Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Bawaku Pergi | Lagu Zizan dan Kaka ni boleh bawa pengaruh negatif??

Malam ini aku jumpa lappy. Seronok bukan main rasa...hihi.

Ok,apa aku nak cerita ni? Sebenarnya nak ulas sedikit berita hari ini mengenai adik Siti Nur Fatihah yang di beritakan tidak di culik sebenarnya tapi dia sendiri yang nak melarikan diri ikut teman lelakinya. Mesti semua dah tahu kan. Kalau siapa belum tahu tu cuba baca sini.

Nak ulas apa ni? Malas nak komen sebenarnya. Tapi rasa tindakannya memang betul-betul menyusahkan. Tiba-tiba kisah adik Siti Nur Fatihah ni mengingatkan aku pada lagu Zizan dan Kaka bertajuk Bawaku pergi tu. Masa balik Melaka tempohari, kami asyik di perdengarkan dengan lagu ini di radio. Hari ini,semalam kelmarin pun,setiap kali buka radio dalam kereta mesti ada lagu ni.

Aku mula tak perasan apa pun. Sedap juga lagu ni, tapi tak berapa menghayati senikata lagunya pun. Tiba-tiba masa tu SRD bersuara. Kata dia, " Lagu ni ajar budak-budak sekarang ajak pakwe dia lari dari rumah. Patutlah ramai suka lari dari rumah!"

Aku jawab, " Eh! Ya ka bang?" ."Tak caya,cuba dengar betul-betul!", jelas SRD lagi. Aku pun dengarlah bait2 liriknya betul-betul. Ada benarnya juga kata SRD tu. Boleh bawa pengaruh negatif pada remaja lah kiranya lagu ni kan??

Cuba korang pulak dengar. Setuju tak?



Jangan ada yang mengikut suruh boipren dia bawa dia pergi gara-gara lagu ni sudah ya! Jangan di ikut hawa nafsu.Berpijaklah pada bumi yang nyata. Kenapa nak lari dari realiti. Realiti lah mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya ok.

Mungkin ini hanya sekadar lagu. Cuma kebetulan liriknya begitu. Jadi siulan anak muda remaja kini pula tu. Tapi lirik dia boleh bawa pengaruh negatif lah. Siap kata tak perlu kembali lagi.Aduh!!!Tapi melodinya aku suka. 

Sekadar pendapat aku saja, moga tiada yang terasa.

p/s: Adik Siti Nur Fatihah tu terpengaruh dengan lagu ni ke ekk,? Sampai sanggup berlakon macam di culik,buat keluarga dia risau.Buat satu Malaysia risau ok!

~ يوس ~

Friday, January 13, 2012

Video temuramah wartawan Metro TV bersama Wardina selepas rumahnya di pecah masuk.

Dua hari ini asyik baca berita pasal rumah Wardina di pecah masuk.
Sedih dan takut bila baca di akhbar, blog, fb dan twitter Wardina sendiri.
Tapi bila tengok video klip ini dan lihat sendiri Wardina menceritakan pengalamannya,
lagi rasa takut kan.





Jelas terpancar di wajah Wardina yang dia masih trauma.
Namun aku kagum dengan kekuatan dan keimanan yang di tunjukkan beliau.
Mempertahankan auratnya dari di lihat perompak,
juga cara suaminya mempertahankan hak isterinya patut di puji.

Dalam keadaan bahaya seperti itu,
semua boleh terjadi dan kadang kala kita tak sedar semua tu kan.
Tapi itulah yang mereka pertahankan.
Harta dunia boleh di cari ganti, tapi kehormatan diri amat penting kita pertahankan.

SubhanaAllah...moga kita semua mengambil pengajaran dari peristiwa ini.
Sana sini tak selamat kan.
Luar rumah, dalam rumah mahupun di sekolah.
Contoh kes Aqil tadi.
Perlu sentiasa berhati-hati walau di mana jua kita berada kan.
Sama-sama kita mohon perlindungan dariNya.

~ يوس ~

Thursday, January 05, 2012

Alamat internet bakal pupus??

Siapa orang IT sini?
Siapa boleh jelaskan pada aku ni?
Baca berita mengenai 'Dunia bakal berdepan dengan masalah kehabisan alamat internet' buat aku blurr.
Bukan khazanah bumi aje boleh pupus tau!

