Showing posts with label Kongsi entri dari teman. Show all posts
Showing posts with label Kongsi entri dari teman. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Doa Mudah Bersalin & Kesejahteraan Anak Dalam Kandungan



اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ


اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا


اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً


اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ


وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ

Ya Allah ,

peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,

Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .


Ya Allah ,

panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .



~ يوس ~

Saturday, October 13, 2012

Tips @ Petua untuk dapatkan anak perempuan

image ehsan google

Ini entri copy and paste.

Untuk bacaan aku juga. Dalam banyak-banyak yang aku google, ini paling menarik perhatian aku.

SUMBER : ayahmama.com

1. Mulakan dengan doa dan niat untuk memperoleh jantina bayi perempuan.

2. Pastikan hubungan seksual dilakukan pada waktu subur isteri iaitu antara hari kesebelas hinggalah hari kesembilan belas dari kiraan pertama datangnya haid.

3. Biarkan suami melepaskan hanya lima puluh peratus sahaja spermanya ke dalam rahim isteri sementara bakinya dirembeskan di bahagian pangkal rahim.

4. Selepas berasmara, isteri digalakkan tidur mengiring ke sebelah kiri dan sekiranya membelakangkan suami maka mintalah izin terlebih dahulu.

5. Akhiri dengan doa agar hajat yang diinginkan dimakbulkan oleh-Nya.

Amalan pemakanan ketika janin berusia satu hingga empat bulan :

1. Banyakkan pengambilan sayur, sup, asam serta jenis yang beralkali.
2. Lebihkan buah-buahan .
3. Elakkan dari mengambil minuman berkarbonat.

Perbuatan yang digalakkan ketika kandungan berusia satu hingga sembilan bulan

1. Amalkan membaca surah Yusuf dan Maryam.
2. Usap kandungan dengan lembut dan panggillah bayi anda dengan nama Maryam atau Siti Aishah.
3. Banyakkan berdoa agar permintaan anda dikabulkan.

Ini satu lagi yang menarik.


1. Petua dapat bayi berambut kerinting

Amalkan memakan 5 hingga 10 biji kerang rebus setiap hari.

image dari entri ini.

















2. Petua dapat bayi berkulit halus dan cerah

Amalkan memakan sayuran hijau setiap hari. Contohnya seperti sayur bayam.

















Di samping itu,  lebihkan juga pengambilan telur ayam kampung.

Jika diizinkannya, pasangan akan dikurniakan bayi atau anak yang berambut kerinting walaupun kita dan pasangan berambut lurus.

Begitu juga dengan petua kedua. Walaupun kita dan pasangan berkulit gelap tapi inginkan zuriat yang berkulit halus dan cerah, amalkan saja petua tersebut.

Wah! Serius teruja nak cuba bab amalan pemakanan tu. Amalan surah tu memang dari dulu dah amalkan, tapi bab pemakanan tu belum pernah praktikkan lagi. Sesungguhnya kita merancang Allah yang menentukan, namun tak salah mencuba kan. Apa pun jantina bayi yang lahir nanti, yang penting dia sihat dan baik-baik saja.....Aminn.



~ يوس ~

Friday, July 20, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Lagu Nasyid dari Rabbani




Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
membasuh daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

Kita beroleh mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...

Ramadhan menjelma lagi.  Hati berkobar-kobar nak sambut Ramadhan esok. Teruja, gembira. Semoga kita semua dapat melaksanakan rukun Islam ke 3 ini dengan baik dan sempurna. Di kesempatan ini, yus ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengunjung blog ini. Ampun dan maaf di pinta andai ada terkasar bahasa, tersalah kata moga dapat sama-sama kita memperbaiki diri sempena kedatangan Ramadhan kali ini.

Di sini juga saya ingin berkongsi satu entri dari teman blogger yang sangat menarik bagi saya. Jujur saya baru tahu aplikasi ini. Sambil-sambil baca blog, sambil-sambil tu boleh juga dengar bacaan Al-Quran yang di alunkan. Perisian ini juga membolehkan  kita membaca Al-Quran dengan mudah dari lappy kita sendiri. Boleh juga memperbaiki bacaan sendiri, mana yang tak berapa betul tu kan. Moga bermanfaat kepada semua. Entri yang saya maksudkan adalah dari blog KomenSen pakngah al-lavendari kita. Entri bertajuk ...


