ibu tu berkata, bila ramai yang pulang, seronok nak masak, semua makan, habis makanan, tapi bila seorang dua di rumah, penat juga dia nak masak, makannya sikit saja. Sudahlah begitu, bila makanan di simpan, ada masa tak di sentuh pun anaknya itu, alasan penat, sudah makan di tempat kerja, tapi bila tiada bising pula. 

Pada aku, seorang ibu itu memang sayang pada anak-anaknya sekiranya sifat ingin ambil tahu tentang anak-anak tu masih tebal. Kalau ibu itu sudah membisu seribu bahasa, semua benda yang berlaku di sekeliling dia dah tak ambil peduli, masa itulah baru kita boleh cakap ibu itu dah tak betul. Dah tak peduli anak-anak. 

Samalah bila seorang ibu sanggup buang anaknya yang baru lahir di tepi jalan, itu barulah nama tak sayang anak. 

Kenapa pula bila ibu bertanya sesuatu dengan anak , anak itu menjawab " itu pun emak nak tahu ke?" Kurang ajar benar bunyinya kan...

Ibu yang sentiasa mengambil tahu adalah ibu yang terlalu sayang anak-anaknya. Ibu yang sangat perihatin, ibu yang mahukan yang terbaik untuk anaknya. Walaupun dalam hati dia tak suka apa yang anaknya lakukan, tapi selagi dia masih bertanya, masih mengambil tahu apa yang kita lakukan, dengan siapa kita berkawan, itulah tanda kasihnya pada kita sangat dalam. Jangan sampai satu apa pun yang kita buat dia tak hirau, masa itu mungkin sudah terlambat. Menyesal tak sudah jadinya.

Orang tua dulu selalu kata, apa yang kita lakukan pada emak kita, satu hari mungkin anak kita akan balas pada kita. Takutnya kalau kita berlaku kurang ajar pada ibubapa kita, balasannya kita sendiri yang terima di usia tua kita....Nauzubillah....

Moga kita semua tergolong dari orang-orang yang tahu hormat ibubapa. Peringatan untuk diri aku sendiri..

Syurga itu di telapak kaki ibu, jadi renung-renungkanlah....
~ يوس ~

Friendly Blogger Award from Yana

Sudah lama juga aku tak menerima Award. Dapat Award ini hati memang rasa teruja dan gembira. Award yang cantik ini aku terima dari adik Yana yang manis. Terima kasih banyak Yana.

Tidak pernah sebelum ini aku terima award ada muka sendiri sebenarnya. Sudahlah begitu, boleh pula di review dulu, cantik ke tidak award ini. Ya! Yana tanya aku dulu di FB, sebab dia ambil gambar ni dari sana. Terharu ni!

Award di beri sebagai tanda terima kasih dia kerana aku antara pengunjung blognya yg rajin tinggalkan komen.

Yana pun antara pengunjung setia blog aku juga. Dia kata, satu persamaan antara kami, ada anak yang lahir tahun 2006 dan 2010. Lagi banyak boleh kongsi cerita kan Yana, lebih2 lagi pasal anak-anak.

Untuk Yana, minta maaf sebab lambat sikit ambil awardnya. Apa pun akak suka! Terima Kasih sebab bersusah payah buat award ni untuk akak. Semoga persahabatan kita di alam maya dapat terus kekal selamanya. Mana tahu satu hari boleh pula bersua muka kan.

Oh Ya! Selamat Hari Ulangtahun ke 29 semalam. Minta maaf sebab lambat wish. Semalam kan hati akak SENTAP....:D :p. Sekali lagi Terima Kasih ya Yana.

~ يوس ~

Wednesday, April 20, 2011

STATEMENT bikin hati aku panasss!!!!

Aku memang sentap hari ini!Hati panas rasa nak melenting terus dengar STATEMENT dari seorang akak misi ni...X-(.

Ceritanya aku ke hospital hari ini untuk pemeriksaan mata kiri aku selepas sebulan di bedah. Sekali lagi! Aku ulang sekali lagi, fail aku yang lama takde. Hilang entah kemana. Dia tak jumpa maklumat aku. 3 minggu lepas datang pun fail aku takde, kali ni pun sama. Segala surat-surat dari JB yang aku beri 3 minggu lepas pun lesap. Dah failnya takde, semua maklumat pun lesaplah kan.

