Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Tuesday, December 03, 2013

Rezeki akhir tahun

Cek ke 3 dari nuffnang. Setahun sekali dapat cek, rezeki akhir tahun, alhamdulillah.Tahun depan boleh dapat lagi ke macam ni? Nak update dan bw pun dah malas ni....huhu

Monday, September 23, 2013

Nuffnang: Lepas juga ke angka 200....

Akhirnya lepas juga angka 200 walau lebihnya cuma 1.93, hahahaha. Serius lama gila tunggu nak capai tu. Dah boleh nak cash-out kali ke tiga nampaknya. Nak cash-out sekarang ke ya? Setahun sekali tekan butang cash-out tau! Kali ni lebih dari biasa, selalu seratus lebih je..:)

Kita tunggu sampai semua CPUV tu di kreditkan lah ya kan. Lagipun bukan aktif berblog pun sekarang.

~ يوس ~

Wednesday, July 17, 2013

Nuffnang Julai 2013

Hampir sebulan tak update blog langsung. Sekali buka akaun nuff ada 5 CPUV (BE) baru untuk bulan Julai. Kenapa ya nuff ni suka bagi CPUV masa orang malas update blog?....huhu.

Apa pun alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan walau pun ciput je....:) 

~ يوس ~

Wednesday, April 03, 2013

Terima Kasih Nuffnang!

Sejak berbadan dua untuk kali ke 5 ni, aku tahu aku semakin mengabaikan blog. Bulan Januari tahun 2012 aku boleh pos 43 entri, tapi tahun ini hanya 8 entri. Kemudian semakin menurun, Februari 3 entri saja, Mac lebih sikit 4 entri dan April baru yang ke 2. Aiseyy!! Semua jadi malas. Nuffnang pun dah lama sangat tak buka. Tak tahu bila kali akhir buka, yang ingatnya kali akhir aku buka belum pun cecah angka RM100 dalam tu.

Hari ini saja je gatal buka akaun nuffnang yang dah lama tak di jenguk. Sekali tengok, meningkat banyak juga rupanya.

Tak sangka ada juga BE untuk blog yang dah tak rajin update dah tuannya pun dah malas sangat nak berBW. Dan BE Dumex Dugro Core tu baru mula semalam ya! TQ Nuff!
Terima kasihlah Nuffnang. Bolehlah buat tambahan beli barang baby ni...hihi. Ok, konon-konon ni entri motivasi agar cik Puan Blog rajin sikit update dan ber'BW' lepas ni. ..huhu.

~ يوس ~

Thursday, June 07, 2012

BE baru Jun| UV sepanjang cuti dari blog| Cek kedua nuffnang bakal tiba

Entri untuk rekod peribadi aku sendiri. Dah lama tak coret-coret pasal nuffnang di sini. Sebenarnya sedikit teruja, selama seminggu blog ini tidak berupdate kerana aku bercuti-cuti di Terengganu, tapi ia masih tetap bernyawa. Masih punya pengunjung, masih menerima BE baru dari nuffnang dan tambah menggembirakan hati bila aku dapat email dari nuffnang. Email yang memberitahu mengenai cek kedua nuffnang yang bakal aku terima. Mungkin juga sudah tiba di rumah tapi aku masih cuti-cuti di rumah emak ni kan. Tak nampak lagilah ceknya...hehe.

Apa pun ini semua menjadi pemangkin semangat aku untuk terus berblog. Blog kecik aku ini yang followernya pun tidaklah sebanyak mana, tapi syukur, ada yang sudi baca celoteh aku yang entah apa-apa ni kan.

Terima kasih pengunjung blogku, terima kasih nuffnang!

2 BE baru muncul June ini dan 1 BE yang masih bertahan. TQ nuffnang.

UV blog ini sepanjang aku bercuti dari blog. Masih menerima UV yang memberangsangkan walau tiada entri baru. Teruja rasa....alhamdulillah.

Payment advice untuk cek kedua dari nuffnang. Walau tidak sebanyak mana, jadilah dari tiada. Terima kasih Nuffnang. Jangan lokek beri BE lagi ya.!

p/s: Hari ini juga menerima berita aku dapat anak buah baru lelaki dari my sil. Tahniah ya Ana! Esok boleh tengok anak buah baru@sepupu baru untuk anak-anak aku ni.

