Selamat petang semua,
Dah petang baru dapat menulis sesuatu di sini. Sebelum aku teruskan dengan apa yang berkaitan dengan tajuk, aku nak ucapkan terima kasih atas komen dan nasihat semua mengenai entri aku semalam.
Rasanya entri itu aku tulis dalam keadaan yang emosi. Memang aku angin dengan budak tu. Budak yang telah buat anak aku menangis teresak-esak. Bila dah tenang ni, ada rasa bersalah juga. Budak tu mungkin tak faham apa yang dia buat tu salah. Sebab bila aku tanya lagi pada Alia, apa yang buat budak tu menukar kertasnya dengan Alia? Macam mana dia tahu Alia punya betul semua? Alia kata, kawannya tu jawab, sebab gambar yang Alia warna pada gambar dalam kertas tu lagi cantik dari dia punya. Hmmm...macam2 kan budak-budak ni.
Aku dah berbincang dengan SRD, perlu ke kami beritahu guru Alia. SRD kata, nanti dulu. Kadang-kadang kena beri ruang pada anak kita berdikari juga. Jangan terlalu bergantung dengan kita, semua benda nak mengadu, dan kemudian kita tolong selesaikan. Apa pun kami tetap akan suarakan di hari perjumpaan dengan guru kelasnya nanti. Biasa tiap-tiap tahun ada kan sessi berjumpa dengan guru kelas ni. Buat masa ini, kita perhatikan dari jauh, harap2 perkara yang sama tidak berulang.
Ok, kembali kepada tajuk. Hari ini aku kan ada temujanji di klinik mata hospital BP. Temujanji untuk buat ECG test, di ambil darah dah periksa tekanan darah semua. Keputusan untuk semua ujian tu harus aku bawa ke JB nanti pada 16hb. Kedua-dua tangan aku di cucuk untuk di ambil darah. Banyak tu darah aku di ambil. Keputusan ujian belum aku terima, kerana petang baru siap. SRD baru saja ke hospital semula untuk ambil hasil ujian tadi.
Eh! Masih belum bercerita mengenai tajuk aku ni? . Sebenarnya aku ke hospital hari ini dengan berbaju kurung. Biasa aku berbaju kurung kalau nak ke kenduri, atau majlis perkahwinan. Kalau jalan-jalan biasa ni, memang jarang jugalah berbaju kurung. Lebih selesa berseluar saja. Baju yang aku pakai pula, dah lama aku tak pakai kot. Nampak masih cantik dan baru pada pandangan mata Abid anak ke tiga aku.
Dalam pada aku bersiap-siap tu, anak-anak semua pun sedang sibuk bersiap-siap hendak ke sekolah. Waktu itulah Abid bersuara. Katanya, " kenapa ibu pakai baju pengantin tu? Ibu kata nak pergi hospital. Kenapa ibu cantik aje?".
. Nak ketawa pun ada. Asal aku pakai baju kurung je dia kata aku cantik. Apa selama ni ibu ko ni tak cantik ye? Hihi....
Sebenarnya hati nya nak ikut kami sekali tu. Bukan nak ke sekolah, tak gitu Abid?
Bila cerita pasal anak-anak ni, teringat pula perbincangan aku dan SRD malam tadi. Kepada siapa kami nak tinggalkan diorang masa check-up di hospital JB minggu depan? Nak bawa sekali atau suruh emak datang sini lagi atau tinggalkan mereka di rumah emak hujung minggu ini sehinggalah mereka habis cuti sekolah nanti.
Cadangan untuk tinggalkan mereka di rumah emak di Melaka sepanjang cuti ini memang aku tak boleh terima. Menitis air mata bila terpaksa berjauhan dengan mereka begitu lama. Sudahlah naik saja cuti, aku pula dah perlu berada di JB untuk operation. Oh! Tidak!!!!
Naluri seorang ibu. SRD boleh ketawa kan aku tau! Sabor ajelah. Kata dia, " ibu tu bila budak-budak ada, kata pening kepalalah sebab diorang asyik gaduh, buat sepah, bising-bising. Baru cakap nak hantar ke Melaka beberapa hari pun dah menangis?".
Apa nak aku kata, mulut aku je yang suka bebel pada mereka, tapi aku memang tak boleh nak berjauhan dengan mereka. Ibu-ibu di luar sana pun macam tu ke?
