Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

Video: Let it Go;Frozen Versi Amani

Sila abaikan suara yang lain menyibuk tu. Cer dengar suara Amani menyanyi je ya.....hehe


Ni masa baru dapat Anna , sekarang Anna tu dah tinggal sebelah kaki je. Penangan hari2 dia belek dan kemudian menyanyi lagu let it go versi dia....hehe.

Semalam check-up Amani di klinik untuk 1 tahun 2 bulan. Berat dah 9kg, tinggi 72 cm. Perkembangan sangat baik, gigi dah 8 batang. Ligat, jangan cakaplah, ibu dia je tak sempat nak ambil gambar. Oh! Ada satu peel Arif dia ikut, suka memanjat grill pintu. Adehlah! Pastu tak tahu turun, hihi.

Arif dan Amani?

Arif sangat sayang adik dia, tapi suka buli adik dia. Macam mana tu? Kalau dia dengan adik dia, maka adiknya asyik lah menangis kena buli, tapi kalau ada yang cuba ambil adik dia, dialah orang pertama yang melalak tak hingat dunia. Macam dia sorang ada adik...hehe.

#akhirnyaberjayajugaupdatesatulagientrihariini


~ يوس ~

Tuesday, September 24, 2013

Video : Putih-putih melati versi Abid dan Arif

Layan dua orang budak ni syok sendiri menyanyikan lagu putih-putih melati. Abid terutamanya. penuh gaya....hahaha. Asal kamu happylah ya nak, senyum je ibu sambil rakam tu. Bila tengok balik pun ibu tetap senyum...:)            
~ يوس ~

Monday, May 27, 2013

Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo Daerah Kluang kali ke 3: Gambar dan video aksi Aqil dan Alia.

Cuti sekolah dah bermula. Tiada aktiviti menarik nampaknya untuk anak-anak. Ibu tengah menunggu hari, tiada kemana kesian juga mereka.

Namun permulaan cuti, Sabtu yang lalu, 25hb Mei, bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan MPK Kluang, Aqil dan Alia buat pertama kalinya menyertai Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo (Sparring). Ini adalah kejohanan kali ke 3. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Koryo daerah Kluang, Johor Bahru dan Batu Pahat.

Pagi-pagi dah bertolak dari rumah, keluar rumah pukul 6.30 pagi. Kami hantar sendiri mereka sebab kalau nak naik bas yang di sediakan, perlu bersedia dari SK Convent pukul 5.30. Huhu, lagi awal, malas nak hantar awal sangat konon.

Sampai stadium lebih kurang pukul 7.15, cari sarapan dulu, makan dululah kiranya, lapar rasa. Masuk stadium pukul 7.40 pagi lebih kurang, pelajar Koryo dari Batu Pahat dah mula buat warming up.Teruja sebab ini pertama kali Aqil dan Alia sertai kejohanan seumpama ini.

Hai!! Malas pula nak berceloteh, kita tengok gambar dan video perlawan mereka sudah ya.

Suasana di stadium bersama Aqil dan Alia
Video 1: perlawanan Alia untuk pusingan pertama. Ini pusingan kalah mati, kalau menang dapat mara pusingan seterusnya, kalah, makanya hampa.


Alia pelajar Koryo BP, (vest biru), lawan pelajar Koryo Kluang (vest merah). Lawannya tu dahlah punya tali pinggang merah, lebih tinggi pula tu. Kesian Alia, tapi ibu bangga sebab dia cuba melawan dengan baik, walau banyak sepakannya tak mengena pada sasaran. Walau kalah, dia ok je, tak nampak kecewa sangat sebab katanya dia dah cuba yang terbaik.

Video 2 : Perlawanan Aqil di pusingan 1


Aqil (vest biru) berjaya mengatasi lawannya (vest merah) kawan sama tempat Koryo BP, tapi dari sekolah lain. Lawannya tu pemegang tali pinggang hijau 2, Aqil baru je grading untuk tali pinggang hijau 1 hari tu, makanya untuk kejohanan ini dia masih bertali pinggang kuning. Dia sangat teruja sebab menang pusingan ini dan berkobar-kobar meneruskan perjuangan untuk pusingan seterusnya.

Yang asyik jerit "Lawan bang! Lawan bang!" tu, emak budak yang lawan Aqil (vest merah). Suara ibu cuma dengar perlahan je kan, "Lagi Qil, lagi Qil"....hihi.

