Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Thursday, December 08, 2011

Threaded Comments: Cara nak buat latarbelakang warna berbeza antara kotak komen pembaca dengan kotak komen blog admin/author

Sebelum tu, kena baca entri ini dulu.
Semalam korang dah tengok perubahan pada kotak komen aku kan.
Hari ini ada perubahan lagi.
Perubahan seperti ini bila ada yang komen dan aku pun balas komen tu.

Ada perbezaan warna antara komen pembaca dan komen balas dari aku.

Hendak buat juga???
Aku tak pandai nak buat tutorialnya.
Apa kata korang terjah link fb MariBinaBlog ini.
Dari orang yang sama ajar aku cara nak buat threaded comments tu.

Dan bila aku tanya dia macam mana nak ubah warna pada kotak komen.
Dia sangat baik hati jawab pertanyaan aku.
Memang tak kedekut ilmu.
Korang jangan lupa like FB pages dia tu ya.
Nanti boleh tanya soalan juga kalau tak berjaya buat yang sama.

Selamat mencuba kawan-kawan.

~ يوس ~

Wednesday, December 07, 2011

Fungsi Threaded Comment dan Tips SEO: meta tag tajuk blog dan breadcrumb

Ok, ada sedikit pembaharuan di blog ini.
Korang perasan apa yang lain?
Untuk ruangan komen ada perubahan sikit kan.

Ada nampak macam image ini bila anda nak komen??


Cara letak fungsi threaded comment di blog [Klik sini untuk Tutorial Lengkap]

Aku sebenarnya nak rajinkan diri balas komen semula.
Aku tahu semenjak dua menjak ni malas benor balas komen.
Bila ada fungsi macam ini, macam lagi seronok nak balas komen.
Komen balas dari aku akan berada di bawah kotak komen orang yang komen.
Menarik kan.

Aku dah lama nampak kakyong buat.
Lepas tu izan pun buat.
Aku ikut sebab nak motivate diri balas komen anda semua.

Aku tak pasti sama ada korang suka atau tidak.
Mungkin siapa yang nak cepat komen lebih suka fungsi komen pop-up window kan.
Takpe, aku cuba dulu tengok macam mana.

Satu lagi aku belajar Tips SEO;
cara menukar meta tag tajuk blog dan membuat breadcrumb. [Lihat tutorial lengkap sini]
Yang ini aku rasa memang semua orang patut buat.
Kenapa dan mengapa?
Sila lihat pada link tutorial di blog kakyong tu ya.
Dia dah terangkan kenapa.

Ok...aku pening-pening lalat tengok html code dari tadi ni.
Rehat dulu kawan-kawan.
Dan semoga niat aku nak rajin balas komen kawan-kawan berjaya di laksanakan...hehe

Nota kaki: Terima kasih untuk semua yang terlibat ajar aku tentang ini.
Kredit untuk:

1.maribinablog.blogspot.com 
2.kakyong72.blogspot.com 
3.diariummi.blogspot.com
updated: 7 December 2011:615pm. Guna Pop-up windows pun boleh lah threaded comment ni, tak semestinya embedded below post.
~ يوس ~

Friday, November 25, 2011

Tutorial: Tips blog anda mudah di baca menerusi handphone@telefon bimbit

Salam petang Jumaat kawan-kawan.

Ok, kita tinggalkan dulu entri sambungan BGRC.
Kali ini aku nak beri tips pada semua.
Idea entri ini tercetus sebab aku kurang dapat menggunakan pc musim cuti sekolah ni kan.
Bila nak buat entri boleh lagi,
tapi nak bw je terus tak dapat.

Jadi bila berkesempatan, aku masih boleh baca blog kawan-kawan menerusi hp.
Cumanya ada sedikit masalah
bagi blog yang masih tidak menukar setting pada bahagian mobile template mereka.
Aku tak dapat baca dengan jelas, dan susah juga nak tinggal komen.

Jadi kawan-kawan, nak minta tolong sebenarnya,
tukar sikit setting pada Dashbord blog korang tu.

Ok, caranya:

  1. Pergi ke Dashbord anda.
  2. Kemudian klik Settings dan seterusnya klik Email & Mobile
  3. Pada bahagian Show Mobile Template tu, sila klik Yes seperti dalam gambar di bawah ya.
Jangan lupa klik Yes, Show Mobile Template on mobile device tu ya!!


Akhir sekali jangan lupa tekan Save Settings.
Mudah kan...

Aku bagi contoh ya
bagi mereka yang dah biasa update blog guna telefon mesti dah ubah settings ini kan.
Jadi bila aku buka blog mereka guna hp senang aku nak baca.
Contoh blog missbby kita....

