Wednesday, June 08, 2011

Home » , » Tenggek burung....

Tenggek burung....

Satu perkara lain yang aku belajar dari SRD pasal makan, ialah ulam-ulaman. Dulu aku memang tak pandai nak makan ulam. Kalau makan pun, timun saja.

Sedikit-demi sedikit aku belajar makan ulam, sebab SRD suka makan ulam. Mula-mula kacang botol, kemudian daun pegaga.

Bulan lepas aku belajar makan ulam raja, dan yang paling baru semalam aku belajar makan daun tenggek burung. Sebelum ni tak pernah kenal bagaimana rupanya, tetapi bermula semalam aku dah mula jatuh cinta pula. Sedaplah daun tenggek burung ni!!!

Ulam raja (pic kredit to this blog)
daun tenggek burung (pic kredit to google
Bagi aku, antara ulam raja dan daun tenggek burung, aku lebih suka daun tenggek burung ni. Sedap rasanya! I Like!!

Khasiat ulam raja :-
Ulam raja dapa tmenambahkan kandungan oksigen dalam darah. Penambahan oksigen ni akan melancarkan peredaran darah secara tak langsung. Seterusnya, apabila kandungan oksigen telah mencapai keseimbangan, badan anda tentu akan terasa segar-bugar. (sumber: this site)

Ulam raja juga digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. (sumber : this site)

Khasiat daun tenggek burung:-
Khasiat yang utama ialah melambatkan keluar mani lelaki
dan lebih menegangkan zakar
dan menjadikan zakar lebih sensitif
Ini lebih menambah nikmat sex kpd lelaki.
Ia juga menyegarkan badan.
Badan kita rasa ringan sedikit.
Mengelak serangan darah tinggi. (sumber : this site)

p/s: bila baca khasiat daun tenggek burung ni, malu sendiri pula...hihihi. Tapi bagus tu untuk hubungan suami isteri, satu lagi dapat mengelak serangan darah tinggi kan :D.

Apa pun aku terpikat dengan rasanya dulu sebelum tahu khasiatnya ya....:p

Korang suka tak makan ulam-ulaman. Ulam apa yang sedap bagi korang ya??

~ يوس ~

23 comments:

  1. salam yus,

    kita dah lama makan ulam2 tu
    paling suka ulam raja sbb rasa mangga

    tapi lani kami sefmly
    suka sgt makan salad yg
    jual kat care4 1box rm5 :)

    ReplyDelete
  2. yana dulu pn tk pndai mkn ulam2 ni...belajar dgn kwn2..nmpaknya tenggek burung tu lbih khasiat utk org lelaki..org pompuan mkn ade apa2 effect tk? hehe..kalau mk yana memang tk pndai mkn ulam,plg koman pun mesti celur..selera lain2 kan...

    ReplyDelete
  3. Kak yus...ulam mmg favourite qema..tak makan mmg xsah..cicah lak dgn budu ataupun sambal mmg bertambah nasi hehe

    Ulam tenggek burung ek?cam penah makan tuh tapi tak tau nama, nampak macam pucuk gajus..rasa lemak manis sikit hihi

    ReplyDelete
  4. saya pun gemar segala jenis ulam2..makan ngn sambal belacan..berselera

    ReplyDelete
  5. akak pun baru 1st time tgk daun tenggek burung nih kat Perak nih tahun lepas
    waktu member opis makan..tpai orang sini panggil daun cabang tiga

    tapi...dua2 ulam akak x suka..akak ni mmg memilih bab ulam2an nih...hubby lak semua ulam dia makannn

    ReplyDelete
  6. mmg suke mkn tenggek burung tu...byk jugak khasiat dia ye...selama ni main makan jer...

    ReplyDelete
  7. i pun loikes ulam2 ni...
    yg i paling suka yg ni yg terbaru..daun sudu itik...