Video 3: Perlawanan Aqil di pusingan ke 2


Mara ke pusingan ke 2, Aqil memang bersemangat untuk menang. Namun dia kecewa. Lawannya dari Koryo Kluang (vest merah) nampak lebih berpengalaman. Lebih tinggi pun ya, namun ibu nampak Aqil melawan dengan baik. Walau ada ketika di serang hampir keluar gelanggang, Aqil tak mengalah. Aqil tewas tipis pusingan ini.

Selepas perlawanan, Aqil nampak sangat kecewa. Marah dengan diri sendiri pun ya juga. Ibu pulak yang sedih tengok muka dia. Tapi setelah di nasihat oleh abahnya SRD, dia nampak bersemangat semula. Semangat untuk mencuba lagi di lain kali.

Untuk video ke 3, ada pulak budak Arif Zakwan sibuk enterframe....hihi. Memang tak reti duduk diam itu budak. Dia ada tersepak sorang budak sebab mengikut aksi orang berlawan tau! Huhu....haru!!!

Apa pun ini pengalaman pertama buat mereka. Persediaan menghadapi sparring pun cuma 2 hari je berlatih iaitu Selasa malam dan Rabu malam. Mana taknya kan. Ibu dan Abah suka tengok semangat anak-anak ibu macam ni. Kalah menang adat pertandinganlah kan, nanti lain kali kita cuba lagi ya.

Ayat Aqil, nak sedapkan hati sendiri " Takpelah ibu, tak dapat pingat pun, cikgu kata dapat sijil siapa yang menyertai sparring ni!"

Yalah nak.....hehe.

p/s: ibu sekarang ni dah tak sabar rasa nak suruh baby ni keluar cepat. Kalau dapat bersalin waktu anak cuti sekolah ni senang sikit kan, tapi due ibu 10 Jun pula, betul2 masa anak2 dah naik sekolah semula...huhu. Harap di permudahkan.

~ يوس ~

Wednesday, November 07, 2012

Abid : Video persembahan membaca dalam bahasa inggeris

Ok, gagahkan diri nak kongsi video Abid ni di blog. Apsal lah lemau sangat dua tiga menjak ni?...huhu.


Video Abid buat persembahan membaca dalam bahasa inggeris semasa hari konvokesyen tadikanya Ahad lepas. Tajuk cerita yang dia baca.."Our School"

We love our school
We think it is the best
because we all make it the best.

We respect our teachers
and we repect each other
We think it is important
to be polite at all times

Everyone at our school,
tries hard to be honest and fair.
We all try hard to do our best
at our work,
at our play
and at our sports.

Our shool is like one big family
We want everyone to be proud of our school
as we are!

Itulah teks cerita yang dia baca. Tak dapat ambil gambar dia dari mula, tekan je record dah sampai perkataan Our school....huhu.

Ibu bangga sebab Abid tak gentar di atas pentas tu. Well Done Abid! Abid juga berjaya mengekalkan kedudukan di tempat pertama untuk pelajar tadika 6 tahun. Tahniah Abid!

Abid dan hadiah untuk tempat pertama dalam kelas.
Tersenyum aku bila Tok Maknya bertanya, "Abid dapat hadiah apa?"

Dia jawab, "Abid tak dapat hadiah pun, dapat piala aje!!"

Haha....tulah. Satu yang tak best aku rasa, kata konvokesyen tadika, tapi takde pakai jubah pun? Nasiblah gambar yang dapat hari tu ada pakai jubah ya Abid. Haha, ibu yang semangat nak tengok anak pakai jubah sebenarnya....ekekek.

~ يوس ~

Wednesday, October 03, 2012

Kaedah mendidik anak : Ustaz Don Daniyal


Video yang sangat terkesan di hati. Rasa diri banyak kekurangan dalam mendidik anak-anak. Moga aku dapat menjadi ibu yang lebih baik....amin. 

~ يوس ~

Thursday, July 26, 2012

Mari berbicara bersama saya ; Arif

Salam semua....

Hari ini ibu beri peluang saya mencoret sepatah dua di blog ibu lagi. Walaupun sebenarnya ibu yang buat semua pun, saya berlakon je. Ibu tu takut tayang gambar makanan lama-lama dalam blog nanti ada yang terbatal puasa pulak. Baik letak video saya ni kan.

