Showing posts with label SRD. Show all posts
Showing posts with label SRD. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Souvenier dari Jepun

Cerita hampir basi, hubby selamat sampai dari Osaka Sabtu pagi 4hb Mei yang lalu selepas seminggu berada di sana.

Apa yang dia bawa pulang?

Yang pasti, pesanan dari anak-anak dia yang kemaruk Ultraman....huhu.

Ada satu lagi, raksasa telur, mana entah Abid simpan, aku tak jumpa nak ambil gambar. Ini koleksi untuk Arif dan Abid, untuk Aqil keychain GoKu...huhu.

Untuk Alia, ada keychain comel dan juga pen. Untuk aku...

Fridge magnet, keychain Osaka dan Power Bank. Terima kasih kepada PA dia Puan Huda, yang gurau-gurau minta power bank bila di tanya nak souvenier apa dari sana. Kalau tidak, dia tak teringat pun benda ni murah kat sana tau! Dapat juga aku seketul....hehe.Masa dia tanya aku nak apa, aku tak tahu pun nak minta apa, minta dia selamat pergi dan selamat kembali saja....:)
Ini pula lagi souvenier dari suami tersayang SRD sempena hari ibu.

2 pokok Bonsai comel! Dapat di letak di kiri dan kanan tiang rumah halaman depan ni...hehe. Aku kira ini hadiah sempena hari ibu semalam. Ini bukan dari Jepun, ini from BP with love saja....:)
Lama mengidam, tak sangka dapat 2 set terus. Terima kasih abang!

~ يوس ~

Thursday, October 11, 2012

Terima Kasih Allah...

Pagi-pagi ini dapat dua berita yang menggembirakan. Rezeki dari Allah. Kurniaan untuk kami sekeluarga. Terima Kasih Allah atas segala nikmat dan limpah kurnia yang Kau berikan kepada kami. Alhamdulillah...Semoga kami tidak menjadi orang-orang yang lupa dengan nikmat yang Engkau berikan. Jadikanlah kami orang-orang yang tahu bersyukur Ya Allah.

Pertamanya rezeki yang Kau berikan kepada suamiku. Tahniah abang! Moga dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik. Dah pegang gelaran lebih besar pada nama tu, tanggungjawab pun lebih besar kan. Jangan lupa diri, dan ingat waktu kita tiada apa-apa. Semua itu nikmat dunia yang sementara. 

Keduanya, orang baru bakal muncul InsyaAllah. Belum confirm lagi. Baru buat home test saja, tunggu kepastian dari doktor ya. 

Gembira dengan berita kedua tu, tapi dalam masa yang sama takut juga. Takut sebab 2 minggu sudah aku ada buat x ray di hospital. Tak tahu, dan tak sangka melekat, bagaimana ya? Ok ke? Semoga semuanya baik-baik saja. Kalau ikut perkiraan sendiri baru 4 minggu 4 hari.

Yang pertama tu, rezeki anak kot. Alhamdulillah....Syukur!

Nota kaki: Ingat tak mahu cerita dulu, tapi ada orang tu terlebih excited dan gembira. Dia dulu buka cerita  pada PA nya. Memang dia pun yang hendak sangat orang baru dalam keluarga kami. Gembira sebab dapat menggembirakan hatinya. Berita baik, eloklah di kongsikan bersama kan.

~ يوس ~

Monday, September 10, 2012

Teori gemuk vs kurus yang tak boleh digunapakai, tetapi ada logiknya kot?

Berfikir dua tiga kali sama ada nak kongsi cerita ini atau tidak. Tetapi ianya sesuatu yang mencuit hati aku sehingga kini. Sangat lucu teori dari suamiku SRD ini, tetapi ada logiknya kot....kihkihkih. 

Biasa waktu makan adalah antara waktu kami berseronok sekeluarga. Kecoh pun ya juga, masing-masing nak bercakap, bercerita dan bertanya soalan. Bila sikit-sikit tu aku suka, tapi bila dah melalut tu aku tak suka. Tambah tak suka bila mereka tak habis-habis makan sebab dok bercerita. Cuma cerita yang satu ini berlaku masa makan malam semalam, lucu ok!!!

Tak ingat bagaimana dialog permulaanya tapi aku rasa begini kot.

Aqil: Kenapa abah gemuk?

Abah: Nanti Aqil dah besar pun mesti gemuk macam abah, mesti punya!

Aqil: Aqil tak nak gemuk macam abah, Aqil nak kurus aje.

