Showing posts with label Alia. Show all posts
Showing posts with label Alia. Show all posts

Thursday, January 21, 2016

UPKK 2015 : Tahniah Alia

Semalam 20 Januari 2016 keputusan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) 2015 di umumkan di sekolah. Ibu berdebar juga nak tahu keputusan. Hari sebelumnya Alia beritahu, "Ibu, cikgu suruh datang untuk dengar keputusan UPKK". Dalam hati pelik, sebab sebelum ni masa Aqil takde pun cikgu suruh datang. Tiba-tiba je keputusan dah keluar, dapat sijil.

Dalam perjalanan nak ke sekolah agama, hati dah berdebar. Berapa lah anak ibu dapat ni. Sampai je depan sekolah, nampak ramai murid dan ada guru sedang berdiri depan papan kenyataan. Masing-masing sibuk melihat keputusan UPKK yang dah di tampal di papan kenyataan. Dari jauh ibu nampak Alia. Senyum je pandang ibu. Aish...debor ibu tengok muka Alia tau. Nampak je ibu, terus angkat jari 8. Ibu dalam tak percaya, apa yang 8??

Tak sempat nak jengah ke papan kenyataan, Guru Besar dah panggil masuk. Rupanya di dalam dewan dah ramai ibubapa murid lain yang menunggu. Alia sempat berbisik pada ibu, " Ibu, Alia dapat 8A!"

Ibu terkebil-kebil tak percaya. Biar betul!! Dan akhirnya bila Guru Besar buat pengumuman , 6 orang pelajar dapat 8A, dan Alia salah seorang darinya, ibu rasa sebak dan gembira. Ya, Allah...syukur. Tak sedar air mata mengalir di pipi. Memang keputusan yang ibu tak jangka, sebab tengok Alia yang belajar relax aje. Di tambah abangnya Aqil dulu pun sama, belajar relax je, dapat 4A 4B, itu pun ibu dah cukup happy, jadi ibu cuma harap keputusan Alia hampir sama atau baik sikit dari Aqil, tapi Alia bagi ibu lebih ....alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih Alia. Terima kasih  sebabbuat ibu senyum dalam tangis...

Alia bertudung hijau bersama 5 yang lain yang mendapat 8A dalam UPKK 2015. Turut berada dalam gambar GB SAS.
Bila ibu beritahu abah, abah pun macam terkejut. "Eh! Anak kita macam tak nampak belajar sangat pun masa nak periksa UPKK tu.." Tapi itulah, Allah Maha Pemurah, Dia pemberi rezeki, rezeki dari keputusan periksa anak yang cemerlang, cukup buat hati ibu dan abah bahagia dan gembira. Terima kasih Allah. Semoga anak ibu terus cemerlang dunia dan akhirat....ameen.

Tahun ini ada satu lagi ujian penting, UPSR dengan format baru, 6  subjek lagi. Itu pun dah buat ibu debor juga. Memang ibu sentiasa pantau pembelajaran Alia, tapi yang usaha nya Alia, dan ibu sentiasa doakan yang terbaik buat Alia. Apa pun keputusan, ibu percaya Alia dah buat yang terbaik. Semoga kejayaan sentiasa milikmu sayang....





~ يوس ~

Wednesday, December 04, 2013

Sekitar hari grading 5th grade taekwondo mereka

1 Disember yang lalu, ialah hari grading taekwondo Aqil dan Alia. 5th grade, lepas ni lulus dapat blue belt pulak.

Gambar dan video, sebagai kenangan di kemudian hari. Semoga terus cekal untuk sampai ke black belt. Takut Aqil yang tak kesampaian nak dapat tali pinggang hitam, sebab tahun depan dia dah darjah 6. Harap2 bolehlah hendaknya.



Aqil dan Alia berada di barisan hadapan tepi sekali.


Susah juga step untuk tali pinggang hijau 2 ni. Tapi bila lihat step untuk red belt lagi susah. Ada seorang budak tu kecik dari Aqil dah merah, tapi kesian dia tak dapat pecahkan papan dengan penumbuknya yang comel lote tu.Menangis dia. Tapi tetap gigih nak mencuba berulang kali. Semoga anak-anak ibu dapat jadikan keazaman dia sebagai pemangkin semangat untuk terus berlatih dengan gigih lepas ni ya. Aqil dan Alia boleh!!!


Monday, May 27, 2013

Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo Daerah Kluang kali ke 3: Gambar dan video aksi Aqil dan Alia.

Cuti sekolah dah bermula. Tiada aktiviti menarik nampaknya untuk anak-anak. Ibu tengah menunggu hari, tiada kemana kesian juga mereka.

Namun permulaan cuti, Sabtu yang lalu, 25hb Mei, bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan MPK Kluang, Aqil dan Alia buat pertama kalinya menyertai Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo (Sparring). Ini adalah kejohanan kali ke 3. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Koryo daerah Kluang, Johor Bahru dan Batu Pahat.

Pagi-pagi dah bertolak dari rumah, keluar rumah pukul 6.30 pagi. Kami hantar sendiri mereka sebab kalau nak naik bas yang di sediakan, perlu bersedia dari SK Convent pukul 5.30. Huhu, lagi awal, malas nak hantar awal sangat konon.

Sampai stadium lebih kurang pukul 7.15, cari sarapan dulu, makan dululah kiranya, lapar rasa. Masuk stadium pukul 7.40 pagi lebih kurang, pelajar Koryo dari Batu Pahat dah mula buat warming up.Teruja sebab ini pertama kali Aqil dan Alia sertai kejohanan seumpama ini.

Hai!! Malas pula nak berceloteh, kita tengok gambar dan video perlawan mereka sudah ya.

Suasana di stadium bersama Aqil dan Alia
Video 1: perlawanan Alia untuk pusingan pertama. Ini pusingan kalah mati, kalau menang dapat mara pusingan seterusnya, kalah, makanya hampa.


Alia pelajar Koryo BP, (vest biru), lawan pelajar Koryo Kluang (vest merah). Lawannya tu dahlah punya tali pinggang merah, lebih tinggi pula tu. Kesian Alia, tapi ibu bangga sebab dia cuba melawan dengan baik, walau banyak sepakannya tak mengena pada sasaran. Walau kalah, dia ok je, tak nampak kecewa sangat sebab katanya dia dah cuba yang terbaik.

Video 2 : Perlawanan Aqil di pusingan 1


Aqil (vest biru) berjaya mengatasi lawannya (vest merah) kawan sama tempat Koryo BP, tapi dari sekolah lain. Lawannya tu pemegang tali pinggang hijau 2, Aqil baru je grading untuk tali pinggang hijau 1 hari tu, makanya untuk kejohanan ini dia masih bertali pinggang kuning. Dia sangat teruja sebab menang pusingan ini dan berkobar-kobar meneruskan perjuangan untuk pusingan seterusnya.

