Showing posts with label GA. Show all posts
Showing posts with label GA. Show all posts

Wednesday, November 02, 2011

GA FM dari Australia: KEPUTUSAN!!!

Sebelum tu, nak beritahu ni.....TENSION!!!!
Aku dah hampir habis taip keputusan pemenang ni tadi,
tiba-tiba dia boleh hilang semua....
Aduhai!!Terpaksa ulang semula.

Tarik nafassss.......

Ok, mesti ramai yang dah tak sabar nak tahu keputusan kan.
Aku sendiri malas nak tunggu sampai esok.
Kita umumkan hari ini juga.

Keputusannya.....

Sila lihat cabutan bertuah yang di buat oleh anak-anak aku dalam klip video ini ya...





Dah tahu siapa yang bertuah itu??

Siapa yang tak dapat lihat tu, aku senaraikan di sini ya.

Pemenangnya ialah....

  1. Peserta no 18 - KakYong
  2. Peserta no 15 - Cik Jue Aka Ibu Farisyah
  3. Peserta no 14 - Nazayiena (Nurul)
  4. Peserta no 13 - exora
  5. Peserta no 24 - munna

Tahniah kepada semua yang menang ya!

Harap semua berpuashati.
Susah juga aku nak kumpulkan anak-anak untuk buat cabutan tu sebenarnya.
Terutama sekali Aqil.
Sebab itu muka dia mencuka aje dalam video tu.
Maafkanlah anakku itu ya...huhu
(Tak puashati sebab dia nak main, aku suruh dia buat cabutan ...hmmm)

Untuk lebih jelas, ini gambar FM yang akan anda terima.

FM untuk mereka yang bertuah
Kepada semua yang berjaya, sila emailkan maklumat anda ke alamt email ini : yus76.maznaz@gmail.com

Atau sekiranya anda kawan fb aku, boleh PM terus di Inbox ya.
Lagi senang, boleh kita kenal-kenal lebih dekat.
Yang bukan kawan fb pun boleh add aku kalau sudi.
Kalau nak add, sila klik icon "f" warna pink sebelah kiri blog ini.

Maklumat yang aku perlukan:

  1. Nama penuh
  2. Alamat rumah
  3. No telefon.

Hadiah akan aku poskan minggu hadapan InsyaAllah.
Lagipun dah nak cuti raya haji ni kan.
Kalau dapat maklumat cepat, cepatlah prosesnya.
Kena semua beri maklumat segeralah ya.

Terima kasih sekali lagi kepada yang menjayakan GA ini.

~ يوس ~

GA FM dari Australia: Pemilihan menerusi cabutan bertuah oleh anak-anak.

Seperti yang aku nyatakan pada entri sebelum ni,
aku nak lihat vote dari kawan-kawan sehingga pukul 11 pagi kan.

Dari 18 komen keseluruhan yang ada (komen terakhir untuk masa voting di terima pada pukul 10.59am),

Vote 1 = 5
Vote 2 = 6
Vote atas pagar (tak kisah) = 2
Hanya komen, no voting = 5

Maka dengan ini aku pilih cara yang ke 2 iaitu cabutan bertuah oleh anak-anak.

Tunggu ya!! Mungkin esok baru ada nama pemenang...hehe.

Bagi yang belum lihat senarai peserta yang menjawab dengan betul, sila terjah link ini.

~ يوس ~

GA FM dari Australia : Jawapan dan Senarai peserta yang betul

Ok. Ada yang ternanti-nanti keputusan ke?
Aku belum nak umumkan pemenang lagi, sebab pemilihan/cabutan belum di buat.
Di sini aku nak berikan jawapan yang betul dulu.

Jawapan untuk soalan aku itu ialah;
Muhammad Abid Zulfan ; 5 tahun
Abid akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 5 pada 20 November ini @ 20.11.2011. (Cantik kan nombor ini?)

Aku terima setiap jawapan yang ada nama Abid dan umur yang betul.
Tak kiralah anda jawab nama penuh atau Abid sahaja.
Asal ia membawa maksud anak aku yang ke tiga dan umur yang ke 5 aku terima.

Namun kepada kak Nieda, saya minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak senaraikan akak sebagai antara peserta yang menjawab dengan betul, kerana akak telah melanggar syarat yang ke 4 dalam GA itu. Akak memberikan jawapan penuh dengan dua kali tekan untuk posting jawapan kan. Komen kali pertama nama, dan yang kedua baru umur. Minta maaf banyak-banyak ya kak. Saya sendiri kena ikut syarat yang saya sudah tetapkan. Hanya jawapan dari komen yang pertama sahaja yang di terima. Harap akak tidak berkecil hati. (Serba salah juga ni, tapi dah tanya SRD, dia pun setuju supaya adil dan mengikut syarat.)