Tapi masa ibu suruh saya berlakon tadi, saya takde mood sebenarnya. Jadi saya buat tak mengikut piawaian yang ibu mahu. 




Inilah saya aunty2 semua. Tadi sebenarnya ibu ada lihat video anak kawan dia yang duduk Germany tu. Ibu suka pula tengok video tu, jadi ibu pun mulalah nak ambil video saya pula. Dulu-dulu ibu selalu rakamkan aksi-aksi abang2 dan kakak saya dan muatkan video mereka di blog. Tapi saya ibu jarang buat. Ibu malas ya?

Tapi kemudian ibu kata takut rugi pula tak rakamkan serba sedikit aksi saya tu, jadi ibu pun rakamkan satu yang ini. Kemudian bila dah siap rakam, baru ibu teringat, esok 27 Julai adalah ulangtahun kelahiran saya yang ke 2. Ibu benar-benar terlupa ulangtahun kelahiran saya tinggal sehari je. Sampai hati ibu tau!

Tapi saya tahu ibu sayang saya. Saya pun bukan tahu nak minta apa-apa untuk hari jadi. Ibu nak beri apa ya? Kawan-kawan blogger ibu saya semua pun nak beri saya apa? Rasanya tak perlulah minta apa-apa kan bulan-bulan puasa ni. Saya cuma minta semua doakan saya sihat sejahtera dan dapat membesar dengan baik, menjadi anak yang berguna dan dapat bantu ibu dah abah bila saya besar nanti. Itu adalah hadiah yang paling best rasanya kan, doa dari semua.

Terima kasih....jumpa lagi esok di hari lahir saya ya!

Yang menurut perintah,

           Ayipp

~ يوس ~

Thursday, April 19, 2012

Teri Meri Prem Kahani...

Macam mana boleh tersangkut dengan lagu ni?
Tak tahu dah berapa kali ulang dah....
Melodinya bestlah!
Very touching!

Tak pernah suka sangat movie dari Salman Khan sebelum ni,
mungkin sebab dah terlebih suka dengan SRD eh...SRK...hehe.
Tapi cerita Bodyguard versi Bollywood ni oklah cerita dia.
Dan lagu Tere Mere Prem Kahani ni paling aku suka...
Klip video dia pun menarik.
Kareena Kapoor nampak sangat cantik dalam klip video ini.
Terus rasa nak diet supaya boleh nampak cantik macam dia.





Hahahaha.....
Kepala aku tengah bengong!
Petang-petang ni layan lagu hindi.

Peace no War ya kengkawan.....:)

Nota kaki: Cantik bukan terletak pada paras rupa, bentuk badan atau apa saja luaran kita, tapi cantik terletak pada hati dan budi pekerti yang mulia. Dekatkan diri padaNya supaya kita akan lebih nampak cantik di mata semua, tak gitu. Peringatan untuk diriku yang selalu lupa.

~ يوس ~

Friday, February 03, 2012

Andai Rasulullah masih ada | If the beloved were among us | لو كان بيننا الحبيب

Tadi tengok tv al-hijrah.
Ada satu persoalan di utarakan kepada kita
iaitu Andai Rasullullah masih ada, apa yang kita ingin katakan padanya?

Pelbagai jawapan keluar dari mulut mereka yang di tanya.
Tak semena-mena hati aku sebak.
Sungguh jika Rasullulah masih ada dan aku dapat bertemu dengannya.
Apakah yang aku katakan padanya??
Aku rasa jawapan aku sama dengan salah seorang yang di temuramah itu.
Rasa tak layak bertemu Rasulullah.
Rasa diri terlalu kerdil.

Aku cuba cari klip video yang sama aku tengok tadi.
Tapi tak jumpa.
Namun aku berjumpa dengan yang ini.





Melihat dan mendengar jawapan dari wanita ini hati aku turut sayu.
Wanita itu menangis.Walau wajahnya terlindung di sebalik purdah, dan hanya menampakkan sepasang matanya yang bening, tetapi suaranya yang sayu dan sebak beserta linangan airmata yang tumpah menggambarkan segala rasa yang menggigit tangkai jiwanya.
Aku juga jumpa klip video lagu ini.
Lagu bertajuk Law Kana Bainana | Andai Rasulullah masih ada | If beloved were among us





Andai Rasulullah masih ada ( lirik dalam Bahasa Melayu)

      Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
      Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
      Keampunan-Mu,
      dan sifat pemurah-Mu
      dan kebebasan daripada neraka-Mu
      Dan juga syurga bersama-sama penghulu seluruh manusia
      Kami mohon pada-Mu
      Mohon dengan sangat wahai Tuhanku,
      Dari sudut hati kami yang paling dalam....


