Tidak tahu apa yang ada di fikiran mereka, bila saja aku dan SRD memperkenalkan permainan ini kepada mereka, semua begitu teruja.
Dulu rasanya dah pernah perkenalkan sekali, tapi pada anak-anak aku saja. Ini oleh kerana aku tengok mereka asyik bermain benda yang sama, iaitu main bola sepak, kayuh basikal, main sorok-sorok, main jerit-jerit...(haha). Maka aku pun memperkenalkan permainan ini kepada mereka semua.
Sungguh ini pertama kali mereka lihat atau main. Rasa macam best sangat bagi mereka.
Di tempat aku kami panggil "teng teng", ada juga yang panggil "ketingting". Dulu kecik-kecik, memang antara permaianan kegemaran aku. Tadi saja google , jumpa satu laman sesawang yang menerangkan dengan begitu terperinci mengenai permainan "teng teng" di http://malaysiana.pnm.my/03/0313teng_teng.htm
Kalau baca di situ, rasanya cara kami bermain dah banyak di permudahkan. Mari kita tengok aksi mereka!!
![]() |
| Lihatlah aksi mereka semua, seronok nampaknya |
![]() |
| Tidak tahu kenapa tetapi Alia dan Aqil begitu teruja. Aqil menang permainan ini sebab dia yang dapat rumah dulu. |
Main "teng teng" memang boleh mengeluarkan peluh. Bukan sikit-sikit peluh, banyak tu!! Aku dengan SRD terpaksa jadi budak2 semula sebab nak tunjukkan pada mereka cara bermain. Ya! Kami pun terlompat-lompat sama....
.
Anak-anak aku sekarang memang dah kurang bermain dalam rumah. Lebih seronok bila Aqil dah tak terlalu addicted dengan pc games. Risau aku, kalau tidak itu saja yang dia hendak main.
Oh ya! Kami memang tiada ps2 atau permaianan game tv yang lain. Anak2 cuma tahu game online di pc. Tak pernah kami belikan mereka cd games. Tapi itu pun mereka tahu belajar sebab jiran sebelah-sebelah ada ps2. Apa pun bila dah pandai main di luar ni, rasanya permainan seperti ini lebih sihat. Tak perlu keluar modal pun. (Oops! Modal kapur). Cuma aku perlu kawal dan lihat pergerakan mereka. Takut juga kan.
Lebih menggembirakan aku, bila aku suruh Aqil dan Alia solat seperti biasa, kawan-kawannya pun turut nak solat sekali. Mereka solat bersama di rumah aku, kemudian bermain semula. Mula2 mereka bermain sekolah2 di dalam rumah. Ada yang jadi cikgu, ada yang jadi murid. Selepas solat Asar, baru aku perkenalkan "teng teng" kepada mereka.
Sejuk hati aku bila lihat Aqil jadi imam untuk kawan-kawannya. Aqil memang kerap melawan cakap aku, tetapi untuk sesuatu yang dia tahu dan kawan-kawannya ikut, dia jadi lain. Mungkin ada rasa bangga di hatinya kot. Dia cuba buat sebaik mungkin. Alhamdulillah.....
Dah lama juga aku tak tunjuk gambar Arif kan. Arif pun turut teruja tengok kakak dan abangnya main bersama kawan-kawan.
![]() |
| Arif terbaru di hujung minggu baru ni... |
Perkembangan terbaru Arif....dah mula jalan jatuh!! Kami semua terkejut, tapi itulah hakikatnya. Dia dah boleh melangkah dua tiga tapak ke depan dan jatuh, sedangkan dia belum pun 9 bulan. Rabu ni baru nak masuk 9 bulan. Cepat sungguh Arif. Nak kalahkan abahnya SRD kot. Abah dia dulu jalan umur 10 bulan.
p/s: Aku perkenalkan "teng teng" kepada mereka hari Sabtu, hari Ahad, aku ajar mereka main getah pula. Korang yang lahir tahun lebih kurang aku, mesti selalu main getah dulu kan. Oh! Nostalgia betul. Semalam dok terkinja2 main getah dengan anak-anak, tapi seronok....."Zero point"......
. Cerita pasal main getah, lenkali pula ya.....
~ يوس ~