Ok, untuk senarai peserta yang menjawab dengan betul ialah:


  1. deeja
  2. cheqna
  3. wida
  4. Acik Erna
  5. Asmara
  6. sisdee
  7. Cma Shiema
  8. Citarasa Rinduan (Ayu)
  9. Zefa NorAsmara
  10. diana
  11. Fatin Mraz
  12. iemah
  13. exora
  14. Nazayiena (Nurul)
  15. cik Jue Aka Ibu Farisyah
  16. qemaishak
  17. Maya Mayana
  18. kakyong
  19. MulutPayau
  20. wahida
  21. Teratak Hami
  22. Mrs.Eady (Izwa)
  23. LYAfrina
  24. munna

Sila semak nama anda sebagai peserta yang menjawab dengan betul.
Kot ada yang aku tertinggal.

Pemenang akan di umumkan setelah pemilihan/cabutan di buat.

Sebelum tu nak tanya pendapat ni.
Korang lebih suka pemilihan di buat melalui random.org atau cabutan bertuah oleh anak-anak aku?

Kalau nak cabutan bertuah oleh anak-anak, kena tunggu mereka balik sekolah dan relax-relax dululah ya.
Malam tadi mereka dah tidur, jadi tak sempat nak buat.

Kalau random.org sekejap lagi pun boleh buat...hihi.
Aku ikut vote yang paling ramai.
Vote 1 untuk random.org.
Vote 2 untuk cabutan bertuah oleh anak-anak.

Satu lagi, 5 pemenang bertuah akan  mendapat FM dari Australia setiap satu.
Bukan 4 ya.
SRD baik hati, tambah satu lagi sebab ada lebih ...hehe.

Aku tunggu vote dari korang sehingga pukul 11 pagi ya.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang memeriahkan GA ini.

Yang lain walau tak turut serta, aku tahu korang semua masih pembaca blog aku yang best!:wavey

p/s: Susah ke cari jawapannya? Kalau siapa tekan icon empat segi warna pink sebelah kiri yang tertulis "Bio" tu, boleh tahu jawapannya dah. Tengok saja birthday siapa yang paling hampir tiba di situ...:).

~ يوس ~

Tuesday, November 01, 2011

GA FM dari Australia : Penyertaan dengan rasminya di tutup.

11.11 malam telah pun berlalu.
Maka, penyertaan GA FM dari Australia dengan rasminya di tutup.

Eceh! Macam besar sangat GA aku kan.
Hadiah kecik je...huhu.

Apa pun terima kasih kepada semua yang turut serta.
Semua komen dan jawapan yang di berikan dalam entri GA FM dari Australia telah aku terbitkan.

Jawapan kepada soalan yang aku berikan itu, akan aku beritahu esok ya.
Senarai peserta yang memberikan jawapan dengan betul dan tepat,
serta mengikut syarat -syarat pun akan aku berikan esok.
Sekarang dah malam ni.
Penat! Jarang aku stay sampai waktu ini...huhu.

Apa pun sekali lagi terima kasih.
Terharu sebab ramai juga yang join walaupun masanya singkat.
Korang semua memang sporting!

TQ!!!!!
Nantikan keputusannya di entri yang berikutnya ya.

~ يوس ~

GA FM dari Australia

*Entri melekat sehingga 1/11/11* 

Ok, seperti yang di janjikan, aku nak beri FM kepada pembaca blog aku yang bertuah.
Untuk memudahkan aku memilih, haruslah aku adakan GA ni.
FM yang di benarkan oleh SRD untuk aku beri pada pembaca blog ada 4 ketul saja.
Yang lain tu dah ada penerimanya.
Jadi, 4 pembaca bertuah itu haruslah memenuhi syarat-syarat di bawah.

Antra FM di bahagian hadapan tu mungkin menjadi milik anda. 
Syarat-syarat penyertaan sangat mudah.


  1. Anda haruslah follower blog aku ini! ( Kalau bukan follower, kenalah follow dulu ya!)
  2. Anda harus menjawab soalan aku ini dengan tepat. Kalau anda follower blog aku, mesti tahu jawapannya sebab cerita blog aku memang kebanyakkannya pasal mereka. Soalan ini di pilih oleh SRD sendiri sebab hadiah pun dia yang bawa dari Aussie kan. Kalau anda baru follow blog aku pun, boleh cari jawapannya dalam blog aku ni, kena korek-koreklah entri lepas-lepas sikit kan. Tak korek entri lepas pun, ada je di satu bahagian dalam blog ini. Atau kalau malas pun, teka saja, mana tahu betul dan tepat kan....hehe.
  3. Tak perlu buat entri di blog. Jawapan harus di berikan di dalam kotak komen entri ini sahaja. Bukan di kotak komen entri lain, atau di shoutbox. Jawapan anda tidak akan di publish sehingga tarikh tutup penyertaan. 
  4. Jawapan hanya sekali saja, kalau ada sesiapa yang tertekan dua kali, jawapan yang pertama saja akan di ambil kira.
  5. Ahli keluarga tidak di benarkan menyertai GA ini ya...hihi. Ada dah cenderahati untuk korang.
  6. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1/11/11 @ 1 November 2011 pukul 11.11 malam. ( Saja pilih semua angka 11 ni..hihi)
  7. Sekiranya ada lebih dari empat orang yang menjawab dengan betul dan tepat, pemilihan pemenang akan di buat. Mungkin menggunakan random org. atau cabutan bertuah oleh anak-anak aku yang 4 orang. Seorang pilih satu pemenang.
  8. Ok. Soalan yang perlu di jawab ialah;
"Antara 4 orang anak-anak kami, siapakah yang akan menyambut hari ulangtahun kelahirannya tidak lama lagi dan yang ke berapa?"