Semua perkara kalau tidak di buat back-up akan pupus satu hari nanti.
Satu perkara yang pasti, semua di dunia ni tak kekal.
Maka dengan itu kena bersedia menghadapi hari kemudian.
Bersediakah aku?

Aku petik sedikit laporan berita tersebut;

"Malaysia mempunyai lima juta alamat IP dan hampir 80 peratus sudah digunakan dan kini ia berbaki sekitar 15 hingga 20 peratus. Kita jangan berasakan kita sudah berada di ‘zon selesa’ kerana memikirkan baki alamat IPv4 agak banyak tetapi bayangkan jika ia benar-benar habis sudah pasti akan menyukarkan pengguna internet mengakses aplikasi di alam maya."
SUMBER: bharian.com

Kalau rasa-rasa susah aje nak tembus masuk satu-satu laman sesawang tu, adakah ini puncanya ya?
Hmm.....

~ يوس ~

Monday, January 02, 2012

Murid tahun 1 akan menerima bantuan RM 100 dalam tempoh dua atau 3 bulan, selepas proses pendaftaran

Teringat aku masa menerima wang bantuan RM100 di sekolah dulu.
Ada ibubapa yang anaknya akan masuk tahun 1 sibuk bertanya,
giliran mereka bila pula????

Nampaknya sudah di umumkan pada tarikh 31/12/2011 yang lalu.
Aku aje yang tak perasan, sebab tak tengok berita masa tu...huhu.

Buku dan yuran semua dah di bayar,
dapat duit boleh simpan untuk belanja lain lah nampaknya ya?
Anak-anak aku yang dua orang dah dapat, ada anak umur 6 tahun aje yang tak dapat.
Tapi dia masuk sekolah juga.
Sekolah tadika.

Tahun 2013 dia masuk darjah 1 agak-agak ada lagi tak?
Siapa boleh jawab??
Heheheh...
Lebih 449 Ribu Murid Tahun Satu Terima Bantuan RM100

Lebih 449 ribu murid tahun satu akan menerima bantuan persekolahan 100 ringgit, selepas mereka mendaftarkan diri pada sesi persekolahan, 3 Januari ini.

Bagi pelajar tahun dua hingga tingkatan lima pula, bantuan itu, menurut Kementerian Pelajaran, sudah diagihkan, sebelum sesi persekolahan bermula.

DATUK ABDUL GHAFAR MAHMUD/ KETUA PENGARAH PELAJARANBantuan 100 ringgit yang pemberian kerajaan kepada ibu bapa bagi persediaan sekolah itu, telah selamat diagihkan kepada semua pelajar kecuali pelajar tahun satu, sebab dia belum daftar, pelajar tingkatan satu dia pun dah dapat masa darjah 6, cuma sekarang tidak diagihkan ialah pada tahun satu, insyallah apabila pendaftaran lengkap, hantar tuntutan pada pihak kementerian, kementerian akan agihkan peruntukan tersebut

Katanya, murid tahun satu dijangka menerima bantuan 100 ringgit itu dalam tempoh dua hingga tiga bulan, apabila proses pendaftaran selesai dilakukan.

Ibu bapa perlu hadir di sekolah apabila agihan itu diberikan.
Baca Lanjut>>>

SUMBER: berita tv3

Patutnya anak masuk sekolah tadika pun dapatlah kan.
Lagi besar belanja sekolah tadika ni....huhu
~ يوس ~

Saturday, December 24, 2011

Kecut perut sekejap dengar berita ini.

Aku kini di Melaka.
Semalam waktu nak bertolak pulang ke Muar dari Senggarang,
dengarlah berita pasal banjir dan status air sungai  di radio.
Di laporkan Sg. Senggarang antara sungai yang sudah capai paras bahaya.

Alamak! Macam mana ni?
Kami dah bertolak balik Muar masa tu.
SRD relax aje, dia kata bukan kawasan kita.
Lebih-lebih lagi masa dia lalu Parit Karjo dan melalui kawasan di Sg. Senggarang,
sungai masih belum capai paras bahaya.

Hari ini sempat layari laman web Public Info Banjir.
Dapat maklumat ini dari sana.