~ يوس ~

Sunday, January 22, 2012

BE pertama 2012

Bila BE semua dah jadi ME, semangat berblog ada sedikit menurun.
Hampir seminggu tak buka akaun nuffnang sebab pc aku rosak.
Hari ini buka tengok ada satu BE baru.
Semangat berblog berkobar semula.


Tak tahu dia mula bila, tapi yang pasti ini BE pertama untuk tahun ini.
Terima kasih nuffnang kerana rajin beri BE pada blog aku ini,
Cuma berharap amaunnya cantiklah macam BE yang dah jadi ME sebelum ni.

Selamat bercuti untuk semua kawan-kawan.
Aku pun tengah mood bercuti ni.
Di rumah mil dari semalam, hari ini ada kenduri di rumah sedara.
Semoga semua bergembira bersama keluarga masing-masing waktu-waktu cuti ni ya.
Gunakan sepenuhnya bersama keluarga tercinta kan...:)

~ يوس ~

Monday, January 02, 2012

Baru 1 januari, dah capai target....suka!

Pada entri terakhir 2011 di sini,
aku ada nyatakan nak capai target UV 500 ke atas tahun ini.
Hari ini buka akaun nuffnang seperti biasa, dan tengok UV semalam.
Mak aii! Tak sangka betul.
Kali pertama dapat capai UV sebanyak itu, dah berjaya melepasi target aku.
Alhamdulillah.....

UV 1 Jan 2012
Sebelum ni tak pernah cecah 500 pun.
Satu permulaan yang baik nampaknya untuk tahun ini bagi blog kecik aku ini.
Tak tahu lah boleh dapat sama atau hampir serupa untuk hari-hari akan datang.
Apa pun ianya menyuntik semangat untuk aku terus berblog.

Nota kaki: Entri untuk rekod aku sendiri, supaya aku boleh lihat perkembangan blog ini. Takde niat apa-apa pun ya. Harap tiada yang salah erti.

~ يوس ~

Wednesday, December 21, 2011

Perkembangan UV dan alexa ranking

Selamat petang.
Sudah makan semua...
Baru dapat jengah blog aku ni, dari tadi bz.

Petang ini saja nak letak di sini perkembangan UV blog aku.
Ini sekadar rekod aku sendiri.
Untuk menambah semangat aku berblog pun ya juga.
Takut dia suram...hehe.

Entri pertama aku pasal UV bertarikh 10 Dec 2010.
Masa tu seronok sangat sebab kali pertama UV blog catat angka 111.
Kira paling tinggilah tu.

Dan kemudian UV blog ini makin meningkat dan berjaya capai 165 untuk kali pertama.
Aku buat entri mengenainya pada tarikh 6 Oct 2011.

Semalam, sekali lagi UV paling tinggi untuk blog kecik aku ini mencatat angka 268.
Dah kerap juga blog ini capai UV lebih 200, cuma semalam paling tinggi untuk angka 2 ratus di depan tu.

UV blog sepanjang minggu ini
Dan hari ini, walau aku baru nak update entri, UV blog sudah mencapai angka 140.
Kalau dulu, tak update nak capai 30 pun susah.
Lebih-lebih lagi hari minggu, jangan harap capai atas 20...huhu.

Terima kasih kepada yang sudi jengah blog kecik aku yang entah apa-apa ni.
Dan aku rasakan, TIPS SEO yang aku belajar dari Kakyong itu banyak membantu.

Tips yang mana?
Alah....Tips SEO : meta tag tajuk blog dan breadcrumb tu.
Sejak aku apply di blog ni, memang UV cantik berbanding dulu.
Sila jangan bandingkan dengan blog yang UV memang dah capai lebih 1000 sehari ya.
Aku ni baru nak merangkak dan faham pasal UV dan trafik ni...hehe

Alexa ranking pun bertambah baik.
Aku ingat pada hari aku baru letak meta tag dan breadcrumb tu, bertarikh 7 Dec 2011,
traffic rank blog ini di MY pada angka 14 ribu (tak ingat exact figure)
Hari ini dah semakin baik...

Moga akan semakin baik.
Tapi kalau nak semakin baik atau kekal kena ada banyak idea nak menulis.
Tapi aku dah kurang idea rasanya...huhu.
Nak BW pun dah makin tak sempat ....hmm

Teringat tips dari diana, berblog pun kena pasang target.
So, aku nak pasang target untuk capai UV 400 ke atas by June 2012.
Boleh ke ni??
Nanti dah sampai waktu akan aku catatkan di sini.
Tercapai ke tidak ya?
Chaiyok! Chaiyok!...

