![]() |
| Wajah terbaru Amani di usianya 2 tahun 6 bulan. |
Tuesday, December 01, 2015
Hampir setahun...
Tuesday, August 19, 2014
Video: Let it Go;Frozen Versi Amani
Wednesday, April 23, 2014
Amani bersama abang Arif
Cikgunya bagi surat kata Khamis cuti,
tapi dia dah mencutikan diri sehari awal....hehe.
Makanya pagi ini Amani tidak keseorangan di taman rumah.
Ada peneman, peneman gaduh pun ya juga.
Ada yang rindu dengan Arif ke???
Ok hari ini saya tepek gambar keduanya, Amani dan abang sayang dia Arif.
Arif ni kalau ada orang nak ambil adik dia mulalah melalak sakan tak bagi ambil.
Tapi bila dia dengan adiknya asyik nak mengusik je,
Adik pulak redha je...hehe.
Kesian Amani...
![]() |
| Amani dah pandai berdiri lama, tapi baru maju setapak dua jatuh....hehe |
![]() |
| Sukalah tu mereka pagi-pagi main sekejap di luar. Rumput ni dah start panjang, bilalah nak di trim kasi cantik sikit ni...hehe. |
Nak sambung kerja balik....
Monday, April 21, 2014
Amani: Dia dah 10 bulan
Ibu baru nak start enjin rajin update blog.
Takpe kita mulakan hari ini,
dan semoga hari-hari yang mendatang ibu bertambah rajin juga.
14 April yang lalu, genap usianya 10 bulan.
Apa perkembangan dah 10 bulan ni??
Kalau dulu abang Arif 9 bulan dah jalan,
Amani ni ada lambat sikit je dari Arif,
tapi hakikatnya dia laju je macam abang dia...huhu.
Anak-anak Yus memang semua ikut step,
takde yang terus duduk, tanpa meniarap,
terus merangkak tanpa menjelar.
Kira semua step baby tu mesti ada punyalah.
Amani pun sama.
Kini dia dah mula jalan jatuh,
satu dua langkah, jatuh, satu dua langkah jatuh.
Lebih kepada malas sebenarnya.
![]() |
| Amani pagi tadi. |
Bila ibu sidai kain, situla tempat dia.
Tapi sebenarnya sekejap je dia duduk situ,
tak sampai 5 minit dia dah turun ke bawah sendiri.
Mencari benda yang paling dia suka.
Nak tahu benda apa??
![]() |
| Ha!!!Inilah tempat paling dia suka bila di beranda belakang. Main batu, masuk batu dalam mulut, huhu. |
Waktu anak-anak besar macam nilah senyum dia mampu membuat kita gembira je kan.
Dah besar sikit, ada je yang boleh buat kita marah...hehe.
Oklah, done cerita mengenai Amani 10 bulan.
Mudah je nak update cerita, rajin dan nak atau tidak je kan...hehe.
Monday, March 17, 2014
Amani Zuhrah dah 9 bulan
![]() |
| Baru bangun tidur, teman ibu jemur kain baju di luar....hehe. Hingus meleleh ke Amani?? |
![]() |
| Susah nak ambil gambar kamu sebenarnya, sebab kamu suka benar nak capai kamera ibu Amani....huhu |
![]() |
| Gigi dah 4 batang, 2 atas dan 2 bawah. Makanya ibu dah mula ajar kamu gosok gigi. |
![]() |
| Saya dah mandi!!!! Main-main dengan torch-light kakak. |
Akhir sekali nak kongsi video Amani yang sempat aku ambil waktu tunggu nak ambil abangnya dari sekolah...hehe.
SMS/WhatsApp: 013-7308040
FBpage: Yus Vitamin Store
Email: yus76.maznaz@gmail.com
Ikhlas,
Sunday, November 03, 2013
Monday, September 30, 2013
Perkembangan Amani Zuhrah
![]() |
| Dah suka nak senyum saja |
![]() |
| Amani berkhatan 26 September yang lalu. Tak nangis pun, bunyi ekk sikit aje. |
![]() |
| Amani bersama kakak Alia |
![]() |
| Amani dalam botol...hihi. |
![]() |
| Ni masa mula2 pandai meniarap. |
Dan satu lagi yang terbaru, walau Amani baru 3 bulan, dia dah jadi makcik! Aku dah dapat cucu, anak buah dapat baby girl Jumaat lepas, makanya Amani dah jadi makcik di usia muda...hihi.Tahniah buat Sarah, anak kaklong Pizah. Kami tumpang gembira. Bilalah nak tengok cucu kita ni ekk?
