Showing posts with label Travel n Vacation. Show all posts
Showing posts with label Travel n Vacation. Show all posts

Monday, October 08, 2012

Berkelah di Dataran Batu Pahat

Orang selalu pergi picnic @ berkelah waktu siang, kami berkelah waktu malam. Berkelah tak semestinya d tepi pantai kan, di dataran atau di tengah padang pun seronok!! Yang penting ada makan-makan, ada aktiviti sesama keluarga.  

Dah lama tak melepak di Dataran BP ni, tak tahu pulak suasana malam di sana sangat 'happening' sekarang. Dah gaya macam I-City pun ada. Tak perlu nak ke Shah Alam tengok cahaya lampu berkerlipan di pokok-pokok, di sini pun ada. Walau tak besar macam yang di sana, tapi oklah ya!

Anak-anak aku yang teruja dapat bermain di sini waktu malam. Paling teruja adalah Arif. Aku pun tak pasti, apalah yang seronok sangat bagi dia. Sakan berlari ke sana ke mari. Nun di belakang sana, mercu tanda dataran BP ni iaitu sepasang tangan yang memegang Batu dan Pemahat.

Berkelah sambil makan Domino Pizza! Siap bawa tikar semua. Banyak mata memerhati gelagat kami, yalah orang lain datang takde pun yang bawa tikar dan pizza semua...hihi.

Selepas makan, main bola sepak dan badminton sekeluarga. Aku dan Alia lebih banyak berjalan di kawasan sekitar, ambil gambar guna hp kecik aku je ...huhu

Khusyuk sebenarnya memerhatikan kumpulan senamaerobik yang sedang bersenam ni. Konon nak join, tapi dengan pegang handbag semua, malas! Lagu semua sedap-sedap pula tu. Tak pasti adakah ini acara setiap malam, tapi aku dengar dari orang yang jaga tandas, kalau malam minggu selalunya ada. 
Serba ringkas aktiviti kami malam Sabtu lepas.

Sekian....

p/s: ada rasa macam nak berehat seketika dari berblog pun ya, tapi bila lama tak update jadi tambah malas nak update. Pelan-pelan aku cuba gagahkan diri update blog ni. Terima kasih pada yang masih sudi baca dan tinggal komen ya. Semangat berblog dan ber'bw' puan blog ni memang semakin menurun sebenarnya.....huhu.

~ يوس ~

Thursday, July 05, 2012

Kami nak jadi angkasawan!!...

Berangan nak sampai ke bulan. Pakai baju angkasawan. Masing-masing mencuba.Haha....jangan terpedaya, ini cuma berdiri di belakang dan tunjukkan kepala. Nampaklah macam baju angkasawan itu kita yang punya.
Kami di mana ya dalam gambar tu? Itu sebenarnya ketika kami ke Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu tempohari. Ya kawan-kawan, cerita cuti-cuti Terengganu memang belum habis, tapi aku malas  nak habiskan perkongsian gambar-gambar di sana sekarang ni. Mood edit dan pilih gambar tiada. Kita tepek satu ni dululah ya...hehe.

Selamat berpuasa bagi yang berpuasa hari in. Semoga hari ini telah di mulakan dengan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Dapat kita menambah pahala, memohon keampunan dariNya dan panjatkan lebih rasa syukur kepada Allah swt.

Hari ini juga merupakan ulangtahun ke dua anak ke 4 kami Arif Zakwan mengikut kalendar Islam. Arif lahir tanggal 15 Sya'ban 1431H. Selamat Hari lahir sayang, moga terus berada dalam rahmatNya. Sayang peluk cium ibu buat Arif yang comel sentiasa.

Hari ni sebenarnya mood kurang sikit. Nanti-nantilah kita sambung cerita lagi ya!

Salam Nisfu Sya'ban buat kawan-kawan blogger ku sekelian...

Maaf di pinta andai selama ini coretan di blog dan komen-komen dari yus di blog kalian ada yang terlebih sudah sehingga mengguris hati anda semua. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu tentunya datang dari kelemahan yus sendiri.

Semoga hari ini adalah hari yang terbaik dan terindah buat semua ya...

Ikhlas....