Nota kaki: Sekadar catitan untuk aku sendiri di kemudian hari. Harap tiada yang salah tafsir. Aku tahu, ramai yang lagi baik dari ini. Aku pun nak capai ke tahap itu :x.

p/s: hari ini SRD OS lagi sampai Jumaat. Ke JB pula. Tapi kami semua sepakat tak mahu ikut. Penatlah weh! Ikut  tapi tak kemana pun. Dok penat kemas beg dan punggah beg je. Apapun, di doakan cik abang aku selamat pergi dan kembali.

~ يوس ~

Thursday, December 08, 2011

Penyumbang hits tertinggi

Kalau masuk akaun nuffnang,
selain dari tengok bahagian earnings dan analytics,
aku juga suka tengok bahagian keywords dan refferrals.

Dan biasanya bila tengok bahagian refferrals tu,
hits paling tinggi mesti datang dari http://www.blogger.com/home.
Tidak kira bulan lepas, minggu lepas, setiap kali tengok mesti dari situ.
Untuk hits setiap hari pun sama.

Tapi hari ini dia berubahlah.
Nak tahu hits paling tinggi datang dari mana??

Dari kakyong.com, 45 hits sehingga pukul 2 tadi.
Tak sangka tau!
Mungkinkah kerana blog aku termasuk dalam list blog Rerama Berterbangan Dec 2011.
Tak sia-sia juga join segmen seumpama itu ya.
Patutlah ramai yang suka join segmen selama ini.
Aku, itulah baru pertama kali.

Apa-apa pun terima kasih untuk kakyong.com sebagai penyumbang hits tertinggi ke blog kecik aku ni.
Jasamu di kenang....:x


~ يوس ~

Tuesday, December 06, 2011

Susu Tepung Dumex Dugro Fruit & Vege

Antara BE nuffnang yang menari-nari di blog aku dari bulan lepas
ialah dari iklan Dumex Dugro Fruit & Veg.
Anak-anak aku memang penggemar susu,
tapi kalau susu tepung ni biasanya mereka kurang sikit.
Dulu pernah cuba beli susu tepung Dutch Lady,
tapi mereka lebih suka minum yang susu segar atau susu penuh krim tu.


Iklan yang menari-nari ni memang menarik minat aku.
Tiba di pasaraya minggu lepas, anak-anak request nak rasa susu ni.
Tambahan pula ada jurujual yang buat promosi suruh rasa dulu.
Memang sedap! Aku pun suka.
Makanya aku capai satu bungkus untuk kategori 3-8 tahun.

Dumex Dugro Fruit & Veg yang aku beli

Seminggu kami mencuba, nampaknya mereka semua sudah jatuh hati dengan susu ini.
Bau dia pun sedap.
Bau buah-buahan.

Biras aku pun ada cakap,
anak dia yang sulung dah lama tak mahu minum susu.
Usianya nak masuk 5 tahun.
Tapi sejak dia belikan susu dugro fruit & veg ni, anak dia kembali suka minum susu.

Kalau ada anak-anak yang dah besar, tapi liat nak minum susu tu,
apa kata cuba susu tepung Dumex dugro fruit & veg ni.
Mana tahu mereka suka kan.
Tambahan pula khasiatnya pun bagus juga.

[image: ehsan en google]


Nota kaki: Moga BE Dumex Dugro Fruit & Veg ni akan terus bertahan dalam blog aku juga...hehe. Setakat ini paling tingi nilainya antara semua. Terima kasih nuffnang dan terima kasih semua ...:x

~ يوس ~

Wednesday, November 23, 2011

Ada BE tak update rugi eh?

Semalam pukul 4 petang baru sampai ke rumah sendiri selepas cuti-cuti di BGWP.
Penat!!!...
Dari semalam hingga ke hari ini, 6 kali mesin basuh aku berputar.
Nasib baik dari tadi panas, dah petang ni baru nampak mendung.

Serius, aku belum ada mood nak update cerita mandi manda di BGWP.
Nak upload gambar malas, nak karang cerita pun malas.
Pulak tu asyik kena berebut dengan anak-anak, lagilah malas.
Tapi orang kata kalau ada BE tak update rugi kan???
Makanya aku gagahkan diri upload printscreen ini di blog.