Sekian....
Wednesday, September 11, 2013
Tak Sempat
Rindunya nak berblog macam dulu tapi serius tak sempat. Tak sempat nak mengadap lappy macam dulu. Inipun guna hp, tapi setakat update tu boleh, nak bw tak best guna hp kecik ni kan.Pegang hp mmg sempat selalu, yalah sambil bf Amani, tangan sebelah menekan keyboard hp ni, hehe.
Bila tak rajin bw, tak rajin jugalah nak update blog. Macam tak adil bila kawan2 baca blog kita tapi kita tak sempat buat kunjungan balas ke blog kengkawan, hmmm...
Blog dah suam2 kuku ni mmg dah tak ramai yg rajin bertandang. Faham sangat. Rasa macam nak stop dan tutup je blog ni pun ada, tapi sayanglah pulak.
Sekadar luahan rasa dari pemilik blog ini. Rindu kawan2 blog semua terutama yang bukan kawan fb kita. Yang mana kawan blog + kawan fb tu selalu juga dapat tahu cerita mereka. Yang tidak tu yg rasa hilang je kan.
Sebelum blog ni bersawang lagi, nak kongsi gambar terbaru diri sendiri, hehe.
Wednesday, August 21, 2013
Wednesday, July 31, 2013
Abid & Amani
![]() |
| Abid yang berbalut di kepala akibat terjatuh ketika pulang dari sekolah Isnin lepas. |
Apa pun dah ke sekolah seperti biasa keesokkannya. Ligat seperti selalu, tak pernah serik walau selalu jatuh dan luka, huhu.
![]() |
| Amani yang baru lepas menyusu. Awat buat wajah pelik gitu Amani?? Hihi. Saya 47 hari today!. :-) |
Friday, July 26, 2013
Tanda-tanda bayi anda hendak menyusu
![]() |
| ** Sumber: FB |
Saja nak simpan ni sebagai rujukan...hehe.
Contoh macam gambar Amani ni...
![]() |
| Saya nak susulah ibu!!! Kenapa sibuk nak ambil gambar lagi????...hehe |
Bangun Amani!!! Bangun!!
Thursday, July 25, 2013
Amani : Ngoceh dan berbarut
Hari ni nak kongsi gambar-gambar terbaru Amani lagi.
![]() |
| Amani dah mula pandai di ajak berbual 'ngoceh'. Pagi-pagi je mulalah nak berborak dengan kita. Masa nilah yang paling seronok kita melayan kan. Rasa macam dia pun faham je apa yang kita cakap...hehe. |
![]() | |||
| Amani berbarut. Masa ni dia baru lepas mandi. Bila dah pakaikan barut tu, teringat rasa sebelum ni tak pernah ambil gambar anak2 dengan berbarut saja. Kenangan ni, bila dah besar sikit nanti, takdenya kita pakaikan dia barut kan. |
Wednesday, July 17, 2013
Amani Zuhrah dah sebulan
| Amani berwajah baru pada 6 Julai yang lalu ketika usianya 22 hari. Cukur sendiri saja, abah cukur, ibu pegang. Anak-anak kami memang semua di cukur sendiri. |
| Dua wajah Amani. Satu sehari sebelum rambutnya di cukur, kedua selepas di cukur rambutnya. |
| Lima orang permata hati ibu dan abah. Sayang korang semua. |
Thursday, June 20, 2013
Memperkenalkan Puteri Kedua Yus dan SRD : Nur Amani Zuhrah (Lahir 14 Jun 2013)
![]() |
| Amani beberapa jam selepas di lahirkan |
![]() |
| Lagi gambar Amani ketika di hospital |
![]() |
| Amani hari pertama di rumah |
Ini pula 2 video yang aku kongsikan di keek.
























