Showing posts with label Ulasan dari pemerhatian. Show all posts
Showing posts with label Ulasan dari pemerhatian. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Bawaku Pergi | Lagu Zizan dan Kaka ni boleh bawa pengaruh negatif??

Malam ini aku jumpa lappy. Seronok bukan main rasa...hihi.

Ok,apa aku nak cerita ni? Sebenarnya nak ulas sedikit berita hari ini mengenai adik Siti Nur Fatihah yang di beritakan tidak di culik sebenarnya tapi dia sendiri yang nak melarikan diri ikut teman lelakinya. Mesti semua dah tahu kan. Kalau siapa belum tahu tu cuba baca sini.

Nak ulas apa ni? Malas nak komen sebenarnya. Tapi rasa tindakannya memang betul-betul menyusahkan. Tiba-tiba kisah adik Siti Nur Fatihah ni mengingatkan aku pada lagu Zizan dan Kaka bertajuk Bawaku pergi tu. Masa balik Melaka tempohari, kami asyik di perdengarkan dengan lagu ini di radio. Hari ini,semalam kelmarin pun,setiap kali buka radio dalam kereta mesti ada lagu ni.

Aku mula tak perasan apa pun. Sedap juga lagu ni, tapi tak berapa menghayati senikata lagunya pun. Tiba-tiba masa tu SRD bersuara. Kata dia, " Lagu ni ajar budak-budak sekarang ajak pakwe dia lari dari rumah. Patutlah ramai suka lari dari rumah!"

Aku jawab, " Eh! Ya ka bang?" ."Tak caya,cuba dengar betul-betul!", jelas SRD lagi. Aku pun dengarlah bait2 liriknya betul-betul. Ada benarnya juga kata SRD tu. Boleh bawa pengaruh negatif pada remaja lah kiranya lagu ni kan??

Cuba korang pulak dengar. Setuju tak?



Jangan ada yang mengikut suruh boipren dia bawa dia pergi gara-gara lagu ni sudah ya! Jangan di ikut hawa nafsu.Berpijaklah pada bumi yang nyata. Kenapa nak lari dari realiti. Realiti lah mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya ok.

Mungkin ini hanya sekadar lagu. Cuma kebetulan liriknya begitu. Jadi siulan anak muda remaja kini pula tu. Tapi lirik dia boleh bawa pengaruh negatif lah. Siap kata tak perlu kembali lagi.Aduh!!!Tapi melodinya aku suka. 

Sekadar pendapat aku saja, moga tiada yang terasa.

p/s: Adik Siti Nur Fatihah tu terpengaruh dengan lagu ni ke ekk,? Sampai sanggup berlakon macam di culik,buat keluarga dia risau.Buat satu Malaysia risau ok!

~ يوس ~

Wednesday, February 22, 2012

Apalah tengok cerita takde masa depan ni!!

Itulah ayat yang selalu keluar dari mulut SRD kalau aku tengok drama melayu.
Tapi tak semualah, ada yang dia kata ok.
Tapi kalau drama melayu cintan cintun muda mudi sekarang,
memang dia akan cop sebagai cerita takde masa depan...huhu.

Aku selalu tidak bersetuju dengan dia.
Suka memperlekehkan drama melayu kita sendiri.
Kalau bukan kita yang sokong siapa lagi kan!,

Tapi semalam aku tertengoklah drama Vanilla Coklat ni.
Tak pernah ikuti sebelum ni, adalah mungkin terjebak sekejap lepas tu tukar channel, atau baik layan Arif.
Cuma semalam, SRD belanja makan di satu restoran ni.
Masa tengah makan, adalah pula drama Vanilla Coklat di tv.
Aku pun layan lah kan.
Bila tengok episod tu semalam, aku seperti mengiyakan apa yang SRD kata dengan aku selama ini.
Inilah cerita takde masa depan!!!...huhu.

Aku tahu drama Vanilla Coklat ni menjadi feveret ramai anak-anak muda.
Yang baru darjah 4 pun ada yang suka.
Bukan anak akulah, tapi anak kawan.
Mana taknya emaknya kata, kalau malam lain dia tidur awal, tapi tidak Selasa malam.
Mesti tunggu juga drama Vanilla Coklat ni.

Scene masa siapa yang jadi suami si Izara tu kena perangkap kawan sendiri.
Kira fitnah lah kan.
Bapa si Zara boleh percaya je, lepas tu suka2 menggalakkan anak sendiri derhaka pada suami.
Dia yang beriya-iya suruh anak dia kahwin mulanya kan,
lepas tu bila jadi sesuatu macam ni,
dia pula yang macam tak cukup akal terus percaya.
Langsung tiada musyawarah, anak sendiri dah percaya itu fitnah,
si bapa pula yang akal pendek!
Kalau ya pun anak menantu nak buat dajal, tak kan dalam rumah sendiri.
Fikirlah kan.

Oh! Aku tahu, mereka hanya mengikut skrip.
Tapi nilah skrip yang langsung takde masa depan, setuju sangat dengan SRD selama ni...huhu.
Drama yang di tonton oleh muda-mudi, tapi di sogokkan dengan perkara-perkara yang negatif.
Apa semua orang kaya-kaya macam ni ya?
Suka suki paksa anak kahwin, suka suki percaya apa yang mereka nampak.
Lepas tu suka suki ajar anak derhaka dengan suami.