    ReplyDelete
  8. pB pun suka makan tenggek burung nie


    tapi tak selalu



    jarang jarang

    ReplyDelete
  9. Patutlah saudara kakak yg duk di S'pore kalau dtg kg mesti ambil pucuk tenggek burung ini. Kakak pun tak tahu khasiatnya walau dah dari kecik lagi makan ulam.

    Ulam paling kakak suka ulam raja dan cipir /kacang botol.

    ReplyDelete
  10. saya pun pandai makan ulam sebab terikut dgn en.asben.. mana boleh dia sorang yg nak awet muda kan.. he..he.. saya pun suka makan ulam tenggek burung tu.. rasanya ulam paling sedap kot.. last week pergi melaka, mak saya siap beli bawak balik.. sbb kat sini mcm susah sikit nak jumpa..

    ReplyDelete
  11. sy xmakan benda2 daun2 mcm tu...kalu kacang botol ke sy mkn la..er petai,jering,kerdas tu kira ulam x eh? yg tu sy telan belaka cicah ngan budu hehe

    ReplyDelete
  12. alamak..dee tak mknlah ulam2..tp potai suka..hihihi..

    ReplyDelete
  13. assalam yus..ulam akak timun ngan salad je..he he

    ReplyDelete
  14. aju pon suke bangat mkn ulam ni kak, ulam raja, kacang botol, pegaga hmmm elok utk kesihatan bdn

    ReplyDelete
  15. salam yus..tq kongsi info ulam tu...suripun suka ulam-ulaman ni..tp duk tengok daun tenggek burung tu tak jelas lg dah penah jumpa ke tak...

    ReplyDelete
  16. apa2 ulam memang banyak khasiat kan... kalo dengan sambal belacan & tempoyak, mesti best ni..

    ReplyDelete
  17. wow..cma suke mkn ulam..tp tenggek burung tu blm penah agi..nk cuba la...
    ade rase pahit2 x kak yus?

    ReplyDelete
  18. Saya pun suke mkn ulam...
    Tp biasenye tak tau namenye...
    Pegaga je blh kenal...hihi

    ReplyDelete
  19. 1st time dgr nama ulam tenggek burung..lucu la..

    saya pun suka ulam tapi taklah peminat tegar.. pilih2 juga la..hi3

    ReplyDelete
  20. ulam pertama feveret saye gak..tenggek burung..sedap seh cicah sambal belacan..belajar makan pun lepas kawin, doa selamat umah jiran sebelah..takde sayur ada ulam2an jek..try makan..mmg sedap!

    ReplyDelete
  21. Assalam,
    Tenggek burong - rahsia telah diketahui, cuma nak tambah khasiat dari ujian ilmiah:

    1)Tenggek Burung akan menjadi satu lagi antioksidan potensi semula jadi yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada antioksida sintetik yang dikatakan berbahaya kepada kesihatan.

    2)Rasa daun sebenarnya "kelat sedap". Boleh ditaburkan diatas Laksa - pengganti kepada daun gajus

    3)Cara menyimpan lebih lama

    Biasanya daun ini perlu dimakan dgn kadar segera, cepat layu dan jika diletakan kedalam bekas mengandungi air cepat bertukar kepada kehitaman. Dan daun ini biasa dimakan pucuk yg muda sahaja

    TIP dari saya:
    Bersihkan daun2 tersebut
    Pilih/asing/relaikan daun2 tersebut. Gulong macam daun kunyit dan potong kecil2. Daun2 yg agak baru nak keras pun boleh dicampurkan dgn daun2 yg muda tu (kan jimat)
    Bungkus dgn kertas dan simpan dalam bekas plastik yg tahan suhu sejuk beku
    Simpan didalam freezer/peti air. kaedah ini membolehkan ulam ini disimpan hingga sebulan

    Bila nak makan keluarkan dan biarkan bekuan itu kembali kekaadaan biasa sebelum dimakan

    Cuba la

    ajmr1@yahoo.com

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...