Contoh blog yang dah ubah settings tadi. Senang nak view guna hp.
Tapi, bagi mereka yang tidak ubah settings ini,
template yang di lihat di hp sama seperti yang kita lihat di pc.
Jadi nak baca susah, nampak kecik ajooo.
Contoh blog ieda... (Aku beri contoh yang sempat aku view tadi aje ya)

Tengok, tulisan kecik nonet, nak baca pun susah, apa lagi nak komen...huhu. Loading pun sangat lambat.
Jadi kawan-kawan, apa kata ubah settings untuk mobile template tu.
Mudah sikit bagi mereka yang nak guna hp untuk view dan baca blog korang.
Boleh tingkat trafik juga kan....hehe.

p/s: Aku ni kes berebut desktop ni dengan anak2. Asyik tak dapat nak bw, anak-anak ada 4 pulak tu. Semua dah pandai nak tengok komputer. Semua yang mereka minat berbeza pulak tu. Aqil angry birds, Alia barbie games, Abid youtube Ultraman, Arif, ketuk2 keyboard.....haha. Jadinya aku guna hp kecik aku tu jelah. Kotlah en SRD nak belikan lappy satu untuk aku best juga ni....hihihi. Erkkk bang! Notebook satu!!!....kihkihkih.

~ يوس ~

Friday, July 22, 2011

Reply button kuning...

Mesti semua nampak kan, di blog aku ni bila orang beri komen, nanti akan keluar butang "Post A Reply " kat sebelah nama orang yang komen tu.

Yang bertanya, Mrs Chubby

Hari ini ada yang bertanya macam mana aku buat macam tu. Sebelum ni pun pernah, tapi ada yang aku jawab terus kepada yang bertanya, tapi ada juga yang belum sempat ku jawab kot...huhu

Dan bila aku tekan aje butang reply tu, bukannya jawapan aku akan terus masuk ke email si pengomen atau apa ya, cuma senang sikitlah nak balas komen yang mana dulu, atau mungkin masa-masa tak sempat tu, balas komen kepada komen yang berbentuk soalan saja ke??

Bila aku tekan butang kuning tu untuk balas komen, akan terus tertera nama orang yang aku balas komennya tu berserta linknya seperti contoh di bawah:-

Yang aku tick merah tu contoh jawapan aku
Ok. Rasanya ramai dah tahu caranya sebenarnya kan. Tapi sebab ada yang bertanya, aku kongsi di sinilah ya.

Aku bukan nak buat tutorial ya. Cuma nak kongsi di mana aku dapat ilmu ni.

Kawan-kawan semua silalah terjah blog ibu faheem di sini ya....:)

Ikut semua step yang dia ajar. Cuma untuk step yang ke 6, korang boleh tukar je apa2 image dan bentuk reply button yang korang suka, macam aku punya tu kod image dia macam ni ya:-

http://i64.photobucket.com/albums/h192/omg-rob-omg/replybutton.gif

Rasanya ramai yang ada widget reply to comment ni, cuma nak buat butang dia yang tak tahu tu kan. Lepas ni bolehlah nampak ada button reply tu ya....

Selamat mencuba!

~ يوس ~

Friday, July 08, 2011

Tutorial : Update blog guna Handpone

Hari ini aku nak kongsi dengan semua cara-cara update blog guna handphone. Ini sebagai menjawab pertanyaan dari blogger ajumohit. Kalau yang lain pun nak cuba, bolehlah ya.

Syarat utama, hanphone tu mestilah yang ada kamera dan fungsi mms. Tak perlu handphone canggih macam iPhone atau Blackberry. Yang penting ada kamera dan boleh mms. Tapi kalau boleh email dan ada WIFI lagi bagus. Sebab kalau ada email dan WIFI, adalah fungsi internet tu. Kalau takde WIFI tp ada email pun ok boleh. Cumanya, bila guna 3G MMS sebagai access point, mahal lah juga kan nak membayarnya...hehe.

Ok, caranya mudah:

1. Pergi ke 'Dashboard' blog anda dan pilih 'Design'. Kemudian klik bahagian 'Settings'.

2. Selepas itu, klik bahagian 'Email & Mobile'.Bila dah klik tu, anda akan dapat paparan seperti ini:



3. Pada bahagian Show Mobile Template ni, sila pilih Yes.

4. Kemudian scroll lagi ke bawah dan anda akan dapat lihat paparan ini:

5. Di bahagian Posting Options sila gantikan perkataan SecretWords Anda seperti di atas tu, dengan perkataan anda sendiri. Apa-apa pun boleh, yang penting senang ingat kan. Ini kiranya email blogger anda dan anda akan gunakan Email Posting Address ni setiap kali nak buat posting ke blog.

6. Akhir sekali pilih Publish email immediately dan tekan SAVE SETTINGS. Kalau nak pilih Save emails as draft post pun boleh. Tapi setiap kali kita buat entri guna handphone tu, dia tak publish terus lah. Akan tersimpan di draft untuk kita edit dulu. Tapi buat apalah pulak kan, dah kata nak guna handphone je update blog tadi...:).

Ok, siap dah proses ni. Bolehlah mula update blog guna handphone masing-masing.

Masih tak tahu nak mula??

Caranya pergi je bahagian message tu macam biasa. 