Abah: Kalau Aqil kurus nanti isteri Aqil mesti gemuk!

Aqil: Kenapa pulak?

Abah: Aqil kata abah gemuk kan. Tengok ibu, ibu kurus sikit kan dari abah. 

Aqil: Ha'ah ibu kurus sikit.

Abah: Cuba Aqil tengok abah kawan Aqil si A, abah dia kurus sangat kan. Ibu dia kurus ke gemuk?

Aqil: Ibu dia gemuk sangat!!

Abah: Haaaaa! Aqil nanti nak bini Aqil kurus ke gemuk?

Aqil: Aqil tak nak bini gemuk, Aqil nak bini Aqil kurus!!!

Masa ni aku dah ketawa terbahak-bahak. Tak boleh tahan tu, nak juga isteri dia kurus.

Abah: Haaa, kalau Aqil nak bini Aqil kurus, Aqil kenalah gemuk!

Aqil: Oklah, nanti Aqil besar nak gemuk sikit je, jadi nanti bini Aqil pun kurus sikit je, tak naklah kurus sangat, macam abah kan abah.....

Hihihihi, tulah aku kata teori gemuk vs kurus yang tak boleh digunapakai langsung, tapi selalu kita nampak berlaku kan. Kurus ke gemuk ke suami atau isteri kita, yang penting kita bahagia ya anak-anak. Jangan percaya teori abah kamu tu, saja je dia tu nak cover line tahu.....hahahahhaha.

~ يوس ~

Wednesday, August 15, 2012

Sekitar majlis Iftar, Tadarus dan Khatam Al-Quran bersama pelajar-pelajar SMAPR

Majlis ini berlangsung Jumaat lepas pada tarikh 21 Ramadhan. Baru hari ini berkesempatan nak kongsi di blog. Aku malas nak celoteh panjang sebenarnya, kongsi gambar-gambar je kot.

Apa pun, kami dapat jemputan ke sana sebab pihak sekolah ada jemput sama staf-staf Uni. Oleh kerana SRD orang kuat juga dalam fakulti, maka anak bini pun dapat tumpang sekaki....hehe.

Kami sampai dah lambat, majlis mereka dengarnya bermula seawal 3 petang, tapi kami sampai dah hampir 630 petang. Kiranya kami cuma dapat turut serta dalam majlis berbuka jelah, yang lain tu ketinggalan keretapi...huhu.Yalah, nak tunggu SRD balik kerja semua dulu kan.

Apa pun seronok juga sebab bila di sana aku dapat mengimbau kenangan waktu belajar di asrama dulu. Tengok adik-adik ni semua, teringat lak masa dulu. Ok, kita lihat gambar macam biasa.

Pelajar lelaki di bahagian hadapan

Pelajar perempuan di bahagian belakang. Masing-masing masa ni dah dapat plastik berisi kuih karipap, kaswi dan talam berlauk serta buah kurma dan air kosong untuk berbuka.

Adik-adik yang kurang bernasib baik, terdiri daripada mereka yang anak yatim ataupun keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan. Dekan FKMP sedang memberi bungkusan berisi apalah agaknya tu.

Yang pasti, SRD tukang beri sampul berisi duit raya.

Ini gelagat anak-anak aku. Aqil tak kelihatan, dia lebih tertib duduk.... Tapi dia tersenyum je masa pulang, sebab kata dia " Ibu kakak-kakak kat sana semua kata Aqil handsome!"....hihi, kembang hidung ya Aqil. Arif pun menjadi tumpuan pelajar2 perempuan SMAPR sebab dia memang tak reti dudk diam. Alhamdulillah masa semua solat, pandai pula dia ke tepi main air dalam sinki, sampai basah baju dia...huhu

Selepas solat maghrib, barulah juadah berat di sediakan. Berbuka dengan nasi ambeng kami hari itu.
Nasi ambeng sedulang kongsi 3 orang makan je, aku Alia dan seorang cikgu mereka. Mana nak habis, dahlah aku memang tak banyak makan nasi sekarang. Tapi sedap betul lauk-pauknya semua. Bila tak habis tu, hulur pada sekumpulan pelajar di sebelah yang nampak macam tak cukup makan je. Licin mereka makan....hihi.

Kalau duduk asrama macam tulah kan, makan sedulang ramai-ramai macam ni, semua licin. Walau dah habis sedulang, dapat dulang ke dua pun masih licin...hehe.