Sg. Senggarang di Senggarang
District: Batu Pahat
masa:24/12/2011 - 19:00
Amaran: Air sungai telah melebihi aras amaran.
Penduduk di kawasan sekitar diminta berjaga-jaga.
Aras Air: 3.26 (m)      [ Graf Aras Sungai]   |   Peta lokasi ]


Baru melebihi aras amaran.
Belum melebihi aras bahaya lagi.
Moga kawasan kami baik-baik saja.
Dan kepada semua yang terlibat dengan banjir, harap berhati-hati dan sentiasa bersedia.
Siapa-siapa yang duduk BP, sana hujan lagi ke?
Tak senang duduk juga aku ni....huhu.

~ يوس ~

Friday, December 23, 2011

Tarikh Terima Opsyen SBPA Dilanjutkan Ke 15 Januari, Opsyen Persaraan 60 Tahun Kekal 30 Disember

Aku yang excited baca berita tentang ini.
Macam aku yang nak tandatangan.
Masa berita kata SBPA di tangguhkan tu, excited sms SRD di JB.
Yang ni tak perlulah kot.
Petang ni dia sampai rumah...hihi :).


PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam sehingga 15 Januari depan.
Tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun bagaimanapun kekal pada 30 Disember ini, demikian diumumkan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Ismail Alias di sini. - BERNAMA

Sumber: mStar Online

~ يوس ~

Thursday, December 22, 2011

Perlaksanaan SBPA di tangguh???

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman
22/12/2011 12:53pm
PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN
Sumber: Utusan Online.

Ada yang tak suka ianya di tangguhkan??
Aku bukan penjawat awam
Surirumah aje pun, tapi  suami seorang penjawat awam.
Baru dua hari lepas dia tunjuk kat aku borang SBPA yang perlu di tandatangani.
Tup-tup tangguh??

Tangguh mungkin sebab ramai yang masih tak faham,
blur-blur dengan cara perlaksanaan.
Tapi tetap jalan juga ya?
Cuma tak tahu bila, dan mungkin ada klausa yang akan berubah.
Tunggu dan lihat.

p/s: baru seronok tengok tangga gaji baru suami, di bawah skim SBPA, tapi tangguh daaa.... :oops

~ يوس ~

Tuesday, December 20, 2011

Astro lancar satelit tv percuma pertama Malaysia??

Betul ke ni??
Percuma maksudnya takde bayar apa2 ya?
NJOI tu apa??
Program ekasih tu apa??
Oo yang ni untuk fasa pertama.

Fasa kedua pula menjelang suku pertama 2012.
Pelanggan kena beli dekoder dan piring untuk dapatkan satelit percuma.
Mana datang percuma kalau dah kena beli dekoder dan piring???
Adeh! Kena bayar jugalah tu!!!

Fasa ketiga, pelanggan boleh memilih,
sama ada membeli kandungan tambahan mereka sendiri,
daripada menu produk dan perkhidmatan ....n bla bla bla.......
Again! Bukan sepenuhnya percuma lah tu!!!!

Pandai Astro buat duit kan.

Korang faham tak apa aku tulis ni?
Tak faham??
Baca berita penuh di sini ya.

~ يوس ~

Tuesday, November 22, 2011

Tak puas tengok aksi tendangan penalti ini. Malaysia menang 4-3!!!






[SeaGames2011] BOLA SEPAK - Malaysia vs Indonesia - Pusingan Penalti. 21/11/2011


Memang tak puas tengok wei!!!
Debaran malam tadi masih terasa kan!
Aku yang bukan peminat bola selama ini pun melonjak sama,
berdebar sama, terasa getarannya sama.
Tak sangka!
Ini rupanya nikmat tengok bola.
Lebih nikmat bila Malaysia menang!!!

Dalam sekelip mata, aku boleh tahu rata-rata nama pemain skuad Harimau Muda Malaysia.
Kalau tidak selama ni, tahu nama Khairul Fahmi aje.
Al-maklum dia yang paling popular semenjak dua menjak ni kan...

Namun malam tadi, aku tabik spring kepada semua pemain.
Seronok kan tengok game malam tadi.
Badrol dan Fahmi...aku suka mereka.

Fakri, lain kali jangan nak pegang sendiri je bola ya!
Kalau pas kat kawan, mungkin dari awal kita dah menang!
Apa pun tahniah untuk semua skuad Malaysia!

Tetiba semangat gila tengok bola.
Bola memang boleh buat satu Malaysia jadi patriotik kan!
Tahniah Malaysia!.

