Showing posts with label Aqil. Show all posts
Showing posts with label Aqil. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

Keputusan UPSR 2014 : Satu permulaan kepada yang lebih besar

Tahniah kepada semua ibubapa yang anak-anaknya mengambil keputusan UPSR semalam, Tak kira apa keputusan mereka, kena redha, panjatkan syukur, sesungguhnya itu mungkin keputusan terbaik saat ini untuk perjalanan yang lebih baik di masa hadapan.

Aqil anak saya dapat 4A 1B ( B untuk Sains).

Dengarnya semua sekolah prestasi untuk subjek Sains merudum. Mungkin sebab subjek pertama di dapati bocor, soalan susah dan murid hilang mood sekejap. Apa pun keputusan, ibu ok je dengan keputusan Aqil. Cukup dah buat ibu senyum, Alhamdulillah.Tahniah Aqil!!.

Aqil dan rakan baikknya di sekolah Akashah. Sahabat dia ni dapat 5A, tahniah ya Akashah dari auntie Yus.
Masing-masing berbaju melayu Johor, sebab masing-masing baru selesai peperiksaan kertas akhir SDEA semalam.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, seorang rakan yang anaknya juga dapat 4A 1B (Sains) telefon saya. Dia mengajak saya untuk buat rayuan bagi pemeriksaan semula kertas Sains, mana tahu boleh dapat A katanya. Jawapan ringkas saya, takpelah.

Dari yang saya tahu, anaknya memang kecewa tak dapat 5A, bercita-cita nak masuk asrama penuh, tak dapat 5A memanglah rasa sedih sangat. Di tambah selama ini setiap kali percubaan 5A, tiba2 yang sebenar tidak, mungkin menambah kekecewaan anak itu. Tambahan anaknya perempuan, persaingan nak masuk asrama lebih tinggi. Saya faham kalau dia nak buat semakan semula supaya anaknya puashati, tidak terlalu kecewa atau apa jua alasannya. Tapi untuk Aqil??

Saya dah cukup puashati dengan pencapaiannya. Bagi saya apa pun keputusan itu cuma satu permulaan kepada yang lebih besar. Bohong kalau saya kata saya tak harap anak dapat 5A, tapi keputusan dia dah cukup melayakkan dia dapat masuk kelas yang baik di sekolah menengah di daerah ini. Dan dia sendiri memang dari awal tak mahu masuk sekolah asrama, saya tak mahu paksa pun, jadi kenapa perlu nak buat semakan semula bagai kan. 

Di pujuk juga kami lagi agar buat semakan, sebab katanya kalau kertas SPM pun biasa bila buat semakan, 50% kebarangkalian untuk gred meningkat memang ada. 

Hmmm....hujah saya di sini pula, ok itu SPM, memang berbaloi di buat semakan semula, sebab SPM akan membawa ke hala tuju yang lebih besar. UPSR, baru permulaan tak perlulah kot kan. Lagipun Aqil dan Akashah (bff dia yang dapat 5A di atas) dah berjanji nak sekolah dekat2 sini je. Janji tak nak kemana-mana kata mereka...hihi. 

Saya pula memang 50-50 nak hantar anak ke asrama atau tidak ni. Tu yang hantar je permohonan ke SBP hari tu, kalau dapat bole pergi.Tapi dalam masa sama, saya mahu anak-anak saya dekat dan rapat dengan adik beradik masing2, so kalau dari form 1 dah ke asrama, selalunya memang kurang rapat hubungan tu. Jadi tunggu lepas PT3 pun takpelah kan. Dah besar sikit, dah lebih pandai berdikari. Tapi apa pun, semua terpulang kepada pandangan masing-masing. Setiap dari kita pasti nak kan yang terbaik untuk anak-anak, dan tak semestinya pandangan kita sama.

Ibu dan abah cuma mengharapkan keputusan ini akan buat Aqil lebih semangat belajar di masa hadapan. Perjalanan masih jauh, ibu pun tak mahu paksa2 Aqil, harap Aqil dapat beri semangat kepada adik-adik untuk belajar bersungguh-sungguh juga. Tapi apa pun, ibu memang akan sentiasa pantau Aqil, tak mahu Aqil tersasar ke lain, anak2 generasi X ni lagi banyak dugaanya untuk kita bentuk kan. Semoga Allah sentiasa melindungi  anak-anak kita semua, Ameen.