Tiba masa mata aku di periksa oleh misi sebelum nak jumpa doktor tu, akak misi yang muka garang ni tanya akulah.

" Hari tu bila last datang?"

Aku yang masih blurr, pagi-pagi, agak kurang ingatan menjawab, " Erkk...tak ingatlah kak!"

Tahu tak apa akak misi tu balas balik kat aku!! Dia kata, " Aikk! Muda-muda lagi dah tak ingat!!'

Dengar jawapan dia hati aku terus SENTAP ok. Tak boleh aku terima, dengan muka dia yang sinis tengok aku, lagak kerek. Geram aku tau!! 

Terus aku jawab balik, " Tak kan dekat kad dalam fail saya takde tulis?"

Dia jawab, " Masalahnya kad awak ni hilang!"

"Hari tu rasanya hilang juga. Doktor kata, ada dia isi kad saya masa last appointment. Hari ni hilang lagi. Kalau dah hilang, jangalah nak salahkan saya pulak!!". Suara aku memang agak tinggi masa ni.

Terus dia cakap dengan seorang kawannya yang masuk dalam bilik itu ketika itu, untuk cari lagi kad aku sampai jumpa. Lepas tu rendah sikit suara dia nak periksa mata aku.

Masa temujanji sebelum ni pun dia pernah sound aku tau. Kata dia, " baru lepas operation kenapa pakai spek ni? Mana boleh pakai spek?"

Aku jawab, " saya ni rabun, kalau tak pakai spek, lagilah saya tak nampak kak, kenapa?"

"Patutnya awak tanggalkan cermin yang sebelah kiri ni. Mana boleh pakai! Ada ke lepas bedah pakai spek."

Itu kata akak misi tu, masuk jumpa doktor aku tanya dengan doktor sendiri, betul ke aku kena tanggalkan cermin untuk mata sebelah kiri. Kalau tak pakai terus spek, sah2 lah lagi aku tak nampak kan. Doktor pulak pelik mana aku dapat statement kena tanggalkan cermin spek untuk mata kiri tu. Boleh dia kata, ok je, asal jangan buat spek baru selagi dia tak approve.

Hari ini dek kerana SENTAP nya hati aku awal tadi, masa jumpa doktor sebelum balik aku cakap dengan doktor tu...

" Doktor, saya nak cakap sikit boleh? Minta tolong ya doktor, untuk next temujanji ni, janganlah kad dan fail maklumat saya hilang lagi. Tolonglah simpan dengan betul ya. Saya tak naklah jadi seperti tadi, oleh kerana saya jawab tak ingat, suka2 dia je nak sound saya, Aikk! muda-muda dah tak ingat. Kalau rasa tak boleh nak simpan kad saya tu, doktor boleh beri saya satu salinan. Biar saya bawa balik, kalau hilang lagi, saya boleh beri salinan saya. Senang cerita.Tak perlulah sesedap rasa sound saya pelupa ke apa ke."

Doktor tu cuma senyum dengan muka blurr. Tapi doktor tu memang sangat manis dan berbudi bahasa orangnya. Bukan macam akak misi yang tunjuk pandai kat luar tu.

Tapi kan, lepas je dari misi tu sound aku, bila keluar tunggu nak jumpa doktor tu, datang balik ingatan aku tarikh last aku datang. Yalah! Kalau dia cakap baik-baik, aku pun tak panas. Boleh je dia cakap dengan aku, " Cuba adik ingat balik nanti ya! Kad adik ni hilang, tulah tiada rekod sekarang".

Bukan ke sedap sikit dengar kalau dia cakap macam tu. Takdelah hati aku SENTAP.

HATI AKU MASIH PANAS SAMPAI LAAA NI! 

Kalau korang, rasa panas tak hati ya? Atau aku je emosi terlebih pagi ni?...huhu

p/s: ok, masa untuk balas komen entri sebelum ni....:)
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...