Showing posts with label membebel. Show all posts
Showing posts with label membebel. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Tak Sempat

Rindunya nak berblog macam dulu tapi serius tak sempat. Tak sempat nak mengadap lappy macam dulu. Inipun guna hp, tapi setakat update tu boleh, nak bw tak best guna hp kecik ni kan.Pegang hp mmg sempat selalu, yalah sambil bf Amani, tangan sebelah menekan keyboard hp ni, hehe.

Bila tak rajin bw, tak rajin jugalah nak update blog. Macam tak adil bila kawan2 baca blog kita tapi kita tak sempat buat kunjungan balas ke blog kengkawan, hmmm...

Blog dah suam2 kuku ni mmg dah tak ramai yg rajin bertandang. Faham sangat. Rasa macam nak stop dan tutup je blog ni pun ada,  tapi sayanglah pulak.

Sekadar luahan rasa dari pemilik blog ini. Rindu kawan2 blog semua terutama yang bukan kawan fb kita. Yang mana kawan blog + kawan fb tu selalu juga dapat tahu cerita mereka. Yang tidak tu yg rasa hilang je kan.

Sebelum blog ni bersawang lagi, nak kongsi gambar terbaru diri sendiri, hehe.

Aku bersama si kecik bongsu Amani Zuhrah
Lagi 3 hari genap usia Amani 3 bulan

Wednesday, May 09, 2012

?????

9 Mei dah! Baru nak buat entri pertama bulan ini? Mana pergi Yus yang dulu rajin update walau lappy rosak? Gigih buat entri dan bw walau dengan skrin hp yang kecik? Kenapa mood terus hilang ni? Bz sangat ke?

Aku tanya sendiri, jawapan pun ada pada aku sendiri. No hal lah kan. Ada orang kisah?

Ok, sedang mengumpul semangat untk berblog semula.

Datanglah!

~ يوس ~

Friday, January 27, 2012

Bayar Bil Online

Korang biasa bayar bil-bil setempat di mana?
Aku ni memang kolot sikit kot.
Takut nak bayar bil online.
Tak pernah pun, jadi aku memang suka bayar di pejabat pos.
Bagi aku selamat, dan aku nampak ada cetakan berkomputer pada bil tu,
menandakan bil sudah di bayar.

Tapi, dua bulan lepas penggunaan telefon aku sudah hampir kepada hadnya.
Bil pula tak sampai-sampai.
Nak bayar online takut.
Siap aku telefon Celcom customer services tu macam mana cara nak bayar guna Maybank2u.
Senang aje rupanya ya!!!
Lepas tu aku pun seronok je bayar online.

Kali ini pula, bil letrik rumah kami tak kunjung tiba.
Aku pasti sangat bil bulan 12 memang kami tak terima.
Kemana hilangnya bil itu??
Dah nak habis bulan 1 ni, aku takut sangat nanti kena tunggakan pula.
Mulalah mencari pada bil yang lama.
Baca-baca Catitan Bil Eletrik kat belakang tu, terjumpalah pernyataan ini pada barisan paling akhir.
** Anda boleh menghantar bacaan meter sebenar, menyemak transaksi pembayaran dan rekod bacaan meter di laman web 'E-Services' TNB di www.tnb.com.my
image dari tnb.com

Apa lagi, terus pergi sana dan buat pendaftaran untuk E-Services TNB.
Semua bil yang pernah aku dapat, dan bila aku bayar semua ada di situ.
Dan betul, bil bulan 12 yang aku kata hilang tu, memang aku belum bayar.
Dan sekali lagi, mudah aje bayar online ya.
Kalau tak kerana bil tu takde, mesti aku tak belajar bayar online ni.
Dok ikut cara lama juga...huhu.

Ada yang sama macam aku?
Suka bayar bil di pejabat pos?

Tapi masih musykil ni, macam mana bil tu boleh hilang?
Aku pasti, aku tak terima rasanya.
Dan di situ tercatit bil yang aku tak terima tu,
kod bacaan nya ialah 'E' membawa maksud Bil Anggaran di Premis.

Awat satu tu je bil anggaran?
Yang lain semua kod bacaannya 'N' iaitu bil bacaan sebenar.

Siapa yang baca meter kawasan aku ni??
Buat kerja betul-betul ke tidak ni?
Senang je baca  meter rumah aku ni.
Apasal nak anggaran-anggaran pulak?

Ni mesti takde orang yang datang baca, dan TNB main buat anggaran saja.
Itu pasal aku tak terima bil!
Aduh! Janganlah buat macam ni lagi!
Susah kalau tak terima bil, lepas tu mulalah pengguna yang kena tanggung.
Bayar untuk beberapa bulan sekali.
Dah tentulah amaunnya banyak.
Kan...kan....

Aku pernah baca ada pengguna yang dapat bil 2-3 bulan sekali.
Korang pernah kena macam tu ke?
Biarlah sebulan sekali dapat bil kan,
kalau 2-3 bulan sekali baru dapat bil, memanglah sakit nak membayar.
Banyak tu!!!!.....huhuhu.

p/s: bil-bil lain aku masih bayar di pejabat pos, baru dua bil ni saja aku berani bayar online...hehe :).
~ يوس ~

Friday, January 06, 2012

Sekolah asrama atau sekolah dekat rumah?

Semalam balik  ambil Aqil dari sekolah, tiba-tiba dia bertanya;

Aqil: Ibu nanti kalau Aqil tingkatan 1, Aqil sekolah mana ibu?

Aku: Kenapa? Aqil sekolah dekat-dekat sini ajelah. Tapi ibu tak nak sekolah Senggarang. Sekolah yang baik-baik sikitlah (kalau cikgu sekolah SMS dengar ni marah kat aku agaknya..hehe), High School ke? Tak pun Sekolah Sains BP tu ke.Tak lama lagi kan nak siap dah. Ibu tak nak Aqil sekolah asrama awal sangat. 

Aqil: Alah, Aqil nak sekolah yang dekat rumah je.

Dan hari ini, baca status seorang kawan yang anaknya baru masuk asrama untuk tingkatan 1. Bagaimana dia merindui anaknya, dan anaknya pun asyik menelefon. Nak basuh baju telefon, habis sekolah telefon, dalam sehari kira asyik telefon ajelah.