Nota kaki: Tetiba konfius pula. Kalau menerusi tendangan penalti kita menang 4-3. Kalau campur yang awal kira 5-4 lah kan...hihi.

p/s: Malam tadi tengok bola di rumah emak di Melaka. Gamat gila rumah emak. Seronok tengok dengan ayah,emak dan adik beradik semua. Emak aku pun boleh tahan patriotik...hehe
~ يوس ~

Friday, November 11, 2011

Itu dan Ini : Dari Tarikh 11.11.11

Salam Jumaat, penghulu segala hari.
Ramai yang suka dengan tarikh hari ini kan.
Cantik, unik dan ada yang menganggapnya bertuah.

Sana sini banyak yang bercerita pasal tarikh hari ini.
Aku ingin petik beberapa artikel dan komen pasal tarikh hari ini.
Radio Sinar FM pun ada membincangkan pasal tarikh ini pagi ini kan.

Antara yang aku jumpa...

1.
Pasangan di China berebut memilih tarikh 11.11.11 sebagai tarikh perkahwinan mereka. Deretan nombor satu  yang ada padanya itu di anggap tuah. [Sumber: Kosmo]
2.
Pelajar SMA-MAIWP memakai baju bertarikh 11.11.11 ketika beriadah di Kompleks Belia Gombak bagi menunjukkan tarikh yang unik di Gombak. [Sumber: bharian.com.my/#]
3. Bayi nombor siri 11111111
KUALA TERENGGANU: Dalam satu kebetulan yang menarik, bayi yang lahir hari ini di Terengganu akan mempunyai empat set nombor 11 bagi lapan digit pertama MyKad dan sijil kelahiran mereka. [baca lanjut : bharian.com]
Namun dalam banyak-banyak tu, aku suka dengan quote yang aku jumpa di fb page Ustaz Azhar Idrus ini.


Dan dari printscreen di atas, komen pembaca yang menarik perhatian aku adalah seperti di bawah:

Aku setuju komen ini!

Dan aku sokong kedua-dua komen dari Ainnur Afiffah tu.
Kesimpulannya di sini:

image hasil cariah google
Tarikh ini memang unik, cantik, tak akan berlaku lagi sehingga seribu tahun lagi (boleh sampai ke?).
Cuma kita jangan terlalu taksub dengannya,
sehingga mempercayai ianya boleh membawa tuah atau yang seumpamanya.
Ianya hanyalah satu tarikh.

Bagi aku tarikh ini adalah sesuatu yang di tunggu-tunggu juga,
sebab SRD akan pulang hari ini selepas 3 hari OS...hihi.

Korang pula bagaimana?

p/s: ada lagi artikel menarik yang korang jumpa pasal tarikh hari ini? Bolehlah sertakan linknya di ruangan komen ya. Aku pun nak baca juga... :x

~ يوس ~

Tuesday, October 04, 2011

Sampah pun tak patut di buang ke longkang tau!!!!

Aku emo betullah dengar berita semalam.
Dan bila aku baca alasan dia kenapa di buangnya ke longkang lagi aku emo!!

Eiiiii!!!X-( Apa punya manusia lah.
Kucing tak bernyawa pun kita kena tanam elok-elok tau!
Ini manusia, anak nko sendiri pulak tu!
Apalah nak jadi dengan remaja sekarang ni.

Kalau sampah pun, bila di buang ke longkang, boleh menyebabkan longkang tu tersumbat, tercemar.
Ini....anak! Anak tahu tak???
Astaghfirullahalazim.....

Ayat ni betul-betul buat hati aku sentap!
"Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Rasanya semua tahu kan mengenai berita ni.
Kalau ada yang terlepas pandang, baca sini.
~ يوس ~

Monday, April 11, 2011

Khitan/Khatan anak perempuan STRICTLY ILLEGAL!!! di UK...(updated)

Salam hari Isnin....

Pagi ini buka blog seperti biasa, terbaca satu entri dari Mama Zharfan mengenai seorang sahabat di UK yang menghadapi masalah bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana mengkhatankan anak perempuannya. Boleh baca lanjut di sini.

Aku petik sedikit dari blog Mama Zharfan.

Sekadar makluman untuk pengajaran semua yang ada di sini atau keluarga yang bakal datang ke UK,
mengikut undang2 British BERSUNAT ANAK PEREMPUAN (CIRCUMSITION) atau lebih
difahami disini sebagai FEMALE GENETAL MUTILATION (FGM) adalah STRICTLY
ILLEGAL!!
! Jadi JANGAN sesekali disebut atau ditanya atau beritahu berkenaan hal
ini terutamanya apabila berurusan dengan health visitor, social worker, GP,
midwife, police etc..