Yang asyik jerit "Lawan bang! Lawan bang!" tu, emak budak yang lawan Aqil (vest merah). Suara ibu cuma dengar perlahan je kan, "Lagi Qil, lagi Qil"....hihi.

Video 3: Perlawanan Aqil di pusingan ke 2


Mara ke pusingan ke 2, Aqil memang bersemangat untuk menang. Namun dia kecewa. Lawannya dari Koryo Kluang (vest merah) nampak lebih berpengalaman. Lebih tinggi pun ya, namun ibu nampak Aqil melawan dengan baik. Walau ada ketika di serang hampir keluar gelanggang, Aqil tak mengalah. Aqil tewas tipis pusingan ini.

Selepas perlawanan, Aqil nampak sangat kecewa. Marah dengan diri sendiri pun ya juga. Ibu pulak yang sedih tengok muka dia. Tapi setelah di nasihat oleh abahnya SRD, dia nampak bersemangat semula. Semangat untuk mencuba lagi di lain kali.

Untuk video ke 3, ada pulak budak Arif Zakwan sibuk enterframe....hihi. Memang tak reti duduk diam itu budak. Dia ada tersepak sorang budak sebab mengikut aksi orang berlawan tau! Huhu....haru!!!

Apa pun ini pengalaman pertama buat mereka. Persediaan menghadapi sparring pun cuma 2 hari je berlatih iaitu Selasa malam dan Rabu malam. Mana taknya kan. Ibu dan Abah suka tengok semangat anak-anak ibu macam ni. Kalah menang adat pertandinganlah kan, nanti lain kali kita cuba lagi ya.

Ayat Aqil, nak sedapkan hati sendiri " Takpelah ibu, tak dapat pingat pun, cikgu kata dapat sijil siapa yang menyertai sparring ni!"

Yalah nak.....hehe.

p/s: ibu sekarang ni dah tak sabar rasa nak suruh baby ni keluar cepat. Kalau dapat bersalin waktu anak cuti sekolah ni senang sikit kan, tapi due ibu 10 Jun pula, betul2 masa anak2 dah naik sekolah semula...huhu. Harap di permudahkan.

~ يوس ~

Thursday, April 04, 2013

Aqil dan Alia : Meningkatnya usia, ragam pun berbeza.

Hari ni rasa nak cerita pasal Aqil dan Alia. Lama rasa tak bercerita pasal mereka. Sebelum tu saja nak tepek 2 gambar mereka pada masa yang berbeza ini.

Perbezaan wajah dan fizikal mereka dalam tempoh 7 tahun... Tinggi dah hampir sama sebenarnya, rasa sekejap lagi Alia lagi tinggi, walau beza usia 2 tahun. Aqil ni lambat betul tumbesarannya...huhu.
Aqil
2 minggu lagi Aqil ada perkhemahan ke Mersing. Dari mula dapat tahu sampai hari ini, sibuk sangat nak bawa hp untuk perkhemahan. Aku sendiri pun rasa perlu dia bawa hp tu, sebab rombongan sekolah sebelum ni ke KL, rasa risau semacam je bila tak dapat tahu perkembangan dia. Tapi tulah, abahnya belikan hp biasa harga RM68 tu bising dia, nak juga hp ada WIFI, kamera, game canggih semua....hihi. Sorrylah Aqil tak dapat punya!!! Telefon abah beri untuk memudahkan ibu dan abah telefon ya, bukan untuk buat main....ekekek.

Lepas tu sekarang seronok bercerita pasal dia terpilih sebagai pemain bola sekolah, tapi sebagai simpanan saja. Tetap teruja dia, katanya, " Pemain simpanan pun dapat sijil ibu!!" 

Yalah sayang, simpanan pun simpanan lah, ibu sendiri tak percaya je kamu tu boleh main bola, dengan size badan yang kecik nonet, macam takde orang lain je kat sekolah. Tapi simpan dalam hati saja, ibu tetap sokong setiap apa yang Aqil buat ya!

Alia
Sekarang ni tengah giat berlatih setiap petang sebab dia terpilih menyertai koir sekolah, menyanyi dalam bahasa inggeris untuk pertandingan antara sekolah. Dari sebelum cuti sehinga sekarang ni, asyik lah berlatih. Balik sekolah agama je, mulalah ibu ni jadi supir setia hantar dia latihan di sekolah.

Tapi semalam selepas balik latihan, mandi tiba-tiba badan dia panas. Rasa macam dia demam. Mula tu rancak dia bercerita baju apa yang akan dia pakai untuk pertandingan nanti. Tinggal seminggu saja lagi sebelum hari pertandingan. Tiba-tiba boleh demam pulak.

Kerja sekolah masih ada yang belum selesai. Ibu gertak, " Tadi ok je, tetiba boleh demam pulak. Penat sangat latihan nyanyilah ni. Kerja sekolah tak siap pulak tu. Kalau kerja sekolah terganggu tak perlu masuk pertandingan ya! Sampai demam-demam berlatih!"

Lepas makan ubat, terus elok je. Kemudian rajin siapkan kerja sekolah. Balik sekolah pagi hari ini, aku rasa badan dia memang agak suam-suam. Makan pun tak berapa lalu, aku kata tak perlu ke sekolah agamalah. Tapi dia tetap bersemangat, sebab takut aku tak beri dia hadir latihan koir nyanyiannya petang nanti kalau demam. Buat muka sehabis ceria! Aduhlah anak. Penangan seronok dapat masuk pertandingan, tetap menceriakan diri. Kalau tidak biasa, baru panas badan sikit je, " Cikgu kata kalau tak sihat, tak perlu datang sekolahlah ibu!"

Itu memang ayat wajib dia, tapi sekarang lain pula ya?....hihi. Takpe, yang penting kesihatan tu harus di jaga, ibu tetap sokong, anak terpilih wakil sekolah, tak kan ibu tak suka dan bangga kan.

Good Luck untuk kedua anak-anak ibu, Aqil dan Alia. Ibu sayang kamu semua!

~ يوس ~

Tuesday, January 15, 2013

Wajah terbaru mereka : Aqil dan Alia

Yang seorang memang sudah sedia maklum dia seorang yang rabun. Dari umurnya 5 tahun di UK doktor di sana memaklumkan dia perlu berkaca mata. Teringat di sana kalau kanak-kanak, makanya kos untuk membuat cermin mata adalah percuma. Tapi di sini, satu cermin mata sudah beratus-ratus harganya walaupun untuk kanak-kanak...huhu.

Namun sejak berada di tahun 3 akhir, dia selalu tak mahu bercermin mata ke sekolah. Katanya ada seorang guru ni selalu panggil dia budak spec, dia malu. Bila di suruh pakai, dia jawab, "Aqil nampak ibu! Takpe!"