Dan adalah komen-komen dari akak-akak yang berpengalaman hantar anak ke sekolah asrama di bawahnya. Satu yang menarik hati aku, komen dari seorang akak ni. Seminggu pertama anaknya di asrama, dia asyik menangis setiap malam. Anaknya setiap malam yang sama juga asyik teringat ibunya, dan mimpikan ibunya, tapi tak menangis. Macam ada telepati antara anak dan ibu ni kan.

Ada juga ramai yang beri komen kata, itulah antara sebab dia tak mahu anaknya ke asrama terlalu awal. Tunggu mereka tingkatan 4, sebab nanti kalau dah masuk universiti, dah kahwin, lagilah lama tiada di depan mata. Dalam setahun mungkin 100 hari pun tak sampai..huhu.

Aku sendiri dulu, masa nak masuk Tingkatan 1, emak tak benarkan ke sekolah berasrama. Tapi bila masuk form 4 baru dia benarkan. Dan aku rasa mungkin aku pun sama. Bukan sebab tak percaya anak, tapi tak nak berpisah dengan anak terlalu awal...huhu.

Kakak-kakak yang dah ada pengalaman anak belajar di asrama tu, macam mana ya? Elok ke cara pemikiran aku ni? Tak mahu hantar anak ke sekolah asrama terlalu awal. Sekarang ni nak masuk sekolah asrama pun kena banyak tapisan kan, tapi aku memang rasa tak sanggup rasanya berpisah terlalu awal dengan anak-anak...huhu.

Dalam hati mula terfikir, kenapalah Aqil dok tanya perkara ni semalam. Dia sendiri pun mungkin belum mengerti sangat, tapi sebab sekarang ni dia banyak berkawan dengan budak darjah 6, tu yang soalan tu muncul kot.

Lepas tu, bila baca berita pasal ada anak-anak yang kena buli di sekolah, lagi takut. Anak aku tu kecik aje orangnya, macam mana dia nanti?...huhu.

Anak baru darjah 4, belum pun ambil UPSR dah fikir jauh aku ni kan. Tapi betul, aku rasa tak mahu dia masuk sekolah berasrama awal, biarlah dia membesar depan mata aku lama sikit. Kalau macam ni bagaimana anak tu nak belajar bedikari kan?

Sekolah dekat rumah pun, kalau memang anak tu bijak urus masa dan tekun belajar, pasti boleh dapat keputusan yang baik juga kan. Tak semestinya sekolah berasrama aje yang boleh lahirkan pelajar yang cemerlang.

Entah apa yang aku melalut hari ini, tapi aku sebenarnya sebak bila  baca status kawan tu yang sedih mengenangkan anaknya di sekolah berasrama. Aku rasa, aku pun akan macam dia kalau berada di tempat yang sama...huhu.

image di atas ni sangat menarik hati aku. Kalau Aqil atau Alia sekolah berasrama, dia berani tak minta dengan guru macam ni...hahaha. Tapi budak-budak sekarang ni memang semakin berani kan. [pic google]
~ يوس ~

Tuesday, December 20, 2011

Astro lancar satelit tv percuma pertama Malaysia??

Betul ke ni??
Percuma maksudnya takde bayar apa2 ya?
NJOI tu apa??
Program ekasih tu apa??
Oo yang ni untuk fasa pertama.

Fasa kedua pula menjelang suku pertama 2012.
Pelanggan kena beli dekoder dan piring untuk dapatkan satelit percuma.
Mana datang percuma kalau dah kena beli dekoder dan piring???
Adeh! Kena bayar jugalah tu!!!

Fasa ketiga, pelanggan boleh memilih,
sama ada membeli kandungan tambahan mereka sendiri,
daripada menu produk dan perkhidmatan ....n bla bla bla.......
Again! Bukan sepenuhnya percuma lah tu!!!!

Pandai Astro buat duit kan.

Korang faham tak apa aku tulis ni?
Tak faham??
Baca berita penuh di sini ya.

~ يوس ~

Thursday, November 03, 2011

Isu Gambar kelas : Abid dan rakan-rakan

Kelas murid-murid 5 tahun. Dapat cari di mana Abid tak? (kurang jelas, sbb aku tak scan gambar ni, guna kamera dari hp aku je)
Persekolahan tahun ini dah hampir ke penghujungnya.
Biasalah setiap akhir tahun, terutama murid tadika, mesti ada gambar kan.
Gambar konvo tu yang paling mahal!!
Kecik-kecik dah berkonvo.

Teringat pula, aku dulu tak sekolah tadika pun.
Belajar dengan emak saja, tapi emak kata umur 4 tahun aku dah boleh membaca. (eceh kerek nko!..haha)
Jadi aku takde pun kenangan bergambar masa di tadika.

Apa aku nak cerita sebenarnya ni?

Ok, berbalik pasal gambar tadi.
Bila cikgu tadika Abid kata, kena bayar duit untuk gambar kelas anak,
aku diam saja mulanya.
Lepas tu baru aku bertanya, " Berapa kena bayar cikgu?"
Dia jawab, "40 ringgit".

Balik rumah cerita dengan SRD.
Masa ini SRD dah bising, "Gambar apa sampai 40 ringgit??"

Esoknya, bila cikgu beri gambar-gambar tersebut pada SRD,
dia bayar saja dan mengambil gambar-gambar itu.

Ada 3 keping kesemuanya.
Besar-besar.
1 gambar untuk murid-murid 5 tahun.
1 gambar untuk semua murid di tadika itu (5 tahun + 6 tahun)
1 lagi gambar kumpulan Nasyid tadika itu.

Semua gambar itu ada muka Abid.
Dan semua gambar kira kena paksa belilah sebab tak tanya dulu pun kita nak gambar mana,
tiba-tiba suruh bayar untuk semua..huhu.

Ini yang menjadi isu!
SRD bising-bising.
Kata dia,
"Kan kesian kalau keluarga budak tu tak mampu, tiba-tiba paksa beli semua gambar, sampai 40 ringgit. Kita mungkin mampu, tapi kalau ya pun, patutnya cikgu tanya dulu nak semua gambar atau satu saja. Yang anak 6 tahun lagilah kena beli gambar yang pakai baju konvo. Banyak kena bayar untuk gambar saja, tapi macam terpaksa je. Patutnya tanya dulu. Punyalah untung jurugambar tu dapat. Bukan guna filem pun sekarang. Guna digital kamera saja. Kalau satu murid 40 ringgit, cuba kira berapa semua murid ni? Banyak tu dia dapat. Abang pun nak jadi jurukameralah."

Eceh! Biasalah SRD dan aku, bisingnya kat belakang saja.
Kenapa tak cakap je dengan cikgu tu kan??