Patutnya sebagai bapa  nasihatkanlah anak tu, buat siasatan terperinci.
Semua yang berlaku pasti ada sesuatu di sebaliknya.
Apa-apa pun, dalam hubungan suami isteri perlu ada perbincangan.
Sebagai ibu dan bapa, tak sepatutnya campur tangan dalam isu rumahtangga anak,
kecuali kalau tiada jalan penyelesaian yang baik.
Didiklah anak tu berdikari dan cuba atasi masalah rumahtangga sendiri.
Ini anak nak telefon suami pun tak beri, sampai nak suruh berhenti kolej semata-mata kerana satu fitnah.
Eiii.....lepas tu cerita ni jadi feveret muda-mudai pulak tu!

Lepas tu, tak tahu apa jadi.
Aku tak tengok habis pun.
Memang rasa tak rugi pun tak ikuti cerita ini.

Aku cakap dengan SRD, "bang ni ke cerita takde masa depan yang macam abang cakap selalu tu?"
Apa pun tak semua macam tu kan.
Kalau drama atau cerita mengarut-ngarut, seram yang entah apa-apa tu.
Tahyul sana sini, yang macam tu pun aku sokong sebagai cerita takde masa depan!
Memang malas nak layan cerita macam tu kan.

~ يوس ~

Tuesday, January 03, 2012

Pemilihan beg sekolah sesuai

image dari sini.
Tertarik aku tengok gambar di atas.
Dah ada beberapa orang anak ke sekolah,
aku rasa memang ada pengalaman juga pilih beg sekolah ni.

Masa anak pertama baru nak masuk sekolah dulu,
ikut je cakap anak pilih beg yang jenis ala troli.
Tapi betul, aku rasa beg ni tak bagus sebenarnya.
Tak sampai 3 bulan aku dah kena beli beg lain untuk Aqil.
Buku dah lah banyak, semua dia nak angkut.
Suruh ikut jadual, dia kata cikgu suruh bawa semua buku.
Aku ingatkan mungkin sebab beg tu murah.

Kami pun belikan beg Swan untuk dia.
Juga jenis yang boleh di tarik dan di sorong macam troli tu.
Sekali lagi, sama aje, baru beberapa bulan dah hancus.
Tali beg tersangkut pada roda troli beg.
Lepas tu roda dia pun tak berfungsi.

Bila dah jadi macam tu, dah tak boleh guna rodalah kan.
Suruh dia angkut beg tu macam biasa.
Sandang di belakang.
Tapi sebab beg itu ada roda dan penariknya, bila disandang jadi tambah berat.
Aqil pula masa tu kecik aje.

So, ibubapa di luar sana, baik tak payah beli beg macam ni.
Sekejap aje dah tak berguna.
Akhir sekali aku belikan beg yang biasa-biasa aje.
Tak perlu nak berkartun-kartun bagai.
Lagi tahan lama, hampir 3 tahun dia pakai.
Baru pertengahan tahun lepas tukar.

Beg macam ni lagi cepat jahanamnya...huhu [image dari google]

Bayangkan, darjah 1 masa tu 3 beg bertukar,
beg yang akhir tu tahan sampai dia darjah 3.
Beli beg yang biasa-biasa macam zaman kita dulu lagi tahan lama.
Cumanya anak kita pulak yang tak suka kan.
Tapi dah besar-besar sikit ni, mereka sendiri dah tahu.
Bawa troli beg lagi menyusahkan dari jenis beg biasa.

Tapi itu untuk Aqil lah kan.
Untuk Alia, tiap tahun beg bertukar.
Baru nak masuk darjah 2.
Aku rasa dia paling banyak beg, sebab pantang nampak beg cantik sikit.
Mulalah sibuk nak beli...huhu.
Ini kes masa dia tadika dan darjah 1 lah.

Yang aku pun ikutkan siapa suruh kan?
Tapi, tahun ni dia tak beli beg, sebab aku kata beg dia dah banyak sangat.
Nasib dia faham....hehe.

Hari ini anak-anak dah mula sekolah?
Anak-anak aku belum lagi.
Esok baru mula.
Aku pulak yang excited.
Tengok anak-anak biasa aje, kecuali Abid.
Tak sabar-sabar nak masuk sekolah dah...huhu

~ يوس ~

Sunday, January 01, 2012

Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Rajalawak

Baca entri dari ibu Yusuf dan Maryam pasal Countdown 2012 bersama Ustaz Azhar Idrus.
Seronoknya dapat menghadiri majlis seumpama itu.
Kira acara sambutan tahun baru yang agak berbeza dari yang pernah kita dengar.
Khabarnya kehadiran lebih dari 70,000 penonton.
Alhamdulillah.

image dari fuhsantai.com
Teringin sekali aku mendengar serba sedikit apa agaknya yang di sampaikan masa itu.
Cari-cari video di youtube kot-kot ada, tapi nampaknya hampa.
Jumpalah blog fuhsantai.com
yang ada menyiarkan beberapa video dari Countdown 2012 itu.
Pengacara malam itu ialah Zizan Rajalawak,
Tapi sayang, tak berapa jelas, sebab dia mungkin berada jauh di belakang.