Ketika itu power matanya hanya 50 tapi dia mempunyai masalah silau yang agak tinggi. Kemudian bila adiknya Arif patahkan cermin matanya, terus dia kata tak mahu dah buat baru. (Kes malu dengan siapa entah)

Sejak tahun lepas, si adik pula Alia yang selalu mengadu tak nampak di kelas. Dia selalu kata, bila cikgu tulis di depan, dia tak boleh nak salin, dan terpaksalah dia salin dari kawannya di sebelah. Aku dah agak, ni mesti kes rabun juga. Tapi cuma menyangka rabunnya masih di tahap biasa, tak sampai 100 pun powernya aku kira.

Awal tahun ini baru berkesempatan buat pemeriksaan mata untuk kedua-dua mereka semula. Terkejut bila pegawai Optometrist tu kata, Alia rabun matanya dah capai tahap 250 untuk kedua-dua mata. Aduh!!! Patutlah kalau tengok tv pun mata di kecikkan macam apa je. Nilah akibat suka sangat baca buku sebelum nak tidur kot. Kadang tu kita dah tutup lampu pun dia masih membaca dengan bantuan cahaya lampu dari luar saja...huhu. Kalau baca buku pelajaran tu takpe juga, ini balik-balik komik, majalah, buku cerita. Tapi alhamdulillah Alia takde masalah silau cuma rabun yang teruk sikit.

Kemudian periksa mata Aqil pula, kan dah kata, rabun matanya dah bertambah, terus jadi 100 belah kanan, dan silau matanya juga meningkat. Ni memang sebab suka sangat main komputer ni. Makanya kedua-dua kini berkaca mata. Wajah baru anak-anak ibu di awal tahun ini. Harap dapat menjaga cermin mata itu dengan baik, sebab bukan murah harga satu-satu tu ya. Kalau kat UK yalah, boleh dapat free untuk kanak-kanak...huhu.

Yang seorang baru balik sekolah kebangsaan, yang seorang lagi baru nak pergi sekolah agama. Gambar terbaru sebentar tadi,
Aqil di sarankan memakai cermin mata yang berubah jadi gelap bila terkena lebih cahaya matahari. Takut juga cikgunya marah, kata nak melawa pula, tapi optometrist tu kata perlu sebab silau matanya agak tinggi. Maka dapatlah surat pengesahan untuk mereka yang berkenaan kalau ada yang bertanya.

Baru tahu kanta yang boleh berubah menjadi redup/gelap bila terkena cahaya matahari ni di panggil photogrey
Ibu dan abah dah memang rabun, anak-anak pun ikut rabun. Sekolah rendah dah perlu bercermin mata, kesian pula anak-anak ibu. Tapi Alia tu sukahati berkaca mata, dia kata, "Kawan-kawan Alia cakap Alia comel ibu pakai cermin mata!"

Perasanlah tu! Aqil masih macam dulu, kurang minat nak bercermin mata, tapi kali ini memang kena bertegas dengan dia, takut rabun power matanya bertambah lagi.

Apa-apa pun dua-dua anak ibu memang nampak berbeza sikit berkaca mata, lebih nampak matang kot...hehe.



~ يوس ~

Friday, January 11, 2013

Aksi akrobatik Arif!

Sudah lama juga tak bercerita mengenai anak manja ibu Arif di sini. Hari ini cuma nak letak gambar je sebenarnya. Fresh lagi gambar ni. Baru je ambil 40 minit yang lalu.

Ini memang hobi dia sekarang. Pantang ada dalam bilik ni, inilah aksi dia. Berakrobatik juga bergimnas. Selain itu ada juga aksi ultraman dyna dia...hihi. Siap tunjuk bontot tu....huhu.

Lagi kita tegur lagi dia buat. Ini nasib baik aku dah alihkan beg tangan aku. Biasa aku suka sangkut beg tangan di situ. Makanya beg tangan tu jadi tempat dia bergayut. Sampai dah nak putus tali beg tu. Nasib abah dia kata, nanti kita beli baru ya bu....hehe.

Ini gambar candid taken by Arif. Lepas dia tahu kita ambil gambar dia, sibuk kata, "Ayip pulak." Kononnya nak ambil gambar kakaknya, tapi jari-jari comel dia tu sibuk dekat lensa kamera tu kan, makanya inilah hasil gambar tu. Nampak muka kakak Alia sikit je di balik jari-jari dia yang comel tu...huhu.
Ini pula gambar semasa nak ke majlis persandingan pakngahnya di rumah pengantin perempuan 15 Dis yang lalu. Apa saja kakaknya buat, dia nak buat. Arif memang adik manja kakak. 
Siapa yang rindu nak lihat aksi Arif, harap dah terubatlah ya...hehe.

~ يوس ~

Friday, November 09, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan 2012

Tahun ini tahun yang baik buat anak ibu Alia Zafirah. Muka ceria, dan gembira sebab menerima banyak hadiah. Namun Aqil monyok sedikit sebab tahun ni tak bernasib baik untuk naik ke pentas. Prestasi Aqil sedikit merosot, walau peratus keseluruhannya meningkat dari peperiksaan pertengahan tahun. Entah mana silapnya, tapi pelajar tahun 4 semua merosot ku kira sebab dalam senarai penerima hadiah semalam tiada seorang pun pelajar tahun 4 yang mendapat 5A....huhu. Cikgu tahun 4 harus kena soal ni....hehe, atau mungkin semua pelajar tahun 4 enjoy main aje ya!!!

Apapun, Tahniah buat anak ibu Alia, dan buat Aqil jangan putus asa. Perbaiki lagi untuk tahun hadapan ya sayang...

Gambar-gambar sekitar majlis yang berlangsung semalam.

Alia tiga kali naik ke pentas menerima hadiah untuk 4 kategori berlainan. Untuk hadiah matapelajaran terbaik Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris cikgu bagi sekali dua beg terus, tak perlu nak ulang naik pentas.

Bersama kawan-kawan sebayanya yang turut menerima hadiah.

Dah sampai rumah, tersenyum rian bersama hadiah dan piala yang dia terima. Beg belakang sekali tu yang ada reben hijau tu, ibu punya untuk hadiah cabutan bertuah. Tak sangka tahun ni dapat pula hadiah cabutan bertuah sebab selama ni tak pernah bertuah pun nak dapat.....hehe.
Petangnya di sekolah agama pun berlangsung majlis anugerah kecemerlangan juga. Tapi aku tak pergi tengok pun. Pening tak habis hadir untuk majlis sekolah pagi  kan. Sebenarnya pening dengan badan yang tak berapa sihat asyik loya di tambah lagi dengan terpaksa melayan kerenah Arif yang terlalu ligat. 3 kali kakaknya naik pentas pagi itu, 3 kali juga dia pun berlari atas pentas. Sudah tu tak mahu turun-turun dok berlari-lari atas tu. Kita sibuk nak ambil gambar kakaknya, dia pun buat perangai lah kan....huhu.

