Peperiksaan penggal pertama dah berakhir hari ini. 2 hari saja hari ujian untuk budak-budak tahap 1 ni. Hari ini pulang dari sekolah, Aqil dan Alia dah dapat markah untuk satu subjek. Aqil untuk subjek sains, dan Alia Pendidikan Islam.
Aku macam biasa memang ambil berat pasal markah diorang.Kalau mereka salah jawab mesti aku nak tengok balik apa yang mereka salah dan pastikan mereka tahu kesalahan yang mereka buat supaya tidak berulang.
Tapi, satu perkara buat aku angin bila Alia menunjukkan kertas PI nya dengan muka monyok. Kata Alia, dia patut dapat 100%, tapi kawan dia tukar muka surat depan yang ada nama tu dengan kertas dia. Aku macam tak percaya, betul ke Alia ni?
Kemudian aku perasan nama pada kertas tu di tulis Nur Aliya Zafirah dan bukannya Nur Alia Zafirah. Aku tanya dia, " kenapa tulis nama sendiri pun salah ni? Kan ejaan nama anak ibu 'Alia' bukannya 'Aliya'".
Maka terbongkarlah rahsia. Kawannya Nur Aliya Batrisya, ambil kertas anak aku tu dan tukar dengan kertas dia. Alia anak aku siap menangis teresak2. Mana kan tidak, kertas jawapan yg sepatutnya kertas dia tu dapat markah 100%, tapi kertas yang ada di tangannya dapat 90% saja.
Aku jadi angin!!! Angin ok, kecik2 pun dah pandai tukar kertas dan padam nama orang lain, lepas tu tulis nama sendiri. Pada kertas yang anak aku bawa balik tu, memang ada kesan nama Batrisya di padam, (aku boleh nampak ok) dan di ganti dengan nama Zafirah. Budak tu sempat padam yang belakang saja, tapi ejaan Aliya tu dia tak padam. Sudah tentulah aku cam kan, anak aku memang tak pernah eja nama dia Aliya, sah2 nama dia ejaannya Alia.
Yang anak aku ni pun satu, dah tahu kawan tukar kertas dia, boleh buat tak tahu aja. Kata dia masa tu, dah nak kena hantar, dia tengah khayal cakap dengan kawan sebelah, kawan sebelah lagi ni ambil kertas dia tukar, boleh gitu!!
Aku ni masih percaya tak percaya, tapi bila Alia anak aku kata, kertas dia ada tanda jawapan yang dah di guna di tanda dengan pensil, tapi kertas yang dia tunjuk aku tu tidak, menguatkan lagi kenyataan dia yang kertasnya telah di tukar. Sebab, aku memang ajar anak-anak aku, kalau pilihan jawapan tu sudah di guna, tanda guna pensil, jadi mereka tahu yang masih belum bertanda tu, belum di gunakan lagi. Tulisan pun nampak sedikit berbeza dari tulisan Alia yang aku kenal.
Diri sendiri lalai, sampai kawan tukar kertas jawapan pun tak sedar, lepas tu balik rumah menangis teresak-esak. Geram aku. Aku geram sebab dia tak beritahu cikgunya. Bila aku marah, kata dia, dia dah cakap cikgu, tapi cikgu tak percaya.
Ni yang aku tak suka ni bila nama lebih kurang sama, yang seorang tu pandai pula ambil kesempatan. Si Aliya Batrisya tu dah lah besar orangnya, anak aku pulak cinonet aje. Kena buli ajelah nampaknya .
Beriya aku pesan pada Alia anak aku, jaga kertas jawapannya lain kali. Jangan sampai di ambil dan di tukar lagi dengan kawannya. Aku tak kisah dia dapat markah rendah ke apa ke, tetapi biarlah atas usaha dia sendiri. Tapi kalau dah dia patut dapat markah lebih baik, tapi teraniaya macam ni, tu yang aku tak suka tu.