Cuba cari lagi, masih tak jumpa.
Tiba-tiba aku jumpa blog rotikaya.com ni.
Ada video ustaz Azhar Idrus
menceritakan pengalamannya berbual bersama Zizan Rajalawak dalam telefon.

Bila tengok video tu, rasa respect juga dengan Zizan.
Bagus Zizan ni, merujuk kepada Ustaz untuk sesuatu perkara yang dia tidak pasti.






Seronok dengar, walau beberapa kali tengok.
Pandai Ustaz Azhar Idrus ni bagi ceramah kan.
Makin suka dengan cara dia menyampaikan ilmu.

Pengajaran yang boleh di ambil,
malu bertanya sesat jalan.
Bertanya dan merujuklah kepada yang lebih pakar,
untuk sesuatu perkara yang kita tak pasti dan ingin tahu kebenarannya.
Semoga darinya kita dapat memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik dan berguna.
~ يوس ~

Friday, December 30, 2011

TV3: Sila tukar waktu siaran Slot Akasia pleaseeeeee!

Semalam, sana sini sibuk bercerita tentang slot Akasia Tentang Dhia.
Semalam episod akhir, dan aku sempat tengok cerita tu 5 minit terakhir aje.
Sebelum ni tak pernah tengok pun...huhu
Memang jarang sekali mengikuti Slot Akasia ni
sebab waktu siarannya  macam tak berapa sesuai!

Kenapalah nak siarkan drama best-best waktu maghrib?
Boleh buat ramai yang leka tau!

Terbaru, yang bakal keudara di Slot Akasia ialah drama Gemersik Kalbu.
Lama tak tengok Ayu Raudhah berlakon.
Rasa rindu nak tengok lakonan dia.

Sinopsis Gemersik Kalbu baca sini.

Pasti ramai yang sependapat dengan aku kan.
Aku print screen komen dari laman gua.com yang rata-rata berharap slot ini di tukar waktunya.




















Agak-agak pihak tv3 baca tak?
Rasa ramai je orang melayu kat situ.
Tak kan sorang pun tak boleh suarakan benda ni?
Pleaseeee, pleasee, pleaseeeeee....
Tukarlah waktu siaran tu!!!....huhu.

~ يوس ~

Wednesday, December 07, 2011

Best rupanya Masterchef Malaysia ni ya?

Sebelum cuti-cuti ke Gambang hari tu, balik rumah emak di Melaka,
aku tengok hampir setiap hari emak, ayah dan adik aku tengok Masterchef.
Masa tu entah ya, takde minat pun nak tengok.
Apalah yang emak minat sangat ni??
Mesti sebab suka tengok orang masak kot.
Dah emak dan ayah pun memang tukang masak juga.
Tukang masak time kenduri di kampung situ.

Sampailah peserta-peserta Masterchef Malaysia tu semakin berkurang,
aku masih tak tunjuk minat.
Tapi bermula minggu lepas, entah macam mana tertengok pula.
Eh! Best ler??
Patutlah ramai yang tengok.
Peserta sekarang tinggal 14 orang aje kan.

Top 24 peserta-peserta Masterchef Malaysia musim pertama. (image ehsan google]
Episod malam tadi teruja aku tengok.
Baru pertama kali tengok ujian berkumpulan ni.
Aku kan baru nak minat kan.
Memang mencabar rupanya nak jadi Chef ni ya?

[image dari Astro.com] Ary Malik dan Brian
Tak sangka Ary Malik ni pandai masak.
SRD pun teruja sama tengok.
Peserta-peserta rupanya terdiri dari pelbagai background.
Pelajar ada, penoreh getah ada, peguam ada, artis ada, perunding imej ada..
Wah! Apsal aku tak tengok dari awal ni??
Rasa rugi pulak....huhu.
Takpe, lepas ni aku akan jadi penontong setia rancangan ini.
Agak-agak siapa menang ya?

Si Danial peserta paling muda yang berusia 18 tahun tu.
Terkesima aku tengok dia...
Tak sangka pandai masak walau baru berusia 18 tahun.
Kalau aku lawan dengan dia, for sure kalah ni.
Huhu.....malunya!!!!:"> :">

p/s: korang semua tengok Masterchef tak??

~ يوس ~

Monday, October 31, 2011

Ulangtahun kelahiran anak maz-naz????

Salam petang Isnin...

Wah! Hari ini aku terover rajin update blog nampaknya.
Kita lupakan dulu sekejap gambar-gambar dari Melbourne tu.
Ni aku nak ulas pasal benda lain ni.

Korang ada pasang tak Widget Feedjit di blog?
Widget ni memberitahu mengenai "Live Traffic Feed" blog kita.
Aku letak widget ni sebab aku suka tengok siapa yang keluar masuk blog aku.
Kadang-kadang aku terus terjah kunjungan balas korang semua dari situ.

Hari ini aku jumpa sesuatu yang mencuit hati.
Melalui widget tersebut, aku lihat ada yang sampai ke blog aku ni melalui google.com dengan ayat ini;
ulangtahun kelahiran anak maz-naz.

Mesti si pengoogle itu nak tahu ulangtahun kelahiran anak-anak aku untuk sertai GA kan.
Sila lihat print screen ini.

Klik image untuk paparan lebih jelas
Apa yang mencuit hati aku, perkataan anak maz-naz tu.
Hahahah...nama aku Yus bukan maz-naz ya.
Mesti ada yang kompius sebab url blog ini ialah maz-naz.blogspot.com kan.

