Thursday, March 17, 2011

Home » , » Anestesia...

Anestesia...

Semalam aku belajar satu lagi istilah baru. Anestesia. Aku baru tahu istilah ini. Selama ini ingatkan apalah anestesia ni. Rupanya pembiusan.

image ehsan google

Boleh baca lebih lanjut maksud Anestesia di sini.

Ya, semalam aku ke hospital Sultanah Aminah lagi. Untuk buat pemeriksaan lagi sebelum tarikh pembedahan Selasa ini. Apa yang berlaku semalam, lebih kurang sama juga macam yang sebelum ni. Ramainya orang di hospital. Sampai awal pun sama juga, penat menunggu...huhu.

Apa yang lainnya? Kali ini  aku di suruh jumpa Dr. Bius selain Dr. Gan dan Dr. Siow. Mula-mula aku ingat Bius tu nama doktor tu, rupanya Dr. Bius tu adalah singkatan untuk doktor-doktor di bahagian Anestesia ni. Sedikit penerangan buat aku apa itu anestesia. Apa yang aku akan alami di bilik pembedahan nanti. 

Satu yang pasti, aku akan di beri Anestesia am, maknanya aku akan berada dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya sebelum pembedahan dimulakan. Dan ini juga membawa maksud aku tidak akan tahu apa yang di lakukan pada aku nanti, tahu-tahu dah masuk wad ajelah nampaknya.

Isnin ini sudah perlu melapor diri di wad. Sedikit gementar, tapi aku dah positif. Rasanya semua akan berjalan seperti dirancang, InsyaAllah. Harap-harap aku sihat sehingga hari pembedahan. Doktor dah pesan, jangan demam, batuk atau selsema. Kalau tidak pembedahan munkin terpaksa di tunda. Doakan semuanya berjalan lancar ya.

Anak-anak semua sudah di rumah. Semalam selepas urusan di hospital JB selesai, terus ke Melaka ambil mereka semua. Apa lagi, rumah dah kembali ceria. Suara tarzan aku pun dah keluar. Aku sedikit penat. Rasanya penat sebab keluar awal pagi semalam, lepas tu kena berdiri lama, menunggu lagi, ke Melaka pula ambil anak-anak, sampai rumah semula dah hampir pukul 11.30 malam. 

SRD pun penat, tambahan pula dia yang memandu. Arif pula tak berapa sihat. Macam tahu-tahu saja minggu depan aku nak tinggalkan dia. Merengek saja. Badan pun dedau aja. Asyik nak mengekor kemana saja aku pergi. Hmm....harap-harap dia oklah nanti. Emak dan ayah akan sampai Ahad nanti. Terima kasih buat emak dan ayah yang akan bantu aku dan SRD jaga anak-anak semasa ketiadaan aku nanti.

Apa lagi aku nak tulis ya? Kalau rajin, mungkin ada lagi update dari aku sebelum masuk wad Isnin ini. Kalau malas, ini entri akhir sebelum pembedahan kot. Wait and see...

Till then.....

p/s: Moga-moga selepas pembedahan mata kiri aku akan kembali terang. Dapatlah aku melihat dengan baik tanpa bantuan mata kanan.

~ يوس ~
ChurpChurp Social Sharing: Klik-klik lah ya...(^_^)



29 comments:

  1. huhu..operate selasa depan kak?
    apepun take care ye...

    ReplyDelete
  2. akak, saya dulu pun bius am..operate pagi..sedar2x aje dah tolak masuk balik ke wad dlm tgh hari tu..diorg kejut2x dulu masa kat wad..saya cuma angguk2x tanda sedar lah..tp lps tu pengsan balik (read : mamai bius)... tgh mlm tu baru hilang rasa mamai tu..hehe

    papepun akak, take gud care..insyaAllah semuanya akan berakhir dgn baik..ameen..

    ReplyDelete
  3. nape ngn mata kiri akak? mcmane boley jd mcm tu ek? niesz doakan semue nya bjalan lancar, insyaALLAH, smue nye selamat nnti...