Eh! Semua orang dah wish raya nampaknya. Aku next entri lah ya!

~ يوس ~

Friday, August 10, 2012

SRD Kemalangan | Puding Kastard Jagung dan nasi warna warni

Terkejut sekejap semalam seketika ketika aku sedang sibuk menyiapkan juadah berbuka yang belum selesai, dapat panggilan dari SRD suami tersayang yang dia terlibat dengan satu kemalangan. Masa tu dah hampir ke pukul 6.20 petang. Dalam hati sebenarnya dah mula pot-pet juga (dalam hati pun aku boleh pot-pet kan..huhu), "Mana abang ni? Kata nak balik awal hari ni?" (Ni dalam hati je berkata-kata ya!)

Bila SRD telefon dan kata dia dah terlanggar orang, hati mula berdegup kencang. "Haa!! macam mana abang boleh terlanggar orang?!" Itu yang pertama keluar dari mulut aku. SRD macam biasa memang cool je orangya, tak macam aku yang cepat gelabah. 

" Nanti balik abang cerita ya! Nak hantar orang ni pergi klinik buat rawatan dulu. Nak beritahu balik lambat je. Jangan tunggu, buka je dulu!"

Dalam hati mula rasa tak tenang. Dalam masa sama berdoa saja moga abang baik-baik saja, dan orang yang dia terlanggar pun baik-baik juga. Dek kerana hati tak begitu tenang, makan berbuka pun tak begitu berselera walau menu dah menarik. Tapi seronok tengok anak-anak makan bertambah-tambah. Terutama Alia, yang suka sangat dengan nasi warna-warni dan ayam masak merah. Anak-anak aku panggil nasi hujan panas tu nasi warna warni ya kawan-kawan.

Ok, inilah menu berbuka kami semalam.

Puding kastard jagung. Bila di buat dalam acuan macam ni, hasilnya lebih nampak menarik kan. Nak makan pun rasa seronok. Kalau buat dalam loyang macam biasa, di potong-potong macam kurang menarik je puding kastard jagung ni....hihi.

Nasi warna-warni, nama yang anak-anak sebut, di makan bersama ayam masak merah dan paceri nenas. Pertama kali aku buat paceri nenas ni, alhamdulillah SRD kata menjadi. Nasi tu tercurah kaler hijau terlebih, dah jadi hijau sangat pulak aku tengok...hahaha.
Ok, sambung cerita perihal kemalangan. Selepas solat maghrib, aku sambung mengaji Al-Quran sekejap. SRD masih belum sampai rumah. Hati tambah risau. Kejap-kejap mata menjenguk ke luar tingkap bilik, "Manalah suamiku ni?"

Tak lama kemudian, baru SRD sampai. Waktu maghrib masih belum habis masa tu, dan dia pun masuk dalam tergesa-gesa untuk mengejar waktu solat maghrib. Aku biarkan saja SRD selesai dulu urusannya. Bila dah selesai, duduk sama-sama atas katil, mulalah sessi bercerita.

SRD terlanggar sebuah motor yang di naiki 4 orang kesemuanya di atas motor tu. Ada seorang dewasa yang bawak motor (perempuan makcik kepada budak2 tu) dua orang kanak-kanak (seorang lelaki dan seorang perempuan) dan di belakangnya seorang remaja (abang kepada kanak-kanak tadi ). Punyalah ramai orang naik satu motor!!

Kata SRD, ada sebuah kereta di hadapan kereta dia, dan motor tadi di sebelah kiri, SRD di belakang motor ni. Jarak agak jauh juga, dan SRD memandu dalam kelajuan 70km sejam lebih kurang. Kereta hadapan dah hilang dari pandangan, tiba-tiba motor yang di belah kiri ni beri signal ke kanan tapi tiba-tiba je terus membelok kekanan, takde ambil side ke kanan dulu macam orang lain kata SRD. Yalah, baru bagi signal, terus belok ke kanan, dia tak perasan ke belakang dia tu ada kereta kan.

Dalam hati SRD dah kata, "alamak, sah kena langgar ni!" Cepat-cepat SRD tekan brek, tapi motor tu dah dekat sangat, apa lagi tersondol jugalah motor tu dan mereka semua tergolek kecuali remaja lelaki yang belakang, sempat dia melompat sebab katanya dia nampak kereta suami aku tu.

