Showing posts with label Photo. Show all posts
Showing posts with label Photo. Show all posts

Wednesday, August 06, 2014

Gambar pagi raya pertama 2014

Tahun ini tak banyak ambil gambar. Mood nak pegang kamera takde. Bila belek2 memang paling sikit gambar hari raya berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tapi kalau takde langsung tu macam tak best lah pula kan.

Pagi raya tahun ni di Muar pula kampung suami. Malas nak cerita panjang eh. Memang nak tepek gambar raya je ni....hihi.

Tema tahun ni biru + pink....:)

My two princess....Alia dan Amani

3 beradik, Abid, Arif dan Amani

Gambar keluarga kami di pagi raya. Aqil tu tak tahulah, memang mood dia suruh bergambar takde, asyik masam je muka...huhu. Tahun ni sebab Alia sibuk nak jubah ala frozen tu, ibunya pun ikut berjubah...hehe. Amani je pagi raya lentok je, denga peplum dia tu. Lentok punya pasal, peplum pun tak nampak...hihi.

Gaya sedikit santai katanya, tapi still anak sulung saya Aqil monyok...adoiii lah anak!! Cer ceria sikit .....huhu.

Keluarga besar Hj Mahzan, keluarga belah suami saya....ramai kan. 9 adik beradik, campur menantu dan cucu cicit semua, cicit baru sorang je pun, tapi meriah....hehe.
 Oklah, itu saja gambar pagi raya 2014 yang nak di kongsi. Lelain tak menarik eh....hehe.

Salam Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir dan Batin.


~ يوس ~

Wednesday, August 29, 2012

Gambar terbaik raya 2012

Assalamualaikum....

Salam buat blogku yang baru dapat di jengah. Raya sakan nampaknya....huhu. Banyak yang berlaku sepanjang cuti-cuti raya kali ini. Bukan saja sibuk beraya, sibuk juga menghadiri majlis pertunangan sepupu  di raya ke 4 dan kemudiannya adik sendiri pun bertunang pada raya ke 8. 

Macam-macam nak cerita tapi tak tahu nak cerita. Hari ini cuma nak berkongsi gambar-gambar yang aku rasakan terbaik sepanjang raya kali ini. Gambar di ambil pada 1 Syawal dan 2 Syawal. Tahun ini pagi raya di rumah mertuaku di Muar.

Kami sekeluarga di pagi raya 2012. Tahun ni tema biru

Suka tengok gambar ni, Abid salam Tokmak dia selepas minta maaf dan dapat duit raya

aksi-aksi comel kami

aksi-aksi manja kami...hihi

Arif 1 Malaysia kata mak andaknya....

Arif nak jadi cameraman, Abid pula tak habis mengusik

Aqil sempatlagi main basikal ketika beraya ke rumah salah seorang atok sedaranya. Ada gaya budak kampung beraya tak?

Arif memang manja dengan kakaknya, penat beraya ya?

Keluarga besar kami....semua balik tahun ni, tapi masih tak cukup ahli, ada seorang tertinggal....huhu

gaya manja di pagi raya kedua...bersama suami dan dua orang anakku...Abid dan Alia...
Sekian.....gambar-gambar terbaik raya tahun ini. Tahun ni rasanya paling kurang ambil gambar dari kamera sendiri, nasib baik ada kamera orang lain dan ada fb jadi penghubung. Dapatlah di muatkan mana yang terbaik untuk masuk dalam blog ni....hihi.

Salam aidilfitri buat semua, nanti saya pelan-pelan kayuh bw ke blog anda semua ya....

p/s: target nak dapat berat 55kg pagi raya tak berjaya. Cuma dapat capai 57.5kg je. Takde siapa pun perasan, kecuali adik-adik aku masa di rumah emak di Melaka. Mereka kata aku kurus sikit....hihi. Tapi lepas balik cuti raya, pagi ni timbang dah 58.3kg. Nasib baik naik sikit aje, kalau balik semula ke angka 67kg mau menangis aku...ekekek.
~ يوس ~

Thursday, July 05, 2012

Kami nak jadi angkasawan!!...

Berangan nak sampai ke bulan. Pakai baju angkasawan. Masing-masing mencuba.Haha....jangan terpedaya, ini cuma berdiri di belakang dan tunjukkan kepala. Nampaklah macam baju angkasawan itu kita yang punya.
Kami di mana ya dalam gambar tu? Itu sebenarnya ketika kami ke Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu tempohari. Ya kawan-kawan, cerita cuti-cuti Terengganu memang belum habis, tapi aku malas  nak habiskan perkongsian gambar-gambar di sana sekarang ni. Mood edit dan pilih gambar tiada. Kita tepek satu ni dululah ya...hehe.