British law sedang dakwa dia utk hilang hak
penjagaan ke atas anak kedua dia yg baru lahir (around 2 month-old) sbb dia
khatankn anak pertama dia dulu (perempuan) kat Malaysia. Skrg British cuba
halang anak kedua ni dari dibawa keluar dr UK (pasport anak kedua ni dh
dirampas) utk halang anak di dikhatan (mungkin dia org kata ini suatu penderaan
kpd baby)...& akan diberi hak penjagaan kpd badan kebajikan kat UK ni.
Aku terpanggil untuk berkongsi isu ini kerana aku sendiri pernah melahirkan anak perempuan di UK iaitu Alia, dan masa tu, memang rasa keliru sangat macam mana aku nak khatankan Alia di sana. Hendak balik Malaysia memang tak mampulah. Jujur cakap, selama 4 tahun kami di sana, tak pernah sekali pun pulang ke Malaysia, atau seorang pun keluarga kami menziarahi kami di sana. Takda ongkosnya, namun begitu sempat lagi tu aku melahirkan dua anak di sana. Semua kena urus sendirilah kan...

Alhamdulillah, aku ada bertanya dengan seorang kenalan di sana yang lebih tua dan tahu lebih arif pasal ni semasa melahirkan Alia. Bagaimana nak khatankan anak perempuan di sana dan dia kata, tak perlu. Di UK mereka tak benarkan khitan anak perempuan, tetapi kalau anak lelaki, kecil-kecil lagi dah boleh khatankan.

Ketika kami pulang ke Malaysia selepas SRD habis pengajian phd nya, usia Alia sudah pun hampir 3 tahun. Masa tu kami tanya ayah, nak khatankan Alia atau tidak. Ayah kata, terpulang, sebab perempuan ni yang penting cara khitannya gores sedikit sehingga ada luka sedikit saja sudah cukup. Kami pun bawa dia ke PKU dan pada usia lagi beberapa hari dia nak 3 tahun. Dah besar tu kan, dah tahu sakit, dah tahu meronta. 

Misi-misi di sana semua pelik mulanya, kenapa dah nak 3 tahun baru nak khatan. Malas nak cakap, tapi doktornya faham. Dia pun kata, perempuan ni yang penting gores sedikit saja sehingga ada luka. Melalak juga anak aku mulanya, meronta2 jugalah, sehingga ada dua orang misi termasuk aku tolong pegang dia. Alhamdulillah semuanya berjaalan lancar, dan selepas tu relax saja dia.

Aku sebenarnya tak sangka, mengkhatankan anak perempuan boleh jadi isu besar di UK seperti yang di hadapi sahabat kita itu. Kesian dia kan. Nasib baik juga kami bertanya kepada yang tahu semasa di sana, kalau ada di sebut semasa berjumpa doktor di GP macam mana lah agaknya kami ya.

Dalam pada itu, aku sempat mencari maklumat mengenai khatan/khitan perempuan ni. Anda pun boleh lihat juga ya:-

  1. Yang perlu anda tahu tentang sunat perempuan/khitan wanita.
  2. Keupayaan nafsu wanita tiada kaitan dengan bersunat.
  3. Hukum Khitan bagi bayi perempuan.

Apa pun sama-samalah kita berdoa semoga masalah saudara Rafeezul dan keluarganya ini dapat di selesaikan...aminnn.
****************************************************************
Update dari apa yang aku dapat menerusi satu laman sesawang. Sila lihat di bawah:





Daripada laman sesawang di atas, nampaknya susah juga sahabat kita ni nak mempertahankan haknya terhadap anaknya itu kan. Apa yang aku baca, memang Mazhab Shafie mewajibkan sunat ke atas perempuan, tetapi ada mazhab yang menyatakan khitan ke atas perempuan ni sunat sahaja. Sungguh besar cabaran untuk keluarga ini. Sama-samalah kita berdoa semoga semuanya dapat di atasi.
~ يوس ~



Monday, March 14, 2011

PENAMBAHBAIKAN Jalan Batu Pahat-Kluang: 9 tahun masih tak siap


Baca dalam BH hari ini seperti di atas, membuat aku rasa nak turut sama menyatakannya. Memang tak puashati!! Lama betul projek tu berjalan, masih tak siap-siap. SRD memang hari-hari lalu jalan ni ke tempat kerja. Memang sangat membahayakan. Penduduk sekitar pun kadang-kadang tak sabar, melintas sesuka hati di jalan yang berbahaya seperti ini. 