~ يوس ~

Wednesday, June 27, 2012

Misi mencari aiskrim goreng di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu

Selepas bersolat dan berehat sebentar di Masjid Terapung KT, kami meneruskan perjalanan ke hotel. Di KT, kami menginap di Grand Continental Hotel. Mengambil peluang berehat seketika sambil tunggu waktu Asar, anak-anak biasalah melompat sana sini kat bilik hotel tu...huhu. Selepas solat Asar, kami meneruskan misi untuk mencari aiskrim goreng.

Aku pernah rasa sekali je dulu masa zaman belajar di Terengganu, SRD dan anak-anak tak pernah rasa, jadi mereka semua jakun bila di sebut aiskrim goreng...hihi. Tak pasti mana nak tuju sebenarnya, sempat juga google internet dulu mencari mana lokasi yang ada menjual aiskrim goreng ni. Rupanya dekat je, di Pantai Batu Buruk.

Makanya kami ke sana dengan satu niat  di hati, masing-masing teringin sangat nak rasa aiskrim goreng. Sampai sana, banyak juga gerai yang ada jual aiskrim goreng ni. Tak tahu nak tuju gerai yang mana paling sedap. Maka kami pun ke gerai no 5 ni.

Pelanggannya tak berapa ramai. Anak-anak tengok gambar dekat papan tanda ni dah teruja. Mereka membayangkan aiskrim goreng tu macam dalam gambar di papan tanda tulah.

Sekali yang datang macam ni. Hahahah, anak-anak semua pelik, "kenapa tak sama macam dalam gambar ibu?" Namun aku puashati rasa dia, sedap aiskrim goreng yang ni. Dah macam makan donut berinti aiskrim je. 

Perut dah lapar, tak kan lantak aiskrim goreng je kan. Orderlah kuey teow goreng ni sekali.
Selepas itu, kami pun jalan-jalan sekitar Pantai Batu Buruk tu. Gambar-gambar rekreasi di Pantai Batu Buruk entri lain lah ya.

Anak-anak tak puas makan aiskrim goreng ni sebenarnya. Esoknya mereka minta lagi nak makan aiskrim goreng. Kali ini kami decide nak pilih gerai yang lain pula. Kami pilih satu gerai yang kami lihat penuh pelanggannya. Mesti aiskirm goreng dia lebih sedap dari semalam ni. Itu yang ada dalam fikiran kami.
Bila sampai, tengok rupa macam lebih menarik. Ada hiasan oren lagi di tepi, sure sedap ni. Aiskrim goreng special katanya

Yang di goreng ni besar sungguh rupanya kan. Tapi sayang, aiskrim goreng yang semalam di gerai no 5 tu lebih sedap rupanya. Yang ni macam over goreng ke apa, keras sangat, dan tak rasa macam donut pun. Liat pulak tu, anak-anak pun kurang suka. Mereka lebih suka aiskirm goreng di gerai no 5 semalam juga.
Kesimpulannya, rupa saja tak menunjukkan ianya sedap, yang selekeh je cara hiasan dan hidangan tu,lebih memikat selera.  Apa pun puashati, misi mencari aiskrim goreng di Terengganu berjaya! Siapa-siapa yang ke KT, bolehlah cari aiskrim goreng di Pantai Batu Buruk ya! Satu menu lain sikit, bagi kami orang Selatan yang  baru nak merasa makan aiskrim goreng ni. Nice!

Orang-orang Terengganu, di mana sebenarnya nak dapat aiskrim goreng yang sedap ya? Kongsilah di sini.

Sekian.....

~ يوس ~

Tuesday, June 26, 2012

Masjid Tengku Tengah Zaharah @ Masjid Terapung Kuala Terengganu

Petang-petang baru ada mood nak edit gambar. Kita sambung lagi perjalanan cuti-cuti sekolah Jun 2012 kami ke Terengganu.

Dari Rantau Abang, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Cerita berdasarkan gambar seperti biasa lebih mudah bagi aku...hehe.

Ada 60km lagi nak tiba Kuala Terengganu. Teruja nak solat Zohor di masjid terapung masa ni.

Dalam perjalanan nampak sotong dan udang replika yang besar ni. Terengganu memang terkenal dengan hasil perikanan dan lautnya kan, selain daripada batik dan songket.

Tiba di Masjid Tengku Tengah Zaharah dalam pukul 2.30 petang. Aku cakap dengan SRD, kata nak pergi masjid terapung, ni Masjid Tengku Tengah Zaharah bang?