Selamat berpuasa bagi yang berpuasa hari in. Semoga hari ini telah di mulakan dengan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Dapat kita menambah pahala, memohon keampunan dariNya dan panjatkan lebih rasa syukur kepada Allah swt.

Hari ini juga merupakan ulangtahun ke dua anak ke 4 kami Arif Zakwan mengikut kalendar Islam. Arif lahir tanggal 15 Sya'ban 1431H. Selamat Hari lahir sayang, moga terus berada dalam rahmatNya. Sayang peluk cium ibu buat Arif yang comel sentiasa.

Hari ni sebenarnya mood kurang sikit. Nanti-nantilah kita sambung cerita lagi ya!

Salam Nisfu Sya'ban buat kawan-kawan blogger ku sekelian...

Maaf di pinta andai selama ini coretan di blog dan komen-komen dari yus di blog kalian ada yang terlebih sudah sehingga mengguris hati anda semua. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu tentunya datang dari kelemahan yus sendiri.

Semoga hari ini adalah hari yang terbaik dan terindah buat semua ya...

Ikhlas....

~ يوس ~

Wednesday, January 11, 2012

Slide.com akan di tutup???

Tadi tiba-tiba tergerak hati buka akaun aku bersama slide.com.
Aku memang banyak simpan gambar di situ.
Kira gambar-gambar kenangan dulu, hampir semua di situ.
Tiada back-up lainlah kiranya.
Sebab sebelum ni ada simpan dalam hard disk CPU pc lama,
tapi entah bagaimana semuanya telah hilang.

Bila buka kembali akaun aku di situ, nampak notis ini pula.

Klik image untuk paparan lebih jelas
Di situ tertulis, slide.com akan di tutup bermula 6 Mac 2012,
dan semua yang menggunakan slide.com
di nasihatkan memindahkan semua gambar ke tempat lain,
atau  gambar-gambar itu akan hilang terus.

Nasib baik tergerak hati buka, kalau tidak, habislah segala memori di dalamnya.
Pasti sedih kalau tak dapat lihat lagi gambar-gambar yang tersimpan di situ.

Mujur ada cara mudah dan aku boleh export semua gambar ke picasa web albums.
Alhamdulillah....

Beberapa keping gambar yang aku sayang itu adalah...

Di depan pintu masuk Liverpool FC Club Store

Di belakang rumah sendiri buat snowman menggunakan baki snow yang ada. Sampai nampak rumput semua sebab snownya ciput aje masa tu.

Yang ni tak ingat di mana? Alamak di mana ni? Tapi yang pasti di salah satu Castle di UK

Di belakang rumah lagi, Aqil dan Alia bersama permainan mereka

Aqil dan Alia, rasanya masa ni di Wales. Betul ke? Aku lupa...huwaaa

Alia bersama Eiffel Tower

di Disneyland Paris

di Kota London berlatar belakangkan Tower Bridge
Raya tahun 2006 rasanya di PMC Sheffield. Masa ni aku tengah mengandungkan Abid.
Banyak betul gambar di situ, kenapa tak semua aku tulis aku dimana masa tu?
Huhu...masa tu memang tak ingat nak tulis semua tu ke?
Kan dah banyak yang lupa...huwaaa.

Di harap picasa tak shutdown juga macam slide.com.
Kalau picasa web album pun tutup juga,
habislah aku nak simpan di mana ni??

Korang semua biasa simpan gambar di mana ya?

~ يوس ~

Thursday, December 22, 2011

Short Trip to Shah Alam : Intekma Resort Convention Centre

Malas betul nak letak gambar-gambar ini di blog.
Macam tidak teruja seperti selalu.
Trip pendek yang takdelah best mana pun.
Tapi satu pengalaman juga kan.

Oklah. Kami ke Shah Alam hujung minggu lalu ikut SRD yang ada tugas di sana.
Menetap di Intekma Resort Shah Alam.
Dapat bilik yang agak kecil untuk saiz keluarga kami.
Dengan hari akhir lif pula rosak.
Malam pertama saja ada air panas, lepas tu tak tahu kenapa ianya tidak berfungsi.