Jemput ke sana bagi yang tak baca lagi tu ya...

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa ikhlas dari saya dan keluarga...

~ يوس ~

Thursday, May 31, 2012

10 pesanan untuk jadi isteri solehah

Kalau semalam aku kongsi panduan untuk menjadi suami luar biasa, hari ni nak kongsi 10 pesanan untuk jadi isteri solehah pula. Info ini aku dapat dari akhbar Berita Harian semalam, Rabu 30 Mei 2012, ms N6 bahagian Agama.

10 pesanan jadi isteri solehah


  • Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  • Mendengar dan mentaati suami. ( tapi janganlah taat membuta tuli ya tak, kalau benda yang baik wajiblah taat, kalau yg tidak baik tu, bawa-bawalah berbincang dulu...ayat tambahan sendiri ni.)
  • Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumahtangga.
  • Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  • Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  • Menjaga makan minum suami dengan betul, tepat serta waktu tidur suami bagi elak emosi suami terganggu.
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  • Amanah menjaga harta benda dalam rumahtangga.
  • Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumahtangga kepada orang lain.
  • Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.

Image aku dapat dari blog ini, untuk entrinya Isteri solehah perhiasan paling membahagiakan. Sila terjah sana untuk baca lebih lanjut.

Peringatan dan panduan untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua. Semoga ianya bermanfaat.

p/s: hari ni tak boleh berlama-lama dengan lappy juga nampaknya. Parents aku nak datang, tengok cucu kesayangan mereka Arif yang luka di kaki akibat terkena lidi basikal tu. Sayang betul atok dan nenek dengan cucu, dengar je cucu sakit sikit, terus terjah....huhu. Maaf ayah, emak, bulan ni belum sempat balik Melaka lagi....:D

~ يوس ~

Friday, February 24, 2012

Uban adalah cahaya pada hari kiamat

Seorang sahabat berkongsi info ini pada status dinding muka bukunya...

Jujur aku baru tahu ni.
Selama ni kalau nampak uban di kepala, suka nak cabut.
Walau di cabut gatal, masih suka juga nak cabut.
Tak suka nampak ada rambut putih di kepala.
Tak sedar diri dan makin meningkat usia.

Cuba google lebih lanjut maklumat  mengenai uban sebagai cahaya pada hari kiamat ni.
Aku jumpa entri di blog Soal Jawab Agama Islam bertajuk Uban: Pemberi Cahaya Diatas Titian Jahannam
Entri penuh yang banyak info tentang kenapa kita tidak patut mencabut uban.

Kemudian jumpa pula blog Media Siber juga membuat entri mengenai Uban adalah cahaya bagi seorang Mukmin

Kalau kawan-kawan ingin tahu lebih lanjut apa kata terjah link pada tajuk-tajuk yang aku nyatakan tu ya.

Apa pun ok, lepas ni kalau ada kelihatan uban di kepala, aku tidak akan mencabutnya.
Biarkan saja, kerana uban adalah cahaya bagi seorang mukmin....

Walllahu alam...

~ يوس ~

Friday, January 27, 2012

Fridge Magnet boleh mengakibatkan kanser????

Anda suka kumpul fridge magnet?
Banyak kontes atau GA yang beri hadiah fridge magnet kan.
Aku sendiri pun memang sangat suka kumpul FM ni,
dah penuh pun pintu bahagian atas peti ais aku,
dah kena sambung bahagian bawah pulak.

Tapi baru sebentar tadi aku baca di Ini Blog Bui.
Entri bertajuk Fridge Magnet boleh sebabkan kanser..?
Baca terus jadi takut ok.
Banyak tu FM di fridge aku!!!

Tapi kemudian aku ambil keputusan untuk google pasal ni.
Aku jumpa dua forum membincangkan isu ini.
Pertamanya di sini.
Aku petik apa yang di tulis di situ.

Quote:
A number of researchers at Princeton's University have discovered something scary!.