Apa pun jalan terbaik memang terpaksa hantar mereka ke rumah atok ayah dan mak toknya hujung minggu ini. Sekurang-kurangnya sehingga hari Rabu. Balik saja dari JB, harus terus ke Melaka ambil mereka. Kalau tidak aku pula yang asyik menangis sampai mata bengkak, langsung tak boleh operation nanti....
Apa pun jalan terbaik memang terpaksa hantar mereka ke rumah atok ayah dan mak toknya hujung minggu ini. Sekurang-kurangnya sehingga hari Rabu. Balik saja dari JB, harus terus ke Melaka ambil mereka. Kalau tidak aku pula yang asyik menangis sampai mata bengkak, langsung tak boleh operation nanti....
p/s: panjangnya aku membebel kan. Ada ke yang sudi baca ni?
~ يوس ~
baju kurung rupanya
ReplyDeletealahai anak anak ;)
@sayangsayangibu
ReplyDeletehaha..tulah, baju kurung dia kata baju pengantin..hehe
mesti baju kurungnya tu lip lap lip lap kan...tu dia ckp mcm baju pengantin...
ReplyDelete@ainnoraini
ReplyDeletetakdenya lip lap lip lap ainn. Biasa aje, baju murah je pun. Saya mmg tak suka sangat baju bermanik2 tu, suka yg simple, lagilah nak buat pegi hospital. Tapi tak tahulah bujang saya sorng tu, kenapa ntah kata gitu..huhu
akak pom jika pkai baju yg xbiasa pakai even baju utk tido mlm..anak4 tegur tau..hehe
ReplyDeletetang anak tu..akak pom xle pisah tau..kalu dorang ade kat umah..bukan main lagi membebel..tapi kalu tak dak..ala amak aiihhh..aku rindu deme beb...
ada..saya sudi baca ni haa hehe
ReplyDeletesiap cakap baju pengantin ye tu belum mekap cantik2 tu kan kak hehe
Betul kak tak boleh berpisah lama dgn anak, mai keja kejap ni pun dah teringat2 dah ni huhu
kak, aku baca sampai abes kak...
ReplyDeletemesti akak dah lama x pakai baju kurung, tu yg nampak sweet sgt bila sesekali pakai tu kak...
akak kena tinggalkan jugak dorang kat umah atok dorang utk kebaikan bersama jgak kan...lg pun minggu depan dah cuti sekolah...
harap operation akak berjalan lancar...
uishhh pueh baca nak tunggu mana cerita berkenaan tajuk ekekke ..
ReplyDeletengosekkkkk :)
ermm tul tu cakap hubby adik , biar mereka belajar selesaikan masalah sendiri , anak2 akak mcm tuu jugak .. akak berikan cara nak selesaikan .. kalau semakin teruk , baru akak jumpa teacher dia :)
hermm mustilah pelik sbb bila pakai baju tuu dah mcm pengantin .. maknyer kecik molek kan :))
Mmg sdey pisah ngan kids...sy salunya mlm pertama kalu outstation menangis dlm bilik hotel..moga segalanya dipermudahkan oleh Allah :)
ReplyDeleteyus..anak2 memang tak pandai menipu..memang anak2 suka ibunya berbaju kurung..tu yang siap kata cantik tu..dah memang betul ibunya cantik kan..
ReplyDelete@sarah-najwan
ReplyDeletesamalah kak. Kalau mereka tak perasan kita pernah pakai baju tu, mesti cakap, ibu tu pakai baju baru ke?..:)
betul kan kak...Siang ke sekolah tu lain, tp kalau malam takde dengan kita, rasa lain kan..rindu sangat..huhu
@qemaishak
ReplyDeletehihi, tulah, biasa ibu dia cantik2 kalau pegi tgk pengantin je. Cuba kat rumah, pakai t shirt dengan kain batik je..huhu
Siapa tak sayang anak kan..:)
@wahida
ReplyDeletehehe..tq wahida. Semua yang tinggal komen di sini akak tahu, mmg baca sampai habis punya..:)
tulah, nak suruh emak dtg sini lagi susah juga, sbb masa operation nnti dah kena datang. Masa tu time sekolah, ni time cuti, kenalah bekorban hantar mereka ke sana. Kalau nak bawa semua mmg takut kecoh je di hospital nanti...huhu
@ieda
ReplyDeletehihi, panjang berjela baru nak cerita pasal tajuk ye kak..:)
ibunya kalau di rumah agak selekeh kot. Pelik benor dia bila lawa sikit..hihi
@Farra
ReplyDeletesaya ni dah tak bekerja, hari2 tgk diorang, bila tak tgk sehari, mesti rasa lain sangat...huhu
@kak Erna
ReplyDeletehihi....akak ni.