Contoh cara menjawab : Ahmad ; 2 tahun. (Haha..ada ke anak aku nama Ahmad?)

Mudah kan!!

Selamat Mencuba semua.....

~ يوس ~

Thursday, June 09, 2011

Hadiah GA sudah sampai....Terima Kasih!

Sudah lama nak buat entri ini, tetapi asyik tertangguh. Oleh kerana semalam aku terima satu lagi hadiah, kita sekalikan saja entri ini, lebih mudah.

Hadiah GA pertama aku terima dari Yana melalui My Birthday GiveAway ni. Keputusan pemenang Yana umumkan di sini, dan tak sangka aku adalah antara pemenang bertuahnya.

Kepada Yana,maaf sebab akak lambat buat entri ini ya. Hadiah dah terima lama dah, tetapi oleh kerana sibuk dengan pelbagai urusan, asyik tak lekat di rumah lama, tu yang lupa nak ambil gambar dan buat entri dalam blog ni.

Inilah hadiahnya, cantik!

Anak-anak yang paling suka dapat bantal ni. Akak ambil di pos office sebab masa diorang hantar, kami tiada di rumah. Dari dalam kereta dah habis mereka kerjakan. Sibuk benar nak tahu isi dalam apa..hehe
Hadiah ke dua pula aku terima dari Qema. Dapat dua hadiah untuk dua perkara. Satu aku menang teka-teki ini, dan satu lagi sebagai antara pemenang utama Ammar's First Birthday GiveAway yang mana keputusannya Qema umumkan di sini.

FM dan keychain dari Singapura tu!! Akak suka!
Hadiah ni aku baru terima semalam. Al-maklum lama juga tiada di rumah, baru semalam pulang, nampaklah sampul di kotak surat. Tapi sampul itu sudah terbuka, hmm siapalah yang buka. Nasib baik hadiahnya masih ada..hehe.

Terima Kasih Qema. Suka FM ni sebab memang tiada koleksi FM dari Singapura lagi. Dah dua kali masuk Singapura, tapi tak pernah berkesempatan nak cari FM atau apa2 dari sana sebabnya ke sana atas urusan menghadiri majlis perkahwinan saudara. Qema dah beri ni, memang bestlah!!Terima Kasih ya.

p/s: Minta maaflah sebab aku sekarang jarang-jarang balas komen. Agak  kesuntukan masa bila cuti-cuti asyik tak lekat di rumah dan anak2 semua ada.. Harap kawan-kawan tak ambil hati ya.
~ يوس ~

Thursday, January 06, 2011

♥ MaMa CyDa 1st GiVe aWaY ♥



Ok, aku di tag oleh tuan penganjur sendiri untuk join GA ni.

Syarat-syarat penyertaan ada di nyatakan di blog Mama Cyda.

Aku nak tag;
dan

Tarikh akhir penyertaan: 
18 Februari 2011 tepat jam 9 AM


~ يوس ~

Wednesday, October 27, 2010

Sape nak hadiah free dari Paris ? =)

'Eiffel Tower Giveaway'

Ini pertama kali di tag untuk buat GA. Tak pernah join sebarang GA pun sebelum ini. Kali ni saja gatal tangan nak cuba. Mana tahu boleh menang...:D Terima kasih untuk MOMMY JUE tag akak ye. Dan terima kasih juga untuk Nadia Farahida (dia dtg tgk ni..kuikuikui) yang buat GA ni.

Kenapa aku join GA ini? Sila tengok tajuk entri dan tajuk GA ni? So, selain sebab sudah di tag, sebab utama yang lain NAK HADIAH DARI PARIS (gedik jer bunyinya..huhu) lah kan...hehe.

Untuk menambahkan bilangan pesaing, kalau join sorang2 tak best lah pulak aku nak tag :


Untuk kawan blogger yang di tag atau mungkin ada yang lain nak join sekali, syarat-syarat giveaway ni memang mudah. (Apa lagi, kliklah kat syarat2 tu untuk turut serta yer!!!) Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20.11.2010, 12.00 PM
 
Semoga kita sama-sama berjaya...:)

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...