Nasib baik baru ujian penggal pertama. Serius, jangan jadi macam tu lagi ye Alia .
p/s: Tak sangka baru darjah 1 pun dah pandai buat macam ni. Betul ke ni? Aku pula yang takut..huhu
~ يوس ~
wah kecik2 dah pandai tukar2 kertas..kena hati2 tu..
ReplyDeletewah2, kecik2 dah pandai menipu ye..tu le, akak pesan jela kat alia supaya lebih hati2 lps nie.. harap2 si 'aliya' tu sedar la kesalahan dia tu..nak sumpah seranah pun x elok jgk ye sbb kecik lg..yg penting akak sendiri tahu tahap kecekapan anak akak kan..semoga it wont happen again..;-)
ReplyDeletewaduh takutnya! camne ni kak. sape nak disalahkan. mak bpk budak tu ke atau budak tu? tp mcamana dia boleh tau menipu mcm tu. teruk la. risaunya batrisya nak sekolah kat mesia nih. mcm2 dengar citer x best pasal sek mesia nih. redha je la kan. huhu..
ReplyDeleteakak kena report ngan cikgu dorang tu kak. tunjukkan bukti yang ada. ishhh... maner leh diam kak. lelama budak tu naik tanduk la...
ReplyDeletejom, kita p jumpa guru besar terus... geram dah ni!!! [tepuk dada perasan mcm king kong]
@qemaishak
ReplyDeletetulah qema, kecik2 dah pandai buat....akak angin lagi ni...huhu
@Umie
ReplyDeletetulah Umie. Nak marah pun budak2. Akak tanya juga dia, kenapa tak marah kawan dia tu tukar kertas.
Dia kata, ALia dah cakap dia, tapi dia ketawa2 lepas tu cakap saja-saja, tak boleh ke?
Jawapan tu buat akak tambah angin tau!!!
@Asmara
ReplyDeleteBudak2 sekarang ni mmg banyak yang advance nya As.
Akak tanya juga lagi, kenapa dia nak tukar kertas Alia dengan dia, kenapa tak tukar dengan orang lain, Alia kata, budak tu cakap dengan dia, Alia warna lawa, aku punya tak lawa..
Budak2 sekrang darjah 1 pun dah beraku engkau tau..huhu
aduhai yus.. dengar pun dah rasa tak best.. sian alia.. tentu dia frust.. risau kan.. kita nak buat report tak sampai hati.. tp klu tak budak yg buat tu tak tahu pula yang perbuatan dia tu salah ..
ReplyDelete@NM02
ReplyDeleteNak besar-besarkan sampai ke Guru Besar pun rasa tak best juga neeza. Nanti takut kita pula yang di kata cepat melatah.
Takpelah ini baru kali pertama, kita lihat mcm mana. Apa pun akak mmg dah bagi warning baik kat ALia. Suruh dia lebih berhati-hati selepas ni.
@Hanis Azla
ReplyDeleteTulah Hanis. Dia memang frust. Dia kata ramai yg dapat 100, Alia pun dapat 100, tp cikgu kata Alia dapat 90. Itulah yang dia asyik kata.
Kita ni dengar anak cakap mcm tu, sedih juga, angin pun ada. ...huhu
gi tahu cikgu dia la kak,budak ni kena melentur buluh dr sekarang..kalau dibiarkan tk tahulah besar nanti camana...bawak bukti yg ada,biar dia tahu salah dia...sian alia.bahaya ade pembuli ni
ReplyDeleteAduhai - kecik2 dah pandai buat macam tu? :(
ReplyDeletebahaya tu...
ReplyDeletemesti mak pak dia garang..
sampai dia takut n buat benda salah
Kalau mcm tu akak ajar Alia tulis nama pendek je. Zafirah Shahruddin ke..
ReplyDeleteKwn dia tukar kertas sebelum dihantar pd cikgu lah ye ni?
kalau sy kak,,sy gi jer jumpa cikgu..x kira...