Sebenarnya ibunya bila di rumah berkain batik dan t shirt buruk je, pakai baju lain sikit pun dah nampak cantik, tak gitu...kihkihkih.
bagus approach akak ngan hubby psl masalah anak2x..nnt bole la junior mcm saya nie implement kat anak2x kitorang pulak..hihi
ReplyDeleteAbid kn mmg taktik lbh.. dgn harapan dpt ikutlah..xnk gi skolah eh? Hehe..
ReplyDeleteYus...
ReplyDeleteciter pasal baju kurung tu sama cam aja la.Tadi pun,masa kluar aja pakai baju kurung.Pastu anak2 tegur la,mama g mana pakai cantik2 nie.Tu la bila kita selalu brseluar dan jarang2 brbaju kurung,ank2 jadi heran.ish3,anak2 kita sama le plk ye...hehehe
Assalamualaikum...
ReplyDeleteRasa cam banyak dah n3 tertinggal. Ye la sekarang memang dan rasanya nak jelajah blog kawan2. Kalu sempat update blog pun memang dah bertuah rasanya. Apapun terus berusaha dan berdoa yea
mmg anak2 ini bila depan mata
ReplyDeletekita asyik bergaduh mengeluh
bila tau kita nk pergi..
rasa sayu saje tau...
bebel2 dan pening kepala pun sayang tetap sayang sangat kan yus.. anak2 kita kan.. buruk baik pun itulah buah hati kita.. mana boleh berpisah lama2.. semoga segala urusan yus berjalan dengan baik dan lancar..
ReplyDelete@Umie
ReplyDeleteekekek...bagus ke Umie.
Rasanya tak mahu juga jadi keluarga yg cepat melatah kan. Kena fikir cara terbaik untuk kebaikan semua...
Mana yang baik tu bolehlah jadikan panduan, yg kurang tu, Umie tegur2lah ya.
@Misz Sephia
ReplyDeletehehe, tulah ana
@deeja
ReplyDeletehihi, anak2 kita kan hampir sebaya semua, sama je pemikiran mereka ni kan..:)
@Kak Sam
ReplyDeleteTakpe Kak Sam, take your time. Yus mmg suka catat sesuatu everyday, kecuali tiada di rumah..:)
@Ati Masrif
ReplyDeletebetul kan kak. Mereka pun sayu sebenarnya bila kita cakap nak tinggalkan mereka di rumah atok beberapa hari...:(
@Hanis Azla
ReplyDeleteBegitulah Hanis. Kalau tak bebel2 tak sayang namanya tu kan...
Terima Kasih Hanis atas doanya..:)
kehkehkeh!!! baca tajuk aku bygkan ko pakai songkat bagai la..
ReplyDeletemata anak2 ni jujur taw...
aku sndr jarang berbaju kurung. dulu keje pun belasah pakai tshirt + seluar jek. bila sesekali berbaju kurung, mmg diorg kagum dgn kecantikan mummy diorg.. sungguh ayu gitu. hahahha!!! sila jgn muntah yer..
*songket
ReplyDeletemana gambar baju pengantin tu... Masukan laaa.. hehehe nak tgk ibu jadi pengantin jugakkkk..
ReplyDeleteHehhe... sweet je anak cakap bila pakai baju kurung, pakai baju pengantin ya. Sebab jarang ibunya pakai kan. Sama la, Yati hari tu pun Hafizan cakap ni mama pakai cantik-cantik ni, nak pergi mana. :)
ReplyDeletePendapat Yati, elok hantar mereka ke kampung, kak Yus. Kat hospital nanti ramai-ramai, susah pula.
anak2 kakyong pun cam tu lah..
ReplyDeletepantang tgk ibunya pakai baju kurung... sbb daily pakai pant dgn tshirt jer...
n3 terkini kakyong.com
Daftar & dapatkan gravatar anda
Andiya Adira si budak kuat nangis
Belle of Feb 2011 bagi blog § notre belle histoire §