BE bersusun, malas update takde guna tau!!
Hari ini buka akaun nuff ada dua BE baru.
Perodua Tweckbot dan Blackmores Cold & Flu Range
Nak suruh mood update blog datang ni...
Kotlah tengok BE ni tak naik-naik amaun nilainya,
aku semangat sikit update kan...haha.

Malam ni ada temujanji dengan skuad Harimau Muda lagi.
Malaysia lawan Syria untuk kelayakan Olimpik 2012 kan.
Moga pasukan Malaysia menang lagi.
Malaysia Boleh!!

Nota kaki: BGWP = Bukit Gambang Waterpark.

~ يوس ~

Thursday, October 06, 2011

Analisis dan gembira

Selamat pagi semua....

Hari ini mood gembira, ceria, tersenyum riang.
Kita lupakan kisah sentap semalam.

Tapi kan, entri aku blog anda low class tu sebenarnya membawa kepada trafik paling tinggi pernah blog aku capai.



Blog kecik aku ni yang memang tak begitu ramai pengunjungnya dalam sehari tapi aku bersyukur kerana aku punya pembaca setia yang sentiasa datang memberikan komen. Terima kasih ya!

Mood gembira aku juga di pengaruhi oleh ini.

Dah dua bulan blog ini sunyi sepi dengan BE, akhirnya ada juga dua ketul yang melekat. Tapi paling aku tak percaya, blog lama aku tu, sampai 5 BE yang singgah sedangkan aku dah berzaman tak update. Terima kasihlah en nuffnang. Blog berzaman tak update pun boleh dapat BE. Uolls pernah singgah ke blog lama aku?Siapa yang tak pernah, boleh jengah sini. 

Akhir sekali, mood gembira ini juga di pengaruhi oleh keputusan pemeriksaan mata aku semalam. Aku dah boleh buat cermin mata baru!!!! Suka tak terkata. Setelah hampir 7 bulan mata kiri aku di bedah, dan 2 bulan mata kanan aku di laser, baru semalam keinginan aku nak tukar cermin mata di izinkan. Lama dah pakai cermin mata yang ini.! Calar-calar jangan cakap lah, pecah tepi pun ada. 

Apa pun, keinginan nak dapat cermin mata baru nilah yang membawa kepada penemuan retina koyak aku tu dulu. Banyak hikmahnya tu kan. Kalau tidak, sampai sekarang tak tahu....

Kali ini proses nak buat cermin mata tu lain dari biasa. Aku di berikan slip ini untuk aku bawa ke kedai cermin mata.

See!! Tidaklah tinggi sangat power mata kiri aku kan. Sebelum pembedahan retina koyak tu lagi rendah tau! Tapi dah Allah nak uji, retina mata koyak, memang kena redhalah kan.
Tak tahu bila nak pergi kedai cermin mata ni. Rasa nak guna bingkai putih pulak. Lawa tak? Any idea? hehe.


~ يوس ~

Monday, July 04, 2011

Cek pertama Nuffnang....akhirnya sampai!

Mood happy, sukahati!

Cek pertama dari nuffnang yang di tunggu akhirnya telah selamat tiba hari ini.


2 tahun letak iklan nuffnang dalam blog. Baru hari ini merasa terima cek dari nuffnang. Walaupun amaunnya tidak sebanyak blog GTO, atau mungkin blog Hanis Zalikha, alhamdulillah...merasa juga aku.

Jadi bagi kawan-kawan semua, yang belum lagi merasa tu, yang rasa geram dengan nuffnang tu, yang rasa dah patah hati dengan nuffnang tu, bersabar ya! Masanya akan tiba juga...:).

Terima kasih pada semua yang sudi singgah blog aku ni. Blog biasa2 saja yang banyaknya adalah cerita tentang aku dan keluarga. 

Terima kasih nuffnang!

Terima kasih juga untuk semua kawan-kawan blog yang rajin singgah dan tinggal komen! 
Sayang uolls semua!:x

p/s: Hari ini mood happy kan, semakin bersemangat nak update cerita dan BW... :x 


~ يوس ~

Wednesday, June 22, 2011

Kembalilah mood...

Pagi ini rasa mood hilang. Idea pun takde je nak update. Mana dia hilang??
Buka akaun nuff seperti biasa, sekali nampak satu BE baru. Dah hampir seminggu semua BE jadi ME, tu yang mood pun suram kot. Ada BE baru, segar sikit...:x. Terima kasih nuffnang. Harap2 BE dari "Trudy and Teddy 2nd Burst LR", lamalah menari dalam blog aku ni.

