Monday, March 14, 2011

Home » , , , » Rindu anak-anak dan perkongsian menarik untuk semua...

Rindu anak-anak dan perkongsian menarik untuk semua...

Salam hari Isnin...

Dua hari tak update blog. Kali ini aku tak rasa rindu sangat pada blog nampaknya walaupun dua hari tak buat entri baru. Namun begitu, bila dapat peluang ni, mestilah aku update sesuatu kan.

Hujung minggu baru lepas ni, balik Melaka. Hantar anak-anak semua ke rumah emak. Dah cuti sekolah tambahan pula aku perlu ke hospital JB Rabu ini, makanya adalah lebih mudah bila mereka semua di sana. Arif saja yang tinggal bersama kami ketika ini.

Rasa lain juga bila kelibat ke tiga-tiga mereka tiada. Aqil, Alia dan Abid. Ibu dah mula rindu korang semua.

Abid yang lena tertidur bila aku suruh dia siapkan kerja sekolahnya Jumaat lepas
Abid sedang buat apa tu? Alahai! Serius, tak best betul tak dengar celoteh mereka semua. Takpe, Rabu petang kita jumpa ya, InsyaAllah....

Info yang ingin di kongsi

Pagi ini buka fb dan blog. Baca update terbaru mengenai kawan-kawan di Jepun. Rasa sebak dan takut juga. Moga semua mereka sentiasa di bawah lindunganNya. Kepada Asmara, Kamalia, Umie dan semua yang berada di Jepun. Mari kita sama-sama doakan yang terbaik buat mereka. Semoga semuanya selamat dan segala urusan di permudahkan.

Satu artikel menarik yang aku baca di blog Saifulislam.com. Ingin aku kongsikan di sini. Kartun dari Zoy yang di siarkan oleh Berita Minggu semalam memang sesuatu yang memalukan.Aku sendiri tak faham apa maksud dia melukis begitu. Langsung tiada sensitiviti kepada mereka yang menjadi mangsa atas bencana yang menimpa Jepun. 

Apa kata anda semua baca sekali artikel menarik ini seperti di bawah : -


Satu lagi yang aku nak kongsi dengan semua. Aku baru saja berjinak-jinak dengan ChurpChurp. Nampaknya amaun lebih cepat meningkat dari nuffnang. Baru 5 hari join amaun terkumpul dah RM4.20. Ok gak tu.

Siapa-siapa yang belum join ChurpChurp tu, apa kata klik Saya nak jadi Churper juga.

ChurpChurp ni adik-beradik nuffnang juga. Boleh lihat dan klik kempen-kempen menarik dari churpchurp di bawah ya.

ChurpChurp Social Sharing
Sila klik pilihan kempen di bawah untuk maklumat lanjut




~ يوس ~

18 comments:

  1. Semoga kita semua ambil iktibar sebelum melakukan sesuatu & fikir tentang sensitiviti org lain..

    nak juga tgl jejak ni kak..keja menimbun ni hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Semoga kita tidak tergolong dalam golongan manusia yang mementingkan diri sendiri. Tidak peka dengan pentunjuk yang Allah SWT turunkan. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  3. musim cuti sekolah mmg ramai yg hantar anak balik kg... terlepas rindu atuk dan nenek kt kg...

    alhamdulillah semua rakan bloggers kita selamat semuanya

    ReplyDelete
  4. semoga kita lebih sensitif dan tidak melakukan kesilapan yg sama.semoga keadaan di jepun cepat pulih...semoga k.yus selamat dan cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  5. @qemaishak
    betul tu. Setiap sesuatu yg kita lakukan, harus mengambil kira sensitivit orang lain kan.

    Hehe..boleh je qema, tq, sibuk2 pu jengah lg blog akak ni..:)

    ReplyDelete
  6. malu sungguh bila artikel carton itu dijadikan bahan utama di CNN .. apakah pemimpin kita BUTA !!!

    ReplyDelete
  7. bila dpn mata anak2 kita ni kdg2 bikin hati panas..bila xde rindukan..comel je tgk Abid smpi tertidur ha buat keje sekolah..

    ReplyDelete
  8. @Kak Sam
    Waalaikumsalam...

    betul tu, Nauzubillah...

    ReplyDelete
  9. @munna
    saya ni tak pernah tinggalkan mereka sebelum ni, tp dah nak buat operation tak lama lg ni, terpaksalah..

    ReplyDelete
  10. @ieda
    memang memalukan. Malu kepada semua rakyat Malaysia kan..

    ReplyDelete
  11. @Dee
    betul tu Dee. Bila diorang takde depan mata mulalah terasa...huhu

    ReplyDelete
  12. semoga kita semua berada di bawah lindunganNYA....amin...

    ReplyDelete
  13. CERITA PASAL ANAK NI.. ERM.. SAYA MEMANG SAYANG ANAK SAYA.. KALAU DIA BUAT HAL, ADA JUGA PUKUL2 MANJA, TAPI LEPAS TU SAYA PUJUK SEMULA..

    ReplyDelete
  14. haisyh dorang ni tak risau ke...buat joke pulak.

    kita pun blum tentu slamat slamanya.

    ReplyDelete
  15. Sepatutnya apa yang terjadi di Jepun di jadikan iktibar... krana kalau ALLAH nak menurunkan bencana dlm sekelip mata kita semua terlibat...jgnlah kesengsaraan orang lain dijadikan bahan ketawa...

    Yus...semoga pembedahan itu akan berjalan dengan lancar... dan Yus segera sembuh...

    ReplyDelete
  16. semoga semua sahabat2 yg berada di Japan selamat.

    ReplyDelete
  17. memang tak best bila tak dengor suara riuh anak2... gud luck utk esok.. semoga semuanya berjalan lancar..


    Jom join contest Aksi si Cilik Berbasikal

    n3 terkini kakyong.com
    Makan-makan di rumah baru MakNora
    2nd batch : Peserta aksi si cilik berbasikal
    Segmen review no 5 : transformed housewife @ nur adyani

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...