~ يوس ~

Thursday, September 25, 2014

5 dan 14 hari lagi : Resit UPSR 2014

Mulanya ingat Sains saja, tiba-tiba dah ada English dan Matematik pula.
Redha jelah kan, buat jelah kan.

Apa pun ibu syukur anak ibu tidak terkesan sangat dengan UPSR 2014 yang tertangguh ni.
Tapi ibu nampak aura belajar tu dah lain.
Macam dah malas nak gerak sendiri, kena juga ibu pesan.
Ibu punya semangat pun dah lain.
Sedikit sebanyak memang memberi impak negatif pada semangat tu.
Menurun keterujaan nak periksa.

Ok , Sains dan English 5 hari lagi, Matematik kertas 1 14 hari lagi.
All the best Aqil!

Anak bujang saya ni memang tidak suka bergambar, muka masam sokmo.

Selalu ibu rasa, betul ke Aqil dan 12 tahun, kecik, comel je,
tapi dalam masa yang sama, tak mahu dia besar cepat juga, nanti jauh dari ibu pula.
Sah ibu ni konfius kan.... hahaha.

~ يوس ~

Thursday, September 11, 2014

UPSR 2014 : Bila hari akhir periksa tidak lagi menjadi hari akhir...huhu

Assalamualaikum semua....

Di gagahkan juga diri ini untuk mencoret sesuatu di blog ini.
Agak lama juga bersawang, tapi ini merupakan satu peristiwa penting dalam keluarga.
Maka harus di abadikan di blog untuk kenangan.

9, 10 dan 11 September adalah tarikh penting buat anak ibu Aqil Zafran.
Hari peperiksaan UPSR 2014.
Ibu sentiasa mendoakan kejayaan Aqil dunia akhirat.
Ibu tahu Aqil dah buat persediaan yang terbaik.
Walau mainnya tak pernah tinggal, game perlu ada seminggu sekali,
Tapi ibu tahu, Aqil dah banyak juga korbankan masa game tu untuk belajar.
Syabas Aqil.

9 hb September, hari pertama untuk kertas BM Pemahaman, BM Penulisan dan Matematik kertas 2,
Sempat ibu menjengah ke sekolah dari sebelum peperiksaan berlangsung,
dan setiap kali waktu rehat di berikan untuk memberi sokongan moral dan semangat.

Seorang guru sedang memberi taklimat terakhir sebelum anak2 calon UPSR 2014 masuk ke dewan peperiksaan

Anak ibu Aqil dan kawan2nya sedang mendengar taklimat dan nasihat guru dan meng'amin' kan doa sebelum mula beratur dan melangkah ke dewan peperiksaan
Dan hari ini, 11 September, sepatutnya menjadi hari terakhir  debaran mengahadapi UPSR 2014.
Tapi!!! Tapi!!!
Kita di kejutkan pula dengan berita soalan Sains yang di dapati bocor semalam,
sebelum peperiksaan di jadualkan hari ini.
Kertas UPSR Sains 2014 di tunda pula ke tarikh 30 September ini.
Aduh!! Ibu pun ikut stress, tapi mungkin ada hikmah di sebaliknya kan Aqil.

Reaksi Aqil, muka nampak sedikit stress, tapi relax lagi.
Ayat yang keluar dari mulut dia,
" Alah! Baru plan nak main bola esok petang!" 
"Macam ni 80% jelah merdeka esok, kalau tidak kan dah 100%".

Huhu, apa nak buat kan Aqil,
bila ada insan2 yang tidak amanah dalam memegang amanah yang di beri,
insan-insan lain pula yang terpaksa menanggung akibatnya.
Redha dan pasrah jelah, mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Allah beri peluang untuk Aqil lebih bersedia menghadapi kertas Sains.
Ibu tahu, Aqil lemah Sains selain BM kan!!
Yang penting sekarang, hadapi dan cuba jawab kertas Bahasa Inggeris dengan baik.

Selain itu, panjatkan doa semoga 30 September nanti,
untuk jadual baru UPSR Sains tu, akan berjalan dengan lancar,
tanpa sebarang masalah lain.

Buat anak-anak, calon-calon UPSR 2014 semoga berjaya dalam peperiksaan anda.
Buat Aqil, buat je yang terbaik, semoga mendapat keputusan lebih baik dari trial hari tu kan.
Ibu sentiasa mendoakan kejayaan Aqil.

