Cuti-cuti sekolah. Anak semua di rumah, susah juga nak menyelit guna lappy ni. Walau dah beri masa pada mereka, ada masa belajar, ada masa tengok tv, ada masa bermain di luar, ada masa bermain dengan lappy, tapi tulah sebagai ibu kena pantau pergerakan mereka, jadi aku tak boleh culas dengan berlama-lama dengan lappy. Nanti anak-anak kata, "Ibu boleh pulak?".....huhu.
Tapi hari ini, kerana peristiwa semalam, dapatlah update sekejap. Kata aku pada mereka, "ibu nak update cerita Arif ya!"....hehe.
Cuti sekolah bermula, Alia dan Abid dapat basikal baru. Lama dah dia minta, kononnya sebab dapat no 1 periksa akhir tahun sekolah agama tahun lepas. Abahnya janji, tak kiralah sekolah pagi atau petang, kalau boleh dapat no 1, dapat basikal. Janji baru dapat di tunaikan. Sukalah dia dapat basikal. Bila kakak dapat basikal, Abid pun sama minta basikal. Dua orang dapat basikal baru, apa lagi setiap pagi dan petang nak main basikal saja kerjanya.
|
Basikal pink pilihan Alia dan hitam pilihan Abid. |
Basikal Alia ada tempat duduk belakang. Hari Isnin tu, dia nampak aku bawa Arif di tempat duduk belakang basikal aku. Hehe....aku pun ada basikal, lama dah, cuma tak bawa selalu je.Bila aku bawa Arif, mulut aku tak berhenti bercakap, "kaki elok-elok ya, jangan jatuhkan!" Aku suruh dia letak kakinya di atas antara tempat duduk tu. Elok je dia selimpang kaki dia di situ.
Semalam, belum lagi pukul 5 petang Alia minta izin aku nak bermain basikal sekejap. Kata dia depan rumah aje. Aku ingat adiknya tak ikutlah. Sekali semua keluar rumah. Tiba-tiba suasana rumah sepi aje. Mana pergi anak-anak yang riuh ni? Terus berkejaran ke luar rumah. Tiba-tiba kedengaran suara Arif menangis yang kuat. Aduh! Memang kuat suara dia, rasa boleh dengar satu taman.
Aku berlari keluar pagar, tengok-tengok Arif dan Alia di hujung sana, dan Arif sedang duduk di tempat duduk belakang basikal Alia tu. Dalam hati dah terfikir, kaki dia terkena lidi basikal ke?
Tangisan Arif semakin kuat. Jerit dia tak tahu aku nak terangkan di sini macam mana. Macam sakit sangat bunyinya. Aku suruh Aqil tengok. " Ibu!!! Kaki Arif berdarah!", jerit Aqil.
Cepat-cepat Aqil dukung adiknya dan bawa pulang ke rumah. Ku beriksa kaki Arif, nampak luka dan darah keluar di bahagian belakang kakinya dekat dengan buku lali. Aku panik juga mulanya, jerit Arif tidak berhenti, macam orang kena apa je.
Bawa masuk, basuh kaki dia, dan sapu ubat luka. Tapi jeritnya masih sama. Kenapa dia menangis tak berhenti ni? Sakit sangat ke, lukanya dalam ke? Aku tengok macam besar juga lukanya.
Alia yang takut sebab dia yang bawa Arif di belakang basikalnya, masuk bilik terus menangis. Adeh! Ibu tak cakap apa pun, dia dah menangis juga, macam mana ni? Puas juga pujuk, kata Alia tak sengaja kan. Sedih sangat rupa dia, terus pergi kepada adiknya dan minta maaf.
Tapi Arif masa melalak kuat. Tak boleh jadi ni. Aku bawa dia ke klinik berhampiran. Sampai klinik masih melalak. Doktor bersihkan luka, sapu ubat, tampal plaster, dalam masa sama suara dia masih menjerit kesakitan. Satu klinik boleh dengar suara dia.
Keluar dari bilik doktor, tunggu ubat, baru dia diam. Doktor siap jengah keluar tengok dia yang dah berhenti menangis....hihi. Pesan doktor, plaster lutsinar itu jangan di tanggalkan sehingga lukanya kering.
Balik dari klinik, Arif terus tidur. Bangun dari tidur, lagak orang sakit kononnya dari Arif menjadi-jadi. Suruh berdiri pun tak mahu, tapi masih aktif dan ligat. Dia hanya merangkak ke sana ke mari. Suruh berdiri, katanya sakit. Tapi, aktifnya sama saja.
Sehingga ke malam, sebab dia bergerak aktif macam biasa, plaster di kakinya tanggal. Saat itu dia menjerit semula seperti tadi. Kuatnya aduhai! Sakit benar kononnya. Ya ke tu Arif? Beri ubat antibiotik, dan ubat tahan sakit baru diam.
Pagi ini bangun tidur suruh mandi pun tak mahu. Plaster dan tertanggal kan, jadinya kata dia sakit. Puas aku pujuk, tetap dia kata sakit...hmmm.
|
Luka di kaki Arif terkena lidi basikal |
|
Arif yang tak mahu mandi pagi, konon kakinya sakit...huhu |
Tengoklah lagak Arif tu. Ada rupa orang sakit ke? Dah mula berlari dah pagi ni, tapi bila sebut mandi je, sakit...huhu. Pandai auta ya!
Abahnya kata, kakak pekena Arif pulak ya. Dulu kan kaki Alia terkena seterika Arif buat, ni dia pula yang secara tak sengaja lukakan kaki Arif dengan lidi roda basikalnya. Kebetulan mungkin.
Ada anak-anak aktif macam nilah kan. Riuh suasana rumah cuti-cuti ni. Takpe,minggu depan kita cuti-cuti di Terengganu pula ya.
Eh! Apa yang best di Terengganu ya? Dalam kepala sekarang, nak ke Pasar Payang, Masjid Putih, Masjid Kristal, Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk, Taman Tamadun Islam, Muzium Terengganu. Apa lagi yang istimewa di sana? Makan kat mana yang best? Orang Terengganu, sila beri cadangan...hehe.
~ يوس ~