Semalam belajar buat Puding Roti Berkismis dengan Sos Kastard. Serius aku baru pertama kali buat resepi ni. Korang mesti dah selalu buat kan resepi mudah ni.

Rupa kurang menarik lorr

Sebenarnya teringat-ingat puding roti yang aku makan di hotel Grand Con Kuantan masa breakfast pagi Ahad hari tu. Sedapnya.........:thumbsup:. Kalau boleh nak je minta resepi dari chef hotel tu..huhu. Aku punya ni, tak sama rupa dia, tapi masih memenuhi citrasa jadilah.

Resepi aku cilok dari sini. Cuma aku punya ada tambahan chocolate rice.Alhamdulillah licin satu loyang tu. Len kali boleh buat lagi ni. Tapi masih gak teringat-ingat puding roti berkastard di hotel tu. Lainlah.....huhu.

Oklah kawan-kawan. Idea memang suam-suam kuku pagi ni. Nanti kita kongsi cerita lagi ya...;).

~ يوس ~

Thursday, April 28, 2011

Nuffnang dan Churp Churp

Salam hari Khamis...

Hari ini saja ingin buat satu catatan dalam blog ini mengenai Nuffnang dan Churp Churp. Untuk catatan aku sendiri sebenarnya.

Aku mula berblog 18 May 2006, di blog pertama dulu.

Mula join Nuffnang 11 Mac 2009. Tap serius, masa tu aku tak faham fungsi nuffnang ni. Orang letak di blog, aku pun letak di blog. Sampai laa ni aku masih belum pernah cash-out. Lama tu!! 2 tahun lebih  pasang banner nuffnang dalam blog, masih belum pernah tunaikan. Kesian tak aku!

Memang tabiklah mereka yang boleh buat duit dengan nuffnang ni. Tapi hari ini, 28 April 2011 amaun nuffnang aku ada peningkatan.

Boleh tunaikan dah.
Tapi, aku nak tanyalah korang yang dah biasa tunaikan akaun nuffnang ni. Betul ke, cash-out yang pertama tu tak kira berapa jumlah, asal dah boleh cash-out, baik tunaikan cepat. Nanti untuk yang seterusnya, amaun tu akan naik lebih cepat. Betul ke?? 

Aku memang tak tahu ni! Blurr...ni dah nak hujung bulan, biasa kalau nak tunaikan hujung bulan kan?? Nak tunggu dia lepas amaun 100 tak tahu bila. BE tinggal 1 je dalam tu...huhu. Punyalah lama aku letak banner iklan nuffnang ni dalam blog, 100 pun tak lepas, jadilah dari takde.....hihi.

Ok. Habis cerita dan pertanyaan pasal nuffnang. Ini cerita Churp Churp pula.

Aku baru lagi join Churp Churp. Oran lain join, aku pun nak gak join...:D. Contoh macam iklan pizza kat atas entri aku ni. 

Aku mula dengan Churp Churp 9 Mac 2011. Dan hari ini 28 April 2011, amaun terkumpul dalam akaun Churp Churp aku....:-

RM10.40.
Churp Churp ni kalau nak tunaikan kena ada RM100 ke atas, berbanding nuffnang yang cuma RM50. Tapi rasanya Churp Churp lagi cepat naiknya, di tambah dengan aku memang tak pandai nak promosi, tak rajin, dan tak pernah ada akaun twitter sebelum ni. Join Churp Churp seminggu lebih  barulah buka akaun twitter tu..huhu. Siapa yang ada akaun twitter tu, add lah aku juga ya...http://twitter.com/#!/blogyusourlife

Sebulan lebih dah ada RM10.40 oklah, dari nuffnang yang 2 tahun 100 hinggit pun tak lepas....:))

Apa kata, korang yang belum join tu, bukalah akaun dengan Churp Churp juga. Cuba tengok, lambat atau perlahan naiknya...:). Klik bawah ni ya....


p/s: Siapa yang dah biasa tunaikan nuffnang tu, tolonglah jawab pertanyaan aku tu ya. Siapa yang belum lagi sertai Churp Churp, marilah sertai juga...hehe. Sambil menyelam minum air....tapi bonus paling terbaik dalam berblog adalah dapat ramai kenalan maya yang TERBAIK! Thanks semua sudi singgah blog yus ni...:x
~ يوس ~

Friday, April 01, 2011

Kata Kunci

Hari ini masuk blog kakngah. Entri dia lima belas lagi buat aku pun sibuk-sibuklah semak kata kunci di akaun nuffnang aku. Jarang-jarang juga aku tengok kata kunci yang orang cari hingga membuatkan mereka sampai ke blog aku ni. Bila aku semak.....