~ يوس ~

Wednesday, December 04, 2013

Sekitar hari grading 5th grade taekwondo mereka

1 Disember yang lalu, ialah hari grading taekwondo Aqil dan Alia. 5th grade, lepas ni lulus dapat blue belt pulak.

Gambar dan video, sebagai kenangan di kemudian hari. Semoga terus cekal untuk sampai ke black belt. Takut Aqil yang tak kesampaian nak dapat tali pinggang hitam, sebab tahun depan dia dah darjah 6. Harap2 bolehlah hendaknya.



Aqil dan Alia berada di barisan hadapan tepi sekali.


Susah juga step untuk tali pinggang hijau 2 ni. Tapi bila lihat step untuk red belt lagi susah. Ada seorang budak tu kecik dari Aqil dah merah, tapi kesian dia tak dapat pecahkan papan dengan penumbuknya yang comel lote tu.Menangis dia. Tapi tetap gigih nak mencuba berulang kali. Semoga anak-anak ibu dapat jadikan keazaman dia sebagai pemangkin semangat untuk terus berlatih dengan gigih lepas ni ya. Aqil dan Alia boleh!!!


Monday, May 27, 2013

Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo Daerah Kluang kali ke 3: Gambar dan video aksi Aqil dan Alia.

Cuti sekolah dah bermula. Tiada aktiviti menarik nampaknya untuk anak-anak. Ibu tengah menunggu hari, tiada kemana kesian juga mereka.

Namun permulaan cuti, Sabtu yang lalu, 25hb Mei, bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan MPK Kluang, Aqil dan Alia buat pertama kalinya menyertai Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo (Sparring). Ini adalah kejohanan kali ke 3. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Koryo daerah Kluang, Johor Bahru dan Batu Pahat.

Pagi-pagi dah bertolak dari rumah, keluar rumah pukul 6.30 pagi. Kami hantar sendiri mereka sebab kalau nak naik bas yang di sediakan, perlu bersedia dari SK Convent pukul 5.30. Huhu, lagi awal, malas nak hantar awal sangat konon.

Sampai stadium lebih kurang pukul 7.15, cari sarapan dulu, makan dululah kiranya, lapar rasa. Masuk stadium pukul 7.40 pagi lebih kurang, pelajar Koryo dari Batu Pahat dah mula buat warming up.Teruja sebab ini pertama kali Aqil dan Alia sertai kejohanan seumpama ini.

Hai!! Malas pula nak berceloteh, kita tengok gambar dan video perlawan mereka sudah ya.

Suasana di stadium bersama Aqil dan Alia
Video 1: perlawanan Alia untuk pusingan pertama. Ini pusingan kalah mati, kalau menang dapat mara pusingan seterusnya, kalah, makanya hampa.


Alia pelajar Koryo BP, (vest biru), lawan pelajar Koryo Kluang (vest merah). Lawannya tu dahlah punya tali pinggang merah, lebih tinggi pula tu. Kesian Alia, tapi ibu bangga sebab dia cuba melawan dengan baik, walau banyak sepakannya tak mengena pada sasaran. Walau kalah, dia ok je, tak nampak kecewa sangat sebab katanya dia dah cuba yang terbaik.

Video 2 : Perlawanan Aqil di pusingan 1


Aqil (vest biru) berjaya mengatasi lawannya (vest merah) kawan sama tempat Koryo BP, tapi dari sekolah lain. Lawannya tu pemegang tali pinggang hijau 2, Aqil baru je grading untuk tali pinggang hijau 1 hari tu, makanya untuk kejohanan ini dia masih bertali pinggang kuning. Dia sangat teruja sebab menang pusingan ini dan berkobar-kobar meneruskan perjuangan untuk pusingan seterusnya.

Yang asyik jerit "Lawan bang! Lawan bang!" tu, emak budak yang lawan Aqil (vest merah). Suara ibu cuma dengar perlahan je kan, "Lagi Qil, lagi Qil"....hihi.

Video 3: Perlawanan Aqil di pusingan ke 2


Mara ke pusingan ke 2, Aqil memang bersemangat untuk menang. Namun dia kecewa. Lawannya dari Koryo Kluang (vest merah) nampak lebih berpengalaman. Lebih tinggi pun ya, namun ibu nampak Aqil melawan dengan baik. Walau ada ketika di serang hampir keluar gelanggang, Aqil tak mengalah. Aqil tewas tipis pusingan ini.

Selepas perlawanan, Aqil nampak sangat kecewa. Marah dengan diri sendiri pun ya juga. Ibu pulak yang sedih tengok muka dia. Tapi setelah di nasihat oleh abahnya SRD, dia nampak bersemangat semula. Semangat untuk mencuba lagi di lain kali.

