Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Marilah masuk Contest ke 2- Anjuran Komensen

Pakngah sendiri dah tanya aku tu....

Tapi aku tak pandai nak buat dialog lucu. Nak tiru dialek nogori pun tak pandai. Aku punya ayat memang skema biasanya. Tapi sebagai menyahut cabaran pakngah, mana tahu menang lagi contest ke dua pula,eden torai lah ya pakngah ya....:D.

Saya cuba ya pakngah.....:).


Pakngah: " Hai, Hai! Siapa sana cakap? Apa?! Pergi memancing?? Sorrylah.  Sekarang aku dah pakai undang-undang. Ini hari, hari Sabtu, setengah hari. Besok hari minggu,public holiday. Kalau nak ajak aku memancing, hari Isnin bolehlah! Lagipun hari ini aku nak dating dengan awek JAMBU aku tu....hehe."


Makngah: " Hello kakngah. Emak ni. Nko kena tolong emak ni kakngah. Abah kau tu peliklah. Pagi petang, siang malam, asyik berbaju pink aje.. Ini semua gara-gara JAMBU Maharajalawak tulah. Cuba kakngah bayangkan, sampai mak ajak dia pergi pasar pagi ni pun, dia pakai baju pink jugak. Sudahlah gitu, baju melayu siap bersamping. Tak ke pelik tu? Nasib baik samping pink dia takde. Dari tadi sibuk nak cari samping warna pink juga nanti. Cuba-cubalah nko cakap dengan abah nanti ya kakngah ya."

Ok. Harap ada unsur lucu di situ.

p/s: Walaupun aku ada blog contest, tapi untuk contest ini aku letak di blog utama. Teruja nak tahu komen dari pembaca lain...:). Siapa2 yang nak join silalah klik gambar contest pakngah tu ya. Nanti akan terus di bawa ke sana..hehe.

~ يوس ~

Wednesday, February 23, 2011

Senarai peserta dan pengumuman pemenang 1 Day Lucky Draw for you!

Sempena hari jadi anak aku Aqil hari ini, seperti yang di janjikan, cabutan bertuah untuk peserta 1 Day Lucky Draw aku, telah di jalankan.

Sebelum itu, aku senaraikan di sini nama peserta yang mengambil bahagian:

  1. Mrs Eady
  2. sarah-najwan
  3. Kak Sam
  4. Noremy bt Rahmat
  5. deeja
  6. qemaishak
  7. NM02
  8. Cik Jue
  9. Ina Hashim
  10. Ermayana
  11. ainnoraini
  12. Umie
  13. Mulan
  14. Nadiah Sidek
  15. Mrs Zura
  16. Misz Sephia
  17. Hanis Azla
  18. Cheqna
  19. Cma Shiema
  20. Kak Erna
  21. mummiey
  22. Yati
  23. HappyIrfa
  24. Suri Solehah
  25. Asmara
  26. ~Asha~
  27. Wahida
  28. ieda
  29. MaMa Cyda
  30. Ajzie
  31. Nieza
  32. sayangsayangibu
  33. zino
  34. ~AiM@rHaReEq~   
Mula-mula aku kira ada 35 peserta. Aku teruja sebab ianya sempena hari jadi aku yang ke 35 kan, tapi rupanya 34 peserta saja, sebab Cma ada letak komen 2 kali. So, yang kedua tu tak kiralah, sebab orang yang sama kan. Deeja pun ada tinggal komen 2 kali, makanya aku tak ambil kira. Yang lain yang tinggalkan komen selepas 21 Feb 11.59pm pun aku tak masukkan dalam kotak lucky draw ye.

Ok, pemenang akan di umumkan oleh anak aku dalam video di bawah. Cabutan di buat pagi tadi sebelum Aqil ke sekolah.



Ok. Dah tahu pemenangnya kan. Pemenang bertuah itu ialah Kak Sam. 

Kepada Kak Sam, harap dapat email saya di maz_naz06@yahoo.co.uk . Sila berikan nama penuh dan no akaun Maybank Kak Sam untuk saya bank-in kan hadiah. 

Tahniah kepada pemenang. Kepada yang lain juga terima kasih atas doa dan ucapan dari anda semua. Aku benar-benar terharu dan menghargainya.

