Hari ini aku banyak cari maklumat mengenai retinal detachment. Apa dia retinal detachement? Apa simptom yang menyebabkan ianya berlaku? Apa perlu di buat bila kita tahu kita ada retinal detachment? Surgeri yang bagaimanakan sesuai untuk mengubat penyakit ini?
Semakin banyak aku google dan cari, semakin banyak yang aku baca, semakin kecut perut pun ada.
Antara yang menarik aku jumpa
( Klik antara 3 tajuk di atas untuk mengetahui lebih lanjut)
Dari pembacaan aku, aku dapat buat kesimpulan, kalau kes yang agak teruk, satu pembedahan tidak mencukupi. Mungkin perlu di jalankan pembedahan kedua dan seterusnya. ( Harap-harap aku satu pembedahan sudah cukup)
Dari penerangan doktor kepada aku, kes aku agak rumit rasanya, sebab ada 3 tempat yang terkoyak dan kawasan koyak itu sudah hampir ke titik hitam. Bagaimana agaknya nak hilangkan perasaan takut aku ni? ( Tulah saper suruh cari info tadi? Kan dah datang perasaan takut tu semula).
Apa pun video ini benar-benar memberi penerangan yang jelas mengenai retinal detachement. Anda yang ada masalah rabun tu, bolehlah tengok video ini ye. Manalah tahu simpton-simpton yang di nyatakan ada berlaku pada anda. Rawatan dan pencegahan awal adalah perlu untuk mengelakkan risiko buta kekal.
Penerangan dari video klip ini cukup jelas kan. Bila aku lihat klip video ini baru rasa takut aku tu kurang sikit, tapi masih belum hilang sepenuhnya.
Ya Allah, bantulah aku hilangkan perasaan gemuruh aku ni. Semoga pembedahan itu nanti berjaya sepenuhnya.
Ya Allah, bantulah aku hilangkan perasaan gemuruh aku ni. Semoga pembedahan itu nanti berjaya sepenuhnya.
~ يوس ~
hope akak tabah yer..solat hajat selalu semoga semuanya berjalan dgn baik dan selamat...
ReplyDeletekak..harap semuanya selamat.
ReplyDeleteDoa kesihatan yang baik untuk akak.
semoga tabah dan sabar menjalani ujian Allah..cuba bace Yassin sbanyak mane yg boleh..Insyaallah,Allah akn permudahkn..
ReplyDeleteMoga cepat sembuh kak yus ek ...
ReplyDeletep/s kak yus, sy tag akak join GA
klik sini yek ..
http://cydaacmecontest.blogspot.com
salam yus...sukar nak ulaskan..kata org baca n hayati surah al insyirah(as syarh)..apa-apahal pun doa yus..tabah menghadapi ujian tu..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ye kak yus...:)
ReplyDeletetabah ye...segala2nye...moga cepat sembuh...
ReplyDeletemoga yus cepat sembuh... kami semua doakan..
ReplyDeleteodaijini (get well soon) akak... insyaAllah saya doakan akak tabah & rasa relaks aje menghadapi detik2 pembedahan tu..sesungguhnya saya tau perasaan yg akak hadapi skrg nie sbb i used in that situation last year..berserah padaNYA, DIA tahu mana yg terbaik utk kita..;-)
ReplyDeleteyus kena kuatkan semangat tu ye
ReplyDeletefikirkan anak2 dah boleh buat kita kuatkan
kuatkan semangat Yus.. & jgn lupa rajin2 perah susu utk Arif... ;)
ReplyDeletedah klik HB
ReplyDeleteYus, kuatkan semangat ok, kami kwn2 blogger sntiasa mdoakan semoga smuanya nt berjalan dgn lancar..
ReplyDeleteKak Yus, Yati doakan, semoga semua selamat. Amin.
ReplyDelete