Berlari atas pentas lain, minta beg plastik dari orang lain, dok sibuk susun kerusi lain. Kalau tak kerana ibu nak tengok kakak kamu, ada yang ibu pulang awal tau Arif! Bila di suruh duduk diam, kita pegang, mulalah mulut dia bising, terjerit-jerit. Adeh!!! Anak siapalah tu. 

Ini pula hadiah dari sekolah agama yang Alia terima untuk tempat kedua dalam kelas.
Buat anak ibu Nur Alia Zafirah, tahniah ya! Moga terus sukses, mendapat keputusan yang lebih baik di tahun-tahun akan datang, dan berjaya di dunia dan di akhirat....Aminnn. 


~ يوس ~

Monday, July 09, 2012

Grading taekwondo: dari gred 8 nak bertukar ke gred 7

Ahad semalam, kami 5 beranak ke SKPR untuk acara grading taekwondo Aqil dan Alia. Kali ke dua mereka grading tahun ini. Grading pertama hari tu di sini.

Kali ini mereka terlibat dalam grading pelajar gred 8 untuk ke gred 7. Kalau lulus dan berjaya, tali pinggang masih tetap warna sama, cuma dah up sikitlah, kuning 1 jadi kuning 2.

Aku perhatikan anak-anak aku ni, takde sibuk takut atau gabra macam aku dulu-dulu bila ada sesuatu acara atau perkara yang berlaku macam ni. Semua relax je. Nak ambil ujian pun relax je. Bagus kot untuk mereka, sebab anak jiran sebelah siap tanya dia. "Aqil, Alia nko tak takut ke nak grading ni nanti?"

Jawapan mereka, "takde pun!". Over confident je mereka ni tau!

Sekitar gambar-gambar semasa di sana. Tak dapat nak ambil dari jarak dekat, sebab ada Arif yang over aktif. Kali ni kan aku pergi dengan anak-anak je. SRD tiada untuk meneman kerana ada urusan kerja.

gambar kiri sedang menunggu giliran mereka untuk di panggil ke hadapan, gambar kanan, aksi Aqil semasa membuat persembahan.

Aksi-aksi mereka semasa menunjukkan skill depan master. Alia dan Aqil dalam bulatan merah tu untuk gambar paling kiri, gambar kanan, kecik lah malas nak bulatkan...hihi.

Selesai sudah sessi ujian, terus jumpa ibu, Abid dan Arif fi tempat duduk ibubapa. Muka masing-masing toya je...hihi.

Moga lulus dan berjaya naik gred ya anak-anak ibu. Ibu tengok semua memang berkeyakinan dan nampak bersemangat semasa melakukan ujian tu. Tahniah!

Bulan November nanti ada majlis grading lagi. Harap nama anak-anak ibu akan terpilih sekali lagi. Cepat sikit bertukar warna tali pinggang kan.

Buat abah, kami dah lakukan yang terbaik, InsyaAllah kami pasti lulus!
~يوس ~

Tuesday, May 15, 2012

Dari putih ke kuning 1

Tak berpeluang nak masuk taekwondo masa sekolah dulu, bila tengok anak-anak berlatih dan pergi grading rasa teruja. Baru tahun ini aku masukkan mereka ke kelab taekwondo ni. Sebenarnya baru tahun ini mereka sibuk nak masuk. Kalau tak ya-ya, dan mereka tak minat, malas juga nak keluarkan modal untuk aktiviti seumpama ini. Tapi bila mereka sendiri yang bersuara dan tunjuk minat, sedaya upaya perlulah berikan sokongan.

Tarikh 28 April yang lalu acara grading buat mereka Aqil dan Alia. Kira exam untuk menentukan mereka layak atau tidak bertukar tali pinggang dari putih ke kuning 1. Aku tak tahu bagaimana perasaan mereka masa exam tu, tapi aku sebagai ibu yang lihat dari jauh sangat berdebar-debar. Rasa gugup terlebih macam aku yang nak ambik periksa...hahaha.

Sebagai kenang-kenangan, aku ingin abadikan di blog ini untuk tatapan di kemudian hari. Moga cepat-cepat bertukar warna tali pinggang lagi ya....hehe.

Kelihatan Alia peserta ke 3 dari belakang masa acara memanaskan badan

Sir mereka sedang bersiap sedia, para pelajar pula sedang menunggu giliran

Masa untuk Aqil dan Alia ke hadapan, untuk menunjukkan skill masing-masing.

Bersemangat aku tengok mereka. Sangat teruja dan seronok tengok.

Ini pula Sabtu lepas, balik dari latihan taekwondo bersama tali pinggang kuning masing-masing yang baru saja di beri oleh Sir mereka. Tahniah kerana lulus ya anak-anak. Adik-adik mereka pun tak mahu ketinggalan...hehe
p/s: bila mood blog merudum, mulalah aku menukar susun atur blog sendiri untuk menampakkan sedikit kelainan. Bagi mood tu datang sikit. Ok tak?
~ يوس ~

Saturday, April 21, 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Anugerah Kecemerlangan 2011

Baru saja balik dari menghadiri majlis sambutan maulidur rasul dan
anugerah kecemerlangan di sekolah agama anak-anak.
Dua majlis di gabung serentak, tapi aku hanya dapat hadir penuh untuk satu daripadanya.
Nampaknya tak dapat tunggu sehingga ceramah maulidurrasul habis.
Arif dah tertidur di pangkuan, lupa pula nak bawa push chair dia terpaksalah balik awal.
Biar anak-anak saja yang dengar sampai habis.

Apa pun nak kongsi  gambar sekitar majlis tadi, 
serta wajah-wajah gembira Alia 
menerima hadiah tempat pertama bagi tahun 2011 sebentar tadi.
Tahniah daripada ibu, abah, Aqil, Abid dan Arif ya Alia.
Harap tahun ini berjaya mengekalkan kecemerlangan.

Pentas majlis waktu mula-mula aku sampai

Persembahan nasyid . Sedap betul suara solo dia...:thumbs up

Giliran Alia ke pentas ambil hadiah. Gambar sedikit blurr sebab ibu ambil gambar sambil dukung Arif yang sedang tidur..huhu

Alia bersama rakan-rakannya, hadiah mereka nampak serupa je, cuma ketinggian piala saja berbeza.
Tahniah untuk anak ibu Nur Alia Zafirah.
Moga terus sukses ya nak, jangan malas-malas belajar.

p/s: sedikit sedih, kerana setiap kali ada majlis seumpama ini di sekolah SRD OS biasanya. Hari ini pun sama....:(

~ يوس ~

Wednesday, April 04, 2012

Cinta Kura-Kura lah pulak....

image ehsan google
Adeh! Tak tahulah macam mana boleh terjebak tengok cerita ini. Semuanya bermula bila SRD ada pertandingan main bowling antara mechlub di BP Mall. Sebelum hari pertandingan, beberapa kali juga kami main bowling, kengkonon nak teman abahnya berlatih. Tapi hancus, hari pertandingan langsung tak score, masa berlatih lagi bagus...hihi.

