Semalam cerita pasal
jambangan bunga pertama di ruangan tamu rumah. Hari ni sambung cerita bunga-bunga yang aku tanam di halaman rumah pula.
Serius inilah baru berjinak-jinak nak tanam pokok bunga. Sejak duduk rumah sendiri ni. Kalau tidak, tak pernah pun aku kisah pasal pokok-pokok bunga ni. Duduk rumah sewa dulu, satu pasu bunga pun takde...hihi.
Sebenarnya sangat jeles juga bila lihat halaman rumah jiran sebelah menyebelah, jiran setaman semua ada pokok bunga. Tapi halaman rumah aku kosong je. Mula-mula duduk sini, ada berjinak-jinak menanam beberapa pokok bunga kertas. Tapi kan korang, mati...hihi.
Ni baru bersemangat semula. Setiap pagi selepas SRD dan anak-anak keluar bekerja dan ke sekolah, mulalah aku menyiram pokok-pokok yang ada. Semalam rasa teruja bila tengok bunga-bunga sudah mula berkembang mekar. Cantik pula rasanya.
Inilah nikmat bila pokok yang di tanam mengeluarkan bunga kan. Rasa seronok sangat! Mereka yang memang penggemar bunga dan dah lama menanam pokok bunga ni mesti tahu. Aku je baru nak merasai pengalaman itu.
 |
| pokok bunga mawar/ros ku kian mekar bunganya |
 |
| Seronok tengok kuntuman bunga mawar merah yang cantik ni. |
 |
| Ini aku tak tahu pokok bunga apa sebenarnya. Aku panggil bunga merah kecik. Ingat dulu masa kecik-kecik suka sangat cabut batang kecik di tengah bunga tu dan jilat rasa madunya. Manis. Bunga apa ni ya kawan-kawan...huhu |
 |
| Satu-satunya pokok bunga kertas ku yang berbunga. Ada 3 jenis pokok bunga kertas yang aku tanam, dua lagi warna merah dan kuning, tapi bunga yang warna pink ni saja yang mengeluarkan bunga yang banyak. Cantik!! Lain-lain kenapa tak berbunga ya....huhu. |
 |
| Ini pun aku tak pasti pokok bunga apa. Aku panggil bunga seroja pagi. Suka-suka aku je beri nama. Tapi tadi cuba google nama buga ni ialah bunga tapak dara @ kemunting cina. Benih pokok ni aku ambil dari rumah mil. Suka nampak bunga ni banyak di rumah mil, jadi aku ambil benih dia dan cuba tanam. Tanam 3 tempat, yang dalam pasu ni satu je yang hidup dan berbunga...alhamdulillah. 2 lagi, mati pokoknya....huhu |
 |
| Akhir sekali pembantu aku Arif nak enter frame.Aku sibuk membelek bunga, dia pun belek sama, Sikit lagi nak di petik bunga mawar tu. Menjerit sekejap aku. Janganlah Arif, berilah bunga tu mekar lama sikit. Ni muka orang baru bangun tidur, mandi belum, basuh muka pun tak....huhu |
Ada hati juga nak bela dan tanam bunga orkid. Senang ke susah ya nak jaga. Takut tak menjadi je....huhu.
p/s: gambar-gambar bunga ni semua aku ambil guna kamera Nikon lama aku. Nikon E5200. Nikon yang paling banyak berjasa pada aku, dari duduk di Sheffield sampai sekarang masih boleh gunalah....huhu. Dulu aku beli yang purple yang lens nya baru rosak tu, sebab kamera yang lama ni tempat tutup baterinya dah longgar. Asyik terbuka saja. Jadi setiap kali nak ambil gambar, aku kena pegang dan tekan sekali tempat penutup bateri tu, kalau tidak dia tak nak berfungsi. Kali ni, sebab kamera baru dah rosak, keluar semula kamera ni dari dalam simpanan, terpaksa aku selotape tempat penutup bateri tu,supaya boleh ianya berfungsi dengan baik. Nasib boleh guna....alhamdulillah.
Tetiba teringa pepatah lama, sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Tapi kini tanduk itu juga yang aku cari. Jadi ingat ya, kalau dah dapat yang baru, yang lama jangan di buang, mana tahu satu hari dia akan berjasa kembali kepada kita. Peringatan untuk diri aku sendiri ni....:)
~ يوس ~