Sebenarnya maz-naz itu adalah singkatan nama anak-anak aku.
Yang lelaki maz dan yang perempuan naz.
Dulu masa create blog ni, tak tahu nak letak url apa, terus letak mcm tu.
Singkatan nama mereka.

Walau masa aku mula2 ada blog ni anak aku baru dua orang,
Tapi dah memang aku set kat kepala,
anak lelaki mesti maz, anak pompuan naz,
so, bila anak dah bertambah pun masih sesuailah kan.

Senyum aku tengok usaha kawan-kawan yang nak join GA aku tu.
Terima kasih semua.
Setakat ini sudah ada 28 penyertaan.
Nampaknya memang kena buat pemilihan sebab ramai yang jawab betul ni.
Kita tunggu sehingga GA itu tamat ya.

~ يوس ~

Thursday, September 29, 2011

Menarik!!

Pagi-pagi, buka mukabuku, jumpa dengan dua gambar yang menarik ini.

Satu dari mukabuku anakku Aqil,
Satu lagi dari perkongsian seorang rakan.

Tidak tahu kenapa, tapi aku suka sangat tengok gambar ni. Dalam hati selalu ada perasaan ingin lihat apa anak aku buat di kelas. Gambar di ambil dari rakannya. Aku selalu rasa Aqil paling comel dan kecik di kelas. Bila tengok gambar ni ya kot...huhu. Dapat teka Aqil di mana? Muka dia nampak sebelah je, tangan tunjuk peace yang lebih...huhu. 

Ini memang menarik! Tak di nyatakan pula gambar di ambil di mana. Siapa tahu di mana ya terletaknya papan tanda ini? 
Kadang-kadang macam rasa yang no 2 tu kena pada SRD.
Tapi sekarang ni dah banyak improve kot.

Moga kita semua tergolong di antara yang no 1 tu kan.

Anda rasa anda berada di nombor berapa?
Kalau belum sampai kategori no 1 tu, sama-sama kita perbaiki diri.

p/s: Peringatan untuk diri sendiri ni, masih banyak kelemahan diri....hmmm
~ يوس ~

Monday, June 06, 2011

Me and daddy support Liverpool

Sila baca tajuk, lepas tu tengok gambar kat bawah ni ya....:)

Arif bersama romper yang abah pilih

SRD yang mula-mula tengok romper ni, terus dia berminat dan di belikan satu untuk Arif. Penyokong kuat Liverpool lah katakan.

Tetapi bukan romper baru Arif ni yang aku nak tunjuk sangat sebenarnya.

Kami beli ni di Angsana JB. Kemudian dalam minggu lepas rasanya, nampak romper serupa yang kenalan tag di fb untuk di jual. Biasalah ramai terlibat dengan bisnes online sekarang kan.

Bila tengok harga online tu, mak aii! 2 kali ganda dari harga yang kami beli di kedai dan harga tu tidak termasuk postage.

Aku ni memang jarang beli barang online. Lebih-lebih lagi baju. Takut silap size selalunya. Tapi bagi yang pandai berniaga tu, memang boleh buat duit ya, kalau pandai jual online ni. Yalah, tak semua tahu di mana boleh dapat barang serupa kan.

Macam kami ni pun kebetulan ke JB hari tu kerana ada urusan, kalau di BP tak nampak lagi romper serupa.

Beli online atau beli di kedai, semua terpulang pada individu. Tapi rasanya aku lebih selesa beli di kedai kot, dapat pegang-pegang, cuba-cuba dulu, terutama baju siaplah. Tapi kalau barang lain tu, pernah juga beli online, tengok barang jugalah.

Kalau beli online ni, kena lebih berhati-hati, takut juga barang tak sampai atau tertipu kan.

p/s: Korang semua selalu ke beli barang online?

~ يوس ~

Thursday, April 21, 2011

Hati seorang ibu.....

Tak tahu bagaimana nak mula, tapi nak juga menulis pasal ni.

Aku beri contohlah ya. Hari ini hati ku sedikit terguris, bila anak aku Alia berkata dengan muka yang masam mencuka, "Alah ibu ni? Kenapa letak air Alia kat sini, tak sejuklah".

Biasanya, aku memang dah siapkan air untuk bekal anak-anak ke sekolah agama dalam peti sejuk. Hari ini aku terlupa masukkan, tapi dia dah bising macam tu.

Kini aku faham, hati seorang ibu ni kadang-kadang anak tu tak bermaksud apa pun, tapi benda kecil macam tu pun hati kita boleh terguris.

Ingin aku ceritakan di sini luahan dari hati seorang ibu yang aku dengar. Kisah yang mana ibu ni anak-anaknya ramai. Dah banyak asam garam kehidupan dia. Seorang ibu tu biasalah ingin tahu apa yang berlaku pada anak-anaknya. Suka bertanya dengan siapa dia berkawan, apa yang di bualkan anaknya dengan kawan. Dengan anak-anak yang terdahulu, biasanya tiada masalah, senang mereka berkongsi cerita, tapi anaknya yang satu ini sukar untuk dia memahaminya.

Ibu ini hatinya terluka bila mana dia tanya pada anaknya itu, apa cerita anak tersebut dengan kawannya di telefon, anak itu menempelak balik " Itu pun emak nak tahu ke?". 