Ada 15 belas jugalah. Seronok pulak sebab sama jumlahnya dengan kata kunci blog kakngah....:). Al-maklum follower blog kakngah dah hampir 2800, aku punya belum pun sampai 150.

Ada satu yang buat aku tertawa. Medan ikan bakar wak josh....:)). 

Kat manalah medan ikan bakar wak josh ni ya? Aku sendiri tak pernah sampai, macam manalah boleh pergi ke blog aku bila ada yang cari tempat ni.

Apa pun aku tahu kini, kalau menulis di blog biarlah guna perkataan yang betul. Tak perlu guna singkatan, jadi bila ada yang mencari sesuatu, mereka mungkin akan ke blog kita. Bolehlah tingkatkan trafik kan. Apa mereka panggil tu, SEO? Entahlah, aku pun bukan pandai sangat, tahu-tahu gitu saja.

Alhamdulillah juga, semua kata kunci yang baik-baik saja masuk blog ini. Takdelah yang pelik-pelik...:x

~ يوس ~

Friday, March 25, 2011

2 BE baru dan Pirate of the Carribean

Salam semua.......

Kembali bersiaran. tapi tak boleh lama weh! Nanti aku kena marah dengan SRD pulak. Mata aku tak boleh lama di depan pc :(.

Niat hati buka pc sekejap hari ini sebab nak pindahkan duit online ke akaun simpanan anak-anak seperti biasa. Gatal pula hati ni pergi semak akaun nuffnang. Sekali tengok ada 2 BE baru.

Dalam pada aku tak berpeluang buat entri seperti selalu, En. nuff masih beri aku BE baru. Teruja ni. Dan orang kata kalau ada BE menari-nari di blog, tapi blog tidak berupdate sangatlah rugi kan. Makanya ambil kesempatan update sedikitlah...

Aku dah kembali di rumah petang Rabu lepas. Pembedahan di kira berjaya kot. Alhamdulillah. Tapi mata kiri aku masih lagi kabur, masih bengkak, masih merah, masih sakit, asyik keluar taik mata aje...huhu.

Kalau boleh rasa nak tidur saja. Itulah yang boleh aku nyatakan sekarang.

SRD panggil aku Pirate of the Carribean. Sabor jelah....:)

Gambar pagi Rabu sewaktu bersarapan di hospital. Ada rupa pirate ke?...:)
Aku tak kisahlah dia nak panggil aku apa. Yang penting aku sayang dia, sebab dia sanggup tunggu aku sepanjang aku di hospital tu. Sewaktu aku tak sedar sebab masih di bawah pengaruh ubat bius yang lama. SRD tidur di sofa merah belakang tu. Kesian dia. Terima kasih ya bang!

Oklah. Tak boleh cerita panjang-panjang. 

Sehingga di lain waktu......


~ يوس ~

Tuesday, March 08, 2011

Yea! Muncul juga BE setelah sekian lama...


Akhirnya setelah sebulan lebih dia hilang, muncul satu BE hari ini. Di saat mood blog aku menurun, dan azam aku nak rehatkan mata dari mengadap pc, baru ko muncul ye. Nak suruh aku rajin semula ke? :p

BE terakhir sebelum ni dah jadi ME pada tarikh 28 Jan. Lama tu, baru aku dapat BE lagi. Kenapalah en. Nuff ni tak nak beri BE selalu kat aku ya. Ada orang kata, kena cerita pasal nuffnang baru dia nak singgah jadi BE. Betul ke?

Makanya hari ini rajinkan diri cerita sikit lah pasal dia, kot2 ada BE lain nak singgah selepas ni.....

Bolehlah en. nuff ye...Janganlah lokek kasi BE kat blog ni....

p/s: Aku baru belajar buat background dan border pada blockquote. Tu yang gatal tangan asyik guna blockquote ni. Kalau ada yang nak cuba juga letak background dan border pada blockquote ni, bolehlah singgah alienelliz.com ni ye. Aku pun belajar dari sana...:).
 
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...