Semua kononnya tak nak join tengok abah, (kesian abah tiada yang beri sokongan moral, tu pasal tak score kot, tapi kami muncul juga di saat akhir kan). Mereka request nak tengok wayang. Makanya, si kecik Arif terpaksa di tinggal pada abah, mana boleh masuk panggung....kononnya lah.

Bila tengok movie yang ada, satu pun tak bersesuaian untuk anak-anak tengok. Aqil request nak tengok 'Seefood' tapi dah habislah. Takde pun.

Semua terus buat muka toya tak dapat tengok wayang. Aku pujuk, untuk beli vcd aje. Pilih punya pilih, ini cerita yang mereka beli vcdnya. Aqil - 'Johnny English Reborn'; Abid - ' Dragon Ball Z Kai Movie'; Alia - 'Cinta Kura-Kura'.

image ehsan google
Maka dengan itu, aku dan SRD pun terjebak sama layan vcd Cinta Kura-Kura ni bersama Alia di rumah. Aku suka baca Review dari blog ini mengenai cerita ni. Tapi dari pandangan aku ada sedikit berbeza. Masa menonton filem ini, SRD asyik pandang aku, aku pun pandang dia sambil hati kami berkata-kata " Cerita apa ni bang/ bu?" .Haha...serius tak masuk dalam kepala otak kami. Rasa macam budak-budak je. Yang menghidupkan suasana cuma kura-kura dari suara Zizan itu, lain-lain aku rasa tak best langsung.

Boring!Boring!Boring!Pas tu part tak logik, ada ya kat restoran hidangkan gajah sebagai makanan? Dah macam zoo pulak babak yang akhir tu. Adeh! Kura-kura boleh bercakap tu oklah. Itulah bahagian menarik, dalam cerita ni, tapi aku tak rasa lawak pun. Langsung tak boleh ketawa, cuma senyum je sebab rasa aduhai, citer apa ni?

Tapi baca review orang lain semua kata best, lawak, menghiburkan. Bagi Alia anak aku dia kata bestlah, menghiburkan, senyum-senyum sorang-sorang. Aku dan SRD, layan sebab nak Alia happy. Aqil dan Abid langsung tak layan, mereka buat kerja sendiri je masa tu. Best lagi Johnny English Reborn tu. 

Apa pun satu percubaan baik dari KRU untuk cerita animasi. Dah semakin baik lah. Cuma jalan cerita, tak sesuai untuk umur kami kot.Adeh! Dah tua ke kami ni?....hihi.

Sebelum aku stop, nak tanya korang. Biasa dengar celoteh Abby No Fana Scova tak di Sinar? Siapa boleh jawab soalan ni. Satu, wangi; dua busuk; tiga boleh di makan. Apa dia? ( Soalan aku dapat dari dialah ni)

Syok dengar Abby berceloteh setiap hari, menghiburkan. Lagi menghiburkan dari Cinta Kura-Kura tu...huhu

~ يوس ~

Monday, April 02, 2012

Susulan dari kaki Alia terkena seterika panas.....

Sebelum tu, cerita Alia terkena seterika panas di sini.

1. Dari semalam dia takut nak ke sekolah dengan hanya berselipar. Dia kata sakit kalau pakai stokin dan kasut, jadi aku kata pakai je selipar. Jawapan dari dia sejak Jumaat, " Cikgu kata kalau sakit takpe tak payah datang sekolah, tapi tak boleh pakai selipar". 

Ni cikgu mana yang ajar ni??? Jangan nak auta ibu lah. Pagi tadi paksa dia guna selipar juga. Siap suruh abahnya masuk sekolah jumpa cikgu, aku tak tahu abahnya jumpa ke tidak. Tapi dia kata, abah beritahu dengan cikgu Nora yang ada dekat dewan perhimpunan masa tu.

Tadi masa nak masuk sekolah agama petang pun dia takut. Buat muka kesian tak mahu turun dari kereta sebab pakai selipar. Adeh! Geram aku! Terpaksa bawa dia masuk sampai ke pintu pagar, sampai dekat dengan bangunan sekolah suruh dia masuk. Barulah masuk dengan perlahan. Kalau dah takut sangat nak pakai selipar, suruh pakai kasut tak nak juga! Sampai rumah sebentar tadi, aku tanya dia, " Cikgu marah ke pakai selipar?" Dia jawab, "ya cikgu marah".... denga muka yang sengih2 tanda auta...haha.

2. Aqil pula kata ustazahnya yang juga ustazah Alia (ajar mereka subjek agama di sekolah) datang dekat pada dia dan bertanya "Kenapa dengan kaki adik kamu?". Jawapan dari Aqil, " Kena seterika panas ustazah!". Tanya ustazahnya lagi, "Siapa yang buat?". Jawab Aqil, "adik bongsu saya angkat seterika panas dan letak  kat kaki dia."

Adeh! Jangan dia ingat aku dera anak aku sudah! Ni bukan kes dera ya cikgu! Ni kes anak saya yang bongsu tu terlalu aktif. Ya...ya....saya tahu, saya juga patut di salahkan kerana cuai, action yang lambat, sampai anak terlebih cepat, letak seterika panas di tempat salah. Tapi saya bukan dera anak.....betul cikgu! Kenapa cikgu tanya anak sulung saya  macam tu ya? Kenapa tak tanya dengan Alia sendiri? Oh! Rupanya dia tanya juga dengan Alia. Mungkin nak tahu jawapan yang di beri sama atau tidak maka pertanyaan serupa di ajukan pada Aqil pula...hmm.

Saya berterima kasih,cikgu ambil berat. Tapi betul cikgu, cerita mereka betul, bukan salah ibu mengandung...huhu.

Apa aku merepek ni. Saja nak catat di sini susulan dari kaki Alia terkena seterika. Ada lagi sebenarnya. Sabtu kelmarin, emak dan ayah aku datang semata-mata nak tengok kaki cucu mereka yang terkena seterika panas. Kakak ipar aku pula ingat seterika tu terkena di perut Alia bila baca di blog, adik ipar pula mulanya ingat terkena di paha. Kalau betul, lagi jatuh saham Alia. Ibu mertuaku pun menelefon untuk bertanya perihal kejadian. Semua mereka ambil berat. Terima Kasih....bertuah anak perempuan aku sorang tu.