Kalaulah Kekasih-Mu
Masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah.
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta
untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.


Berada berhampiran baginda
Jiwa turut menjadi harum,
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah
akan di perkenankan
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...


Hidayahmu kepada alam merata meluas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah


Kutebus dirku dengan dirimu,
wahai Kekasihku
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum
Wahai yang di utuskan sebagai
tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam...


Wahai Kekasihku, wahai Muhammad
Wahai doktor hatiku
Wahai yang di puji di puja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


Sumber : Video Klip ini.



If the beloved were among us ( English Lirics)


If the beloved were among us
Those from far and near will come to Him
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near Him


If His company the souls feels great
If His prays, Allah will surely answer
The light of Taha will not cease to exist
Oh You who answers the prayers
Please fulfill our hope to meet Him


I am willing to sacrifice my loved for You
Oh beloved
Muhammad honor of strangers
In your company the souls feels great
O' mercy of the world

Sumber: Video Klip ini

Sayu kan bila dengar lagu ni?
Mari kita sama-sama berselawat ke atas junjungan nabi kita Muhammad SAW.
Ya habibina Ya Rasulullah.
Semoga kita di pertemukan dengan Baginda.

Serius, sebak tulis bait-bait lirik lagu ni
apabila di terjemahkan ke dalam bahasa yang kita fahami.

Salam Maulidurrasul buat semua...
Ahad ini 5hb Februari 2012
bersamaan dengan 12 RabiulAwal 1433H.

~ يوس ~

Friday, January 13, 2012

Video temuramah wartawan Metro TV bersama Wardina selepas rumahnya di pecah masuk.

Dua hari ini asyik baca berita pasal rumah Wardina di pecah masuk.
Sedih dan takut bila baca di akhbar, blog, fb dan twitter Wardina sendiri.
Tapi bila tengok video klip ini dan lihat sendiri Wardina menceritakan pengalamannya,
lagi rasa takut kan.





Jelas terpancar di wajah Wardina yang dia masih trauma.
Namun aku kagum dengan kekuatan dan keimanan yang di tunjukkan beliau.
Mempertahankan auratnya dari di lihat perompak,
juga cara suaminya mempertahankan hak isterinya patut di puji.

Dalam keadaan bahaya seperti itu,
semua boleh terjadi dan kadang kala kita tak sedar semua tu kan.
Tapi itulah yang mereka pertahankan.
Harta dunia boleh di cari ganti, tapi kehormatan diri amat penting kita pertahankan.

SubhanaAllah...moga kita semua mengambil pengajaran dari peristiwa ini.
Sana sini tak selamat kan.
Luar rumah, dalam rumah mahupun di sekolah.
Contoh kes Aqil tadi.
Perlu sentiasa berhati-hati walau di mana jua kita berada kan.
Sama-sama kita mohon perlindungan dariNya.

~ يوس ~

Thursday, January 12, 2012

Nasi lauk ayam aje!! | Iklan Chinese New Year 2012 yang awesome!

Iklan ini menyentuh hati ramai yang menontonnya.
Termasuk aku.
Iklan Chinese New Year yang terbaik 2012.




p/s: orang cina di Kelantan memang pandai cakap loghat Kelate kan? Dulu aku tak tahu, dan bila aku pernah jumpa depan mata, memang terkejut mulanya. Fasih pula tu. 


~ يوس ~

Monday, January 02, 2012

Main Gitar : Ustaz Azhar Idrus vs Zizan Rajalawak




Kelassssss Ustaz Azhar Idrus kita.
Inilah video yang orang dok cari-cari tu ya?
Sayang suara tak berapa jelas.
Tapi betul tak sangka Ustaz pandai juga main gitar.

Macam-macam cara berdakwah.
Tapi cara ustaz ni memang sempoi.
Ramai anak muda yang tambah minat dengan ustaz ni kan.
Cara bercakap yang bersahaja, pandai pula berjenaka.
Ada juga kelebihan dalam muzik sikit-sikit.