Sila jangan lawan cakap suami, masjid terapung tu nama lain bagi Masjid Tengku Tengah Zaharah rupanya. Haha...sangat cantik masjid ni dari jauh kan. Serba putih dan memang nampak seakan terapung.

Sungguh kami teruja dan seronok dapat bersolat Zohor di masjid ini. Pemandangan sekitarnya juga cantik. Pertama kali jejak kaki di sini kan, haruslah singgah lama sikit

Selesai solat, mengambil peluang bergambar lagi untuk kali terakhir di kawasan luar masjid yang cantik.

Ada budak tu boleh pula saja menyelitkan diri di celah batu penghias jambatan menuju ke masjid ni. Comel pula dia duduk di situ, siapa lagi kalau bukan Abid.

Sempat juga berehat sambil makan aiskrim. Cuaca sangat panas, berpeluang makan aiskrim budak2 tu, memang sukalah. 
Ada cerita masa singgah di masjid terapung ni. Arif nyaris saja berendam dalam tasik tu...huhu. Sebenarnya dia dah masuk pun dalam air tasik tu. Kat kawasan tepi-tepi tu, nasib dia tak teruskan berjalan ke tengah, kalau tidak tak tahulah bagaimana kan. Berderau darah aku masa tu. Khayal tengok souvenier di gerai berhampiran, aku suruh abang dan kakaknya jaga, tapi mereka pun khayal sama. 


Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa masa tu. Alhamdulillah aku terperasan awal, kalau dah sampai ke tengah, kelam kabut jadinnya. Habis basak kuyup Arif masa tu, terpaksalah mandi dan tukar baju lain sebelum meneruskan perjalanan ke hotel. Arif! Arif! Selalu buat perkara yang boleh buat jantung ibu berdegup kencang. Sila jangan buat macam tu lagi ya nak!

Sebelum bertolak ke hotel pula, ambil gambar masjid terapung ni lagi dari sisi berlainan. Cantik! SubhanaAllah.
Oklah, cerita cuti-cuti kami bersambung lagi nanti ya....

to be continued.....

~ يوس ~

Monday, June 25, 2012

Cuti-cuti Terengganu : Rantau Abang

Petang ni datang mood nak sambung cerita cuti-cuti Terengganu kami. Dari Awana Kijal, kami bertolak ke Kuala Terengganu pula.

Dalam perjalanan ke KT tu, bila nampak je papan tanda Rantau Abang Tanjung Jara ni, hati berbunga riang, konon nak sangat tengok penyu di Rantau Abang.

Tapi, manalah ada orang tengok penyu tengah-tengahari buta kan. Biasa malam jelah kan. Kami tak dapat tengok penyu pun. Sedih!

Sampai Rantau Abang, bergambar kenangan di sini. Nampaklah penyu dekat batu tu je...huhu.
Sambil-sambil tu menghirup udara nyaman di tepi pantai di Rantau Abang ni.

Ni apa motif bergambar dekat sungai kering ni pun tak tahulah. Tengah-tengah panas,anak-anak ikut je...hahaha. 

Singgah sebentar di Rantau Abang Batik Craft. Alia sibuk nak beli wau bulan tu, aku tengok-tengok baju batik untuk SRD. Tapi dua-dua tu kami tak beli pun, yang di beli di sini adalah FM dan t-shirt ada gambar penyu untuk anak-anak.
Kemudian kami makan tengahari di RA ni dulu. Pekena nasi kerabu di gerai berhampiran dengan Batik Craft tu. Biasa-biasa aje nasi kerabu dia. Setelah itu baru kami meneruskan perjalanan ke KT.
Dalam perjalanan tu nampak pula Galeri Biodiversiti Akuatik ni. Terus singgah. Anak-anak teruja nampak tulang ikan paus yang besar.

Nak masuk dalam, tapi waktu itu baru pukul 1.30 petang. Mereka tutup sebentar, makanya kami bergambar di luar sajalah. Abid kiri atas tu pegang replika penyu bersama tulang ikan paus yang besar.

Ini tulang ikan paus betul rasanya, ke replika aje ya? Tapi aku rasa betul, sebab di situ di tulis ikan paus ni terdampar di  Nenasi Pahang pada 14/10/2008. Tulang dia je dah besar macam tu, kalau hidup rasa muat kami semua masuk perut dia agaknya ya?...huhu

Akhir sekali, bergerak terus menuju ke KT. Masih tak dapat jumpa penyu hidup walau dah ke Rantau Abang, Nampak 2 ekor penyu batu ni aje kat tepi jalan ....hehe.
Apa pun tetap enjoy perjalanan kami. Ok. Nanti bersambung lagi. Cerita singgah solat di Masjid Terapung pula.
~ يوس ~

Wednesday, June 20, 2012

Awana Kijal : Fun & Adventure

Sambung lagi entri cuti-cuti di Awana Kijal, Kerteh Terengganu.