Ibu itu juga terluka bila mana dia minta tolong dengan anaknya untuk mengurutnya, anaknya itu lebih pentingkan tidurnya kerana penat. Padahal anak itulah teman ibunya kini, yang ada di rumah bersama-sama dengannya. Pada siapa lagi ibu itu nak melayan borak kalau bukan dengan anaknya itu. Bila mana abang atau adiknya berkasar dengan ibunya, dia perasan, dia marah, tapi bila diri sendiri melakukan,  dia tidak sedar.

Bila mengenang tempat ibu itu, hatiku terfikir, bagaimana agaknya aku bila hari tua nanti? Bagaimanakah sikap anak-anak aku pada aku nanti? Sekarang pun aku dah boleh terguris hati, bila umur semakin meningkat biasanya kita lebih sensitif kan.

Kata ibu itu, fikirannya buntu bila mana anaknya itu kata, "emak tak sayang saya? ", taktkala ibu itu tak sempat nak masak makanan yang dia minta. Yelah, bila adik beradik yang lain pulang ke rumah, banyak juadah tersedia di hidang, tetapi bila dia minta, ibunya itu lambat membuatkan.

Hati kecil ibu tu berkata, bila ramai yang pulang, seronok nak masak, semua makan, habis makanan, tapi bila seorang dua di rumah, penat juga dia nak masak, makannya sikit saja. Sudahlah begitu, bila makanan di simpan, ada masa tak di sentuh pun anaknya itu, alasan penat, sudah makan di tempat kerja, tapi bila tiada bising pula. 

Pada aku, seorang ibu itu memang sayang pada anak-anaknya sekiranya sifat ingin ambil tahu tentang anak-anak tu masih tebal. Kalau ibu itu sudah membisu seribu bahasa, semua benda yang berlaku di sekeliling dia dah tak ambil peduli, masa itulah baru kita boleh cakap ibu itu dah tak betul. Dah tak peduli anak-anak. 

Samalah bila seorang ibu sanggup buang anaknya yang baru lahir di tepi jalan, itu barulah nama tak sayang anak. 

Kenapa pula bila ibu bertanya sesuatu dengan anak , anak itu menjawab " itu pun emak nak tahu ke?" Kurang ajar benar bunyinya kan...

Ibu yang sentiasa mengambil tahu adalah ibu yang terlalu sayang anak-anaknya. Ibu yang sangat perihatin, ibu yang mahukan yang terbaik untuk anaknya. Walaupun dalam hati dia tak suka apa yang anaknya lakukan, tapi selagi dia masih bertanya, masih mengambil tahu apa yang kita lakukan, dengan siapa kita berkawan, itulah tanda kasihnya pada kita sangat dalam. Jangan sampai satu apa pun yang kita buat dia tak hirau, masa itu mungkin sudah terlambat. Menyesal tak sudah jadinya.

Orang tua dulu selalu kata, apa yang kita lakukan pada emak kita, satu hari mungkin anak kita akan balas pada kita. Takutnya kalau kita berlaku kurang ajar pada ibubapa kita, balasannya kita sendiri yang terima di usia tua kita....Nauzubillah....

Moga kita semua tergolong dari orang-orang yang tahu hormat ibubapa. Peringatan untuk diri aku sendiri..

Syurga itu di telapak kaki ibu, jadi renung-renungkanlah....
~ يوس ~

Friday, April 15, 2011

Sikap Pemandu Kita di Jalan Raya.....

Kita dah selalu sangat baca, lihat dan dengar tentang sikap pemandu kita ni yang tak tahu sabar, pembuli jalanan, penting diri sendiri dan banyak lagi yang negatif ketika di jalan raya.

Aku ingin kongsi satu lagi sikap negatif pemandu kita di jalan raya. Situasi ini sempat aku rakamkan. Situasi berlaku di jalan menuju ke Pontian dari BP pada hari Ahad lepas. Ketika itu hujan turun dengan lebat dan berlakulah banjir kilat di jalan tersebut.

Bila banjir kilat, semua jadi panik kot. Tapi sikap mementingkan diri sendiri seperti ini memang tak patut berlaku.

Mari kita lihat apa yang berlaku sebenarnya....

Tengok pada lorong yang aku tandakan anak panah merah-pink tu. Itu sebenarnya lorong untuk kereta yang datang dari arah bertentangan. Tetapi kerana di belakang dan hadapan ada banjir kilat, banyak kereta yang tak sabar dan terus memandu ikut jalan tersebut. Pelik sungguh kami! Bagaimana kereta dari arah bertentangan nak lalu kalau semua yang dari bandar ikut jalan tu. Langsung tak tahu sabar..huhu.

Tengok lagi pada anak panah yang aku tunjukkan. Sudahlah sebelah kanan semua kereta dah penuh, laluan kiri sekali pun ada kereta masuk.

Tengok tu!!Sampai 4 lorong untuk  kereta yang menuju ke arah Pontian. Jadi macam mana agaknya kereta yang dari arah Pontian nak ke BP. Cubalah fikir?? Semua orang sebelah sini nak kuasai jalan. Gila kuasa betul!  Kereta kami pun dah terpaksa ke tepi sikit, sebab banyak sangat kereta yang memandu di lorong sebelah kanan. Sepatutunya tu satu lorong je ke Pontian, satu lorong lagi ke BP .Yang sebelah kiri sekali tu laluan motosikal. Apa nak jadi dengan pemandu kita ni..huhu
Akibat dari segelintir mereka yang tak tahu sabar ni, penting diri sendiri jalan jadi jem.Kalau ada roti boleh sapu jem tu, ni takde....:p.