Cuma satu je, loghat ganu dia pekat sangat lah.
Selalu kena dengar dua tiga kali ceramah dia di youtube,
baru faham....huhu


~ يوس ~

Iklan terbaik dan penuh makna untuk di tonton | Iklan Pantene rupanya!!!!!





Banyak pengajaran daripada iklan ini.
Aku sendiri tengok rasa teruja.
Rasa penuh bersemangat.

Tiada benda yang mustahil jika kita berusaha.
Tiba-tiba teringat pula salah satu babak dalam 3 idiots.
Kalau usaha gigih, ubat gigi yang terkeluar pun dapat di masukkan semula kan!

Siapa tengok 3 idiots mesti faham maksud aku?
Hehehe....

~ يوس ~

Sunday, January 01, 2012

Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Rajalawak

Baca entri dari ibu Yusuf dan Maryam pasal Countdown 2012 bersama Ustaz Azhar Idrus.
Seronoknya dapat menghadiri majlis seumpama itu.
Kira acara sambutan tahun baru yang agak berbeza dari yang pernah kita dengar.
Khabarnya kehadiran lebih dari 70,000 penonton.
Alhamdulillah.

image dari fuhsantai.com
Teringin sekali aku mendengar serba sedikit apa agaknya yang di sampaikan masa itu.
Cari-cari video di youtube kot-kot ada, tapi nampaknya hampa.
Jumpalah blog fuhsantai.com
yang ada menyiarkan beberapa video dari Countdown 2012 itu.
Pengacara malam itu ialah Zizan Rajalawak,
Tapi sayang, tak berapa jelas, sebab dia mungkin berada jauh di belakang.

Cuba cari lagi, masih tak jumpa.
Tiba-tiba aku jumpa blog rotikaya.com ni.
Ada video ustaz Azhar Idrus
menceritakan pengalamannya berbual bersama Zizan Rajalawak dalam telefon.

Bila tengok video tu, rasa respect juga dengan Zizan.
Bagus Zizan ni, merujuk kepada Ustaz untuk sesuatu perkara yang dia tidak pasti.






Seronok dengar, walau beberapa kali tengok.
Pandai Ustaz Azhar Idrus ni bagi ceramah kan.
Makin suka dengan cara dia menyampaikan ilmu.

Pengajaran yang boleh di ambil,
malu bertanya sesat jalan.
Bertanya dan merujuklah kepada yang lebih pakar,
untuk sesuatu perkara yang kita tak pasti dan ingin tahu kebenarannya.
Semoga darinya kita dapat memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik dan berguna.
~ يوس ~

Monday, December 19, 2011

Patah Seribu by Shila Amzah

Tajuk Lagu: Patah Seribu

Artis: Shila Amzah 
Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergiiiii....
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Ooo...pergilah…





Tak tahu kenapa.
Dalam seminggu ni, mulut ni asyiklah nyanyi lagu ni.
Tapi tak tahu lirik sebenarnya.
Dok ingat bahagian yang Shila kata Patah Seribu tu aje.
Tapi masih, mulut aku dok nyanyi aje,
Haha....penangan apa agaknya??

Apa pun suara Shila Amzah ni memang sedap.
Ada gaya Celine Dion.
Boleh kot jadi Celine Dion Malaysia...hihi. (aku je rasa mcm tu kot, suara dia ya).
Ok, layan jelah lagu ni.
Tiada kena mengena dengan kehidupan aku.
Cuma aku suka lagu ni ....:x

~ يوس ~

Wednesday, November 16, 2011

Kita tanya, Ustaz jawab....

Dua tiga menjak ni, suka benar aku dengar rakaman ceramah dari Ustaz Azhar Idrus di youtube.
Banyak yang boleh di pelajari.
Kalau dah klik satu klip tu, mesti banyak lagi yang bersusun boleh di tengok.

Ustaz ni memang bestlah.
Setiap jawapan dari soalan yang di beri, mesti ada lawaknya.
Jadi pendengar tak bosan.
Namun semua yang di kata, tak dapat di sangkal kebenarannya.

Antara yang aku suka tengok...





















Video klip yang akhir tu...
Soalan:-

air kopi kueh tat,
mkang kerang mata beleh,
guaner ni ustaz
borang isi pitih x buleh.