Sebab kami tak kisah dapat semua gambar-gambar tu,
cuma isunya, patut tanya dululah kan.
Nak semua gambar atau tidak.

Mulalah kami dok bandingkan masa kami di Sheffield, UK dulu.
Masa di hospital, waktu melahirkan Alia dan juga Abid.
Ada jurukamera datang tanya sama ada kami nak ambil gambar baby kami baru lahir atau tidak?

Masa tu, baru dapat baby, ada pula orang offer nak ambil gambar, sukalah kan.

Bila gambar tu dah siap, dia poskan ke rumah.
Memang banyak gambar, ada yang kecik, ada yang besar.
Semua dia dah siap cuci, dan harganya tak silap untuk semua 35 pound .

Tapi! Tapi ya kawan-kawan,
ada borang di belakang tu, sama ada kita nak semua gambar atau tidak.
Kalau kita nak satu keping saja, yang lain wajib di pulangkan.
So, bayar amaun kecik saja, dari jumlah gambar yang kita ambil.
Nak pulangkan tu pun, dia dah siap kasi sampul surat yang setemnya sudah ada.
Tinggal poskan saja mana-mana gambar yang kita tak nak kepada dia semula.

Cumanya bila dah sampai kat tangan kita, tengok gambar semua cantik,
wajiblah kita nak semua kan!

Di sana mereka boleh percaya tau!.
Belum pun di bayar gambar tu, mereka dah cuci dan beri kepada kita.
Kalau kat sini, susah juga kan.
Confirm ada yang tak bayar, lesap gitu saja.

Tapi isunya, dia bagi kita pilihan, nak gambar yang mana??
Nak semua atau satu saja.
Ini bila kena beli semua, tanpa di beri pilihan,
tu yang rasa macam terpaksa aje tu...huhu.

Inilah baby first potrait yang di ambil oleh jurukamera di hospital Jessop wing Sheffield masa aku melahirkan Alia. Siap dengan frame dia kasi, ada lagi gambar potrait kecik-kecik. Bila dapat tu, memang confirm terus nak beli..huhu. (Gambar ulangtayang dari blog lama)

Apa pun, Abid lah paling seronok.
Ada muka dia dalam gambar.

Teringat juga dulu-dulu masa zaman sekolah.
Bila ada kawan bawa kamera dan ambil gambar kita,
semua pakat seronok sama-sama berposing.

Bila kawan tu dah cuci, dia bawa semua gambar tu siap letak kertas kecik bertulis nombor pada gambar.
Siapa nak gambar tu, kena lah tulis nama dan nyatakan nak gambar no berapa.
Tak pun tengok pada negatif filem gambar tu semula.
Nombor berapa kah gambar itu.

Lepas tu, bila dah pilih barulah kawan tu cuci.
Dah dapat gambar baru bayar.

Masih di sini, kita pilih dulu gambar yang kita hendak kan!
Walaupun mungkin muka kita ada di setiap gambar,
tak semua gambar tu , wajib kita membelinya.
Tak gitu??

p/s: entri tak puashati kena beli semua gambar ni...hihi.
~ يوس ~

Thursday, October 20, 2011

Bila angin kuskus datang....

Korang tahu apa itu angin kuskus?
Pernah guna perkataan ni?
Aku selalu guna kot...
Sebab angin ni mesti datang tiap-tiap bulan pada aku.
(Angin pompuan nak datang bulan...:p)

Bila angin ni datang, semua jadi serba tak kena.
Itu tak kena, ini tak kena,
Nampak sepah sikit,
angin tu terus jadi ribut.
Boleh serabut!!!:headache

Biasanya dia datang dua tiga hari sebelumlah kan.
Hari terakhir tu biasa memang angin tu bertambah kuat.
Anak-anak pun jadi pelik?
Pantang silap sikit, ada yang kena bambu nanti...:D

Bila dah muncul pula, angin tu berkurang.
Tapi sensitifnya menjadi-jadi.
Masa ni dah takde angin,
Yang ada, mood sedih aje.

Lebih-lebih lagi bila cik abang kita;
"Ahad ni sampai Khamis InsyaAllah abang takde."
"Kena pergi Australia."

Huwaaaa!!
OS dekat-dekat pun mood aku selalu merudum kalau tak dapat ikut.
Lagilah jauh-jauh sampai ke ober the sea....uhukuhuk. (gatal je bunyi Yus!!)

Mood merudum punya pasal, tengok kalendar pun silap.
Bila tengok tarikh 26 October di laman web ini, tercatit hari itu ialah Hari Raya Haji.
Haaa!!! Raya Haji cik abang takde???
Angin kuskus terus datang balik....ekekek:p

Nasib tergerak hati tengok semula.
Rupanya tarikh tu untuk tahun 2012.
Ini 2011 lah yus!!!!
Periksa betul-betul kaluuuuu!

Oh!!! 26 October tu Deepavali je...:D
Angin kuskus hilang balik.
Sejuk semula hati....
Tapi masih gak dalam hati rasa,
Bestnya kalau dapat ikut...huhu.

Antara uni yang SRD di jangka nak lawat, University of Melbourne.
Dan dalam masa yang sama,
ada gak terdetik dalam hati ini....
"Mintak-mintaklah tak jadi pergi...hihi"

Korang sorrylah baca entri melalut aku hari ini.
Ni memang angin kuskus melanda ni.....
:)>-:)>- no war ya!!

;) :) :x

~ يوس ~

Wednesday, October 19, 2011

Mesin pelipat kain dan baju satu!!!

Kerja rumah yang paling kerap aku bertangguh ialah melipat kain baju.
Malas sangat nak membuatnya.
Selagi dua bakul tu tak penuh, selagi itu aku biarkan.
Tapi bila dah mula melipat tu, memang akan cuba buat sehingga habis.
Cuma nak mula tu selalu malas!!

Kenapa ya?
Nak lipat kain baju ni bukanlah kerja yang susah, tapi malasnya nak buat.
Pernah aku berborak dengan jiran sebelah.
Katanya, dia memang sediakan satu bakul satu untuk setiap sorang.
Senang anak-anak nak cari baju, sebab semuanya jarang berlipat.

Biasa tak ada baju berlonggok atas katil tak berlipat??
Ni dululah ni.
Masa aku masih bekerja,
rasanya memang selalu sangat penuh kain dan baju bersih yang tak berlipat atas katil.
:">...dasar pemalas nak melipat ya?
Sekarang tidak lagi, sebab aku ada dua bakul besar untuk baju bersih...:D

Pernah aku suarakan pada SRD.
"Bang, ciptalah satu mesin pelipat kain baju."
" Kalau abang atau student abang berjaya buat mesti laku! Ramai yang nak beli!!!"