Ini bahagian akhir mengenai Awana Kijal Resort ni ya. Selepas ni nak tunjuk tempat lain pulak. Ada yang tertinggal keretapi ke? Cerita awal mengenai Awana Kijal boleh klik :

Saat manis ibu dan Arif di kolam renang Awana Kijal

Lain-lain secara ringkas, semua aku sumbat dalam entri ni. Tak mahu lagi sebut Awana Kijal selepas ni, takut korang boring pulak....hehe. 

Pantai yang cantik. Seronok main air laut masin ni. Ada orang mula-mula enjoy, lepas tu takut sebab dia di lambung ombak sampai tergolek2 kat pantai. Arif lah tu....hehe

Kolam renang yang luas. Ada kolam sesuai untuk anak-anak, ada juga kolam yang dalam untuk dewasa. Tambah best, ada kolam air panas juga, tapi kami tak masuk pun sebab kat situ ada tertulis tak sesuai untuk 10 tahun ke bawah. Kang ibu dan abah masuk, anak sibuk nak masuk cam mana kan....hehe

Lagi ragam kami di kolam renang awana kijal ni. 

Bermain giant chess dengan anak-anak. Mereka ni bukan pandai main sangat pun, tapi punyalah seronok sebab tapak chess dan buahnya tu besar kan...hehe

Arif lebih seronok bermain di taman permainan di sini.

Satu lagi yang fun, main congkak gergasi ni. Sampai berapa kali ulang pun tak tahulah. Akibat kemaruk bermain congkak, dapat satu congkak kecik kat rumah ni sekarang...hehe.

Main teng-teng kapal pula. Aku pun join sekali. Seronok!!!

Bermain dam ular gergasi. Aqil asyik leading, tetapi kemudiannya dia kena makan dengan ular je...kesian...hehe. Pemenang hari itu ialah Alia.

Foot massage, jalan-jalan atas batu ni pula.

Fun room untuk anak-anak.

Aktiviti menarik lain yang boleh pengunjung sertai. Semua kena bayaran lain ya! Ada aktiviti jalan-jalan kampung, tangkap sotong, aktiviti di laut (seasports activities) ada peta besar juga menunjukkan tempat2 menarik lain yang boleh di lawati.
Ada juga bilik kecik menceritakan perihal penyu. Sebenarnya hari akhir kami di sana tu, malam tu hendak di adakan acara melepaskan anak-anak penyu di sana. Siapa yang nak turut serta melihat boleh bayar RM10. Tapi tulah, kami tak tahu awal kan, dah tak menginap di sana malam tu. Malam sebelumnya takde pulak. Siapa nak ke sini, dan nak tengok penyu di lepaskan, boleh tanya pihak pengurusan dulu bila tarikh2 mereka nak lepaskan penyu bertelur di sana. Setiap tahun dalam bulan Jun biasanya memang mereka akan buat selama beberapa hari. Hari akhir kami di sana, baru nak mula malam pertama penyu di lepaskan, melepas kami nak tengok....huhu.
Malam sebelum kami bertolak ke KT pula, sempat juga kami singgah sini. Teruja nak tengok Kelip-kelip Sungai Yak Yah ni. Dekat saja dari Awana Kijal tu. Gambar dari hasil carian google. Aku lupa nak ambil gambar kat signboard ni semasa di sana. Tu pasal terpaksa pinjam dari en google.

Anak-anak paling teruja melihat kelip-kelip ni Seumur hidup mereka baru pertama kali ke mereka lihat...haha. Gambar dari hasil carian google juga. Sebenarnya aku ada ambil gambar, tapi gambar semua nampak gelap je, sebab cahaya kelip-kelip tu tak mampu nak beri image yang bagus dalam kamera aku ni...huhu. Sayang sangat. Kenalah pinjam dari en google lagi

Akhir sekali, saat yang seronok juga semasa di sana, dapat bertemu dengan blogger Kak Mulan yang manis. Seronok berborak dengan kak Mulan di tepi kolam sambil melihat anak-anak mandi manda masa ni. Terima kasih kak Mulan sudi jumpa Yus, borak-borak, dapat oleh-ole, FM dari Bali pun ada. Sayang akak tau!

