Friday, March 11, 2011

Home » » Ceritera Lawak Abid Zulfan...

Ceritera Lawak Abid Zulfan...

Anak aku yang ke tiga ini memang banyak mulutnya. Ada aje yang dia cakap, ada saja ideanya. Kadang-kadang tak terfikir budak yang baru 4 tahun lebih seperti dia boleh cakap macam tu. 

Ini cerita semalam. Arif adiknya sekarang dah mula pandai mengemas. Dah suka ambil barang kecik-kecik yang aku suka letak di meja atau apa saja yang dia capai. Aku pula bila sibuk, suruh Abid tolong tengok kan adiknya. Abid macam geram kot bila dia terpaksa susun balik barang yang adiknya sepahkan. Maka terkeluarlah dialog ini antara aku dan Abid.

Abid: Ibu, Arif ni degillah ibu. Suka sepah-sepah barang. Ibu masukkanlah Arif balik dalam perut ibu, nanti dia diam aje, tak boleh degil-degil lagi.

Aku: Kenapa pulak? Mana boleh Arif masuk balik dalam perut ibu. Abih, Abid pun nakal juga kan. Abid ajelah masuk dalam perut ibu.

Abid: Abid tak boleh. Nanti kalau Abid masuk dalam perut ibu, perut ibu jadi gemuk sangat. Abid dah besar. Kalau Arif, perut ibu tak gemuk sangat, kecik je Arif tu.

Aku:

Memang tak terfikir dia akan berkata begitu. Abid, Abid. Celotehnya buat aku terhibur.

p/s: Aku pilih nama Abid Zulfan dulu kerana maksudnya yang indah.Abid = Yang beribadat, Zulfan = Taman. Bila gabungkan jadi  Taman Ibadat. Semoga dia membesar menjadi anak yang menjadi kebanggaan kami sekeluarga.....Aminn.

~ يوس ~

16 comments:

  1. memang kelakar la si Abid ni...pagi2 lg yana dh senyum...hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. dah boleh di harap utk jaga adik yer abid.. ala comelnya jawapan dia. mmg sedap nama abid tu seindah maknanya.. harap2 anak2 kita menjadi insan2 yg cemerlang di dunia dan di akhirat.. Aminnn..

    ReplyDelete
  3. anak anak memang ada je yg keluar dari mulut diorang secara sepontan kan?

    ReplyDelete
  4. anak2 mmg mcm tu..ade jer bende yg kite tak jangkakan..dia kan tanya...kadang2 tu kelakar pun ade..

    ReplyDelete
  5. laju je abid mnjwb ye...heheh tringat kita kcik2 dlu pon gitu gak hahaha

    ReplyDelete
  6. hahahaha...lawak la...
    itu tanda dia bijak tu kak...

    ReplyDelete
  7. he3..petah bercakap..abid..camana nk masukkan adik dlm perut ibu balik???

    ReplyDelete
  8. Kelakar la Abid ni.. Mcm2 idea dia kan.. Masih nyanyi lagu Cinta Melan.. apa tahhhhh tajuk nya tak?

    ReplyDelete
  9. yus..ingay kan apa la yang nak disuruhnya..
    rupanya suruh masukkan adik dalam perut balik..he he..abid..abid..
    memang boleh menghiburkan ibu dengan celotehnya..

    ReplyDelete
  10. Sedap nama Abid Zulfan. Unik. Pandai dia cakap. :)

    ReplyDelete
  11. petahnya Abid berkata-kata... nama pun sedap...

    ReplyDelete
  12. tak sabar nak tunggu ammar berceloteh..tak menang mulut nak menjawab rasanya, sekarang pun duk potpetpotpet lam bahasa dia dah hehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...