Hahaha....ada yang sokong??

Tadi saja google...
Jumpa video klip ini..
Eh! Adalah robot pelipat tuala!!
Tapi kelakarlah pulak
Rasanya aku buat kerja lagi cepat ...:p






Robot ini sangat cute kan!!!
Project was led by UC Berkeley Ph.D. student Jeremy Maitin-Shepard working with Professor Pieter Abbeel. The video is shown at 50X speed. 

Dan ada satu lagi klip video mesin pelipat t-shirt.
Yang ni rasa dah pernah jumpa sebelum ni.
Tapi macam tak sanggup je nak simpan cebisan kotak untuk di jadikan mesin pelipat tu.
Mesti sekejap je dah koyak.
Aku lipat sendiri lagi senang....:))





Mereka-mereka yang tak pernah bertangguh lipat kain baju ni aku respect lah.
Kena bagi semangat melipat tu kat aku sikit...hihi.

~ يوس ~





Friday, October 07, 2011

"Ibu! Rumah dia macam hotelllll!

Pengalaman raya tahun ini tak banyak yang mencuit hati.
Tapi ada satu yang masih terngiang-ngiang di telinga aku sehingga kini.

Ketika majlis marhaban tempohari, bila masuk ke rumah salah satu jiran kami,
tiba-tiba perkataan ini yang keluar dari mulut Abid;
" Ibu!! Rumah dia macam hotellah!"

Agak uolls lah kenapa dia boleh berkata begitu??

Anak-anak aku memang bertuah.
Kecik-kecik dah boleh menginap di hotel.
Bukan kerana kami orang kaya, atau kami selalu pergi melancong.
Tapi sebab kami selalu ikut SRD yang ada bengkel atau kerja di hotel.
Maka kiranya, penginapan kami di hotel itu banyak yang di tanggung oleh majikan SRD.

Jadi, gambaran hotel yang cantik, ada penghawa dingin,
lampu menarik, bilik yang kemas, semua dah meresap dalam kepala otak anak-anak aku.

image dari grandbluewavejb.com
Apa yang lebih menarik bagi mereka, bila ke hotel ada swimming pool!
Horeyy! Boleh mandi!

image dari grandbluewavejb.com
Dan bila mereka masuk ke rumah orang,
yang dari luarnya nampak serupa je dengan rumah kami,
tapi hiasan dalamannya sangat berbeza dari rumah sendiri,
maka tercetuslah penyataan tadi,
"Ibu! Rumah dia macam hotelllll!"

Apa kelainannya??


  1. Ada aircond (kami memang guna kipas saja)
  2. Lantai dah bertukar kayu, macam dalam Deco bersama Eric tu.
  3. Wallpaper sangat menarik.
  4. Ada LCD TV (Rumah kami masih tv 21 in lama tu, takde lcd tv ni)
  5. Cahaya lampu sangat menarik, ala-ala bilik hotel dalam gambar di atas lah.
  6. Ada lampu seperti dalam gambar di bawah.

image ehsan google
Dan sejak hari itu,
mulut Abid tak henti-henti menyuruh aku mengubah rumah kami jadi ala-ala hotel.

Aduhhh!!! Siapa yang mengajar pun aku tak tahu.
Ada taste rupanya anak aku Abid ni. (Dia sorang je yang sibuk, yang lain takde pun)

Mungkin itulah gambaran menarik Abid mengenai hotel.
Dan kerana itu juga, dia dan anak-anak yang lain sangat teruja bila abahnya kata,
" Hari ini kita tidur hotel nak?"

Menarik! Memang menarik!
Tapi mereka tak tahu, ada sesuatu yang buat ibu dia semput bila di hotel.

Bayangkan ya, dalam bilik kecik hotel tu.
Bukan besar mana pun kan!
(Lebih-lebih lagi hotel budget, kata di tanggung, bukan holiday kan)
Hampir 24 jam terkurung dalam bilik itu!

Abahnya dah tentu sibuk dengan bengkel dan kerja kan.
Aku, dengan anak-anak dalam bilik kecik itu!!!!
Apa yang menariknya???

Untuk tempoh 1 jam pun dah macam-macam kerenah.
Tapi biasanya kalau urusan kerja hampir 20 jam kami terperuk dalam di bilik tu.
Contoh dalam tempoh sejam saja ini biasanya berlaku:
"Ibu lapar?"
"Ibu, nak main boleh?"
"Ibu, Aqil ni kacau!!"
"Ibu, takde citer kartun ke?"
"Ibu, bila boleh ke swimming pool ni?

Lain-lain....


  • Melompat atas katil macam katil tu tempat melompat.
  • Bermain dengan volume suara yang agak kuat.
  • Menangis sebab di usik.
  • Baling-baling remote tv.
  • Bermain dengan sabun di bilik air.
  • Makan sepah-sepah atas katil dan karpet bilik tu.
  • Bermain dengan telefon hotel (tak habis-habis nak mendail)
  • Nampak pensel dalam bilik hotel, sibuk nak menyonteng.


Ok, yang tersenarai tu adalah antara yang berlaku lah eh.
Agak-agak uolls, best tak??

Kalau di rumah rasa lebih luas kan.
Walaupun mereka masih buat benda yang hampir serupa.
Aku pula banyak benda lain boleh buat juga.
Membasuh, memasak, berinternet.
Nak tidur atau rehat pun dalam bilik aku sendiri.

Ini di bilik hotel???
Semua sekali disitu, hiruk-pikuk rasanya.
Nak keluar jalan-jalan pun tak boleh.
Bawa 4 orang kanak-kanak tanpa abahnya dan di tempat yang kita tak biasa???
Satu cabaran kan??

Jadi, kesimpulannya bila ikut abahnya yang ada kerja di hotel,
anak-anak sangat happy.
Tapi ibu, suam-suam kuku saja.

Namun, bila mengenangkan anak-anak gembira.
Aku gembira juga sebenarnya.
Alhamdulillah, tak semua orang dapat jejak kaki ke hotel kecik-kecik lagi kan.
Aku sendiri dah besar panjang, baru dapat jejak kaki ke sana.
Jadi, aku perlu tenangkan fikiran, dan enjoy dengan anak-anak juga.