Untuk video ke 3, ada pulak budak Arif Zakwan sibuk enterframe....hihi. Memang tak reti duduk diam itu budak. Dia ada tersepak sorang budak sebab mengikut aksi orang berlawan tau! Huhu....haru!!!

Apa pun ini pengalaman pertama buat mereka. Persediaan menghadapi sparring pun cuma 2 hari je berlatih iaitu Selasa malam dan Rabu malam. Mana taknya kan. Ibu dan Abah suka tengok semangat anak-anak ibu macam ni. Kalah menang adat pertandinganlah kan, nanti lain kali kita cuba lagi ya.

Ayat Aqil, nak sedapkan hati sendiri " Takpelah ibu, tak dapat pingat pun, cikgu kata dapat sijil siapa yang menyertai sparring ni!"

Yalah nak.....hehe.

p/s: ibu sekarang ni dah tak sabar rasa nak suruh baby ni keluar cepat. Kalau dapat bersalin waktu anak cuti sekolah ni senang sikit kan, tapi due ibu 10 Jun pula, betul2 masa anak2 dah naik sekolah semula...huhu. Harap di permudahkan.

~ يوس ~

Friday, April 19, 2013

Semak Keputusan Periksa anak Online

Tak pernah pun cuba semak keputusan periksa anak online guna sistem SAPS ni. Dengarnya dari 2011 lagi dah di mulakan, tapi selalu cikgu Aqil memang akan beri laporan setiap kali ujian dan peperiksaan. Tapi kali ini selepas ujian 1, langsung senyap je, markah periksa pun bila di tanya, dia sebut je, tak dapat lihat dengan mata sendiri....huhu.

2 hari lepas dia pulang dari sekolah punyalah happy kata dia dapat no 4 dalam kelas. Walau baru ujian 1, itu cukup buat dia teruja sebab dah lama dia tak dapat bawah top 10. Kalau tahun lepas dari ujian 1 sampai periksa akhir no 14 je...hihi, sudah lah begitu mula-mula 5B, dan akhir sekali cuma 1A 4B.

Kita ni naklah tengok sendiri kan slip keputusan ujian dia tu, anak dah gembira, kita pun tumpang gembira. Bila di tanya, dia kata cikgu bagi murid tengok je, lepas tu cikgu ambil balik. Mana aci!!! Ibu bapa nak tengok juga.

Baru teringat pernah terbaca pasal SAPS ni. Barulah mengoogle cari, dan jumpa....Yeaaa!! Betullah boleh semak keputusan periksa anak online. Teruja terus...hahaha. Jakun, baru tahu ya kawan-kawan, tolong jangan gelak kan saya...ekekek.

Dan paparan ini akan keluar.

Isi apa yang patut nanti ada paparan kedua untuk pilih jenis peperiksaan dan pilihan sama ada nak paparkan slip keputusan atau papar markah peperiksaan.
Ini yang keluar bila aku buat pilihan untuk paparkan slip keputusan.

Boleh tengok juga keputusan dan markah periksa anak untuk 2 tahun lepas iaitu tahun 2011 dan 2012. Semua lengkap. Bagus kan sistem ni!! 

Tapi ianya hanya untuk anak-anak di bawah sistem KBSR, anak-anak yang lain di bawah sistem baru KSSR yang guna band semua tu, takde pula. Kalau di wujudkan sistem online macam ni juga kan bagus!!

Apa pun ok Aqil. Ibu dah tengok keputusan kamu baru puashati, Tahniah! Banyak peningkatan untuk subjek BM, kalau tak manjang B saja kamu, perlu di tingkatkan lagi. Tapi ada subjek lain yang lemah tu, walau tak di kira dalam 5 subjek utama, tapi penting juga tu.Semoga akan lebih baik untuk peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun nanti ya sayang!

Korang mesti dah tahu lama kan, aku je baru cuba guna semak guna SAPS ni, tu pasal teruja lebih...hehe.

~ يوس ~

Thursday, April 04, 2013

Aqil dan Alia : Meningkatnya usia, ragam pun berbeza.

Hari ni rasa nak cerita pasal Aqil dan Alia. Lama rasa tak bercerita pasal mereka. Sebelum tu saja nak tepek 2 gambar mereka pada masa yang berbeza ini.