  • Taiplah message macam selalu kan. Pada ruangan nak hantar kat siapa tu, silalah isi email address yang korang dah setting tadi. Kalau macam dari contoh aku ni, Send kepada yus76.SecretWords Anda@blogger.com.
  • Kalau nak letak gambar, attach je gambar yang ada dalam hp tu macam biasa. Macam korang nak send MMS tu. Lepas tu taiplah apa2, dan tekan send macam biasa. Siap! Senang kan.

Tapi kalau guna cara MMS tu, tak boleh nak taip panjang biasanya. Aku suka send message tu by Email. Cara sama je, attach gambar, taip apa yang patut dan send ke alamat yang dah korang setting tadi.

Peringatan!!! Kalau Send dengan cara ni, biasanya memang kredit korang cepat habislah. Ataupun, kalau korang guna Postpaid macam aku, bil mesti naik cepat..huhu.

So, kalau nak pastikan yang korang guna WIFI yang ada berdekatan, maksudnya link ke Internet menerusi WIFI, sila semak setting Email handphone korang dulu ya.

Kalau telefon jenis lain aku tak tahu, tapi kalau jenis Nokia macam aku punya, bolehlah aku kongsi di sini ya.

1. Mula-mula kena set-up email akaun pada handphone tu dulu. Boleh guna yahoo email atau gmail. Macam aku guna email gmail aku yang sedia ada. Senang. So, bila ada orang komen pun, aku boleh baca terus dari handphone, sebab setiap kali ada komen baru, pasti ada tertera pada email tu. Nak set-up email pada hp ikut je step tertera pada telefon tu

2. Kemudaian pada bahagian Messaging, klik >> gmail.com>> Options>> Email settings>> Connection settings

3. Pada Connection settings tu ada Incoming e-mail dan Outgoing e-mail. Untuk kedua-dua bahagian pastikan Access point in use adalah nama WIFI yang nak di gunakan ya.  Kalau kat situ tertera Celcom 3G MMS, masaklah.Bil pasti melambung. Bayar jelah nanti..huhu. Aku pengguna Celcom kan. Kalau yg guna Maxis atau yg lain tu, pasti tahu macam mana kan.

Tapi kalau kawasan tu takde WIFI, mmgle kena guna servis dari provider kita kan...huhu.

Ok itu saja rasanya. Selamat mencuba update blog anda guna handphone pula. Untuk aju, harap faham ya. Kalau tak faham, tanya akak lagi tau!

p/s: Lagi seronok update blog guna pc sebenarnya. Macam-macam boleh tulis. Guna handphone terhad, dan kecik ...huhu. Nak menaip tak puas sebenarnya.


~ يوس ~

Tuesday, April 05, 2011

Tutorial macam mana nak post link blog di fb

Aku ingin menjawab soalan seorang teman blog yang memang setia masuk blog aku ni. Terima kasih Qema :x.

Tidak di nafikan sesiapa yang ada join networked blog, setiap entri yang kita pos di blog, automatik akan keluar di fb wall kita. Tapi ada entri yang kita malas nak share dengan teman-teman fb kan. Jadi caranya ya Qema....(bagi yang dah tahu tu diam-diam aje ya. Senang je sebenarnya..hehe)

Ada dua cara sebenarnya. Satu dari akaun fb kita. Login macam biasa. Pada profile fb tu biasa kan ada macam di bawah ni kan. Pertama, klik "link" seperti di bawah.
Jangan lupa klik "Link" tu ya...
Bila dah klik akan keluar seperti di bawah ni. Copy & paste url entri yang kita nak share di wall fb kita pada ruangan tu
Selepas tu tekan butang attach tu ya.
Nanti akan keluar screen ini pula. Tulis lah apa2 di ruangan say something tu...
Contoh macam yang aku tulis ni, kemudian tekan butan share tu ya..

Ok done! Jadilah ianya seperti contoh ini. Entri blog anda sudah pun dapat di kongsi dengan rakan fb.
Cara kedua. Ini  cara yang biasa aku buat sebenarnya. Lebih mudah...

Contoh di blog aku ni, selepas setiap entri, sebelum korang nak pos komen nampak tak button macam kat atas ni. Klik je butang "f" tu, kemudian ikut step seterusnya.(Step yang berlaku selepas tekan butang 'f'' tu aku malas lah nak tunjuk..huhu) Maka dengan mudahlah kita dapat kongsi entri yang kita nak di wall fb kita.
Ok. Ada yang tak tahu ya macam mana nak letak Share Button ni di blog. Caranya mudah saja.

Pada dashboard blog kita tu, pergi ke bahagian Design. Klik pada bahagian edit pada column blog post seperti di bawah:

tekan edit tu
Nanti akan keluar pula screen seperti gambar seterusnya.

Ok di sini jangan lupa klik pada bahagian 'Show Share Buttons' tu ya.
Ok, harap Qema fahamlah ya. Bila dah ada share buttons ni di setiap akhir entri, senanglah nak kongsi mana2 entri yang kita mahu di fb atau pun twitter. Klik saja dan ikut step seterusnya. Mudah je sebenarnya kan...:)

Ok, nak rehatkan mata lagi....:D.
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...