Bila semua dah terjatuh, rupanya ada kereta lain di simpang yang nampak dan dalam kereta tu adalah datuk kepada budak-budak tu, ayah kepada wanita yang bawa motor tu. Pakcik ni cepat berlari ke arah mereka dan SRD, kiranya rumah mereka dah nampak lah dari jalan tu. Apa lagi, SRD kena marah-marah kat situ. Macam-macam pakcik tu kata antaranya, "Awak tak nampak ke motor tu? Nampak tu signal pun masih hidup!"

SRD cuma diam tak menjawab, di biarkan pakcik tu mencurahkan rasa, sampai pakcik tu kata rasa nak tumbuk je muka suami aku. Huh!!! Aku dengar hanginnnnn satu badan terus. Namun dalam hati SRD berkata juga, "dah anak pakcik bagi signal dan-dan tu terus belok, mana saya sempat elak, dia pun tak tengok ada kereta tak kat belakang kenapa?" Tapi dalam hati je keluar. Laki aku ni memang gitu, tak mudah marah-marah, tak macam aku....hehe.

Bila aku kata," kenapa abang tak bersuara, anak dia pun salah?" Jawab SRD, "dalam undang-undang walau apa pun yang sebenarnya berlaku, yang menyondol tu akan tetap di salahkan."

Hmmm...yakan jelah. Pakcik tu masih bebel-bebel, SRD ajak bawa ke klinik. Cari-cari Klinik area Senggarang semua dah tutup, bawa ke Parit Raja, nasib baik ada satu masih bukak. Yang tercedera ialah dua orang kanak-kanak tu. Sorang luka sikit di tangan, sorang lagi melecet di kaki. Yang bawa motor dan yang belakang sekali tak cedera. 

Dalam masa menunggu doktor merawat, waktu berbuka dah sampai. SRD ajak mereka berbuka sekali di restoran satay berdekatan. Laki aku buka dengan 3 cucuk satay dan air je, sian dia....huhu. Kemudian ayah budak-budak yang SRD langgar tu muncul dengan van. Pakcik tadi dah pesan, kalau anak saya marah awak diam je, lagipun yang bawa motor anak perempuan saya, motor tu pun motor saya. 

SRD cuak, takut anak lelaki pakcik tu lagi garang dari dia, mau kena tumbuk ni. Tapi sabar jelah. Bila sampai, tengok muka memang agak bengis, kurus berseluar paras lutut je. Tapi alhamdulillah orangnya ok, tak marah pun, yang muka ketat cuma yang perempuan bawa motor tu je.

Selesai urusan semua dah SRD bayarkan bil rawatan, hantar mereka balik ke rumah dan barulah SRD sampai di rumah dan dapat makan dengan betul hidangan berbuka yang aku sediakan tadi.

Pagi ini SRD janji dengan anak pakcik tu di kedai motor untuk jelaskan bayaran apa yang patut bagi memperbaiki kerosakan yang ada. Katanya motor tu pun baru sebulan di beli, dan apa yang SRD nampak rosak, no plat belakang patah dan ada bengkok sikit bahagian belakang, lain-lain semua nampak elok. Oleh kerana SRD berlembut je dengan pakcik tu, dia pula yang kemudiannya minta maaf dengan SRD sebab dari mula asyik berkasar. Alhamdulillah.

Selama hampir 20 tahun SRD bawa kereta, inilah baru pertama kali terlibat dengan kemalangan. Pakcik tu pula kata," Oh! Ya ke? Kalau saya dah banyak kali, selalu sangat kena sondol, bawa motor kena sondol, bawa kereta kena sondol, bawa lori pun pernah kena sondol. "

Adeh! Lawak pulak bila dengar macam tu.Kena badi sondol kot. Apa pun alhamdulillah semuanya baik. Risau kan bila terlibat dengan kemalangan ni walau pun kecil-kecil.

Entah berapa belanja yang terpaksa di keluarkan untuk perbaiki motor pakcik tu, tapi yang pasti, kereta SRD pun minta di keluarkan belanja tu. Tengoklah apa dah jadi akibat kemalangan tu.

Kemek di depan dan adakesan hitam melecet, cermin lampu sisi hadapan pecah, calar-calar juga kat lampu tu, dan kawasan lampu tu temasuk ke dalam sikit. 
Peringatan untuk kami untuk lebih berhati-hati bawa kereta, kawasan kampung ni motor memang tiba-tiba je keluar kadang tu. 

Sekian.
~ يوس ~

Friday, June 29, 2012

Masak dan makan sempena birthday SRD...

Amboi! Hari ni terlebih rajin. Entri ke 3 hari ini. Belum sempat nak bw lagi nampaknya. Tapi terover rajin nak mengupdate cerita. Tengah teruja, baik update sekarang kan. Nanti dah basi, tak best dah...hehe.

Pagi tadi dah wish birthday SRD di entri ini. Tahun ni takde hadiah istimewa untuk hubby kitalah. Main masak-masak dan makan-makan ajelah seisi keluarga. Yang penting ingat birthday dia kan...

Semua yang simple-simple aje.....

Apa yang aku masak dan makan tu ya?

Percubaan membuat aiskrim goreng sendiri. Ingat lagi entri aku mencari aiskrim goreng di Kuala Terengganu? Esoknya tu blogger fieda kongsi resepi aiskrim goreng ni pula di blognya. Haruslah aku cuba buat sendir kan. Sedap lah weh! Senang pula buatnya tu. Siapa-siapa yang belum pernah rasa aiskrim goreng tu dan teringin nak rasa boleh lah buat sendiri juga ya. Klik link blogger fieda ni.

Bila dah buat aiskrim goreng tu, banyak pula lebihan roti tak terpakai. Nak buang sayang, nak makan gitu aje, tak sedap pula. Makanya terhasil lah puding roti bersos kastard ni pula. Resepi seperti biasa aku ambil dari My Resipi lah. Resepi yang ni memang paling sedap aku rasa berbanding yang lain. Sebab sebelum ni pernah cuba resepi yang lain sikit, kureng sedap lah. Yang ni, anak2 suka sangat!

Makan tengahari hari ini pula soto daging bersama begedil kentang. Resipi begedil kentang aku pernah kongsi di sini kan. Cumanya gambar ni bukan gambar soto hari ini, tapi gambar lama dalam simpanan aku. Selalu juga buat soto ni, jadi gambar dah pernah ambil, lagipun hari ni lupalak nak ambil gambar soto tadi...ekekek.

Semuanya sempat untuk hidangan tengahari tadi termasuklah kek birthday ini. SRD memang biasa balik makan tengahari di rumah kalau hari Jumaat. Sebab dia akan bersolat di masjid berdekatan rumah dengan Aqil dan Abid. Tapi kek ni bukan hasil tangan aku ya. Yang ni aku tempah, takut tak sempat nak buat sendiri, sibuk dengan yang lain. Kek coklat ni tempah jelah. Sedap lah kek ni!! Kek coklat kukus yang superbb, siap dengan hiasan yang cantik. Anak-anak pun puji sedap. Pandai akak ni buat. Nanti boleh tempah lagi ya kak....
Sekali lagi untuk suami tersayang.....Selamat Hari Ulangtahun ya bang! Luv u always! Eh! Malam ni giliran abang belanja kitorang pulak kan?...hihihi.

~ يوس ~

Happy Birthday Abang!

Hari ini entri ringkas sempena birthday suami tersayang Dr SRD yang sentiasa sweet dan comel di hati aku!

Selamat Hari Ulangtahun abang! 
Semoga abang sentiasa sihat sejahtera!
Semoga abang sentiasa di bawah lindunganNya!
Semoga abang dapat membimbing kami hingga ke syurga!
Semoga abang sentiasa di bawah rahmatNya!
Semoga abang murah rezeki sentiasa!
Semoga abang terus menjadi suami dan abah terbaik buat kami!
Ibu sayang abang!
Kami sayang abah!

Sweet dari anak-anak....
Masing-masing bertungkus lumus buat kad birthday untuk abahnya.

Ibu??
Plan nak masak-masak sekejap lagi. 
Nanti kita makan-makan sama-sama ya!

SRD yang baik hati! Selalu bila aku sebut pada dia, abang dah makin semangat tau! Jawabnya yang simple mengikut promo yang selalu keluar dalam sinar fm tu. "Eh! Isteri sayalah yang buat saya macam ni! Dari 60kg, jadi 80kg!".....hahaha. (p/s: nak letak gambar ni siap minta izin dulu. takut dia marah, tapi dia senyum aje sentiasa)" Eh! Betullah, banyak perubahan ya!"


Ibu take that as a compliment ya bang! Kira alhamdulillah, dapat jaga makan minum abang dengan baik jugalah kan.....hihi. Cuma makin umur meningkat, kenalah jaga pemakanan seharian juga. Tugas ibu jugalah nampaknya ya!Harap dapat bersama abang di sisi sehingga ke hujung nyawa!
p/s: Kalau lihat wajah Aqil sekarang, dah banyak nak mengikut rupa abahnya di gambar pertama tu kan. Selalu risau dia tak besar-besar, dan SRD selalu kata, "jangan risau, esok dah dewasa BESARlah dia....,hehe"
~ يوس ~

Wednesday, January 25, 2012

Hadiah birthday sebulan awal....(^_^)

Ok. Sebelum ni aku ada beritahu CPU komputer aku rosak kan.
CPU tu masih ada cantik je dalam rumah ni.
SRD tak pergi hantar betulkan lagi...huhu.

Apa pun, terima kasih buat suami tercinta,
aku dapat notebook baru, warna pink lagi.
Kata dia, "Ini hadiah hari jadi sebulan awal untuk ibu!"
Terima kasih abang!

Memang ngam-ngam sebulan awal,
sebab dia belikan notebook ni tanggal 21hb yang lalu.
Kira 21hb Feb nanti takde hadiah lagilah kan.
Tak kisahlah tu.
Suka hati dapat notebook baru.
Kalau CPU tu tak rosak, mesti aku tak dapat lappy pink yang cantik ni.
Besar betul hikmah di sebalik CPU rosak tu kan...ahaks.

Inilah rupa notebook@lappy baru aku. [image ehsan google]
Dari lensa kamera hp aku, notebook ASUS A43S gadget terbaru kesayangan aku.
Dua tiga hari ni update blog guna notebook baru.
Rasa lain aje...hihi.
Tapi mungkin sebab aku dah terbiasa guna pc besar, keyboard besar,
bila guna notebook ni macam kurang lancar aje menaip...huhu.
Takpe, lepas ni akan membiasakan diri....hehe

Thank you so much to my beloved hubby En SRD.
Ini hadiah birthday in advanced yang paling best aku rasa.
Alhamdulillah......
Sayang abang tau!

~ يوس ~

Friday, December 09, 2011

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Salam hari Jumaat yang mulia...
Penghulu segala hari....
Apa cerita menarik kawan-kawan hari ini?

Cerita menarik aku takde nampaknya.
Cuma hari ini aku ingin mengucap rasa syukur kepadaNya,
di atas satu lagi kejayaan suami tercinta.

Dari mula aku kenal dia,
masa tu SPM pun belum keluar keputusan lagi,
sehingga sekarang, sudah banyak kejayaan yang dia capai.
Bohong kalau aku kata, aku tak bangga dan gembira
dengan setiap kejayaan yang dia capai dalam hidup dan kerjayanya.

Dari tidak punya apa-apa,
kalau kuar makan pun kami keluar duit sendiri-sendiri masa tu,
tapi sekarang tidak lagi.
Ada ketikanya, aku cemburu juga kerana kami sama-sama ke menara gading.
Kami sama-sama belajar untuk masa hadapan,
tapi aku akhirnya hanya duduk di rumah,
dan dia terus ke hadapan.

Namun bila aku tersedar dari lamunan, kejayaan dia kejayaan aku juga.
Dia pun selalu kata,
"Ini kejayaan kita bersama. Tanpa ibu, mungkin ini semua tiada."

Syukur padaMu Ya Allah.
Semoga limpah kurnia dan rezeki dariMu ini tidak akan mengalpakan kami.
Semoga kami akan lebih terus dekat denganMu.
Semoga keluarga kami akan tetap di bawah LindunganMu...aminn.

Hari ini, SRD menerima watikah perlantikan baru
untuk jawatan yang lebih tinggi dari sekarang.
Tahniah Abang!
Semoga dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.
Semoga amanah yang di pertanggungjawabkan dapat di galas dengan berkesan.

Paling penting jangan lupakan keluarga di rumah pula ya...hihi.
Kami tahu abah akan lebih sibuk selepas ini.
Namun kami akan sentiasa menyokong abah,
kerana kita satu keluarga.
Yang perlu saling sokong-menyokong....

Seperti pokok yang merimbun,
Yang tumbuh dengan baik...
Harus di sokong dengan dahan, dedaun, dan buah-buahannya.
Barulah pokok itu nampak cantik dan mendatangkan hasil yang lumayan.
Kan bang....

Adeh! Apa aku melalut ni.
Apa pun, tahniah sekali lagi untuk suamiku....
Kami akan sentiasa ada untuk kamu...
Dan harap abah juga akan sentiasa ada untuk kami...
:x:x:x

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...