ReplyDeleteanak akak ade la juga msa djh 2 ari tu jd mangsa buli..
ReplyDeletehubby akak siap pi jumpa budak pembuli tu..bukan nk marah ke hape..tapi nasihat..elok je budak tu skrg..
tapi yus tgk dulu exam tgh thun nati..jika bdk tu buat hal lagi..wajib report..
amboi2..kecik2 dah pndi menipukan..padahal br darjah satu tu..ish,geram je baca cite akak ni..geramala dgn si'aliya'sorang tu..tak sangkakan..kesian Alia,semoga ambik pengajaran dr ni n lebih hati2 tuk nextime kan kak..
ReplyDeletekak yus, pergi sekolah..jumpa guru kelas. bincang, beritahu hal sebenar... penting keadilan untuk Alia dan kita betulkan budak yang salah. kalau dibiarkan, mungkin akan berulang.... mungkin bukan Alia pula yang dibuli,tapi yg lain.... Perkara yang tak elok kita cegah. Pelajar yang salah tu juga perlu sedar dan tahu, apa yang dibuat tu salah.... kalau tak dia angkuh dan buat lagi...
ReplyDeletesebagai cikgu, saya mungkin takkan tahu kalau pelajar atau ibu bapa tak beritahu.... kalau saya tahu, saya akan betulkan.
:)
salam yus..wah..macam2 ..tak dapat nak pk sekejap..munkin faktor persaingan,dia rasa anak yus pandai..tu yg dia tukar..rasanya elok pg cakap ngan guru kelas alia tu yus..bagi cikgu tahu keadaan sebenar..kadang cikgu tak perasaan..nanti kalau disenyapkan saja,,kesian gak ngan si aliya tu..tak elok utk perkembangan sahsiah diakan..huhu
ReplyDeleteyus..kena cari penyelesaian nya tu yus..walau pun anak yus kata cik gu tak percaya..kena juga berdepan..supaya lain kali tak berlaku lagi..baru darjah satu le kita kena betulkan..supaya tak berlanjutan sampai besar.
ReplyDeleteBrutal giler budak tu...
ReplyDeleteheeee baca pun naik geram gak.
Antara Tergelak dengan Terbahak... Hak Hak Hak Hak!
amboiiii kecik2 dah berani mcm tu... Fuihhhhhhhhhhhhh.. takut!!
ReplyDeletesalam knal,
ReplyDeletesaya folo ye....;D
haisyh...brasap juga sy bc!
my dauter pon slalu gak kna buli mcm ni....
dulu ada skali dia dpt highest mark, kwn dia cucuk lengan dia smpai bdarah
geram tul lah..
patut report pd guru klas
Kesian Alia..biasa la,kak. Kalau anak kita ni kecik molek je,asyik kena buli je dek anak2 org lain yg beso..tp yang xleh di trm dek akal tu,siap boleh tukar kertas jawapan tu..memang betul2 advance budak2 skrg..Harap lps ni Alia lbh berhati2...sbr ye,kak..
ReplyDeleteyus...pi jer jumpa cikgu, biar cikgu dia tau..aware tentang perangai budak Aliya tu...untung2 dia bgtau mak budak tu..kekadang mak budak tuh mungkin tak tau perangai anak dia camtu....sian mak budak tu kalau tau perangai anak dia...baru darjah 1, masih leh dilentur
ReplyDeletememacam ragam anak anak sekarang kan?
ReplyDeletemenakutkan..
huhu..kecik2 dah pandai menipu..hati2 kak..risau nnti dia buat lg kat alia..
ReplyDeleteYati yang baca ni pun jadi geram, kak Yus. Kecik kecik dah pandai menipu.
ReplyDeletememang kena gtau dgn cikgu nya ni.. x leh dibiarkan... cikgu kdg2 amik kes ni sambil lewa.. selalu jadik yg mangsa pulak yg jd bersalah... huhuuu... kena ajar anak jd berani... Alia sure boleh..
ReplyDelete