    ReplyDelete
  4. maksu mendoakan yg baik2 buat yus

    ReplyDelete
  5. teringat kena bius masa operate bersalin ammar dulu..

    semoga pembedahan berjalan lancar & mata akak kembali pulih sepenuhnya.

    ReplyDelete
  6. semoag semenya berjalan lancar yus..akak doakan yg terbaik utk awk..

    ReplyDelete
  7. semoga semua berjalan lancar kak...jgn sakit2 sebelum pembedahan tu ye kak...jaga diri bebaik...

    Insyaallah, mata kiri akak akan terang kembali nnt..amin...

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan segala urusan yus.. semoga selamat semuanya.. Take care yer Yus.. Kita sama2 doakan yang terbaik utk kesihatan yus..

    ReplyDelete
  9. insyallah semoga dipermudahkan semua kak :)

    ReplyDelete
  10. yus..tak pe jadi tarzan pun..janji yus seronok..anak2 ada dirumah..
    semoga pembedahan yus berjaya..

    ReplyDelete
  11. teringat masa kak ati nak operate last year
    time nak bius saje..punyalah lama
    doktor2 bius tu nak cari urat yang
    betui2 kena untuk hilangkan rasa pada
    bahagian yang nak di operate tu..
    lepas dah dalam dan di bius barulah
    kita akan di bawa ke dlm tempar nk operate tu

    ReplyDelete
  12. @Cma Shiema
    Iya Cma, Selasa ni 22hb operate..huhu

    ReplyDelete
  13. @Umie
    ya ke. Akak ni lg suka rasanya bius am ni, biar tak tahu apa dia buat. Takut..huhu.

    ReplyDelete
  14. @niesz
    retina mata kiri akak ni terkoyak niesz. Dia panggil retina detachement. Bukan satu bhg yg koyak, banyak tak silap 3 tempat koyak..huhu.

    Punca akak sendiri tak pasti. Tq dik...

    ReplyDelete
  15. @qemaishak
    akak ni bersalin semua normal. Dr Gan tu siap tanya akak. Puan semua bersalin normal ke? Akak jawab iya. Pas tu dia sambung, patutlah nerves sangat...hihi

    ReplyDelete
  16. @wahida
    thanks wahida. Harap2 begitu, sihat sehingga hari pembedahan...

    Aminnn..

    ReplyDelete
  17. @kak Erna
    hihi..tulah kak, berapa kali jd tarzan ha...:)

    Tp mmg seronok semua ada..

    InsyaAllah berjaya..tq kak

    ReplyDelete
  18. @Ati Masrif
    tu yg tak suka tu. Saya hari tu masa cucuk nak amik darah pun, seminggu baru hilang lebam di tangan.Macam susah je nak cari urat saya ni kak

    ReplyDelete
  19. Kak Yus..
    Akak tenang2 aje,ye..InsyaAllah semua akan berjalan dengan baik..kami doakan akak selamat menjalani pembedahan tu..

    Kami semua akan rindukan akak >.<
    Jaga diri baik2,ye kak..

    ReplyDelete
  20. pertama kali singgah sini, insyallah ye akk, everything will be okay :0 apa apa pun, hope akk sihat sejahtera selepas nie, insyallah :)

    ReplyDelete
  21. salam yus..insya allah yus..moga allah permudah segalanya..insyaallah...semuanya akan berjalan lancar n kekuatan untuk yus menghadapi semua itu,,suri pengalaman kat OT tu dua kali..mmg agak mendebarkan..tapi insyaallah permudahkan semuanya..sedikit ujian utk kitakan..

    ReplyDelete
  22. salam yus..insya allah yus..moga allah permudah segalanya..insyaallah...semuanya akan berjalan lancar n kekuatan untuk yus menghadapi semua itu,,suri pengalaman kat OT tu dua kali..mmg agak mendebarkan..tapi insyaallah permudahkan semuanya..sedikit ujian utk kitakan..

    ReplyDelete
  23. kakD doakan semoga selamat semuanya ya...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...