For several months, they were feeding two groups of mice: the first group with food kept in a refrigerator, and the second group with food kept in a refrigerator as well but with several decorative magnets on the door.

The objective of this experiment was to see how electromagnetic radiation (that coming out from the decorative magnets on the door) affect food items. Amazingly, rigorous clinical studies stated that the group of mice that consumed the "radiated" food had as much as 87% higher probability to get cancer than the other group of mice.

Inexplicably no Governments or health associations/institutions have given any statement on this regard. However and just in case, is recommendable to remove any decorative magnet from refrigerators, and put it far away from any food.
Well, since I have a little time today, I thought I would spend a little of it debunking this stupid e-mail.
1. There is NO SUCH STUDY by Princeton.
2. Magnets do NOT produce radiation.
3. Decorative magnets are permanent magnets with rather weak magnetic fields. If you slam your fridge's door hard enough, many will fall off. That's how weak they generally are.
4. The strength of magnetic fields decreases very rapidly with distance. In fact, placing a piece of cardboard between the magnet and the fridge door is usually enough to prevent the magnet from sticking to the door.
Therefore, how can decorative magnets have ANY effect on food stored in the refrigerator? Even if you attach a really strong magnet to the fridge door, the magnetic field will not extend far enough into the fridge to affect any food stored inside.
Also, magnetic fields have no discernable or permanent effects on the human body. We use extremely large and powerful magnets in MRI machines and barring the presence of magnetic substances in the body (implants, tattoo inks), it's extremely safe to use.
Interestingly, refrigerators use magnets to keep the doors closed, and their electric motors have magnets that generate electromagnetic fields. These are certainly closer in distance to the stored food, and stronger than any decorative magnet.
Finally, the reason why there is no statement about this "danger" by any government or health authority is because there is NO SUCH DANGER!
Don't let this e-mail put a dent in your creativity. Have fun decorating your fridge door with decorative magnet!__________________
Dr. Adrian Wong
Ok. Email yang di sebarkan mengenai ini katanya cuma scam.
Jumpa pula laman hoax-slayer.com yang juga membincangkan isu ini.
Aku petik separuh Analisis yang di bincangkan dari quote yang sama.

Detailed Analysis

According to this widely circulated warning message, researchers at US based Princeton University have discovered that the ubiquitous decorative magnets that many people stick to their household refrigerator doors can have an adverse effect on the food stored inside and could therefore significantly increase the risk of cancer among householders that use the magnets. According to the message, "rigorous clinical studies" using two groups of mice showed that the mice who consumed “radiated” food from a refrigerator containing door magnets had up to 87% higher probability of getting cancer than the mice who ate food from a refrigerator without door magnets.

However, I could find no credible evidence whatsoever that confirms the claims in this warning message. There is no record of a study like the one described being conducted at Princeton University. I contacted Princeton University to enquiry about the supposed study and received the following reply from a university spokesperson:

To confirm, we are not aware of any such research affiliated with anyone at Princeton and unfortunately we do not know where or why this e-mail chain started.

We appreciate you informing your readers that this e-mail is a hoax.In fact, despite extensive research, I could not find any record of such a study being conducted at any major university.


Moreover, there is not a shred of credible evidence to suggest that the innocuous fridge magnet could possibly have such a detrimental impact on food stored inside a refrigerator. A typical refrigerator magnet is simply a small, low-strength permanent magnet. A permanent magnet is an item made from a magnetized material that creates its own persistent magnetic field. Other types of magnets rely upon electric currents to generate amagnetic field.


>>>Baca Lanjut
Lega rasa bila baca keterangannya di situ.
Tapi kan, bila baca salah satu komen yang orang tinggalkan di bawahnya, jadi kecut perut semula.

Klik image untuk paparan lebih jelas ya.
Komen itu menyatakan, seorang kawannya mati akibat kanser
dan kawannya itu memang pengumpul FM tegar.

Bila baca aku jadi was-was,
nak teruskan hobi aku kumpul fridge magnet ni atau tidak.
Tapi kalau dah di tadirkan kita dapat penyakit, apa pun boleh menjadi puncanya.
Semua itu sudah qada dan qadar dariNya.
Cuma bila tahu salah satunya mungkin dari hobi sendiri,
haruslah kita cuba jauhi dari benda tu kan.