Uolls pernah tak hadapi situasi serupa??

p/s: Sebenarnya entri ini keluar kerana petang ini kami akan bertolak ke hotel dalam gambar di atas sehingga Ahad. Makanya aku bakal menghadapi situasi itu kembali....uhuk uhuk.

~ يوس ~

Wednesday, October 05, 2011

Blog Anda Low Class

Sentap aku pagi-pagi buka blog seperti biasa dan tiba-tiba terima komen seperti ini di shoutbox.

Siapa gerangan wahai anda tikar terbang?
Tiada pula tinggalkan link ke blog anda yang high class tu ya??

Entahlah, selalu baca di blog rakan-rakan lain terima komen-komen pedas,
Tapi blog aku tak pernah rasanya.
Ini kali pertama dapat komen sedikit sentap macam ni.

Aku tidaklah terasa hati sangat, cuma sedikit terkejut.
Blog ini hanyalah catatan aku mengenai perkembangan anak-anak,
keluarga dan sedikit pengalaman yang pernah aku rasa, aku alami.
Memang tak banyak cerita yang bersangkut paut dengan artis ke, isu semasa ke,
Semua pasal aku dan keluarga aku yang lebih.

Tak kisahlah 'anda' si 'tikar terbang' nak kata blog aku ni low class ya.
Sebab aku berblog untuk mengisi masa lapang,
Mendapat ramai kenalan,
Menulis apa yang aku rasa aku nak tulis.
Bukan untuk mendapat publisiti murahan,
atau menang pertandingan blog.
Jadi perlu ke aku letakkan standard blog aku tinggi melangit???

Takde orang besar-besar, atau otai blogger fofular pun rasanya baca blog aku ni.
Blog kecil yang sejak tahun 2006 aku bina untuk catatan dan kenangan aku sendiri.
Minta maaflah kalau rasa blog ini low class.

Aku berterima kasih kepada semua yang sudi menjadi rakan maya aku.
Rakan blog serta follower yang semakin meningkat.
Harap dapat berikan komen yang membina.
Barulah ukhuwah yang terjalin bertambah erat.

Terima kasih atas komen anda.
Lain kali tinggalkanlah link ya.
Boleh juga kami semua tengok macam mana rupa bentuk blog yang high class tu.
Bolehlah kami belajar untuk jadi high class macam anda juga.

Kalau setakat tinggal komen macam tu,
tapi tak tinggalkan link itu pengecut namanya!!!
Pandai cakap belakang saja.

Hai! Pelik???
Blog ibu-ibu seperti aku ni pun ada orang nak komen macam ni ya?:(

~ يوس ~

Sunday, October 02, 2011

Bila atok dan maktok ada di rumah.....

Tiba-tiba semalam pukul 8 malam, maktok dan atok ayah budak-budak ni sampai.
(Takdelah tiba-tiba, tengahari tu mereka dah telefon kata nak datang)

Sedari petang, anak-anak aku dah sibuk bertanya.

"Ibu mana maktok ni? Kata nak datang!"
"Ibu!! betul ke atok ayah nak datang ni? Takde pun?"
"Ibu, atok ayah sesat kot."
"Ibu, mesti maktok tak jadi datang ni."
"Ibu dari Melaka sampai Senggarang berapa jam ibu?"

Tu dia, segala soalan-soalan cepu emas semua keluar dari mulut mereka.

Dan bila atok ayah dan maktoknya dah sampai....

Rumah lebih riuh dari biasa.
Ada kenduri kot rumah ni?
Malam-malam masih bermain terjerit, terpekik.
Kuatnya semua bercakap, semua berlumba-lumba nak bercerita dengan atok dan maktok dia.
Dah pukul 10.30 malam pun masih ceria.
Semua berpeluh-peluh macam berlari 1km.

Tapi yang TAK BESTNYA!!!!!!!!!!

"Kenapa nko biarkan anak ko ni memanjat je kak?"
"Ni kenapa pipi Arif sebelah lebam ni?"
"Pipi kanan Alia ni kenapa macam terkena api ni?"
"Jangan biarkan Arif tu mandi dengan abang dengan kakak dia tu".
" Lasaknya anak-anak nko ni?"
" Apesal maktok tengok Arif makin kurus ni?"
Huhu.....
Selalu kita bebel anak.
Ni ibu dia pula kena bebel....
Nasiblah kan....
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi....:( :D

~ يوس ~

Tuesday, September 27, 2011

Android yang cool!!

Bila aku minta hp baru dari SRD beberapa bulan lepas, SRD dengan senang hati bagi aku duit dan suruh aku pilih sendiri hp yang aku mahu.

Sebagai isteri yang baik dan tak mahu menyusahkan suami sangat (eceh, macam ya je..haha) aku pun pilihlah hp yang aku lihat ada semua aplikasi yang aku nak, dan regenya berpatutan.
Masa ni masih buta pasal android,
Yang aku tahu telefon pintar iPhone  regenya lebih 1k. Mahaiii tu!!!

Makanya aku pun belilah hp ini...

c5-03

Sekali balik rumah emak, kena marah dengan adik-adik aku semua.
Mereka semua dah guna android.
Mereka kata android murah, tapi aplikasi hampir sama dengan iPhone.

Yang seorang guna ini
Yang ni tak sampai 500 pun  (sony xperia 3)
Dan seorang lagi guna ini..
ini 500 dah dapat ( samsung galaxy mini)

Harga 500 dah dapat, tiadalah sampai macam iPhone tu.
Ha!!! Murah tu, tapi aku dan beli cokia tu...huhu, yang harganya lagi mahai dari android mini tu...:(
(Nampak gaya kena tukar ni...:D)

Sekali sebulan lepas tu, SRD pun tukar hp dia ke yang warna hijau di atas.
Bila masing-masing dah ada android, semua kerek dengan aku sebab hp mereka boleh guna dua aplikasi yang best ini...

Jeles sekejap. Tapi sejuklah hati sebab hp cokia tu, boleh juga guna aplikasi yang pertama tu.
Tetiba, my sil pun tukar hp dia kepada android yang ini pula.

samsung galaxy ace

Jadi mereka semua boleh guna viber yang cool di atas, tapi aku tidak!!!

Apa yang bestnya pasal viber??





Uolls yang ada telefon pintar seperti iPhone/BB/Android tahu tak pasal aplikasi ini?

Kalau tak tahu rugi sebab boleh buat panggilan dan sms percuma ...
Boleh baca lanjut di sini....