Apa pun, kelasakkan dan keaktifan adiknya Arif memang tak dapat di sangkal lagi.Nak bukti?

Sampai melecet tangan dia. Kenapa? Konon nak berlari juga di atas Takasima abah dia (alah alat senaman berlari tu). Sudahnya jatuh tergolek kat tepi lepas tu bergesel dengan Takasima tu yang tengah laju berjalan. Tu yang melecet tu.
Kalau semua tanya, macam mana alat tu boleh terpasang. Abang dia Abid lah konon nak bersenam, dia pergi on dah pasang benda tu, adiknya pula mengikut....huhu.

Salah aku lagi kot yang cuai ya....adeh! Kalau ada 3 orang anak jantan kat rumah macam nilah kan. Lasak bukan main, ligat bukat main, kena sama-sama ligat macam mereka baru boleh lawan. Tu yang kadang aku jeles kalau tengok anak kawan yang elok je duduk tertib di sisi emak dia bila kemana-mana. Kenapa anak-anak aku semua tak macam tu pun? Salah kat mana agaknya....:D

Ada lagi gambar-gambar aksi nakal Arif yang sempat aku snap, tapi belum sempat aku edit dan resize. Nantilah aku tunjuk.....:)

Sekian.....

~ يوس ~

Friday, March 30, 2012

Kan dah jatuh saham Alia!!

Baru balik dari klinik. Bawa Alia jumpa doktor untuk lihat kakinya yang dah sedikit bengkak akibat melecur terkena seterika. Dapat deretan ubat yang amaunnya agak banyak bagi dia. Muka cuak. Tapi suka hati sebab dapat mc....cheh!

Abahnya kata, "Kan dah jatuh saham Alia!!". Namun dia masih belum mengerti saham itu apa...hehe.

Kalau lihat dari gambar kakinya di atas, nampak teruk juga kan? Punca? Nak cerita bagaimana ya?

Rasanya aku sendiri sedikit stress dengan kelincahan dan super duper aktif anak bongsuku Arif. Tak tahulah dia dapat energy dari mana, tapi pergerakkannya memang sangat pantas dan selalu aku tak terkejar apa yang dia lakukan.

Masih ingat lagi cerita Arif pecahkan mangkuk yang kelihatan bulat saja pecahannya di tengah2. Semua sedikit hairan kan bagaimana dia buat macam tu. Semalam dia pecahkan lagi mangkuk terakhir dari corak bunga yang sama.

Dan dia jugalah yang menjadi punca kaki kakaknya terkena seterika panas. Ketika itu, aku yang baru saja selesai menggosok baju meletakkan seterika yang masih panas di atas katil seketika sementara aku meletakkan papan penggosok di tempat biasa. Alia sedang baring di atas katil masa tu. Jarak jauh juga dari seterika.

Tak perasan kelibat Arif yang dah berada di situ juga tiba2 (mulanya dia di luar bilik)telah mengangkat seterika yang masih panas itu dan dengan tidak sengaja mungkin di letakkan seterika itu di atas kaki kakaknya. Apa lagi menjerit sakanlah minah tu. Kejadian berlaku petang Selasa lalu.

Aku ingat setelah beberapa hari oklah kakinya, tapi semalam Arif pijak pula kakinya yang melecur tu dan apa lagi makin tersiat dan bertambah teruk luka di kakinya. Kesian Alia. Masa mula kena aku hanya sapukan dengan ubat gigi bagi rasa sejuk.

Bila tengok agak bengkak pagi ini kenalah bawa ke klinik.

Tulah. Arif sekarang semakin panjang akal. Ada je benda baru dia buat. Terbaru sekali dia suka minum air lepas tu dia luahkan balik air tu ke lantai. Saja je nak buat aku hangin. Lagi aku jeling marah, lagi dia sembur air tu. Aduh! Penat rasa tau. Memang anak bertuah tau!

Moga kecik2 je susahkan ibu ya nak, besar nanti tolong ibu kan Arif. Begitulah ceritanya. Mood berblog pun makin ke laut. Lappy pink masih lagi rosak. Bila nak elok agaknya. Dah dua tiga kali tanya jawapan di beri hampa. Jangan tak boleh di baiki sudah...huhu.

Sekian.

_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Wednesday, January 04, 2012

Hari Pertama Sekolah 2012

Apa berlaku di hari pertama ?
Biasa-biasa aja, semua sudah punya pengalaman ke sekolah.
Aqil lebih excited, berbaju baru, berkasut baru,
botol air baru, kotak pensil baru, jawatan baru...
Tahun ini menjadi pustakawan sekolah,
kecil nya aku rasa dia walaupun sudah darjah 4.
Kenapa lebih kurang aja dengan Alia yang darjah 2 tu?
Huhuhu....bila nak tinggi anak ibu?

Untuk Alia pun serupa,
kasut baru, kotak pensil baru, botol air baru, bekas makanan baru.
Hari ini aku bawakan mereka bekal roti sosej campur telur.

Abid?
Belum mula sekolah lagi, tadi cuma ke sekolah bayar duit yuran dan beli buku.
Mula sekolah 9hb, Isnin depan.
Masih menjadi kawan Arif di rumah.
Kata dia, " Lambat lagi ke Abid nak sekolah ibu?"

Aku pun rasa biasa-biasa aja.
Cuma aktiviti berblog agak terbatas.
Rutin harian yang sibuk bermula nampaknya,
namun akan tetap curi-curi masa tu.

Kepada semua anak-anak yang mula bersekolah hari ini,
Selamat bersekolah ya!
Tahun baru, kelas baru, azam baru!
Moga terus sukses dan menjadi insan yang cemerlang dan gemilang.

~ يوس ~

Friday, December 30, 2011

Terkena batang hidung sendiri...huhu

Dia memang rajin mandikan adiknya.
Aku dah tak perlu sibuk nak mandikan si Arif sekarang.
Kakaknya Alia dah boleh mandikan dia.

Hari ini dia mandikan adiknya lagi.
Selesai mandi, sewaktu aku sibuk memakaikan baju adiknya,
mulut dia tak berhenti bercerita.
Itu ini, begitu, begini.
Semua cerita perihal apa yang berlaku di dalam bilik air sewaktu mereka mandi.
Macam bertih jagung nko!!
Macam mak nenek pun ya.

" Dah! Cepat pakai baju tu, membebel aje!"

"Alah! Orang membebel sikit pun tak boleh. Ibu tu membebel banyak boleh aje!"

Kan dah kena batang hidung sendiri!
Ketawa aku berdekah dengar jawapan dia,
tapi dalam masa yang sama mula terfikir.
Aku ni banyak sangat bebel dengan anak ke???
Huhuhu......