Korang rasa macam mana setelah baca semua yang aku paparkan di sini?
Ada hati nak teruskan minat mengumpul FM ni?

p/s: pada yang suka kumpul FM tu, ambillah masa baca info ini ya. Dan sila beri pendapat anda...

~ يوس ~

Sunday, January 01, 2012

Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Rajalawak

Baca entri dari ibu Yusuf dan Maryam pasal Countdown 2012 bersama Ustaz Azhar Idrus.
Seronoknya dapat menghadiri majlis seumpama itu.
Kira acara sambutan tahun baru yang agak berbeza dari yang pernah kita dengar.
Khabarnya kehadiran lebih dari 70,000 penonton.
Alhamdulillah.

image dari fuhsantai.com
Teringin sekali aku mendengar serba sedikit apa agaknya yang di sampaikan masa itu.
Cari-cari video di youtube kot-kot ada, tapi nampaknya hampa.
Jumpalah blog fuhsantai.com
yang ada menyiarkan beberapa video dari Countdown 2012 itu.
Pengacara malam itu ialah Zizan Rajalawak,
Tapi sayang, tak berapa jelas, sebab dia mungkin berada jauh di belakang.

Cuba cari lagi, masih tak jumpa.
Tiba-tiba aku jumpa blog rotikaya.com ni.
Ada video ustaz Azhar Idrus
menceritakan pengalamannya berbual bersama Zizan Rajalawak dalam telefon.

Bila tengok video tu, rasa respect juga dengan Zizan.
Bagus Zizan ni, merujuk kepada Ustaz untuk sesuatu perkara yang dia tidak pasti.






Seronok dengar, walau beberapa kali tengok.
Pandai Ustaz Azhar Idrus ni bagi ceramah kan.
Makin suka dengan cara dia menyampaikan ilmu.

Pengajaran yang boleh di ambil,
malu bertanya sesat jalan.
Bertanya dan merujuklah kepada yang lebih pakar,
untuk sesuatu perkara yang kita tak pasti dan ingin tahu kebenarannya.
Semoga darinya kita dapat memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik dan berguna.
~ يوس ~

Thursday, December 08, 2011

Threaded Comments: Cara nak buat latarbelakang warna berbeza antara kotak komen pembaca dengan kotak komen blog admin/author

Sebelum tu, kena baca entri ini dulu.
Semalam korang dah tengok perubahan pada kotak komen aku kan.
Hari ini ada perubahan lagi.
Perubahan seperti ini bila ada yang komen dan aku pun balas komen tu.

Ada perbezaan warna antara komen pembaca dan komen balas dari aku.

Hendak buat juga???
Aku tak pandai nak buat tutorialnya.
Apa kata korang terjah link fb MariBinaBlog ini.
Dari orang yang sama ajar aku cara nak buat threaded comments tu.

Dan bila aku tanya dia macam mana nak ubah warna pada kotak komen.
Dia sangat baik hati jawab pertanyaan aku.
Memang tak kedekut ilmu.
Korang jangan lupa like FB pages dia tu ya.
Nanti boleh tanya soalan juga kalau tak berjaya buat yang sama.

Selamat mencuba kawan-kawan.

~ يوس ~

Tuesday, August 09, 2011

2 Perkongsian menarik di bulan Ramadhan ini...

Salam semua....

Agak sibuk untuk curi masa berblog. Banyak perkara menuntut penglihatan dan perlaksanaan dari aku. Jujurnya boleh aku katakan, mungkin selepas ini, kurang masa untuk update blog atau BW seperti selalu.

Apa pun, semalam semasa aku BW sebentar, jumpa dua perkongsian yang sangat menarik minat aku.

Pertamanya klip video ini yang  pertama kali aku lihat di blog kakyong:

Syoknya Puasa - -Tips berpuasa untuk anak-anak- (bersama Wardina)‬‏



Aku paling suka bahagian yang Wardina kata, tekankan solat dulu pada anak-anak sebelum ajar mereka berpuasa.