Perbezaan wajah dan fizikal mereka dalam tempoh 7 tahun... Tinggi dah hampir sama sebenarnya, rasa sekejap lagi Alia lagi tinggi, walau beza usia 2 tahun. Aqil ni lambat betul tumbesarannya...huhu.
Aqil
2 minggu lagi Aqil ada perkhemahan ke Mersing. Dari mula dapat tahu sampai hari ini, sibuk sangat nak bawa hp untuk perkhemahan. Aku sendiri pun rasa perlu dia bawa hp tu, sebab rombongan sekolah sebelum ni ke KL, rasa risau semacam je bila tak dapat tahu perkembangan dia. Tapi tulah, abahnya belikan hp biasa harga RM68 tu bising dia, nak juga hp ada WIFI, kamera, game canggih semua....hihi. Sorrylah Aqil tak dapat punya!!! Telefon abah beri untuk memudahkan ibu dan abah telefon ya, bukan untuk buat main....ekekek.

Lepas tu sekarang seronok bercerita pasal dia terpilih sebagai pemain bola sekolah, tapi sebagai simpanan saja. Tetap teruja dia, katanya, " Pemain simpanan pun dapat sijil ibu!!" 

Yalah sayang, simpanan pun simpanan lah, ibu sendiri tak percaya je kamu tu boleh main bola, dengan size badan yang kecik nonet, macam takde orang lain je kat sekolah. Tapi simpan dalam hati saja, ibu tetap sokong setiap apa yang Aqil buat ya!

Alia
Sekarang ni tengah giat berlatih setiap petang sebab dia terpilih menyertai koir sekolah, menyanyi dalam bahasa inggeris untuk pertandingan antara sekolah. Dari sebelum cuti sehinga sekarang ni, asyik lah berlatih. Balik sekolah agama je, mulalah ibu ni jadi supir setia hantar dia latihan di sekolah.

Tapi semalam selepas balik latihan, mandi tiba-tiba badan dia panas. Rasa macam dia demam. Mula tu rancak dia bercerita baju apa yang akan dia pakai untuk pertandingan nanti. Tinggal seminggu saja lagi sebelum hari pertandingan. Tiba-tiba boleh demam pulak.

Kerja sekolah masih ada yang belum selesai. Ibu gertak, " Tadi ok je, tetiba boleh demam pulak. Penat sangat latihan nyanyilah ni. Kerja sekolah tak siap pulak tu. Kalau kerja sekolah terganggu tak perlu masuk pertandingan ya! Sampai demam-demam berlatih!"

Lepas makan ubat, terus elok je. Kemudian rajin siapkan kerja sekolah. Balik sekolah pagi hari ini, aku rasa badan dia memang agak suam-suam. Makan pun tak berapa lalu, aku kata tak perlu ke sekolah agamalah. Tapi dia tetap bersemangat, sebab takut aku tak beri dia hadir latihan koir nyanyiannya petang nanti kalau demam. Buat muka sehabis ceria! Aduhlah anak. Penangan seronok dapat masuk pertandingan, tetap menceriakan diri. Kalau tidak biasa, baru panas badan sikit je, " Cikgu kata kalau tak sihat, tak perlu datang sekolahlah ibu!"

Itu memang ayat wajib dia, tapi sekarang lain pula ya?....hihi. Takpe, yang penting kesihatan tu harus di jaga, ibu tetap sokong, anak terpilih wakil sekolah, tak kan ibu tak suka dan bangga kan.

Good Luck untuk kedua anak-anak ibu, Aqil dan Alia. Ibu sayang kamu semua!

~ يوس ~

Thursday, January 17, 2013

Drama ibu dan anak : Aku yang kalut ke dia yang kalut...huhu

Cerita Aqil lagi. Dua entri hari ini cuma cerita dia aje nampaknya.

Tak tahu aku yang terlebih kalut atau dia, tapi bila di ingat semula kejadian ini senyum sorang aku. Rasa sayangnya aku pada dia bertambah selepas itu. Lain pula perasaan itu....

Al-kisahnya hari ini dia kata pagi ada latihan bola sepak. Orang tengah berkobar nak main bola, kalau boleh semua latihan dia nak ikut. Makanya bila pulang dari sekolah tadi, aku lihat dia tidak memakai cermin matanya.

Dalam kereta, bila aku tanya mana cermin mata dia? Dia kata dia simpan dalam kotak cermin matanya. Masa latihan bola dia tak mahu pakai sebab takut jatuh dan pecah. Kemudiannya dengan muka yang yakin dia buka beg dan keluarkan kotak cermin mata dia tu.

"Ibu tengok ya! Aqil simpan dalam ni. Jadi ibu janganlah risau ya".