Takutnya kalau muka aku membebel macam ni...errkk.[kredit pic to syarq.blogspot.com] 


~ يوس ~

Wednesday, December 28, 2011

Pembelian Buku dan Program Transisi Murid Tahun 1, 2012

Hari ini ada aktiviti seperti tajuk di atas di sekolah.
Tahun ini tidak terlibat untuk Program Transisi tahun 1.
Tapi aku tahu ramai yang masuk blog aku untuk tajuk Program Transisi tahun lepas.
Mesti sebab ramai ibubapa yang nak tahu apa itu Program Transisi ya.
Kalau ikut dari pengalaman aku, tiada apa pun.
Taklimat dari guru, cerita pasal KSSR dan majlis suai kenal antara murid-murid tahun 1.

Ok. Sessi membeli buku anak-anak untuk tahun hadapan berjalan lancar.
Senang dan mudah di SKS ni.
Semua guru kelas dah menunggu di kantin,
dan semua buku yang perlu di beli dah siap di masuk dalam beg.
Tinggal bayar dan ambil aje beg tu.
Semua dah tersedia.
Cepat dan ringkas.
Aku suka!!!

Lebih suka lagi, bila jumlah bayaran keseluruhan untuk anak-anak aku,
tidak melebihi amaun RM100 setiap seorang.
Kiranya duit wang bantuan khas yang aku terima tu
memang cukup untuk buku-buku + duit PIBG mereka.
Alia punya RM90.70, dan Aqil punya RM99.00.

Cukup pandai cikgu mereka ni kan.

Dari senarai tu, aku tengok yang telebih budak tahun 4,5 dan 6 kalau campur wang PIBG.
Tapi sebab Aqil tak perlu bayar PIBG, Alia dah bayar so masih di bawah RM100.
Sumbangan PIBG hanya untuk seorang murid bagi satu keluarga.

Gambar-gambar yang sempat aku ambil sewaktu membeli buku di sekolah tadi.


Semua buku yang perlu di beli dah di masukkan dalam beg. Aqil sedang melihat cikgu kelasnya tahun hadapan menulis resit bersama abahnya. Aqil dapat beg warna oren.

Alia yang dah siap beli buku. Untuk Alia aku yang belikan. Dia dapat beg warna pink. Di belakang tu, kelihatan murid-murid tahun 1 bersama ibubapa mereka mendengar sessi taklimat untuk Program Transisi Tahun 1 2012.
Hari Ahad ini, acara beli buku untuk sekolah agama pula.
Anda yang ada anak-anak bersekolah, dah beli buku ke?
Cukup tak wang bantuan khas yang di perolehi sebelum cuti hari tu?

Kalau nak campur untuk baju-baju dan kasut, memang tak cukuplah kan.
Apa pun alhamdulillah, wang sumbangan tu memang ada gunanya.

:x :x :x
~ يوس ~

Friday, December 02, 2011

Alia : It's her birthday today! Sudah 7 tahun anak ibu.

Pejam celik, pejam celik, anak dara aku yang seorang ini sudah pun 7 tahun.
Tahun depan dah naik darjah 2.
Lahir bulan Disember ni sentiasa awet muda ya Alia...haha.

Terasa masih baru aku rakamkan klip video ini.
Sewaktu sambutan hari jadinya yang kedua.
Masa ni aku dalam pantang.
Baru 12 hari melahirkan Abid.




Alia dengan rambut magginya masa ini.
Semua orang sangat geram tengok dia.
Rasa nak di cubit-cubit saja.

Aksinya yang suka menari dari dulu ini juga masih terbayang-bayang di mata aku.



Dengan bola tersumbat di mulut.
Lucu tau Alia!!

Satu lagi, aksi bersama gitarnya ini.
Ibu sangat terhibur....




Kini Alia dah semakin besar.
Dah hilang rambut maggi tu, tapi masih sangat manja.

Alia terkini di usianya 7 tahun.
Selamat hari lahir sayang...
Moga terus menjadi anak yang baik, kakak yang baik juga adik yang baik kepada kami.
Kami sayang Alia tau!

Anak-anak ibu yang manis...
Ibu dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Alia.
Sayang Alia ketat-ketat...
Dan semoga Alia sentiasa di bawah lindunganNya,
dan mendapat keberkatan dari Nya di dunia dah di akhirat....aminnnn.

Happy Birthday Sayang......

~ يوس ~

Wednesday, November 30, 2011

Alia: Anak dara dengan watak Princess@Puteri

Anak dara kecil, @ anak perempuan ni biasa mesti suka watak Princess di tv kan.
Watak kartun barbie tu, kalau boleh baju, kasut,
beg sekolah, kotak pensil semua nak muka princess.
Aku perasan dari Alia tadika lagi, bukan dia saja yang suka macam tu,
kawan-kawan dia pun sama.
Sekarang ni saja, watak angry bird mula menular,
tapi Alia masih kuat juga dengan barbie dan princessnya.

Namun begitu, aku tak suka nak belikan
dia patung barbie atau princess walaupun dia minta.
Tak elok sebenarnya simpang anak patung dalam rumah kan.
Tapi bila dia minta sticker watak-watak itu, aku tak boleh mengelak.
Harga pun dua ringgit satu sticker besar.
Kalau tidak mulutnya muncung panjang, boleh di sepit muncungnya....:).

Sticker princess yang di tampal pada dinding biliknya. Habis bilik tu dah macam-macam dia tampal dan conteng...huhu.
Namun baru-baru ni, waktu kami ke kedai buku,
dia tertarik dengan buku ini.
Buku bertajuk Kami Puteri Hebat.

Buku ni menceritakan watak puteri versi kita, ada ciri-ciri keislaman. Menarik
Kalau ke kedai buku, memang macam-macam buku di beli.
Dan aku sendiri suka bila dia memilih buku ini sebagai salah satu bahan bacaan.
Dalam hati berharap sangat, dia dapat lupakan watak barbie dan princessnya tu.

Aku sendiri belum baca, dia saja yang mengusung buku itu ke hulu kehilir akhir-akhir ini.
Namun pagi tadi, aku selak dan baca sedikit.
Ada 5 watak puteri dengan cerita yang berbeza.
Puteri Arabella, Puteri Dian Adelia, Puteri Farisya, Puteri Qiara dan Puteri Humaira.

5 watak puteri dalam buku cerita ini.
Ke lima-lima puteri membawa cerita yang menarik.
Puteri Arabella yang mulanya kecewa kerana keputusan periksanya yang tidak cemerlang,
berusaha untuk bangkit dan memperbaiki diri.
Puteri Dian Adelia yang cuba membantu rakan baiknya Izyan yang berubah sikap tiba-tiba.
Puteri Farisya yang memikul tanggungjawab besar sebagai pengerusi kelab sukan dan reakreasi sekolah.
Puteri Qiara yang tabah menghadapi ujian Tuhan setelah kehilangan nenda tercinta.
Akhir sekali Puteri Humaira yang terpaksa belajar memasak
pertama kali di dapur kerana pengasuhnya jatuh sakit.