Bilalah nak siap??? Harap pihak yang berkenaan buat tindakan segera. Aku sendiri memang takut bila memandu di jalan ni. Sekarang kalau nak ke Parit Raja lebih suka ikut Parit Kemang, dan terus potong ikut Parit Raja Darat. Lebih selamat dari ikut Parit Karjo, lepas tu terpaksa lalu di jalan berbahaya ini.

Tolonglah!! Siapkan cepat penambahbaikan Jalan Batu Pahat-Kluang ni ya!!!.

~ يوس ~
ChurpChurp Social Sharing: Klik-klik lah ya...(^_^)


Rindu anak-anak dan perkongsian menarik untuk semua...

Salam hari Isnin...

Dua hari tak update blog. Kali ini aku tak rasa rindu sangat pada blog nampaknya walaupun dua hari tak buat entri baru. Namun begitu, bila dapat peluang ni, mestilah aku update sesuatu kan.

Hujung minggu baru lepas ni, balik Melaka. Hantar anak-anak semua ke rumah emak. Dah cuti sekolah tambahan pula aku perlu ke hospital JB Rabu ini, makanya adalah lebih mudah bila mereka semua di sana. Arif saja yang tinggal bersama kami ketika ini.

Rasa lain juga bila kelibat ke tiga-tiga mereka tiada. Aqil, Alia dan Abid. Ibu dah mula rindu korang semua.

Abid yang lena tertidur bila aku suruh dia siapkan kerja sekolahnya Jumaat lepas
Abid sedang buat apa tu? Alahai! Serius, tak best betul tak dengar celoteh mereka semua. Takpe, Rabu petang kita jumpa ya, InsyaAllah....

Info yang ingin di kongsi

Pagi ini buka fb dan blog. Baca update terbaru mengenai kawan-kawan di Jepun. Rasa sebak dan takut juga. Moga semua mereka sentiasa di bawah lindunganNya. Kepada Asmara, Kamalia, Umie dan semua yang berada di Jepun. Mari kita sama-sama doakan yang terbaik buat mereka. Semoga semuanya selamat dan segala urusan di permudahkan.

Satu artikel menarik yang aku baca di blog Saifulislam.com. Ingin aku kongsikan di sini. Kartun dari Zoy yang di siarkan oleh Berita Minggu semalam memang sesuatu yang memalukan.Aku sendiri tak faham apa maksud dia melukis begitu. Langsung tiada sensitiviti kepada mereka yang menjadi mangsa atas bencana yang menimpa Jepun. 

Apa kata anda semua baca sekali artikel menarik ini seperti di bawah : -


Satu lagi yang aku nak kongsi dengan semua. Aku baru saja berjinak-jinak dengan ChurpChurp. Nampaknya amaun lebih cepat meningkat dari nuffnang. Baru 5 hari join amaun terkumpul dah RM4.20. Ok gak tu.

Siapa-siapa yang belum join ChurpChurp tu, apa kata klik Saya nak jadi Churper juga.

ChurpChurp ni adik-beradik nuffnang juga. Boleh lihat dan klik kempen-kempen menarik dari churpchurp di bawah ya.

ChurpChurp Social Sharing
Sila klik pilihan kempen di bawah untuk maklumat lanjut




~ يوس ~

Tuesday, November 02, 2010

Melaka Maju: Ali Rustam didakwa tipu rakyat?

Apa sudah jadi? Hmm...tak kan masuk bakul angkat sendiri kot? Teringat pula masa nak sambut Melaka Maju 2010 ni, 6 hari mak dan ayah aku bertungkus lumus masak..Masa hari sambutan tu lagilah, pukul 2 pagi baru sampai rumah + kereta rosak lagi.Sampai aku nak balik Melaka minggu tu pun mak kata tak payah sebab kalau aku balik pun, dia takde dan dia tak dapat main dengan cucu katanya. Tiba-tiba, dapat berita macam ni, sungguh mengecewakan.Harap ada penjelasan bernas dari Ketua Menteri.

Tak faham? Baca lanjut di sini dan di sini.



~ يوس ~

Friday, May 14, 2010

AdaMaya dah habis dah....