Kemalangan pun ada berlaku. Aku sempat lagi tengok drama bertekak antara dua pemandu. Tak tahulah siapa yang salah, dua-dua tak sabar rasanya menyebabkan kereta yang belakang langgar muncung kereta sorang lagi yang keluar dari simpang kiri. Jem teruk lagi!!!!

Wahai semua pengguna jalan raya! Bersabarlah ketika memandu tu. Jangan penting diri sendiri! Ingatan untuk diri sendiri juga ni. Memandu ikut lorong yang betul, tak kiralah masa tu hujan ke, banjir kilat ke. Sikap kurang sabar kita boleh merugikan masa semua sebenarnya. Tak gitu?? 

Apa komen kawan-kawan semua?

p/s: Inilah entri sebenar yang aku nak pos tadi sebelum terjebak dengan lagu tema filem NurKasih tadi...:)
~ يوس ~

Monday, March 14, 2011

PENAMBAHBAIKAN Jalan Batu Pahat-Kluang: 9 tahun masih tak siap


Baca dalam BH hari ini seperti di atas, membuat aku rasa nak turut sama menyatakannya. Memang tak puashati!! Lama betul projek tu berjalan, masih tak siap-siap. SRD memang hari-hari lalu jalan ni ke tempat kerja. Memang sangat membahayakan. Penduduk sekitar pun kadang-kadang tak sabar, melintas sesuka hati di jalan yang berbahaya seperti ini. 

Bilalah nak siap??? Harap pihak yang berkenaan buat tindakan segera. Aku sendiri memang takut bila memandu di jalan ni. Sekarang kalau nak ke Parit Raja lebih suka ikut Parit Kemang, dan terus potong ikut Parit Raja Darat. Lebih selamat dari ikut Parit Karjo, lepas tu terpaksa lalu di jalan berbahaya ini.

Tolonglah!! Siapkan cepat penambahbaikan Jalan Batu Pahat-Kluang ni ya!!!.

~ يوس ~
ChurpChurp Social Sharing: Klik-klik lah ya...(^_^)


Wednesday, January 26, 2011

Mari minum susu

Anda suka minum susu? Aku percaya ada yang suka minum susu, tapi ramai juga yang alergi dan tak suka minum susu. Aku pernah terbaca di blog siapa entah (tak ingat pulak), dia kena minum susu sebab peknen, tapi tak boleh sebab memang dia tak suka susu, lebih-lebih lagi susu segar atau yang full cream tu. Jadi untuk memastikan dia dapat juga khasiat susu, minum susu yang berperisa pun ok juga.

Aku pula kategori orang yang suka minum susu, tapi selalu lupa atau kesian kat anak-anak yang memang sangat obses dengan susu. Keluarga aku ni, susu tu adalah diet penting seharian. Semalam hari gaji kan, makanya stok susu yang dah habis dua hari terpaksa di beli. Anak-anak dah mula bising sebab tak dapat susu.

Inilah susu yang mesti ada dalam rumah ni. 
Kalau ke pasaraya, biasanya kami akan beli 6 kotak besar ni sekali. Itu stok untuk seminggu, tapi kalau tak di pesan, boleh habis dalam masa 3 hari saja. Anak-anak aku semua suka susu.

CocoPuff
Biasanya mereka guna susu untuk di makan bersama CocoPuff ni. Stok cocopuff pula haruslah ada 4 paket serupa di atas untuk 2 minggu. Aku pun suka sebenarnya...huhu.

Kalau aku terlambat buat air manis di rumah, semua bantai minum susu. Bercawan-cawan. Boleh bankrap macam ni. Mahal pulak susu kat Malaysia ni.

Anak-anak aku gemar minum susu dan makan yogurt mungkin sebab dah terbiasa masa di UK dulu. Dulu kalau di sana, kami selalu beli susu ASDA .

[gambar]: ehsan google
Susu ASDA fresh whole milk macam tu biasanya 1 pint baru 35p. Itu harga masa kami di sana. Sekarang aku check online dah 45p. Biasa kalau 1 pint tu satu hari dah habis. Kadang-kadang kami beli 2 pint untuk 1 hari. Sana harga murah, ialah tak sampai 1 pound pun kan, walaupun kalau di convert duit kita, besar juga nilainya tu.

Buat teh atau kopi susu pun guna fresh milk tu aje. Memang sangat suka minum susu. Bila balik sini, memang terasa sebab susu harganya mahal juga. Susu tin atau susu tepung pun mahal. Aqil dan Alia dulu, lepas bercerai susu dengan aku, semua minum susu whole milk tu saja. Masuk dalam botol. Sebab tulah agaknya mereka suka sangat susu sampai sekarang. Abid pun sama. 

Banyak sebenarnya khasiat susu ni. Dua gelas susu daripada rumusan susu yang disyorkan sudah memadai dalam memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh kita. Tapi aku pelik juga. Anak-anak aku semuanya sangat suka minum susu, tapi semua pun kecil-kecil, rendang-rendang tak tinggi pun...huhu. 