Panggilan dan SMS PERCUMA dengan Aplikasi Viber



Jadi saper2 yang teringin nak guna iPhone tu, tp tak cukup ongkosnya, bolehlah bertukar kepada android yang jauh lebih murah, tapi aplikasi hampir serupa.

Anak-anak aku pun suka, sebab boleh main angry birds dalam tu..huhu

p/s: ni entri jeles dengan orang sekeliling yang guna android ni....huwaaa.
~ يوس ~

Thursday, August 04, 2011

Komunikasi yang betul tu penting!

Berkomunikasi pun perlu betul ya, sebab bila orang yang menerima mesej kita tu salah faham dengan maklumat yang di terima, boleh jadi kacau!

Apa itu komunikasi?
  • satu proses di mana manusia menghantar dan menerima mesej
  • satu proses di mana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan
  • Juga satu proses interaksi di mana kita bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol dengan tujuan untuk memberi dan berkongsi maklumat atau mengubah keadaan fizikal dan mental mereka
Definisi ini aku ambil dari sumber ini.

Kiranya berblog pun satu proses komunikasi juga kan.

Aku bukan nak sentuh pasal blog, tapi komunikasi antara kita dan pasangan kita.
Susah juga kan, bila kita cakap lain, dia faham lain.
Atau bila kita fikir lain, dia pula fikir lain dari apa yang kita kata.

Atau bila kita rasa lain dari apa yang dia kata, dia tak rasa apa2 pun dan anggap itu satu perkara biasa.

Perasaan suami dan isteri ni berbeza...
Perempuan lebih sensitif, lelaki pula kurang sensitif.
Benda yang isteri anggap berat, suami anggap remeh.

Dan en abang aku SRD selalu kata, aku ni suka fikir yang bukan-bukan.
Benda kecik di anggap besar.
Perkara mudah di anggap susah.

Tapi, bila sesuatu tu mengguris hati, tapi pasangan kita pula rasa tidak, 
Akan jadi masalah besar bila yang terguris tu mendiamkan diri saja.

Jadi dalam komunikasi antara pasangan suami isteri, haruslah berani berterus-terang.
Benda kecik-kecik pun, kalau tak puashati, cuba luahkan dan bincangkan antara pasangan.
Sebab kalau di simpan, makin lama akan makin susah nak di luahkan.
Makan hati nanti.
Makan hati boleh mati!
Nak buat apa pun tak tenang...
Kan....kan....kan......:)

p/s: hari ni belum fikir menu nak masak apa...huhu. Nak keluar sekejap lagi bayar bil dan cukai harta...

~ يوس ~

Friday, July 22, 2011

.::Senaman Mulut::.

Siapa suka dengar Sinar FM?
Celoteh 3 orang tu, KE, SY dan Keril. 
Bila masuk bahagian Abang Jem dan senamannya lagi haru.
Entah apa-apa senaman kadang tu kan.

Tapi bila fikir balik, aku pun hari-hari buat senaman.
Senaman mulut di waktu pagi ;).

Setiap pagi, mula-mula perlahan saja mulut aku ni bercakap.
"Aqil, Alia, Abid bangun! Dah pagi, sekolah sayang".

Kali kedua, nada suara tinggi sikit,
"Aqil, Alia, Abid bangun cepat! Nanti lambat ke sekolah".

Adalah seorang yang bangun, biasanya Aqil bangun dulu.
Kali ketiga, dah mula menyinga sikit,
"Alia, cepat bangun! Alia tu selalu siapnya lambat!" Cepatlah bangun!"
 Tapi yang bangunnya Abid.

Anak perempuanku sorang ni memang sangatlah susah bangun pagi.
Masa ni dah di dapur, sibuk uruskan apa yang patut.
Dia, tetap liat nak bangun.

Dari dapur dah dengar suara aku,
"Alia!!!!! Belum bangun lagi ke?"

Aduhai!!! Ikut perangai saperlah susah sangat nak bangun ni!!!
Kalau yang ini memang bukan ikut perangai aku ya!
Ini memang ikut abahnya!!!

Huhuhu....

Itulah senaman mulut aku setiap pagi.
Pot!Pet!Pot!Pet!
Tak berhenti-henti.
Sampai mereka dah dalam kereta pun,
tak habis lagi mulut aku bersenam :D

Ibu-ibu yang lain ada tak lakukan senaman mulut setiap pagi?:p

~ يوس ~

Monday, July 18, 2011

Janganlah tamak sangat Cik Kak!!!!!!!!!!!!

Geram sungguh aku dengan mereka-mereka yang tiada kesedaran sivik ni. Memandu sesuka hati satu hal, nak parking kereta pun sesuka hati.

Dah banyak kali terserempak macam ni, dia parking kereta sesedap rasa dia aje. Elok-elok tempat parking tu untuk dua kereta, alih-alih, satu kereta saja boleh masuk.

Cuba korang tengok...

Nilah aku kata akak ni tamak, kereta dia kecil saja, kenapa nak parking tengah-tengah macam tu kan....
Sah-sah, tempat parking tu untuk dua kereta, dia pegi letak tengah-tengah tu kenapa? Orang lain nak masuk, terpaksa menunggu. Padahal depan tu, pondok polis tu. Sikit pun tak heran kan...

Kami ni menunggu di situ, barulah juga. Mula-mula tak terniat pun nak ambil gambar, sekali bila aku keluarkan kamera, pemandunya pun sampai...huhu. Terambil sekalilah gambar dia.

Lain kali, nak parking kereta pun, kenalah berhemah ya. Ingat orang lain pun nak guna juga. Bukan awak seorang saja..huhu. Tak kiralah awak nak parking situ sekejap ke lama ke, yang penting kita parking kereta di tempat yang betul. Jangalah menyusahkan orang lain!

Ni geram ni, selalu sangat kena macam ni. Lagilah kat bandar BP ni, tempat nak parking tu memang susah, kawasan pula sibuk. Siapa duduk BP mesti tahu tu area mana kan...

Pesanan untuk diri sendiri juga. Walau sekejap mana pun kita nak berhenti di tempat tu, parking kereta biar betul ya!!!Jangan tamak-tamak tau! Tak baik...hehe:)>-

~ يوس ~

Wednesday, July 13, 2011

Rasa tertipu dengan Celcom...

Masih ingat pada entri aku yang ini...