Pagi ini aku ada temujanji di PKU mengenai mata aku yang ada retinal detachement problem tu. Berdebar nak jumpa doktor lagi ni...huhu


~ يوس ~

Friday, January 14, 2011

'Happy Baby Contest'

Ok. Hari ini baru berupaya nak join contest dari Kak Ina ni. Sebabnya, tak jumpa gambar Arif tersenyum gembira. Asyik muka serius saja. Susah betul nak ambil gambar dia dengan muka tersenyum. Hari ini baru berjaya. Tu pun macam blur-blur saja...huhu.


Aku nak masuk contest untuk Category A 

Gambar di pertaruhkan....

Tema "happy". Happy tak saya?...:x

Maklumat gambar :
Nama Anak : Muhammad Arif Zakwan 
Nama Ibu: ~ yus ~
Tarikh Lahir Anak : 27 Julai 2010

Ok, semua syarat dah buat. Tinggal satu lagi. Kena tag seorang blogger.
Aku nak tag MaMa CyDa 
Tarikh tutup penyertaan  17 Januari 2011 05.00pm.

Nak tahu syarat penyertaan dan hadiah bolehlah ke blog kak Ina di OurDreamsOfLife atau Contest

~ يوس ~

Monday, December 20, 2010

Aku menang Contest Pertama KomenSen

Hari yang agak sibuk selepas beberapa hari bersantai-santai di luar kawasan. Biasalah, bila balik saja dari berjalan kesesuatu tempat (tak kiralah balik kampung atau mengikut SRD atas urusan kerja), perkara pertama yang perlu selesai ialah mendobi baju. Banyak ok!! Al-maklum dah ada 6 orang semuanya dalam keluarga aku.

Selain itu, kami juga menerima tetamu. Ibu mertuaku, adik ipar perempuan, adik ipar lelaki dan biras aku ada sekali. Sudah pastinya aku tak boleh bersenang-senang mengadap komputer. Kini tinggal MIL dan my Sil, mata pun dah dapat lelap sekejap tadi, bolehlah aku nak buat entri...:P

Berita gembira di terima hari ini. Aku menang contest pertama KomenSen anjuran Pakngah. Keputusan pemenang telah Pakngah umumkan di dalam blognya di sini. Dari pagi rupanya dia dah umumkan. Aku ni tahu bila lihat ada komen baru pada entri sebelum ni pukul 1 tadi. Sungguhlah aku ketinggalan keretapi.

Sebenarnya pagi2 tadi sempat juga berdiskusi dengan my sil tentang jawapan kesemua peserta. Itupun setelah Pakngah buka semua komen yang ada jawapan dari para peserta. Al-maklum, kami berdua turut serta, jadi mulalah membandingkan jawapan. Dah rasa ada harapan untuk menang, tapi masih belum begitu yakin..hehe.

Dan bila Pakngah sendiri memberitahu di blog ini, kami berdua melonjak gembira. Tak sangka boleh menang. Hadiah boleh tahan lumayan...RM 300 tu. Alhamdulillah....rezeki. Kami berdua memang dah janji, siapa menang dia akan belanja yang seorang lagi. Nampak gaya akulah yang kena belanja ni..hehe.

Suka sebenarnya contest yang macam ni, perlu buat bacaan dan penelitian sebelum jawapan di beri. Dan jawapan juga berdasarkan fakta, kalau lain-lain contest biasanya pemenang pilihan dari penganjur.Tapi yang ni lain sikit, tu yang aku suka tu.

Apa pun kena tunggu hadiah di terima dulu. Aku sendiri belum fikir betul2 nak buat apa dengan hadiah tu. Tapi anak-anak dah naik sekolah ni, banyak nak guna duit. Boleh juga buat tambah2 kan.

Sekali lagi terima kasih pada Pakngah @ uncle Al-lavendari kita yang menganjurkan contest ni. Lain kali buat lah contest lagi. Saya pasti nak ikut sekali. :P

~ يوس ~

Sunday, December 12, 2010

Contest Pertama KomenSen


Sempena followernya dah mencapai 300 orang (sekarang lebih dah), Pakngah Hamzah @ uncle Al-lavendari anjurkan contest pertamanya. Ok, aku memang nak ikut dari mula aku dapat tahu pasal contest ni, tapi dalam masa yang sama my sil tag aku juga untuk join contest ni. Tq Ana tag akak...:P

Untuk yang belum tahu apa yang aku penatnya baca dalam entri ini, jawapannya ialah blog Pakngah Hamzah ni. Nak dapatkan jawapan untuk contest ni memang kena baca blog Pakngah. 

