Tahniah kepada semua ibubapa yang anak-anaknya mengambil keputusan UPSR semalam, Tak kira apa keputusan mereka, kena redha, panjatkan syukur, sesungguhnya itu mungkin keputusan terbaik saat ini untuk perjalanan yang lebih baik di masa hadapan.
Aqil anak saya dapat 4A 1B ( B untuk Sains).
Dengarnya semua sekolah prestasi untuk subjek Sains merudum. Mungkin sebab subjek pertama di dapati bocor, soalan susah dan murid hilang mood sekejap. Apa pun keputusan, ibu ok je dengan keputusan Aqil. Cukup dah buat ibu senyum, Alhamdulillah.Tahniah Aqil!!.
Aqil dan rakan baikknya di sekolah Akashah. Sahabat dia ni dapat 5A, tahniah ya Akashah dari auntie Yus. |
Masing-masing berbaju melayu Johor, sebab masing-masing baru selesai peperiksaan kertas akhir SDEA semalam.
Dalam perjalanan pulang dari sekolah, seorang rakan yang anaknya juga dapat 4A 1B (Sains) telefon saya. Dia mengajak saya untuk buat rayuan bagi pemeriksaan semula kertas Sains, mana tahu boleh dapat A katanya. Jawapan ringkas saya, takpelah.
Dari yang saya tahu, anaknya memang kecewa tak dapat 5A, bercita-cita nak masuk asrama penuh, tak dapat 5A memanglah rasa sedih sangat. Di tambah selama ini setiap kali percubaan 5A, tiba2 yang sebenar tidak, mungkin menambah kekecewaan anak itu. Tambahan anaknya perempuan, persaingan nak masuk asrama lebih tinggi. Saya faham kalau dia nak buat semakan semula supaya anaknya puashati, tidak terlalu kecewa atau apa jua alasannya. Tapi untuk Aqil??
Saya dah cukup puashati dengan pencapaiannya. Bagi saya apa pun keputusan itu cuma satu permulaan kepada yang lebih besar. Bohong kalau saya kata saya tak harap anak dapat 5A, tapi keputusan dia dah cukup melayakkan dia dapat masuk kelas yang baik di sekolah menengah di daerah ini. Dan dia sendiri memang dari awal tak mahu masuk sekolah asrama, saya tak mahu paksa pun, jadi kenapa perlu nak buat semakan semula bagai kan.
Di pujuk juga kami lagi agar buat semakan, sebab katanya kalau kertas SPM pun biasa bila buat semakan, 50% kebarangkalian untuk gred meningkat memang ada.
Hmmm....hujah saya di sini pula, ok itu SPM, memang berbaloi di buat semakan semula, sebab SPM akan membawa ke hala tuju yang lebih besar. UPSR, baru permulaan tak perlulah kot kan. Lagipun Aqil dan Akashah (bff dia yang dapat 5A di atas) dah berjanji nak sekolah dekat2 sini je. Janji tak nak kemana-mana kata mereka...hihi.
Saya pula memang 50-50 nak hantar anak ke asrama atau tidak ni. Tu yang hantar je permohonan ke SBP hari tu, kalau dapat bole pergi.Tapi dalam masa sama, saya mahu anak-anak saya dekat dan rapat dengan adik beradik masing2, so kalau dari form 1 dah ke asrama, selalunya memang kurang rapat hubungan tu. Jadi tunggu lepas PT3 pun takpelah kan. Dah besar sikit, dah lebih pandai berdikari. Tapi apa pun, semua terpulang kepada pandangan masing-masing. Setiap dari kita pasti nak kan yang terbaik untuk anak-anak, dan tak semestinya pandangan kita sama.
Ibu dan abah cuma mengharapkan keputusan ini akan buat Aqil lebih semangat belajar di masa hadapan. Perjalanan masih jauh, ibu pun tak mahu paksa2 Aqil, harap Aqil dapat beri semangat kepada adik-adik untuk belajar bersungguh-sungguh juga. Tapi apa pun, ibu memang akan sentiasa pantau Aqil, tak mahu Aqil tersasar ke lain, anak2 generasi X ni lagi banyak dugaanya untuk kita bentuk kan. Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak kita semua, Ameen.
~ يوس ~