Jawapan ustaz:-
di kuala kubu umno bergocoh
Guane kejadian tak dang nak mmkir;
hak tu pun mung nak susoh
gilah tanya JKK...

Mantap jawapan ustaz..hahaha.
Walaupun ada yang aku kurang faham,
nasib pernah sekolah di Terengganu dulu,
takdelah tak faham sangat...
Tapi kelass lah ceramah ustaz.

p/s: malam-malam dengar ceramah ustaz azhar idrus ni, terang mata aku....:)

~ يوس ~

Tuesday, September 27, 2011

Video klip kegemaran Abid...

Inilah klip video dari youtube menjadi kegilaan Abid sekarang.
Walau dia tak dengar, dia boleh nyanyi.
Aku pun dah terikut, sedap pula lagunya...huhu.

Semalam masa dia tengah syok tengok klip video ni,
Aku suruh dia nyanyi sekali.
Konon-konon aku nak rakam aksi dia.
Tapi dia macam tahu pula.
Terus diam seribu bahasa...huhu

Nak tahu klip video apa???



Tu dia...klip video Ultraman Mebius.
Macam pro je dengar Abid nyanyi lagu Jopun ni...

Lepas ni kalau dapat belajar kat Jepun senanglah Abid ya..:p

~ يوس ~

Friday, June 24, 2011

Pertanyaan untuk Kak Ati Masrif dan Video Cute Alia

Pagi tadi cuba buka blog  Flowers of My Life milik kak Ati Masrif seperti biasa. Tiba-tiba keluar message ini.
Blog dibuka untuk invited readers saja.
Kenapa ya kak? Blog sedang di ubahsuai, atau sekarang Yus memang dah tak boleh masuk blog akak ni? Beberapa kali cuba masuk, masih dapat message yang sama. Sedih pula rasa. Harap yus di jemput masuk juga ya...:).

Korang yang lain, yang biasa masuk blog kak Ati, ada masalah serupa tak? 

**************************************************************






Ini pula memori yang masih segar di ingatan. Klip video di ambil pada tanggal 21 April 2007 di ketika usia Alia 2 tahun 4 bulan dan Aqil baru 5 tahun. Ibu ketawa melihat klip video ini kembali...:)). Alia cute tau!!!

Video di petik dari entri asal di sini.

Sekarang dah besar dah anak-anak ibu ni. Seorang dah tahun 1, seorang dah tahun 3. Petang ni ambil keputusan periksa sekolah agama pula. Apalah keputusan mereka agaknya?

p/s: Ibu rindu dengan rambut kerinting Alia yang dulu ni. Kalau tak kerana ubat kutu tu, mesti rambut Alia masih sama kan...huhu. Hilang dah curly hair dia angkara kutu...:(.
~ يوس ~

Saturday, June 11, 2011

Abid bersama lagunya, dan turun-temurun, jimat tak jimat (^_^)

Jumpa klip video ni dalam simpanan. Cute!! Teringat balik kan Abid!

Abid sounds so cute when he sang both of this song.






Lirik lagu yang betul ialah:

Lagu pertama,

Bang selebu kuali sawa
Hujan turun mandi kartun
Sirih rampai pinang berseri
Mintak peluk tangan kiri

Lagu kedua,

Sapu-sapu rindit tersapu rumah papan
Datang kucing lapar nak mintak makan
Kodong kaki sebelah.

Apa logiknya kodong kaki sebelah tu? Aku pun kurang pasti, lagu dari versi SRD campur dari versi ibuku. Aku suka video ni...

nota kaki: Video di ambil ketika usia Abid 2 tahun 1 bulan 14 hari

Satu lagi korang perasan tak baju yang Abid pakai dalam klip video tu? Ada sama tak macam baju yang Arif pakai di bawah?
Gambar terbaru hari ini
Ha! Sama kan..hihi. Kesian Arif atau aku yang terlebih berjimat cermat. Itu baju Aqil tau kawan-kawan, bukan baju Abid. Aqil sekarang dah berusia 9 tahun, kemudian Abid pakai, dan sekarang Arif pula yang pakai....:)). Arif memang banyak pakai baju dari Aqil. Kalau dah Arif pun pakai baju Aqil, Abid dulu pun samalah....

