Monday, March 07, 2011

Home » » Asmara 2

Asmara 2


[gambar]:ehsan google

Siapa tengok Asmara? Aku tengok, dan aku  tahu sambungan drama menarik ini akan menemui semua mulai esok. Tak sabar rasanya nak menonton Asmara 2. Tengok dari sinopsis yang aku cari tadi memang menarik.


Mungkinkah Asmara akan kembali kepada kekasih pertamanya, Melati selepas Zaliya meninggal dunia? Persoalan yang telah mengakhiri siri drama ASMARA ketika menghiasi slot Lestary pada 31 Ogos - 30 November, 2010 bukan sahaja menerima ‘rating’ atau kadar tontonan yang tinggi pada 3.1juta penonton malah ramai yang mahukan siri popular tersebut disambung seterusnya mengetahui pilihan hati Asmara.

Sambungan siri ASMARA akan menemui para penonton mulai 8 Mac 2011, setiap hari Selasa jam 9.00malam menerusi slot Lestary. ASMARA 2 masih menampilkan Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen). 

Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah. Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya. 

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria. 
p/s: Mood berblog aku semakin kurang + aku perlu merealisasikan azam aku untuk kurang berada di depan pc. Khamis ini jumpa doktor untuk check-up kesihatan sebelum operation. 

Terima kasih kepada yang menjengah dan meninggalkan jejak.

~ يوس ~

9 comments:

  1. baca sinopsis cam best..
    akak ni dah lama xtgk drama kat tv malam2..

    xpe yus..kurangkn dulu xtvt berblog demi mata awak..pahni da operate dan sihat molek..bule aktif semula deh..

    ReplyDelete
  2. rehatler dulu blogging, moga operation berjalan lancar :)

    ReplyDelete
  3. assalam yus..rihat ye..selepas operation nanti lagi lama tak boleh mengadap pc kan

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak tgk asmara 2...

    ReplyDelete
  5. yg pertama munna x follow citer ni... sinopsis macam best je

    ReplyDelete
  6. tak berpeluang nk tgk tv lain sb ade astro..:)

    ReplyDelete
  7. tgk gak iklan tapi saya xikut sgt cerita ni..sekarang xleh miss tgk cerita Begitukah Cinta & trilogi Cinta, cerita rosyam noor (Suhan Movies) ni best2 smuanya..

    xpe la kak, utamakan kesihatan, nanti dah ok leh aktif berblog balik.

    ReplyDelete
  8. rehat dulu...semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  9. Yati tengok Asmara dulu. Oh, hari ni dah start yek. Kena tengok ni.
    Kak Yus, dah nak dekat operate ye. Selamat ye kak.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...