SRD selalu kata, "semua ikut baka abah ye. Kenapalah tak ikut baka ibu, tinggi lampai macam pakngah dan poksu kamu"...:p.

Apa pun yang penting anak-anak ibu sihat semuanya. Selagi abah termampu, pasti abah belikan susu untuk kamu semua kan...

Anda pula bagaimana? Suka tak minum susu?

~ يوس ~

Tuesday, January 18, 2011

Lelaki vs perempuan : Siapa lebih senang bangun pagi?

[gambar]: ehsan google

Kalau di rumah, siapa yang selalu menjadi loceng kepada semua?
Senang  untuk bangun pagi?
Ada kaitan ke soal jantina dengan senang bangun pagi ni?

Kalau dalam keluarga aku, memang akulah yang jadi locengnya.
SRD memang sangat susah bangun pagi kalau tidak di kejut.
Dia selalu kata, ibu lebih senang bangun.

Mungkin juga sebab aku ni 'morning person' SRD pula 'night person'.
Dia memang suka berjaga malam, buat homework pun malam-malam.
Aku pula, pukul 11pm biasa dah lembik.
Lebih suka bereskan semua kerja pagi-pagi.

Kalau untuk anak-anak aku pula, yang lelaki lebih senang bangun dari yang perempuan.
Anak perempuan aku seorang saja, tapi dia ni soranglah yang ikut abahnya.
Berapa kali kejut pun, liat sungguh nak bangun.

Kalau antara emak dan ayah aku pula sebaliknya.
Ayahlah yang menjadi loceng kepada emak.
Dia yang mudah terjaga waktu pagi, kejutkan emak tetapi lepas tu dia tidur balik...:D

Tapi, aku kalau terjaga malam-malam, contoh diganggu oleh tangisan Arif, mudah saja nak tidur semula.
SRD pula sebaliknya.
Dia boleh pening kepala, dan terus terganggu tidurnya.
Alasan untuk lebih liat nak bangun:p.

Mungkin juga dah naluri seorang ibu, bila anak menangis, dialah yang mudah terjaga dan tidurkan anak balik.
Anda pula bagaimana?
Antara anda dan pasangan anda siapa yang lebih senang bangun pagi?

~ يوس ~

Wednesday, January 12, 2011

Bila lampu DSL tidak menyala

Anda tahu tak apa itu lampu DSL? Ala..lampu pada kotak modem kita tu. Ni bagi pengguna streamyx macam aku lah ye.

Lampu DSL dan lampu data pada modem aku yang tidak menyala
Bermula pukul 11 pagi tadi kedua-dua lampu ni tak menyala. Bila tak menyala, mesti semua tahu apa yang terjadi kan. Internet tidak berfungsi dan makanya aku tak boleh nak ber'blogwalking' awal seperti selalunya. Nasib baik juga sempat update blog pagi tadi....huhu.

Dari pukul 11 tu aku tunggu, kot2 lah dia akan menyala semula beberapa minit kemudian tetapi hampa. Bila dah pukul 2 petang pun masih tak menyala, makanya aku pun memulakan operasi men'dail' talian 100 untuk buat report. 

Biasalah bila dah buat report tu, macam2 dia tanya dan suruh buat. Antara yang aku ingat, akhir sekali tu buka command prompt pada start menu tu, dan taip ipconfig, tetapi masih tidak berjaya. 

Setelah itu, pegawai khidmat pelanggan yang manis budi bahasanya itu suruh aku tunggu, nanti dia akan buat laporan pada tecnician untuk semak apa yang silap.

Aku pun buat kerja-kerja lain dalam rumah ni. Dalam pukul 3.35 aku perasan lampu DSL telah menyala semula. Tapi aku perlu ambil anak-anak balik dari sekolah agama. Jadi aku tak sempat tengok sama ada internet sudah berfungsi atau belum.

Dalam perjalanan pulang dapat call dari TMnet bertanyakan samada internet aku sudah berfungsi atau belum. Oleh kerana aku tiada di rumah, aku suruh dia telefon semula dalam masa 5 minit. 

Dan selang 5 minit, dengan pantasnya, pihak tmnet telefon semula untuk pastikan sama ada internet aku sudah berfungsi semula atau tidak. Yea!!! Memang sudah berkeadaan normal semula. Baru aku puashati. Dapatlah BW lepas ni...hehe

Baru kali ini aku rasa khidmat talian 100 yang aku guna berjalan dengan cepat dan efisien.Sebelum-sebelum ni, selalu saja lambat. 

Terima kasih TMnet atas perkhidmatan yang cekap dan memuaskan :thumbsup:. Sila jangan buat masalah lagi ye. Kalau tidak pasti aku susah hati tak dapat masuk blog ni....:D.

~ يوس ~

Thursday, January 06, 2011

Anugerah Juara Lagu ke 25

Salam pagi Khamis....