Sekali bila dia buka kotak tu, "Eh! Ibu cermin mata Aqil mana? Alamak! Aqil dah letak sini tadi, kawan Aqil ada ambil ke? Alah ibu!!!Macam mana ni?"

Sambil dia membebel sendiri, terus air mata dia mengalir dengan mukanya yang kalut, takut dan kecewa kerana dia sendiri tak percaya cermin matanya dah hilang.

"Ha! Kan, ibu dah pesan jaga betul-betul. Mana Aqil letak cermin mata tu! Tak kan kawan Aqil ambil pulak?" 

Rasa nak marah pun ada sebab rasa dia cuai, tapi aku tahan dulu tak mahu bertindak melulu.

"Alah ibu, sorry ibu!Aqil tahu cermin mata tu mahal. Aqil ingat Aqil dah simpan. Betul ibu! Aqil tak tipu. Agaknya tertinggal bawah meja tak ibu? Aduh!!! Mana Aqil letak ni?"

Serius aku tengok muka anak sendiri yang kalut macam tu, teringat diri sendiri....hihi.(SRD selalu kata aku kalut tak menentu). Aku pun cuak juga. Cermin mata baru pakai tak sampai seminggu dah hilang. Mau kena bising dengan abahnya nanti.

" Patah baliklah ibu, nanti Aqil cari. Dalam kelas kot. Ibu janganlah marah Aqil eh!" Dia dah menangis tersedu-sedan.

Sampai rumah, tanpa dia keluar dari kereta, aku suruh adik-adiknya yang di rumah cepat masuk kereta pula untuk ke sekolah agama. Kemudian aku terus memandu semula dengan laju. Singgah dulu di sekolah kebangsaan, tinggalkan Aqil yang mahu mencari cermin matanya, kemudian aku teruskan perjalanan ke sekolah agama pula untuk hantar Alia dan Abid. Selesai semua, patah balik ke sekolah kebangsaan sambil menunggu Aqil dalam debar. Sepanjang masa itu,hati tak berhenti berdoa, adalah hendaknya cermin mata Aqil tu, Janganlah ianya hilang....huhu.

Selang beberapa saat, nampak dia tersenyum dari jauh dengan cermin matanya sudah di pakai. "Nasib baik ada ibu! Ada bawah meja rupanya", katanya riang.

Tak tahu apa sebenarnya perasaan aku masa tu, tapi sambil aku mengingatkan dia semula agar beringat dan jangan lupa lagi meletakkan barang kepunyaannya walau di mana, air mata sendiri menitis.Hihi, terlebih emosi pulak, tiba-tiba hati terusik.

"Aqil minta maaf ibu, Aqil tahu. Lain kali Aqil ingat betul-betul. Mahal kan ibu nak beli cermin mata tu!"

Hatiku tersentuh lagi dengan kata-katanya. Syahdu tiba-tiba. Sebenarnya aku sendiri kalut mula-mula tu sebab cermin matanya tiada. Nak marah tapi terfikir aku sendiri pun ada masa terlupa akan sesuatu.Syukur masih di izinkan olehNya untuk cermin mata itu berkhidmat lama lagi bersama Aqil. 

Dan tadi bila aku hantar dia ke sekolah agama, aku cium pipinya lama sebelum dia pergi. "Ibu ni kenapa? Overlah ibu ni, malulah Aqil!"

Hahaha, kan dah kena sound dengan dia. Tak tahulah Aqil. Ibu rasa Aqil dah semakin matang, walau ada masa masih ke anak-anakan. Mungkin cara ibu layan Aqil tu ada masa salah. Ibu sendiri sebenarnya perlu banyak perbaiki diri. 

Betullah kan. Dalam kita mendidik anak-anak, kita juga sebenarnya mendidik diri kita untuk lebih bersikap matang. Ada masa anak juga mengajar kita sesuatu, jadi jangan anggap kita lebih tua, semua kita tahu.

Listen! Listen! Listen! Dengar dulu apa yang anak kita ingin sampaikan, sebelum kita perbetulkan apa yang kita rasa tak betul, tak gitu?!

~ يوس ~

Bila dia di beri satu kepercayaan dan tanggungjawab di sekolah

Dalam kereta sewaktu pulang dari sekolah:-

Aqil: Ibu Aqil dapat masuk kelab Softball di sekolah.

Ibu: Aqil pilih ke cikgu yang letak nama Aqil dalam kelab tu.

Aqil: Cikgu yang tentukan, tak boleh pilih pun. