Showing posts with label Jalan-jalan makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan makan. Show all posts

Monday, October 08, 2012

Berkelah di Dataran Batu Pahat

Orang selalu pergi picnic @ berkelah waktu siang, kami berkelah waktu malam. Berkelah tak semestinya d tepi pantai kan, di dataran atau di tengah padang pun seronok!! Yang penting ada makan-makan, ada aktiviti sesama keluarga.  

Dah lama tak melepak di Dataran BP ni, tak tahu pulak suasana malam di sana sangat 'happening' sekarang. Dah gaya macam I-City pun ada. Tak perlu nak ke Shah Alam tengok cahaya lampu berkerlipan di pokok-pokok, di sini pun ada. Walau tak besar macam yang di sana, tapi oklah ya!

Anak-anak aku yang teruja dapat bermain di sini waktu malam. Paling teruja adalah Arif. Aku pun tak pasti, apalah yang seronok sangat bagi dia. Sakan berlari ke sana ke mari. Nun di belakang sana, mercu tanda dataran BP ni iaitu sepasang tangan yang memegang Batu dan Pemahat.

Berkelah sambil makan Domino Pizza! Siap bawa tikar semua. Banyak mata memerhati gelagat kami, yalah orang lain datang takde pun yang bawa tikar dan pizza semua...hihi.

Selepas makan, main bola sepak dan badminton sekeluarga. Aku dan Alia lebih banyak berjalan di kawasan sekitar, ambil gambar guna hp kecik aku je ...huhu

Khusyuk sebenarnya memerhatikan kumpulan senamaerobik yang sedang bersenam ni. Konon nak join, tapi dengan pegang handbag semua, malas! Lagu semua sedap-sedap pula tu. Tak pasti adakah ini acara setiap malam, tapi aku dengar dari orang yang jaga tandas, kalau malam minggu selalunya ada. 
Serba ringkas aktiviti kami malam Sabtu lepas.

Sekian....

p/s: ada rasa macam nak berehat seketika dari berblog pun ya, tapi bila lama tak update jadi tambah malas nak update. Pelan-pelan aku cuba gagahkan diri update blog ni. Terima kasih pada yang masih sudi baca dan tinggal komen ya. Semangat berblog dan ber'bw' puan blog ni memang semakin menurun sebenarnya.....huhu.

~ يوس ~

Wednesday, August 15, 2012

Sekitar majlis Iftar, Tadarus dan Khatam Al-Quran bersama pelajar-pelajar SMAPR

Majlis ini berlangsung Jumaat lepas pada tarikh 21 Ramadhan. Baru hari ini berkesempatan nak kongsi di blog. Aku malas nak celoteh panjang sebenarnya, kongsi gambar-gambar je kot.

Apa pun, kami dapat jemputan ke sana sebab pihak sekolah ada jemput sama staf-staf Uni. Oleh kerana SRD orang kuat juga dalam fakulti, maka anak bini pun dapat tumpang sekaki....hehe.

Kami sampai dah lambat, majlis mereka dengarnya bermula seawal 3 petang, tapi kami sampai dah hampir 630 petang. Kiranya kami cuma dapat turut serta dalam majlis berbuka jelah, yang lain tu ketinggalan keretapi...huhu.Yalah, nak tunggu SRD balik kerja semua dulu kan.

Apa pun seronok juga sebab bila di sana aku dapat mengimbau kenangan waktu belajar di asrama dulu. Tengok adik-adik ni semua, teringat lak masa dulu. Ok, kita lihat gambar macam biasa.

Pelajar lelaki di bahagian hadapan

Pelajar perempuan di bahagian belakang. Masing-masing masa ni dah dapat plastik berisi kuih karipap, kaswi dan talam berlauk serta buah kurma dan air kosong untuk berbuka.

Adik-adik yang kurang bernasib baik, terdiri daripada mereka yang anak yatim ataupun keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan. Dekan FKMP sedang memberi bungkusan berisi apalah agaknya tu.

Yang pasti, SRD tukang beri sampul berisi duit raya.

Ini gelagat anak-anak aku. Aqil tak kelihatan, dia lebih tertib duduk.... Tapi dia tersenyum je masa pulang, sebab kata dia " Ibu kakak-kakak kat sana semua kata Aqil handsome!"....hihi, kembang hidung ya Aqil. Arif pun menjadi tumpuan pelajar2 perempuan SMAPR sebab dia memang tak reti dudk diam. Alhamdulillah masa semua solat, pandai pula dia ke tepi main air dalam sinki, sampai basah baju dia...huhu

Selepas solat maghrib, barulah juadah berat di sediakan. Berbuka dengan nasi ambeng kami hari itu.
Nasi ambeng sedulang kongsi 3 orang makan je, aku Alia dan seorang cikgu mereka. Mana nak habis, dahlah aku memang tak banyak makan nasi sekarang. Tapi sedap betul lauk-pauknya semua. Bila tak habis tu, hulur pada sekumpulan pelajar di sebelah yang nampak macam tak cukup makan je. Licin mereka makan....hihi.

Kalau duduk asrama macam tulah kan, makan sedulang ramai-ramai macam ni, semua licin. Walau dah habis sedulang, dapat dulang ke dua pun masih licin...hehe.

Eh! Semua orang dah wish raya nampaknya. Aku next entri lah ya!

~ يوس ~

Wednesday, June 27, 2012

Misi mencari aiskrim goreng di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu

Selepas bersolat dan berehat sebentar di Masjid Terapung KT, kami meneruskan perjalanan ke hotel. Di KT, kami menginap di Grand Continental Hotel. Mengambil peluang berehat seketika sambil tunggu waktu Asar, anak-anak biasalah melompat sana sini kat bilik hotel tu...huhu. Selepas solat Asar, kami meneruskan misi untuk mencari aiskrim goreng.

Aku pernah rasa sekali je dulu masa zaman belajar di Terengganu, SRD dan anak-anak tak pernah rasa, jadi mereka semua jakun bila di sebut aiskrim goreng...hihi. Tak pasti mana nak tuju sebenarnya, sempat juga google internet dulu mencari mana lokasi yang ada menjual aiskrim goreng ni. Rupanya dekat je, di Pantai Batu Buruk.

Makanya kami ke sana dengan satu niat  di hati, masing-masing teringin sangat nak rasa aiskrim goreng. Sampai sana, banyak juga gerai yang ada jual aiskrim goreng ni. Tak tahu nak tuju gerai yang mana paling sedap. Maka kami pun ke gerai no 5 ni.

Pelanggannya tak berapa ramai. Anak-anak tengok gambar dekat papan tanda ni dah teruja. Mereka membayangkan aiskrim goreng tu macam dalam gambar di papan tanda tulah.

Sekali yang datang macam ni. Hahahah, anak-anak semua pelik, "kenapa tak sama macam dalam gambar ibu?" Namun aku puashati rasa dia, sedap aiskrim goreng yang ni. Dah macam makan donut berinti aiskrim je. 

Perut dah lapar, tak kan lantak aiskrim goreng je kan. Orderlah kuey teow goreng ni sekali.
Selepas itu, kami pun jalan-jalan sekitar Pantai Batu Buruk tu. Gambar-gambar rekreasi di Pantai Batu Buruk entri lain lah ya.

Anak-anak tak puas makan aiskrim goreng ni sebenarnya. Esoknya mereka minta lagi nak makan aiskrim goreng. Kali ini kami decide nak pilih gerai yang lain pula. Kami pilih satu gerai yang kami lihat penuh pelanggannya. Mesti aiskirm goreng dia lebih sedap dari semalam ni. Itu yang ada dalam fikiran kami.
Bila sampai, tengok rupa macam lebih menarik. Ada hiasan oren lagi di tepi, sure sedap ni. Aiskrim goreng special katanya

Yang di goreng ni besar sungguh rupanya kan. Tapi sayang, aiskrim goreng yang semalam di gerai no 5 tu lebih sedap rupanya. Yang ni macam over goreng ke apa, keras sangat, dan tak rasa macam donut pun. Liat pulak tu, anak-anak pun kurang suka. Mereka lebih suka aiskirm goreng di gerai no 5 semalam juga.
Kesimpulannya, rupa saja tak menunjukkan ianya sedap, yang selekeh je cara hiasan dan hidangan tu,lebih memikat selera.  Apa pun puashati, misi mencari aiskrim goreng di Terengganu berjaya! Siapa-siapa yang ke KT, bolehlah cari aiskrim goreng di Pantai Batu Buruk ya! Satu menu lain sikit, bagi kami orang Selatan yang  baru nak merasa makan aiskrim goreng ni. Nice!

Orang-orang Terengganu, di mana sebenarnya nak dapat aiskrim goreng yang sedap ya? Kongsilah di sini.

Sekian.....

~ يوس ~

Thursday, May 24, 2012

Mee Racun Batu Pahat | Memang beracun mee ni!!!....huhu

Ok. Sebelum teruskan, cerita ni berlaku awal tahun ini. Sekitar akhir Januari dan awal Februari. Gambar lama memerap dalam kamera, tapi dek kerana malas nak bercerita maka hari ini baru terajin kot...hehe.

Beberapa tahun sudah tinggal di Batu Pahat. Tapi aku tak pernah dengar atau tahu apa itu mee racun sebelum ni. Sehinggalah satu hari, saja google apa tempat makan menarik di Batu Pahat. Aku jumpa blog ini dan ini. 

Mee Racun?? Tak pernah dengar pun? Aku suarakan pada SRD. Teringin sangat nak rasa mee racun ni. Kat mana lokasinya ya? Maka satu hari SRD pun bawa aku dan keluarga pergi mencari lokasi gerai mee racun berdasarkan peta yang di buat dari link blog yang aku sertakan di atas.

Cari punya cari, tak juga berjumpa. Makanya alternatif seterusnya terpaksa  menelefon kawan sana sini. Aku telefon member aku, SRD pula telefon member dia. Mana pula lokasi gerai mee racun ni? Kata popular, kenapa susah nak jumpa...huhu.

Akhirnya setelah berpusing-pusing sekitar BP beberapa kali, jumpalah 3 tempat lokasi yang di beri kawan-kawan kami. Namun ke tiga-tiga gerai mee racun itu tutup hari itu....hampa sungguh.

Tiba di lokasi pertama di bandar, lupa nak snap gambar. Sampai di lokasi ke dua dan ketiga baru teringat nak ambil gambar. Jadi ada gambar dua lokasi sajalah.

Mee racun lokasi ke dua yang kami jumpa. Kat Taman Sri Jaya, belakang MK Curtain BP tu.

Lokasi ke tiga, dekat dengan bangunan Tabung Haji.
Hampa jugalah tak dapat merasa masa tu. Dua tiga minggu lepas tu, kebetulan masa tu emak dan ayahku datang ke mari, kami ajak mereka makan mee racun ni. Lokasi dah tahu jadi senang mana nak tuju. Pergi ke lokasi ke dua yang kami jumpa tu tutup juga hari itu, nasib baik lokasi ke tiga ni buka. Makanya malam itu kami pun dapat merasa buat pertama kalinya mee racun yang mereka dok kata menyengat tu.

Alhamdulillah hari itu gerai mee racun ni buka.
Seumur hidup tak pernah rasa, jadi aku tak tau rasanya macam mana. Dalam hati masa tu perasaan ingin mencuba sangat tinggi, sampai emak dan ayahku pun teruja nak cuba. Ada dua jenis mee racun ni, satu yang biasa, satu mee racun tulang gearbox yang special.

Aku, emak dan ayah order yang biasa saja, sementara SRD minta yang special itu. Mee racun yang di tunggu-tungu pun tiba. Suapan pertama ke mulut aku, terus aku rasa pening! Emakku pun mencuba, dua kali suap, dia pun pening. Bila sampai giliran ayahku, sekali suap je terus reject! Tak boleh masuk dalam tekak kami......huhu.

Memang beracun sungguh mee ni!!!! Ayah terus order menu lain. Aku pula dengan terkulat-kulat terpaksa makan dalam paksa rela kerana aku yang sibuk sangat nak mee racun ni kan. Merengek-rengek minta dengan SRD. Sampai telefon dan sms kawan sana sini. Kalau tak makan, mahu kena teow nanti....hahaha.

Mee racun biasa aku punya.

Mee racun tulang special SRD punya. Siap ada straw tu nak sedut air tulang dia...huhu
Aku tengok SRD makan ok aje. Dia memang biasa makan daging baru, tulang semua ni. Kami je yang terkulat-kulat.

Korang nak tahu tak kenapa mee racun ni rasa beracun sungguh pada tekak kami anak beranak, kecuali SRD. Kami ni memang tak biasa makan daging baru. Bau daging baru pun boleh muntah. Kalau dapat daging korban tu, biasa emak mesti simpan dulu tunggu beberapa ketika, seminggu dua ke baru dia masak. Adik-adik aku lagilah tak pandai makan. Dari jauh, kalau bau orang masak daging baru yang masih fresh, semua boleh lagak macam perempuan tengah mengandung. Uwek sana uwek sini.

Tapi aku sejak kahwin dengan SRD, dah pandai dah makan daging baru sikit-sikit. Sup tulang pun aku dah pandai juga makan. Sebab SRD memang suka semua tu. Itu pasal, bila merasa mee racun ni, yang bahan utamanya daging baru yang fresh, kami semua terkulat-kulat...huhu.

Bagi peminat daging segar, biasa makan sup tulang, suka makan gear box, mungkin korang suka lah mee racun ni. Menyengatlah kot, tapi aduhai, untuk tekak aku, emak dan ayahku tak masuk langsung. Apa pun SRD walau pandai dan suka makan daging baru, tak rasa pun nak makan lagi mee racun ni....

Review dari aku ni mesti buat korang semua tak teringin pun nak rasa mee racun ni kan. Tapi cubalah pergi ke blog-blog lain yang ada buat review baik pasal mee racun ni. Kot boleh buat korang teringin nak rasa.

Tapi kan, gerai tu memang penuh betul pelanggan order mee racun. Siap beratur, dan ada yang order berbungkus-bungkus untuk di bawa balik. Meja sebelah menyebelah pun, bawa segerombolan keluarga masing-masing makan mee racun. Semua di lihat siap menghirup licin pun ada.Sedap sangat gamaknya di tekak mereka, tapi tidak di tekak kami....huhu.Blogger-blogger area BP yang dah pernah makan dan rasa mee racun ni, apa pula pandangan korang ya?

p/s: mungkin sebab rasa mee racun ni tidak seperti yang di bayangkan tu yang baru hari ini up di blog. Lama tu, padahal bulan Feb hari tu merasanya....huhu. Bukan menyengat, tapi tersengat.....hihihi.

~ يوس ~

Wednesday, February 08, 2012

Pergi Kenduri Kahwin

Dah agak lama juga tak letak gambar keluarga di blog ini kan.
Hari ini nak letak gambar kami sekeluarga
masa menghadiri majlis perkahwinan sepupu SRD Sabtu lepas.

Kami anak beranak, gambar atas bersama Alia, gambar bawah bersama Aqil. Bila sorang takde tu, dialah cameraman nya...hehe. Gambar atas meja lepas habis makan...

Masuk dalam bergambar depan pelamin. Masa ni pengantin masih dalam bilik bersolek kot...Kami sekeluarga bersama mil dan my sil.
Tertarik dengan hantaran ini dari pihak lelaki. Tentunya mas kahwin lah kan. Johor punya mas kahwin aku rasa paling kecil  nilainya kan. RM22.50 tunai....hihi
Inilah antara aktiviti kami cuti lepas.
Takde gambar dengan pengantin pun, sebab kami tak tunggu pengantin keluar.
Arif demam masa ni, muka monyok saja.
Kesian dia, demam dan cirit birit pulak tu.
Alhamdulillah semalam dan hari ini dah sihat seperti biasa.
Ligat, aktif, dan lasak....as usual....:p

~ يوس ~

Monday, January 09, 2012

The Original Javanese Recipes: Pecel Lele

Sebelum tu, nak beritahu ni...
Selepas saja baca komen-komen dari korang-korang semua,
di entri sebelum ni, aku tambah kuciwa....huwaaaa :-((,:'(,:'-(:-((,:'(,:'-(

Kenapa aku baik hati sangat kan.
patut reject je terus...huhu.
Aku selalu macam tu tau!
Tak sampai hati, akhirnya sedih sendiri...huhu.

Rasa nak delete aje entri itu pun ada, tapi bila tengok almari tu depan mata,
sedih juga bila terperasan kawasan yang sedikit cacat tu...:-(

Tarik nafas dalam-dalam,
kita cerita pasal lain pula ya...

Ini aktiviti Sabtu lepas, jalan-jalan K4, makan di restoran ayam penyet .
Katanya, 'The Original Javanese Recipes'...huhu
Aku kan anak jawa (tapi tak pandai cakap jawa....haha)

Nampak tak kat belakang tu, antara gambar menu yang ada di restoran ni.
Dah 3 kali datang sini, pertama kali order ayam penyet, kedua order bakso.
Dan kali ini aku order pecel lele dia.
Ala-ala sama aje dengan resepi ayam penyet dia,
cuma pecel lele ni dia ganti ayam dengan ikan keli.

Pecel lele yang aku order bersama teh o ais limau
Macam kurang ummph saja, tapi aku suka sambal belacan dia.
Anak-anak pula tak suka makan menu di sini,
semua request nak kfc.

Ibu dan abah tak lalu nak makan ayam kfc tu,
makanya tapaulah ayam kfc untuk anak-anak tapi makan di restoran ayam penyet..hehe.

Layan Arif makan nugget dan fries sambil menikmati udara dan pemandangan dari luar kawasan restoran
Keseluruhannya aku bagi 4 bintang je restoran ni.
Mula-mula datang dulu, sambal belacan dia lagi sedap dari yang semalam.
Kenapa ya?...huhu.
Tukar chef  ke?

Sebut chef teringat pulak pagi tadi,
ramai betul yang buat entri pasal  Ezani menang MasterChef Malaysia pertama kan.
Entah kenapa, bila tengok episod akhir semalam
aku berharap sangat Wahidan yang menang,
tapi rezeki sudah di tangan Ezani.
Apa pun tahniah untuk Ezani kan...

p/s: Macam mana nak kembalikan mood sedih aku ni??..pleaseee....

~ يوس ~

Monday, December 26, 2011

Pertama kali ke Domino's Pizza

Rasanya dah banyak kali buat entri anak-anak aku suka makan pizza.
Tapi setiap kali pun mestilah ke Pizza Hut.
Tak pernah kami semua jejak kaki ke Domino's Pizza ni.
Tambahan pula di BP tiada restoran ini.

Hujung minggu lepas balik Melaka singgah di Keluargaku.
Dekat-dekat situ nampaklah restoran Domino's Pizza.
Ada can nak rasa ni.
Ngendeng dengan SRD, dia pun on saja.

Masuk dalam restoran, terus blur-blur tak tahu nak order apa.
Al-maklum tak pernah makan di sini kan.
Kami decide take away saja.
Bolehlah emak dan ayahku rasa sekali.

Makanya, untuk pertama kali ke Domino's Pizza, inilah yang kami order.

Kotak dia cantik!..:p.
Yang ni aku tak tahu apa ya. Ada ayam goreng madu, chicken nugget berperisa tomyam, satu lagi tu rasa apa ntah, dan chicken onion rings kot. Serius tak tahu nama betul menu ni. Korang yang biasa makan di Domino's Pizza bolehlah beritahu ya...hihi.
Ini BBQ Chicken pizza
Ini pula chicken pepperoni pizza
Untuk semua di atas kami bayar dengan harga RM66 lebih kurang.
Tak ingat exact figure.
Mahal ke murah ya?
Untuk kami macam lebih kurang je harga dengan pizza hut.
Tapi untuk rasa, Domino's Pizza ni kureng sikit.
Pizza dia pun nipis aje.

Takpelah kot walau takde kat BP.
Lepas ni kalau nak pizza kami pasti ke tempat yang selalu kami pergi.
Orang kata takut kempunan, sekurang-kurangnya dah pergi merasa.
;) :p.

Tapi untuk anak-anak aku, kalau dah namanya pizza tu, licin mereka bedal.
Kata favourite kan....hehe :x
~ يوس ~

Thursday, December 08, 2011

Jalan-jalan cari makan: Kuey Teow Kung Fu

Kalau jalan-jalan cari makan, apa menu yang selalu korang order ya?
Selain daripada nasi dan lauk pauk yang biasa
macam siakap sweet sour, tom yam semua tu.
Kadang-kadang tak tahu pun nak makan apa di kedai kan.

Aku kalau makan di kedai, suka nak order hot-mee plate.
Apa saja yang berasaskan mee, aku suka.
Kuey teow tom yam antara feveret juga.
Bila jumpa menu baru yang pelik suka nak cuba.

Tapi kalau cik abang aku, balik-balik nasi goreng.
Mungkin ada banyak viariasi nasi goreng, tapi itulah feveret dia.
Aku kalau sesuatu yang aku pandai masak di rumah,
baik tak payah makan di kedai kan.
Tapi sekali sekala makan masakan orang memang sedap.

Dulu aku tak tahu apa itu kuey teow kung fu.
Nama pun macam pelik.
Kuey teow kung fu paling sedap aku pernah cuba adalah di sebuah restoran di Muar.
Sayangya restoran itu dah tutup.
Pernah pergi dua kali dengan mil dan sil
Kenapalah restoran tu di tutup, rugi mungkin.

Terbayang-bayang nak makan kuey teow kung fu dia.
Adeh! Tadi SRD bawa aku makan kuey teow kung fu di kedai lain.
Tak sama!!!
Nak yang macam di restoran itu.
Adeh! Macam mengidam pulak.

Nampak sangat sedap kuey teow kung fu ini. Masih teringin ni. Tolong!! [image ehsan google]
p/s: nampak gaya kena belajar masak sendiri kuey teow kung fu tu yus. Barulah boleh jadi isteri mithali. Semua serba serbi tahu...uweks.

~ يوس ~

Thursday, August 25, 2011

Berbuka puasa di luar....

24 Ramadhan semalam, pertama kalinya kami sekeluarga berbuka di luar tahun ini.

Atas permintaan siapa ya?
Ibu dia? Aqil? Alia? Abid?....hehe.

Apa pun, tujuan utama shopping lagi yang last punya untuk raya....:)
Ada lagi tak cukup rupanya?
Oh tidak! Nak cari sesuatu untuk emak dan ayah sebenarnya.

Menu berbuka, biasalah restoran pilihan anak-anak...Pizza Hut!
Sampai sana pukul 6.30, terus masuk restoran order menu.
Bayar dan keluar dulu cari barang sikit.

Kemudian beli air soya dua tin saja untuk di kongsi 5 beranak yang berpuasa.
Sampai waktu berbuka, masing-masing teguk air soya tu saja sorang sedikit.
Kemudian, ambil wuduk dan solat maghrib dulu.
Selesai semua, baru ke Pizza Hut semula.

Menu sudah sedia terhidang, tinggal di ngap saja.
Apa lagi makanlah kan....:cheer

Amboi Abid! Beriya makan ya?? Arif memang tak reti duduk diam...huhu

Aku , Alia, Abid dan Arif. Dari mula duduk sampai selesai makan, Arif tak henti-henti mencari sudu/garpu untuk di main dan di balingnya...huhu

Seronok bila lihat anak2 semua ceria....
Sebulan sekali saja tau ke pizza ni...huhu.
Memang wajib untuk keluarga kecil kami ni.
Kalau tidak, semua mulalah bertanya.

Alhamdulillah.....kenyang makan anak beranak.
Lepas tu, mudahlah sikit nak mencari barang.

p/s: Mood raya dah datang. Tak sabar nak balik kampung dah ni...:yuhuu :banana
~ يوس ~

Tuesday, July 05, 2011

Terminal Satay Zul Kuantan...

Cerita kami ke Kuantan belum habis lagi ya kawan-kawan...:).

Petang Sabtu tu, misi kami mencari Terminal Satay Zul pula. 

Oh ya! Sebenarnya, sebelum pergi Kuantan, aku google dulu di internet dan dapatkan tempat-tempat makan menarik di Kuantan. Dan bila jumpa tu, kami pun cuba carilah tempat makannya. Maka dapatlah kami merasa Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur, Murtabak Mengkasar, dan kali ini Satay Zul pula. 

SRD gunakan GPS dari handphone dia untuk cari semua tempat-tempat makan tu termasuk Satay Zul ni. Mula-mula sekali, GPS kami tunjukkan kedai ni. Tak silap dekat Jalan Besar, Kuantan. Ini kedai pertama yang kami jumpa.


Sampai sana, kedai baru nak di buka, satay pun baru di letak, kata dia 40 minit lagi baru buka..huhu.
Seterusnya, cuba cari lagi dari GPS. Jumpa pula Terminal Satay Zul yang ini...


Hampa lagi, sebab masih belum sedia untuk berniaga juga. Masih berkemas-kemas untuk memulakan berniaga. Masa ni dah pukul 5.30 tak silapnya.
Mula-mula tu memang rasa hampa juga. Nak tunggu lambat lagi. Teringat pula pesan dari kedai yang pertama tadi. Katanya ada satu lagi cawangan baru berhadapan dengan Stadium Kuantan. Oleh kerana di GPS kami tiada tercatit satay Zul yang ke tiga, kami cari jalan menuju ke stadium saja.

Sampai di stadium pusing-pusing mula-mula tak nampak. Dah rasa patah hati dah, tapi tiba-tiba aku nampak di seberang jalan ada Terminal Satay Zul lagi. Yeaa!! Dekat dengan mall terbesar di Kuantan tu, East Cost Mall ke nama dia, lupa lak..hehe.

Inilah Terminat Satay Zul cawangan ke 3 yang kami jumpa. Makan di sini kami hari itu.

Untuk seterusnya, baca cerita dari gambar ya...


Menu Dari Terminal Satay Zul

Ini yang pertama sampai. Kuah satay dan nasi empit. Kuah satay dia memang sedaplah. Superbbbbb!!! Aku suka sangat kuah satay dia ni, pekat, manis, sedap...teringat-ingat sampai sekarang..huhu.

Kami order satay ayam. Anak-anak tak suka daging, ayam juga jadi pilihan. Size satay sedang-sedang saja, tapi harga boleh tahan juga. 60 sen satu..huhu

Ini pula satay arnab. Nak sangat rasa daging arnab, maka kami cubalah menu ini. Rasa dia lebih kenyal dari ayam, sedap juga. Harga mahal berbanding ayam, satu RM1.40.

Ini pula menu sampingan. Mula-mula nak order nasi dagang, tapi nasi dagang belum sampai kata dia. Maka order nasi lemak. Mula-mula order sepinggan saja, ingatkan biasa-biasa saja. Sekali anak-anak makan, semua minta lagi. Tambah lagi dua pinggan..huhu. Sambal dia sedappp!! SRD suka sangat sambal dia, sampai habis licin dia kerjakan sambal je untuk ketiga2 pinggan..haha. Abid pun suka sambal dia, ni bukan tipu ni, sambal dia memang kena dengan tekak kami...hehe

Ini air yang SRD order. Sirap bandung laici, aku punya carrot susu. Entah kenapa, suka sangat tengok warna dia, rasa pun sedap. Buah laicinya Arif saja yang makan, suka pulak dia..huhu.



Oklah, tamatlah kisah kami makan di Terminal Satay Zul ni. Paling best kuah satay dia. Rasa satay, ok sedap! 

Sangat berterima kasih dengan GPS henpon SRD, kalau tidak tak jumpa kot semua tempat-tempat makan ni..hehe.

Ok, cerita ke Kuantan ada sambungan lagi.....tunggu!



~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...