Huhu...minat sungguh aku dengan citer ni. Dan yang paling best,

Wednesday, August 05, 2009

'JINTAN MANIS" or fennel seed claimed effective to prevent H1N1??

Baca berita kematian ke 9 akibat H1N1 nih buat aku kecut perut. Apalagi mangsa kali ini ialah kanak2 yang baru berusia 3 tahun. Minta dijauhkan, semoga kita semua terhindar daripada penyakit ini.

Aku dapat maklumat dari SRD. Maklumat ni dia terima dari email rakan sekerjanya. Aku kira elok juga di kongsi bersama di sini. Menurut email tersebut, jintan manis boleh membantu untuk mencegah virus ini menjangkiti kita. Boleh baca maklumat ini lebih lanjut di sini. Kalau betul ia berkesan, apa salahnya kita mencuba kan. Kalau mengikut seperti apa yang SRD sampaikan kepada aku, cara nak buat air jintan manis tu, mula2 masak air seperti biasa. Kemudian masukkan dalam bekas yang ada penutup. Letak jintan manis ke dalamnya. Satu liter air panas + sepaket jintan manis yg berharga 50 sen tu. Tutup rapat bekas tersebut, jangan bagi wap air tu keluar. Satu lagi, jangan masak sekali air dengan jintan manis tu terus sebab di khuatiri khasiat jintan manis tersebut akan hilang. Bila air dah suam, bolehlah di tapis dan di minum airnya.

Erkk..boleh percaya ker ni? Aku pun tak pasti, tapi boleh baca lebih lanjut dari link di atas. Orang kata mencegah lebih baik dari mengubatinya. Mari kita sama-sama cuba.

Satu perkara yang aku nampak dari isu ini, macam kes kanak2 3 tahun tu, dia di hantar ke dua hospital pakar swasta terlebih dulu, sebelum di hantar ke Hospital Melaka. Maknanya, dah sampai HM baru doktor dapat kesan. Kalau begitu, kenapalah nak sibuk2 pegi hospital swasta yang mahal nih kan. Kes remaja yang berusia 20 tahun tuh pun sama. Dia ke klinik biasa dulu sebelum ke hospital kerajaan. Kita bayar duit ubat mahal2 tapi doktor tu tak dapat kesan awal pun. Dah sampai tahap kritikal baru nak rujuk ke hospital kerajaan. Aku jadi emosi pulak.

Bila fikir semula, macam kes bersalin pun sama. Saper2 yang biasa bersalin di hospital swasta, mesti suka kan sebab layanan yang baik, tip top, first class, tak perlu dengar bebelan misi, dapat doktor yang kita suka. Itu dari segi positifnya kecuali kosnya yang agak tinggi. Tapi biasanya aku dengar, kalau ada komplikasi yang teruk, ada masalah sikit, mesti di hantar ke hospital kerajaan juga kan. Semua pun mesti di rujuk ke sana kan. Kenapa?. Biasa aku dengar, mereka2 yang bersalin di hospital swasta ni, mesti buat check-up juga di klinik kesihatan kerajaan, sebab mereka kata, takut nanti ada apa2 akan di rujuk ke hospital kerajaan juga. Dan kerana tak mahu kena marah, mestilah ada kad merah tuh kan kalau dah ke hospital kerajaan.

Sekali lagi, aku tak berapa faham kenapa ekk? Adakah kerana hospital kerajaan lagi bagus peralatannya dari yang berbayar nih? Atau mereka tak mahu pening2 fikir pasal pesakit yang berisiko tinggi nih? Kalau begitu kenapa kita bayar mereka? Jadi maknanya mereka nih lebih mementingkan keuntungan lah kan. Pesakit di hospital swasta mesti dari kalangan yang agak berada, ada duit nak bayar kos perubatan tu kan. Jadinya taklah ramai sangat, so, mereka boleh di layan dengan istimewa. Tapi kenapa, bila ada masalah sikit, di rujuk juga ke hospital kerajaan? SRD kata, mungkin sebab mereka tak mahu ada kematian berlaku di hospital mereka. So, nanti imej mereka buruk.Nanti orang kata, kes bersalin pun tak berjaya laksanakan.Betul ke begitu? Ada sape-sape boleh beri penerangan lanjut. Nak juga aku tahu. Atau orang lain semua tahu, aku aje yang tak tahu..huhu

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...