Khusyuk juga dia membaca walau tidak berterusan dalam sehari tu.
Harap dapat terus memupuk semangat membacanya.
Bagus juga ada watak-watak puteri ini,
dapat mengalih minatnya dari watak puteri inggeris tu.
Buku ini terbitan PTS One Sdn.Bhd.

Kalau di lihat Aqil dan Alia, minat membaca Alia memang lebih tinggi berbanding Aqil.
Aqil suka komik aje yang lebih.
Paling suka komputer games...huhu.

p/s: Cantik kan ilustrasi dari watak-watak puteri tu. Lebih cantik dari princess barbie tu sebenarnya dengan bertudung dan baju yang menutup aurat... :x.
~ يوس ~

Wednesday, November 16, 2011

Duit agihan dah dapat, kad kemajuan anak pun dah dapat...(^_^)

Dari pukul 9 pagi sampai pukul 12 tengahari di sekolah.
Lamanya menunggu nak dapat wang agihan bantuan khas tu.
Naik kematu menunggu.
Paling tak best, penat melayan Arif.
Aduhai!!! Aktifnya itu anak....

Apa pun, alhamdulillah, dapat RM200.
Terima kasih gomen ya...
Harap-harap setiap tahun ada.
Ada ke??....hehe.

Pesanan yang berulang kali dari guru besar sekolah,
sila gunakan untuk belanja persekolahan anak-anak ya!
Bukan untuk bayar bil pula.....hihi.

Hari ini dapat kad kemajuan anak-anak sekali.
Apa nak cerita ya?
Dua-dua merosot nampaknya...huhu.

Alia 4A1B; 90.8%; no 8/34
B untuk matapelajaran Sains.
Namun esok, tersenarai juga bagi anugerah kecemerlangan subjek Matematik 100%.

Aqil 3A2B; 78%; no 17/37.
B untuk BM Pemahaman dan BM Penulisan.
Apsal lemah sangat BM ni Aqil??...huhu
Namun masih tersenarai untuk dapat hadiah kecemerlangan bagi Bahasa Arab 100%.
(Terror pulak nko Bahasa Arab ni ya Aqil, ibu bila tengok soalan, satu pun tak tahu...huhu)

Apa pun, tahniah untuk anak-anak ibu.
Kena tingkatkan prestasi lagi ni.

Sekarang ni lepak pula rasa.
Nasib baik nasi dan lauk dah siap masak di rumah.
Kalau tidak tak makan anak-anak aku.
Program banyak berceloteh aje cikgu mereka ni....huhu

Ok, sebelum tu, layan gambar ni pula ya...
Gambar di ambil hari Ahad lepas di majlis perkahwinan Nashriq staf SRD.
Selamat Pengantin baru buat beliau dan isteri.
Isteri dia pun bukan orang lain, student phd SRD juga.
Sama cantik, sama padan.

Cantik kan tema oren ni. Apsal Aqil muka terkujat aje. Eh! Aku kat sini takdelah bambam sangat kan...haha.  Sempat lagi menanya tu? hehe...Sesuailah dengan status ibu beranak 4 tu kan...ekekek.
p/s: bila tengok muka dah makin bolat ni, rasa nak dietlah. Tapi makan sedap je, boleh ke?...
~ يوس ~

Thursday, November 10, 2011

Kalau tak lulus tak naik kelas tau ibu!!!

Sebelum periksa mereka sendiri yang cakap dengan aku,
"Cikgu kata kan ibu, siapa tak lulus tak naik kelassss!!"
Sejak dari zaman aku lagi, siapa sekolah di sekolah agama Johor mesti tahu kan.
Kalau tak lulus tak naik kelas.

Masa dulu, kalau sekolah kebangsaan darjah 3,
barulah dapat masuk sekolah agama darjah 1.
Tapi, ramai yang tak habis belajar, lebih-lebih lagi kalau darjah 6 UPSR cemerlang.
Dapat masuk asrama, sekolah agama baru habis darjah 4,
terus tak sambunglah jawabnya.

Siapa tak lulus, sekolah pagi dah Tingkatan 2, tapi sekolah agama masih darjah 3..
pasti malu, sebab asyik tak naik kelas...huhu.
Sudahnya, tak habis belajar juga.
Tak ramai pun yang akan sampai Darjah Khas.
Aku sendiri tak merasa pun...huhu.

Sekarang aku ingat, sistem ni dah takde.
Aku ingatkan, tiada lagi sistem tak naik kelas kalau tak lulus ni macam zaman aku dulu.
Tapi rupanya ada lagi!!!

Cuma bezanya sekarang, kalau sekolah kebangsaan darjah 1, sekolah agama pun darjah 1.
Cepat sikit mereka mula, cepat juga habisnya kan.

Semalam, balik dari sekolah agama,
masing-masing sibuk menunjukkan slip keputusan periksa akhir tahun mereka.

Ini keputusan Alia....


Ini pula keputusan Aqil...


Alia kata, budak kelas dia ada dua orang tak dapat naik kelas.
Aqil pula kata, budak kelas dia ada 5 orang yang tak lulus,
maksudnya tak naik kelas jugalah tu...huhu.

Alhamdulillah anak-anak kami semua lulus.
Kesian kan kalau tak lulus, belajar balik perkara sama dengan adik dia pula ke.

Pasti ada baik dan buruknya sistem tak naik kelas kalau tak lulus ni.
Baiknya, nak beri motivasi pada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh agar naik kelas.
Kalau tidak, duduklah dia kat kelas sama sampai bila-bila.

Tapi ada juga yang negatifnya kan.
Takut lebih tak termotivasi pulak bila dah setiap tahun tak naik kelas.
Kat situ jelah dia...
Terus takde semangat nak belajar pulak...

Apa pun aku sebenarnya suka sistem ni.
Sebab anak2 ada perasaan takut tak naik kelas tu.
Jadi mereka belajar sebab takut ketinggalan dari rakan-rakan sebaya yang lain.

Tahniah Alia sebab dapat no 1.
Ibu bangga dengan Alia tau!

Tahniah juga Aqil sebab memperbaiki kedudukan di kelas.
Yang penting lulus dan naik kelas ya Aqil...
(Tulah ayat dia, bila tahu keputusan periksa dia...hihi)

Sekolah kebangsaaan??
Belum tahu lagi...

Tapi belum apa-apa dah tahu BM dapat B si Aqil tu...huhu
Macam mana nak suruh anak pandai BM ekk?

Alia, so far so good.....alhamdulillah.

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...