Belum sampai sebulan aku letak balik Caller Ringtone ni, tiba2 aku rasa Celcom dah charge aku 3 kali. Apa kes?? Sebelum ni aku pernah letak, dan seingat aku, aku bayar harga yang sama untuk sebulan, ini kenapa belum sebulan dah 3 kali charge?? Sekali baca balik sms dia rupanya RM1.50/week.

Aduh! Rasa tertipu. Serius dulu memang aku ingat RM1.50 untuk sebulan. Ini kalau RM1.50/week maknanya sebulan dah RM6. Banyak tu!!!

Tipah tertipu!!!Benciii!

Cari balik dalam ChannelX  cara nak tamatkan CMT, tapi tiada. Tak patut tau! Kalau dah beritahu cara nak download, kenalah beritahu cara nak tamatkan juga. Nasi baik bila aku google ada keluar di tempat lain, kalau tidak memang hangin tau!!!

Sendiri gatal nak letak CMT kan, sendiri tanggung lah...

Ok, untuk hp sendiri dah berjaya unsubscribe, untuk hp SRD belum lagi. Kena tamatkan juga ni, kalau tidak mahu kena bebel....TOLONG!!

Apa pun, kena tunggu dia balik dululah, sebab hp dia pada dia..huhu.

Korang yang terkena macam aku, tapi tak tahu cara nak tamatkan servis CMT/Caller ringtone ni, ini caranya ya...:-

1. taip *118# pada telefon bimbit anda dan tekan hantar/send.
2. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 2. Channel X
3. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 5. CMT
4. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 7. Unsubscribe.
dan tunggu sehingga anda mendapat mesej status langganan anda berjaya ditamatkan.

p/s: pengajaran untuk aku,lain kali baca betul-betul terma dan syaratnya. Tapi serius, macam tidak di nyatakan saja masa mula-mula download tu. Ke sendiri tak perasan...huhu
~ يوس ~

Wednesday, June 29, 2011

Terpilih, tiada yuran tahunan sepanjang hayat, tapi kena bayar???..huh!

Baru saja terima call dari mamat mana ntah. Dia perkenalkan dirinya sebagai Shafie. Jelas beliau nama aku terpilih dari 3000 pemegang debit kad visa maybank untuk menerima diskaun kad dari syarikat dia. tak ingat syarikat apa dia sebut.

Aku ni mula-mula blurr juga. Dia tahu nama penuh aku. Dia tahu aku adalah pelanggan maybank yang tiada sebarang masalah katanya. Maka nama aku terpilih secara rawak.

Macam-macam dia sebut tentang kelebihan kad diskaun tu. Antaranya, aku boleh dapat diskaun untuk penginapan di mana-mana hotel dalam negara. Hari pertama penginapan percuma, kedua dan seterusnya saja berbayar. Lagi, untuk membeli-belah di pasaraya terpilih pun aku boleh dapat diskaun sehingga 25%. Bukan aku saja, semua ahli keluarga dengan syarat akulah yang bayar guna kad diskaun tu. Huh! Itu tentu akulah yang kena beli, bukan keluarga aku namanya..CEH!!

Apa lagi tadi ya? Ha! Nak hidupkan insurans kereta pun boleh dapat diskaun 5%. Dan banyak lagi katanya yang aku boleh baca sendiri bila dia hantar kad dan segala maklumatnya nanti.

Tiada yuran tahunan sepanjang hayat, tiada expired date, boleh guna bila-bila masa. Bila dia minta alamat saja untuk penghantaran, aku masih tak puashati. Aku tanya, betul ke takde bayar apa-apa?

Masa tu barulah nak cakap, bohonglah kalau takde bayar apa-apa kata dia. Kemudian kata dia, ada bayaran untuk keluarkan kad dan bayaran itu hanya sekali saja seumur hidup yang akan di tolak dari maybank akaun aku. Bila aku tanya berapa bayaran, macam tak jelas je dia menyebut. Aku tanya sekali lagi, baru jelas. Tahu berapa kena bayar??

RM499!!!!. Mak datuk! Terus aku kata, aku tak nak! Nasib tak beri alamat lagi. Dia tanya kenapa tak nak kak! Sebab kena bayar sekali ni je ke?

Aku jawab, RM499 tu, kalau RM40 pun aku tak nak. Lagipun aku nak buat apa? Surirumah je pun. Baiklah tawarkan kat mereka-mereka yang banyak berjalan ke sana-sini tu.

Tahu tak apa dia buat. Terus dia yang letak telefon. Huh!!!! GERAM TAU! X-(

Macam-macam cara orang nak kaut duit sekarang kan. Nombor dah lah dari no henpon. Kenapa bukan no landline kalau dari syarikat kan. Huh! 

Korang pernah kena macam ni tak?

~ يوس ~

Wednesday, June 22, 2011

Bila nak cepat, ada je yang melambatkan...hmm

Biasa tak terjadi kat korang, kalau dalam waktu tengah mengejar masa, nak cepat, tiba-tiba berlaku sesuatu yang menyebabkan korang lagi lambat?

Contohlah kan :-
  • Nak cepat mandi, sekejap lagi dah waktu berbuka (puasa masa tu), ambil tuala tiba-tiba tuala yang di ambil tu terkena botol minyak rambut di atas meja solek. Habis berderai jatuh ke lantai. Dah kena kemaskan dulu..huhu. 

  • Nak cepat kemas dapur, sekejap lagi nak keluar ambil anak-anak, tiba-tiba terasa nak minum air. Ambil cawan nak isi air, tak tahu kenapa cawan terlepas dari tangan pecah. Dah kena kemaskan dulu sisa cawan yang pecah tu...huwaa cawanku...:((.
  • Terbangun lambat di waktu pagi. Tergesa-gesa nak siapkan anak-anak ke sekolah. Tiba-tiba nampak semut yang banyak berbaris dari pintu depan sampailah ke tong sampah di depan pintu bilik air. Berderet semut tu hitammm je. Mulalah periksa apa yang semut tu berkenan sangat kat dalam tong sampah tu. Rupa-rupanya ada sisa chewing gum yang anak makan semalam. Geramm nya!!.... Aku pula jenis tak boleh biarkan benda tu bila dah nampak. Mulalah bersihkan dulu. Lagi lambat jadinya..huhu.

Ok, ini contoh yang terjadi kat aku beberapa hari nilah kan. Korang mesti ada contoh lain kan...Cer citer cer citer....hehe. 

