Monday, March 28, 2011

Home » , » Menu di hospital Sultanah Aminah JB

Menu di hospital Sultanah Aminah JB

Salam hari Isnin,
Memang susah untuk mendisiplinkan diri menjauhi mata dari pc. Aku susah nak lakukan itu, namun aku berjaya kurangkan had masanya berbanding selalu, alhamdulillah...

Hari ini nak kongsi menu apa yang aku dapat sepanjang di hospital Sultanah Aminah JB tempohari. Aku rasalah kan, menu hospital ni sedap juga. Aku selamba je bedal sampai habis, ke kes aku memang pantang nampak makanan, semua pun licin.

Rasanya tidak, sebab aku memilih juga bab makanan ni. Kalau tak betul-betul dengan selera, memang aku jamah sikit saja. SRD boleh beri comfirmation pasal ni. (kan bang?).

Hari pertama aku sampai, dah masuk waktu makan tengahari. Makanya masa itu, aku di tempatkan di wad kelas 2. Menu tengahari hari itu ialah nasi putih, asam pedas ikan caru, sayur kobis goreng, buah tembikai dan air kosong. Sedap aje bagi aku.

Sebelah petang nya pula, aku dah di pindahkan ke wad kelas 1 di bilik yang ada dua katil. Ada tv lagi. Seronok masa ni sebab ada tv. Menu petang hari itu sangat simple. Aku kurang suka, tapi habis juga. :)

menu petang ( roti 2 keping, strawberry jem dan teh)
Menu untuk makan malam pula di hidangkan pada pukul 6 petang. Menu hari itu ialah seperti dalam gambar di bawah.

Nasi putih , daging masak apa aku tak pasti (bukan kari), sayur kacang goreng + tempe + soo hoon, kuah sup , puding kastard dan air kosong.
Menu ini pun licin aku makan. Lapar kan.....=))

Malam itu, aku di pindahkanpula ke bilik lain. Masih dalam kelas 1 tapi dalam bilik ni ada 4 katil, tiada tv. Puncanya ada kerosakan pada bahagian bilik aku yang mula-mula tadi.  Malam itu aku dah di berikan ubat tidur supaya dapat tidur lena. Lena ke aku tidur? Lena juga, tapi sejuk!!!! Aku tak biasa tidur dalam air-cond sebenarnya..huhu.

Hari kedua, esok paginya dah takde menu untuk aku makan. Aku hanya di masukkan air melalui drip di tangan. Dah kena puasa. Maknanya menu petang Isnin itu adalah menu terakhir aku makan sebelum mata di bedah. 3 botol air di masukkan dalam badan aku sepanjang aku di sana sehingga aku sedar sepenuhnya..huhu.

Menu terakhir aku makan sebelum pulang ialah sarapan pagi pada hari Rabu itu. 

(gambar ulang tayang) : menu mee goreng dan milo panas
Masa aku sedar pagi Rabu ni, sekali lagi aku sebenarnya telah di pindahkan ke bilik lain lagi dalam wad kelas 1 tu. Kali ini bilik yang hanya ada 1 katil sahaja. Ada tv juga. Sebenarnya sebab misi tu kesian dengan SRD yang tunggu aku dalam bilik yang sebelumnya. Semua pesakit lain perempuan, agak kurang selesa bagi pesakit lain ada lelaki dalam bilik kan. Jadi misi pindah kan aku  ke bilik yang ni pula. Lebih selesa untuk SRD juga sebab ada sofa dan kerusi. Senang sikit SRD nak tidur.

Secara keseluruhan, layanan di hospital Sultanah Aminah JB amat memuaskan. Aku puashati. Misi-misi pun baik. Tempat untuk solat pun dekat saja. Senang dan mudah.

Pengalaman sehari sebelum di bedah, tekanan darah aku asyik naik saja. Padahal dari dulu memang tekanan darah aku sentiasa rendah. Petang itu sebelum makan malam tu, bacaan 139/86, tiba-tiba malam naik sampai 159/96. Sah aku sangat takut kot..huhu.

Selepas saja pembedahan, SRD kata, tekanan darah aku dah jadi 109/59. Berbeza sungguh kan....hihi.

Mata kiri aku dah semakin senang untuk di buka. Maksudnya, dah boleh buka besar sikit. Dah tak jadi pirate lagi. Tapi masih merah, berair, dan kalau lambat letak ubat akan terasa sakit.

Sehingga di lain waktu.....

Salam buat semua.....
~ يوس ~

32 comments:

  1. k.yus...rindu ah..huhu
    cepat2 sembuh ya..menu hospital tu nampak sedap je (ke qema yg lpr ni) hehe

    ReplyDelete
  2. jaga diri baik2...
    moga cepat sembuh...
    jgn lupa mkn ubat yea ~

    ReplyDelete
  3. jangan dok angkat benda yang berat berat

    ReplyDelete
  4. HSA, saya lahirkan di hospital tu.. ntah kenapa makanan di hospital selalu membuka selera saya.. eh.. ke.. mmg saya kuat makan.. he..he.. Jaga diri yer yus.. harap2 mata tu akan cepat sembuhnya..