Ayat dari Wardina, "Sekiranya kita suruh anak kita berpuasa tapi tak bersolat, maka there's a huge conflicts there. So, we are saying to them it's ok not to pray but we have to fast!". (Dengar selanjutnya di klip video itu ya)

Ayat dia tu tergiang-ngiang di telinga aku sejak semalam, semasa pertama kali aku lihat klip video ni. Sebab tulah kan, ramai kita lihat sekarang dikalangan kita, cukup rajin berpuasa, tetapi tak bersolat.

Dari pengalaman aku sendiri pun, memang agak mudah nak suruh anak berpuasa, tapi bab solat ni memang ada liat sikit. Alhamdulillah mereka semua dah tahu solat, tetapi nak mengerjakan tu, perlu selalu di ingatkan dan di tekankan lagi. Kalau tidak mereka  masih alpa. Kita sendiri pun ada masa alpa, inikan pula anak-anak kan.

Moga sama-sama kita dapat pengajaran dari klip video di atas.

p/s: Sebut pasal puasa dan solat ni, alhamdulillah, Abid yang awal-awal hari tu kata nak puasa 4 hari saja tahun ni, berjaya berpuasa dengan baik. Cuma hari pertama saja dia berbuka pukul 5 petang. Yang lain masih penuh, tapi solat banyak lubang...huhu. Takpe, Abid baru nak masuk 5 tahun, masuk 7 tahun perlu lebih seiring ya Abid, macam Aqil dan Alia. Aku pun tak kisah kalau nampak dia letih sangat dan nak berbuka. Cuma kalau tinggal 10 minit nak berbuka, dia nak buka dulu tu, rasa sayang pula kan...

Keduanya entri dari anak buah aku ni yang bertajuk:

"Semua yang tutup aurat confirm masa syurga ke?"

Mokteh suka setiap yang Adah kupas dalam entri ini. Serius! Betul apa yang Adah cakap. Korang kalau nak baca sekali apa yang dia kupas dari perbualan antara tinypinky dan muslimah di atas boleh terjah sana ya.

*************************************************
Nampaknya dah beberapa hari tak cerita menu berbuka. Tapi aku terasa juga dengan nota lutut dari anak buah aku dalam entri dia tu...hehe.

Lagi pun memang kurang masa dah nak update setiap hari. Tapi kan, mokteh nak letak juga gambar yang ini. Menu berbuka utama di Ramadhan ke 7 Ahad lepas...hehe.

Siakap 3 rasa. Sedulang besar ikan tu..huhu. Ni aku buat sendiri. Superb, marveless terangkat.
Jangan marah ya! Tunjuk gambar makanan lagi...huhu.

Oklah. Sehingga di lain waktu....

Salam.....
~ يوس ~

Wednesday, July 20, 2011

Lukisan dari pokok padi: Sukanya aku tengok gambar-gambar lukisan ni..(^_^)

Aku nak kongsi dengan semua satu entri dari seorang sahabat aku bertajuk "Lukisan di sawah padi Jepun secara live!" .

Asmara ni, sahabat baik aku  masa kami sama-sama di UK dulu. Sama-sama kerja di Pro Co masa kami di Sheffield.

Sekarang dia di Jepun. Entri dia yang terbaru ni memang buat aku tertarik. Tak pernah tahu pun, tanaman padi boleh jadi lukisan hidup.

Sangat berseni betul rakyat Jepun ni kan..

Aku kongsi di sini dua keping gambar yang aku ambil dari blog dia...

As, minta izin ya kongsi di sini...hehe

Cantik kan. Tak sangka ini ialah lukisan hidup dari pokok padi..huhu

Dari dekat, SubhanaAllah. Baru tahu ada pokok padi warna warni ya...

Ok, tak boleh tunjuk lebih-lebih. Korang nak tengok lagi gambar-gambar lain, dan cerita di sebalik lukisan-lukisan ini, silalah terjah blog As di sini ya.

Cantik-cantik semua gambar.......

Sangat kagum denga seni orang Jepun ni ya As. Ni yang teruja nak pergi Jepun ni...huhu

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...