Senang kan, ada anak lelaki umur tidaklah jauh mana, baju yang elok2 tu, baik di simpan baik-baik, boleh buat turun-temurun sampai beberapa orang anak, asal masih elok dan cantik di pakai.

Banyak lagi baju yang Arif pakai adalah dari baju Aqil yang lama, contohnya seperti dalam gambar di bawah ni...

antara baju pertama Aqil juga menjadi antara baju pertama Arif..hihi
Cuma baju anak perempuan je tak boleh buat turun temurun lagi. Ada simpan, tapi lom dapat adik perempuannya. Bila dah banyak sangat, akhirnya kasi pada mereka yang ada anak perempuan....

p/s: Korang macam mana? Selalu simpan tak baju-baju lama anak ni untuk di buat turun temurun....:) 

~ يوس ~

Thursday, May 12, 2011

Saya dah boleh berjalan ibu!!! (^_^) dan..........

Salam bloggers....

Akhir-akhir ini aku selalu sebut dalam entri aku Arif dah mula jalan jatuh kan. Biasanya setiap step baru dalam perkembangannya aku akan kongsikan di sini. Step yang ini pun mestilah nak tunjuk juga.....:).

Mari kita lihat.....





Arif sudah mendahului abang-abang, dan kakaknya untuk ini. Semua anak-anak aku yang lain berjalan pada usia 11 bulan. Abah dia aje yang kerek dari dulu kata dia jalan umur 10 bulan :D.

Ibu tabik spring kat Arif sebab dapat kalahkan abah, berjalan dalam usia 9 bulan....:yuhuu:yuhuu

Ibu doakan moga berjaya macam abah juga ya. Untuk semua anak-anak ibu, semoga berjaya di dunia dan akhirat...aminn.

Semalam dapat kad hari ibu dari Alia. Satu yang mengusik aku ialah apa yang tertulis di dalam kad itu. Tak dapat nak sertakan gambarnya di sini, sebab dah berapa kali ambil, tak terang juga..huhu. Aku taipkan semula apa yang dia tulis di dalam kad itu di sini.

Ibu Hari ini hari Ibu
Alia sayang ibu
Alia dah bagi ibu bunga yang ini Alia nak bagi ibu kad
Ibu lain kali jangan marah Alia lagi ye
Alia sayang ibu
Alia :x ibu
Aku taip sebiji macam yang dia tulis. Tapi dia tulis sambung semua, tiada noktah langsung. nasib baik bahagian huruf besarnya betul...;).

Bahagian yang aku hitamkan tu buat air mata aku menitis. Aku selalu marah dia agaknya. Kejamnya ibu ya! Tapi Alia pun nakal juga. Aku perlu lebih bertoleransi dengan dia, kena kurangkan sikit amarah di hati yang cepat melonjak naik ni, tak gitu kawan-kawan.

Wajah terbaru anak daraku Alia Zafirah...
Bukan pada Alia saja. Kepada Aqil, Abid dan Arif juga mesti begitu, Seorang ibu tidak boleh membeza-bezakan anak-anaknya kan, Tak adil buat mereka nanti. Takut juga kalau mereka ada terasa begitu sedangkan kita sebagai ibu tidak pernah terlintas begitu.

Tapi kadang-kadang kita tidak sedar, tindakan dan cara kita mungkin buat anak-anak merasakan sedemikian. Aku bercakap dari pengalaman sendiri, bila dalam adik beradik pun ada terfikir begitu, sedangkan emak atau ayah merasakan tidak.

Bagaimana dengan kawan-kawan, pernah ke terasa begitu? Walau apa pun, ibu tetap ibu, sayangilah ibu kita seikhlas hati kita. Jasa ibu tak mungkin akan terbalas selamanya.

~ يوس ~

Monday, March 14, 2011

Skill baru Arif...




Ini skill baru Arif sekarang. Dah mula suka nak memanjat dan berdiri sendiri. Bila dah dapat berdiri tu, mulalah buat aksi lepas tangan pulak. Macam pandai aje. Berlagai betul anak ibu ni tau! Boleh tukar2 tangan tu dia lepaskan. Sekejap lepas tangan kanan, sekejap lepas tangan kiri.

Sabar-sabar ya Arif. Awak tu baru 7 bulan lebih. Dah ada hati nak berjalan ke?....

ChurpChurp Social Sharing



~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...