    ReplyDelete
  5. yg penting kesiahat diri kena jaga dulu...nanti hapdet pun tak pa..dear..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah selamat dah semua....cepat2 sihat ye...

    harap2 sy bersalin nanti kat hospital baru temerloh...takmo di daerah ini..uwaaaaaaa.......semua kelas...semua tiga..takde 1,2 dan 3..insap sy ketika tempoh hari bercampo ramai2....

    ReplyDelete
  7. kak, masa saya jaga anak saya kat sepital, dorang sediakan sekali menu utk org yg jaga pesakit, sedap plak saya rasa lauk2 sepital ni kak, ke saya yg rasa lapar time tu..hehehee...
    kak, saya pun x boleh tdo sgt dlm ekon kak, maklumlah, kalau lama sgt dlm ekon, mesti semput...huhu...

    akak byk rehat ye...

    ReplyDelete
  8. kak ... get well soon yek ... rerajin mkn obat tau ...

    ReplyDelete
  9. Kena tunggu mat tu betul2 pulih, baru boleh mengadap pc lama2 tau Yus. Apa2pun semoga mata Yus segera pulih seperti sediakala. :)

    ReplyDelete
  10. Yus... get well soon...

    Masih teringat anak2 akak dulu... kalau pi tengok nenek diorang kat sepital... lauk sepital jugak yang diorang berebut nak makan... neneknya pulak makan lauk dari rumah...

    Agaknya nampak sedap bebenor lauk sepital tu

    ReplyDelete
  11. assalam yus akak dulu pernh jugak dok hospital..tapi sekali pun tak pernah makan..kecuali sarapan roti..
    anak2 yang makan masa waktu melawat..

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Yus... semoga cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  13. kak yus...dah semakin sihat ye..
    mknn kat spital kekadang sedap..tp cma mkn selalu je licin..he2...jaga diri n mata ye...

    ReplyDelete
  14. yus...semoga cepat semboh

    bila cite tentang bab makan
    di hospital ni ...
    mungkin pasai kita tak ada
    benda nk buat tau ..pasai tu
    apa saje bedal kasi habis ...kan...kan

    ReplyDelete
  15. @qemaishak
    memang sedap qema pada tekak akak..hehe

    ReplyDelete
  16. @pB
    cik abang saya pun pesan gitu...tq.

    ReplyDelete
  17. @Hanis Azla
    tq Hanis. Saya pun suka saja makanan hospital ni. Saya dan awak sama kot, hihi

    ReplyDelete
  18. @LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
    Tak boleh lama2 tak hapdet kakD, nanti terus malas selamanya..hehe

    ReplyDelete
  19. @~aSHa~
    tq Asha. Memang tak best bila kena duduk wad 3 campur ramai2 sangat tu dengan bilik air yang jauh..huhu

    ReplyDelete
  20. @wahida
    kalau ibu jaga anak sakit di hospital mmg dpt makan wahida. Tapi suami jaga isteri biasa tak dapat..huhu.

    Sebab anak tu mmg tak boleh tinggal tanpa ibu dia kan, isteri suami tinggal balik pun diorang tak kisah punya..hihi

    will take a rest, tp bila boring, hapdet blog juga..hehe

    ReplyDelete
  21. @MaMa CyDa
    tq mama cyda.

    Takde obat pun yang perlu di makan, cuma ada dua ubat yang perlu di titik di mata ni setiap 4 jam..huhu

    ReplyDelete
  22. @kakcik
    terima kasih kakcik.

    Saya memang ambil peluang update blog je kakcik. BW satu dua blog je..huhu.

    BW lagi banyak gunakan mata, sbb perlu baca entri orang..

    ReplyDelete
  23. @aNIe
    tulah saya ni di JB, mmg tak dapat lauk di rumah kak, lauk spital tu sedap je pada saya kak..hehe

    ReplyDelete
  24. @kak Erna
    hehe, anak2 saya tak boleh nak melawat saya kak, tulah skrg budak2 bawah 12 tahun mana boleh melawat di wad kan.

    ReplyDelete
  25. @Cma Shiema
    alhamdulillah semakin baik.

    Licin sbb sikit je kan Cma..hihi. Akak mmg macam tak cukup je..hihi

    ReplyDelete
  26. @Ati Masrif
    tq kak ati.

    Tu pun salah satu sebab juga kot..hehe

    ReplyDelete
  27. ish ish.. ni memang dah boleh jd blogger tegar ni.. dalam mata sebelah tu.. gigih juga mengadap pc..

    Alhamdulillah, tahniah sudah selamat dibedah.. sudah boleh buka kah sebelah mata tu...

    ReplyDelete
  28. @kakyong
    hehe, kalau tak update lama nnti terus malas biasanya kak yong. Lagipun, blog ni mcm diari yus, so, bila ada cerita tp tak tulis, nnti terus lupa..hehe

    Dah boleh bukak dah mata sebelah ni, tp masih terasa sakitnya..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...