Bila terjadi perkara seumpama, ada rasa stress tak?  Aku biasanya terus mood tambah ke laut...:banghead:

~ يوس ~

Tuesday, June 14, 2011

Menghadapi kerenah anak di tempat awam

Anak itu anugerah yang paling berharga dari Allah. Kitalah yang bertanggunjawab untuk mencorakkannya. Kalau sudah punya anak, mesti semua tahu kan, anak ni ada bermacam ragam dan kerenahnya. Dan tak semua anak-anak itu sama. Bagaimana mereka menyuarakan rasa tidak puashati mereka, cara mereka berkomunikasi dengan kita semua berbeza.

Bila di rumah, kalau anak meragam, banyak sangat kerenah, mungkin kita boleh marah, cubit, atau biasalah ibu-ibu seperti kita ni, tak lepas dari terkeluar suara-suara tarzan yang sedap kan. Tetapi bagaimana anda menghadapi kerenah anak di luar rumah, contohnya di tempat awam. Boleh kongsi tak?


Pernah tak anda menghadapi situasi seumpama ini bersama anak anda?
Contoh 1  ketika di kedai makan/restoran:
  • Masing-masing sibuk nak tengok menu, tapi ordernya sama juga. 
  • Dalam pada menunggu makanan tu, ada yang menyanyi, tak reti duduk setempat, sibuk nak tukar kerusi, berlari berpusing keliling meja.
  • Bermain dengan pinggan dan sudu yang ada di atas meja, mulalah nak buat gendang kuat-kuat.
  • Bila air dah sampai, minumnya sikit saja, tapi bermain dengan straw yang lebih. Kemudian tu bermain dengan ais. Sibuk nak keluarkan ais.
  • Belum pun makanan sampai, air dah tumpah.
  • Sibuk nak ke bilik air, kejap nak kenc*ng, kejap lagi nak b*rak pulak. (Adohai! Sakit jiwa kalau yang tak sabar)
  • Lebih menguji diri bila anak cakap nak b*rak, tapi hakikatnya dah melabur pun dia dalam seluar tu...huhu
  • Kalau anak bukan sorang, dan semua di atas berlaku serentak lagilah haru!!
 Contoh 2 di Supermarket/Shopping Kompleks:
  • Anak tak reti duduk diam.
  • Suka berlari dan boleh pulak tu main nyorok-nyorok.
  • Sibuk nak ambil barang yang kita tak mahu beli. Dia yang over excited nak beli benda tu. Bila kita larang, mula buat perangai menangis sekuat hati, atau lagi teruk, mula guling-guling kat situ.
  • Terpecahkan barang yang kita tak mahu beli.
  • Kita keluar duit nak bayar, dia yang sibuk nak bayarkan. Kita tak beri, boleh merajuk sampai tak boleh nak pujuk.
Ok, aku bagi dua tempat sajalah sebagai contoh. Banyak lagi, contoh bawa anak  tengok wayang ke atau di dalam kapal terbang. Macam-macam kerenah anak boleh muncul. Apa lagi kalau anak-anak kita tu jenis yang hyperaktif, bukan tak nak dengar kata, tapi memang mereka lambat sikit nak faham apa kita kata. Seronok sangat dan jenis yang tak boleh duduk diam.

Orang yang tak faham akan kata, kita tak pandai jaga anak. Apalah anak dia tu macam tu di tempat awam. Terjerit-jerit bagai, boleh berebut-rebut pun ada. Kalau dah tahu anak tu super duper aktif, kenapa nak bawa di tempat awam? Tak hormat orang lain namanya. Itu mungkin tanggapan mereka yang tak faham. Tapi cuba orang yang kata tu berada dalam situasi serupa.

Bagaimana pula  ketika kita berziarah ke rumah sedara mara atau sahabat handai. Anak kita ni jenis yang memang tak reti duduk diam. Dah penat menjeling sampai nak terkeluar anak mata pun, muka selamba je. Tak kan kat rumah orang pun kita nak marah kan. Masa tu memang sabar ajelah, balik rumah mulalah kita membebel. 

Ada juga jenis anak yang bila di rumah, pijak semut pun tak mati. Baik benor perangainya, tapi bila di rumah orang, atau di tempat awam, mula tunjuk perangai. Manja lebih2, atau suka buat hati kita panas. Pecahkan cawan di rumah orang ke, atau mungkin habis semua segala tempat, dari ruang tamu sampai ke bilik, malah sampai ke dapur dia nak masuk. Agak-agak bagaimana anda menghadapi situasi begitu?

Ada je aku perhatikan, setengah ibu bapa yang anak2nya memang jenis aktif ni, tak bawa anak mereka berjalan. Biar anak-anak duduk di rumah dengan orang gaji, atau di tinggalkan dengan atok dan nenek mereka. Semua sebab malas nak hadapi kerenah anak di tempat awam kan.

Tapi aku, jarang benar tinggal anak kalau ke mana-mana. Mana aku pergi memang anak aku bawa sekali. Bagi aku mereka memang aktif, tapi masih dalam kawalan. Cuma ada masa bila minda kurang sihat, cepatlah aku hangin, mulalah rasa nak balik cepat ke rumah.

Ada masa bila orang lain menegur anak kita, itu pun boleh buat kita terasa hati.Kekadang bila lihat anak orang yang senyap aje, cukup baik bila di tempat awam, kita akan terfikir mungkin ada yang salah pada didikan kita. Tapi orang kata, anak2 yang aktif ni memang bijak, biasalah nakal sikit cuma kita yang perlu pandai tackle mereka.

Ingin aku petik dari apa yang SRD kata. Semuanya bergantung kepada penerimaan kita. Sama ada kita menerima segala yang berlaku dengan positif atau negatif. Bila kita fikir negatif, hati akan mudah terguris, tapi bila minda kita positif, segalanya boleh berjalan dengan tenang. Anak buat perangai pun, kita masih boleh kawal dan sabar....InsyaAllah.

~ يوس ~

Sunday, June 12, 2011

Badan vs Minda

Mana lebih rasa sengsara dan stress?
Penat badan atau penat minda?

Bila badan penat, minda kita sihat, biasanya tidur ajelah.
Rehatkan badan tu, InsyaAllah akan kembali sihat.

Tapi bila minda kita penat, cuba berehat...
Tidur, 'rest' kata mat salleh...
Bangun dari tidur, kenapa masih rasa penat?

Tambah sengsara, letih dan penat,
Bila badan penat, minda pun penat.

Badan dah lah penat, minda pula dok banyak noooo pikir.
Tengok pula rumah yang berselerak, bersepah macam kena langgar ribut.

Rasa-rasa boleh hilang penat tak?
:((:((:((
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...