Aku nak cerita pasal anak aku lagi, tapi boringlah pulak kan. Tapi satu je nak catit di sini, Abid menangis hari ini. Melalak sakan, siap kejar abahnya ke kereta...huhu. Semalam ok, hari ini buat hal pula dia. Nasiblah..apa cikgu dia buat untuk pujuk. Abah dan ibu dia langsung tak heran, tinggalkan saje...:P

Oh! Baru teringat, semalam semasa tengok Buletin Utama tu, akhir sekali ada cerita pasal AJL 25. Ramai sungguh yang beratur kat Seri Pentas tu untuk dapatkan tiket free. Aku tengok pun terkujat. Sanggup tu semua beratur dari pagi nak dapatkan tiket. Dan khabarnya 900 tiket percuma AJL 25 tu habis dalam masa 15 minit. Hmm...kalau pasal hiburan memang laju je kan, ramai betul peminatnya.

Aku dah tak mengikuti sangat AJL ni. Aku suka AJL atau muzik-muzik ni, masa zaman aku muda remaja dulu kot. Akhir 80-an dan awal 90-an. Masa tu memang tertunggu-tunggu bila ada Muzik-muzik atau AJL akhir. Sekarang ni, lagu yang masuk pun aku tak tahu. Tapi biasa bila siaran langsung tu aku tengok juga. Masa tu barulah perasan, oh! lagu ni, ini ke penyanyinya. ..:)).

Tadi saja google serba sedikit pasal AJL tahun ni. Jumpa klip video promo ni. Baru ku lihat, kalau tidak tak perasan pun kat tv tu. Yang pertama je pernah perasan ada tersiar di tv, yang lain tak tahu aku :D.

Mari kita lihat sama-sama.....:p






Video promo 1





Video promo 2





Video promo 3

Bila ekk sebenarnya AJL ni? Hari Ahad ni ke?.....Semalam masa dengar berita tu tak perasan pulak tarikhnya...:D

~ يوس ~

Sunday, December 12, 2010

My Name is Khan

[gambar] : google
Aku baru saja habis tengok movie My name is Khan petang tadi. Apa yang aku boleh katakan, cerita ni best!!! Best sesangat. Aku gelak, aku menangis, aku ketawa, semua ada, berdebar pun ada. 

Dah lama cerita ni keluar, baru berkesempatan untuk menontonnya. Aku puashati. Macam biasa, aku memang minat tengok filem dari Shahrukh Khan @ SRK dari dulu-dulu. (Sebab tu aku panggil my lovely hubby dalam blog SRD kan!!!) Tapi, selepas Kabhi Kushi Kabhi Gham, macam kurang umph filem dari SRK. Oh ada satu Om Shanti Om, yang tu kira oklah bagi aku. Tapi, My name is Khan, memang best.

Watak SRK berbeza dari filem-filem dia sebelum ini. Lakonan dia sebagai Rizvan Khan seorang yang mengidap Aspergers Syndrome memang class!!. Kajol juga tidak mengecewakan. Mereka berdua seperti biasa memang pasangan ideal di layar perak. Patutlah boleh dapat $19m worlwide in 3 days. 

Filem hindi yang best. Tak meleret-leret dan banyak lagu macam filem hindi lain. Aku bagi 4.5 bintang dari segi lakonan mereka berdua....:thumbsup:.

Tapi.....tapi, ada satu yang aku tak suka. Aku tak tahulah bagaimana fahaman mereka ni kan. Muslim dan Hindu boleh kahwin tanpa akad nikah, setakat sign agreement, masing-masing masih tetap dengan agama asal,lepas tu boleh hidup serumah. Aku nak komen panjang pasal ni tak berani, takut salah komen. Kena beri kepada pihak yang lebih arif, siapa yang dah tengok cerita ni? Apa komen anda? 

~ يوس ~

Wednesday, November 10, 2010

Faezah Elai dan Asmara

[gambar] : google
Baru lepas tengok rancangan Seri di tv3. Biasalah rancangan mengenai wanita yang di hoskan oleh Faezah Elai. Ini pertama kali aku tengok dia mengacara, dan aku rasa dia tiada bakat untuk jadi pengacara. Sangat-sangat kaku, ikut skrip, macam takut-takut, tak sesuai je. Kenapalah stesen tv sekarang suka ambil pelakon/penyanyi jadi pengacara. Hmm....bukan semuanya tiada bakat mengacara, tapi berilah peluang pada orang lain kot.

Tapi, tapi, aku suka tengok dia berlakon dalam Asmara. Siapalah pulak nama pelakon yang jadi Asmara ni ye? Oh! baru teringat, Shaz Jazle (pelik juga bunyi namanya ye). Dan watak Asmara ni pun aku suka...

Aku tak suka episod malam tadi, masa kakak Zalia (lakonan Fiza Elite) datang melawat dia di rumah Asmara. Rumah flat macam tu dia kata reban ayam, apa kes? Kalau aku dah kira baiklah tu. Ada tempat tinggal, terlindung dari panas dan hujan. Ramai lagi orang di luar sana hidup merempat, tiada rumah. Kenapalah cerita melayu sekarang suka membayangkan orang kaya-kaya berfikiran begitu. Kalau dah kaya macam betul-betul je kaya, orang susah ni di pandang serong je. Begitu ke dalam kehidupan sebenarnya.?Kadang-kadang ada yang macam tak logik apa yang di paparkan.

Tinggal di rumah kecil atau besar, yang penting kita seisi keluarga bahagia, itu yang utama. Harta banyak, wang melimpah ruah pun tetapi kalau hati tak senang, asyik nak fikir cari harta atas orang lain, (macam watak bapak Zalia tu) tak elok juga. Bersyukur dengan apa yang ada.


~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...