Siapa yang biasa masuk blog Kak Mulan mesti tahu kan, dia pemalu, tak biasa tunjuk muka sebenar di blog, jadi atas permintaan dia, di blog ini pun, muka kena cover sikitlah ya...hehe. Lupa pula. Hari ni birthday Kak Mulan lah.... Happy Birthday akak, Semoga sentiasa dalam lindungan Allah, dan semoga segala impian akak terlaksana.

Sekian.......

~ يوس ~

Wednesday, June 13, 2012

Awana Kijal : Apa yang menarik di sana??

Sambungan dari entri sebelum ni...fuh!!! Pening juga nak pilih gambar ni. Semua menarik pada pandangan mata aku. Dan nak pastikan tidak terlalu banyak gambar dalam satu entri. Nak buat slideshow, tapi rasa tak best! Satu-satu lagi menarik bagi aku.

Apa pun cuba buat yang terbaik untuk mudah pembaca dan aku sendiri tengok balik.  

Apa yang menarik di Awana Kijal Resort ni? Pertamanya pemandangan di sekelilingnya. Mari kita lihat bersama......:)

Pemandangan dari tingkap bilik penginapan kami. Nampak laut di seberang sana, ada kolam renang di sebelah kiri, ada giant chess di tengah-tengah, ada giant dam ular juga di sebelah kanan, dekat kolam renang ada playground untuk kanak-kanak, dah di sebelah kanan dam ular ada padang golf!

Ni pemandangan lebih menjurus untuk lihat padang golf, juga ada laluan untuk pengunjung berbasikal keliling resort dan menyusuri pantai. Basikal boleh di sewa mengikut jenis basikal tu. Ada mountain bike, junior bike dan juga tandem bike. Sewa dalam RM10 untuk satu jam. Masa kami di sana, ramai juga yang berbasikal. Seronok tengok! Padang golf dia ada dua tempat tak silap, ni di bahagian belakang, satu lagi di haadapan.

Ini parking lot di awana kijal. Pemandangan dari luar balkoni berhadapan bilik kami. Luas tempat ni, penat juga nak explore semua.

Dari celah-celah tangga menuju ke bawah. Kami masa di sini menginap di level 8. Tinggi juga, dan ada orang gayat tau! Tau tak siapa? Arif!!! Sangat terkejut sebab dia suka memanjat, tapi gayat. Nampak je bawah, terus menggigil dan cepat-cepat merangkak ketepi, so funny...huhuhu. Dari sini pun nampak giant chess dan giant dam ular tu kan.

Ada court tennis juga, dan tasik yang cantik. Pandangan dari sudut lain, nampak parking lot juga. Aku tak pasti kalau nak guna court tennis tu kena bayar berapa, tapi kalau nak main table tennis sewanya RM5 per session siap bola dan bats dia.

Ni pemandangan dari sudut lain, nampak apartment di awana kijal di hujung sana. Selain dari bilik hotel, pengunjung boleh sewa apartment dia juga. Sebelah kanan, padang golf yang bahagian hadapan ada aku sebut sebelum ni. Nampak sikit je...Besar kan tempat ni!

Ni pemandangan di waktu pagi, sejuk lagi. Redup je, boleh dengar deruan ombak tau malam-malam. Best!

Ni nak menuju ke pantai, pemandangan dari bawah.
Pemandangan di hadapan resort menuju ke pintu masuk lobi
Ini pula laluan menuju ke pantai. Ada badminton court juga di sana dan adik yang sedang khusuk Arif perhatikan itu sedang cuba menerbangkan helikopter mainannya. Macam-macam boleh buat di sini kan?




Nampak gaya dah 10 keping gambar di entri ini. Kita berehat dulu. Nanti sambung lagi ya. Selepas ni kita lihat kolam renang dia yang besar, pantai, dan aktiviti kami bermain chess, dam ular, tengteng, jalan atas batuan yang boleh perbaiki perjalanan darah kita katanya, main congkak juga aktiviti luar resort. Mungkin akan di bahagi-bahagi kepada beberapa entri. Aduh! Pening pulak aku nak buat entri cuti-cuti Terengganu ni....

to be continued....

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...