Mula-mula aku semangat nak join sebab hadiahnya agak lumayan ok!!. Tetapi, dalam pada aku mencari jawapan tu, aku dah jatuh cinta pulak dengan blog Pakngah Hamzah ni. Blog dia memang best!!  Mula-mula tu banyak juga skip, lama-lama aku jadi pembaca setia pulak. Dari hari Jumaat aku baca, sampai hari ini baru selesai....Apa pun aku enjoy baca blog Pakngah. Tak rugi baca blog dia!! Dia pandai buat lawak tau!! 

Ok, apa yang perlu aku buat untuk turut serta ialah : 

  "nyatakan nama negara luar yang pernah saya pergi/tajuk entri yang berkaitan/tarikh ia disiarkan"

Syarat wajib:

1. Buat satu entri tentang contest ini dan linkkan ke blog ini. - sedang menyiapkan ni, kira publish je DONE LAH.:biggrin:

2. Lekatkan banner di atas dalam entri tersebut dan juga di sidebar dan biarkan di situ sehingga keputusan disiarkan.
  - banner atas entri DONE, banner di sidebar LEPAS ENTRI PUBLISH...kira DONE.

3. Mesti menjadi follower. Kalau belum, sila jadi follower dahulu.
- SUDAH dari bulan lepas (my sil yg introduce blog pakngah ni)


4. Jawapannya hendaklah diberi di ruangan komen entri ini sahaja. - ok sekejap lagi HANTAR.

5. Tag 3 rakan blogger anda untuk turut serta.- maksu, NM02, dan , aSHa. 


Hmm..rasa semua dah buat ni. Oklah kot. Memang mencabar juga nak buat contest ni. Tapi aku enjoy! Tq Pakngah Hamzah buat contest ni. Kalah menang belakang kiralah, yang penting saya suka dapat baca blog PakNgah. Kalau tidak, tentu saya tak habis baca lagi. Sampaikan suami saya SRD pun baca sekali serba sedikit entri dari blog Al-lavendari ni...:thumbsup::thumbsup:
~ يوس ~

Friday, December 10, 2010

"My Header Contest"


Oh! Tengah mood nak masuk contest pulak ye....:P Aku di tag oleh Mak Su untuk join contest ni. Sementara mood ada, terus buat sajalah ye. lagipun senang, guna header yang sedia ada saja. Lebih kepada memeriahkan pun ada juga..B-) 

Contest ini di anjurkan oleh RIEYANA.

Aku guna header yang sedia ada dalam blog ni. Rieyana kata boleh guna header lain kalau mahu, tapi yang ni pun dah oklah. (malas nak godek2 lagi sebenarnya). Hadiah menarik juga, iaitu topup RM100 atau yang tak guna topup, dia bank-in RM100. Yuhuuu..:thumbsup:

Header blog aku

Ok. Kena tag tiga orang yang lain. Aku tag Wahida, Misz Sephia, dan sarah-najwan.
Tarikh akhir penyertaan 5 Januari 2011;

~ يوس ~

Thursday, December 09, 2010

Contest Si Manjaku Comel



Oh! Ini pertama kali aku nak join contest ni. Teruja pulak. Boleh kan! Aku tak tahu sebenarnya nak pilih gambar mana yang paling comel. Kira comel lah semua bagi aku....:P
 Contest ni di anjurkan oleh blogger Masyimalo's Heart

Aku nak pertaruhkan dua gambar untuk dua orang anak. Boleh kan Juliana?

 Gambar 1 : Muhammad Abid Zulfan
D.O.B : 20 November 2006

Gambar 2 : Muhammad Arif Zakwan
D.O.B. : 27 Julai 2010


Nak tag :

Tarikh akhir penyertaan 25 Disember 2010 ; 230pm
Kalau rajin bolehlah join sekali ye...:lol:
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...