Aduh!!! Berhimpit-himpit atas katil seramai 6 orang sebab aku lupa bawa toto macam selalu.
Hihi...apa pun, anak-anak tetap seronok sebab aktiviti kegemaran mereka dapat di penuhi.
Apa lagi, mandi manda di kolam renanglah kan.
Dan aku, dapat shopping baju baru...haha.
Masa nak shopping ni pun ada cerita.
Lucu juga...:D :p

Kita tengok gambar ya....:)

Inilah tempat penginapan kami. 
Ini pula bilik yang kami dapat. Kecik kan untuk keluarga kami yang 6 orang ini.
Pemandangan pagi dari tingkap bilik kami di sebelah kiri, dan anak-anak yang nak menuju ke kolam renang di sebelah kanan.
Sempat bergambar dengan kereta yang ada tertulis mentor 4 dan tv3. Masa ni nak menuju ke kolam renang di hari kedua iaitu Ahad sebelum pulang hari itu.
Acara mandi manda, Arif nyaris tergolek masa dalam pelampung merah tu. Nasib baik aku cepat. Excited sangat dia..huhu
Ada cerita di sebalik dua gambar ini. Kiri Shah Alam Convention Centre, dan kanan SACC Mall.
Hajat hati nak jalan-jalan di SACC Mall.
Tak tahu di mana, cari punya cari
nampak je tulisan SACC terus masuk bangunan tu dan parking kereta.
Rupanya yang kami msuk tu Shah Alam Convention Centre, bukan mall dia.
Tak pasal-pasal kena bayar parking RM5, padahal kalau di SACC Mall sejam seringgit je..huhu.
Orang Shah Alam jangan gelakkan kami ya...:">

Menapak menuju ke SACC mall, tapi SRD tak puashati.
Ambil juga kereta parking ketempat sepatutnya...hihi.
Pusing-pusing dalam tu, takde beli apa pun.
Tumpang tandas saja.
Sudahnya shopping di Kompleks PKNS juga....:D

Ini aksi sebelum pulang. 3 beradik ni pandai posing. Aku ambil dari dalam kereta saja sementara menunggu abahnya hantar kunci untuk check-out.
Kan, tiada ke mana pun kami.
Nak ke ICT Shah Alam pun tak sempat, lagi pun dah pergi dulu.
Ada cerita di entri ini.

Nak jumpa kak PB pun tak dapat, sebab hujan aje.
Belum ada rezeki kan kak PB, dapat bersms saja kita.
Hari Ahad tu terus balik Melaka rumah emak.
Dapat makan laksa buatan emak.
Sedap!!!!

Begitulah serba ringkas aktiviti kami di Shah Alam.
Dan kerana itu juga semalam bila SRD ajak ke JB pula kami malas.
Malas sebab tahu aktivitinya hampir serupa kan.

Apa pun, kalau anak-anak dah naik sekolah, langsung tak dapat ikut.
Cuti-cuti ni, penuh jugalah aktiviti berjalan.
Alhamdulillah.....takdelah terperuk di BP aje.

Sekian......

~ يوس ~

Thursday, December 15, 2011

Trip to Kerteh : Aktiviti | Pantai Kemasik | dan Pulang (bhg akhir)

Mood aku nak menulis hari ini memang kurang.
Lebih kepada nak kongsi gambar-gambar kami di Kerteh.
Apa pun, kali ini setiap gambar akan aku cuba selitkan cerita.
Tak best pula bila gambar tu bisu je tanpa aku tuliskan apa-apa...hehe.

Tujuan utama ke Kerteh tentulah atas urusan SRD di sana.
Kami ni ikut aje, jadi tak boleh nak expect dapat jalan-jalan, makan-makan yang best-best.
Apa pun, tetap enjoy walaupun penat.

Di hadapan tangga ke lobi Awana Kijal. SRD punya urusan adalah di sini.

Malam itu SRD bawa kami jalan-jalan tengok keindahan lampu-lampu di kawasan loji Petronas di Paka. Cantik kan bila malam.

Kami banyak jalan di Mesra Mall tu. Apa pun, aku dapat rembat beg tangan baru di sini..hihi. TQ abang!

Ini di hari akhir sebelum pulang. Jalan-jalan di pantai Kemasik.

Dari jauh nampak bot-bot nelayan ke bersusun di situ. Entahlah ya.

Pantai Kemasik ni ombaknya memang kuat sungguh. Kalau surfing best kot, tapi macam bahaya aje.

Tengok pukulan ombak di batu tu. Kuatkan!

Gaya anak-anak aku.

Gaya santai kami 5 beranak...aku pun join sekali.

Bersama abah tersayang @ En SRD. Abid yang ambil gambar ni.

Singgah beli kopok lekor di sini. Tak ingat di mana, Kemaman kot.

Sempat juga kami tengok kawasan di Cherating ni. Macam tak menarik aje. Apa pun sempat aku rembat suvenir di sini..hehe
Ada juga ke rumah kawan malam kedua tu di kuarters Petronas.
Kawan lama SRD.
Cantik kawasan perumahan di sana, walaupun semuanya rumah lama.
Begitulah serba ringkas aktiviti kami di Kerteh.
Takdelah menarik sangat.
Tapi dapat menemani suami kan.
Lagipun cuti sekolah, kalau dah mula persekolahan, tak dapatlah kami ikut.

p/s: minggu ni jalan2 lagi ikut SRD OS. Destinasi Shah Alam pula....:)

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...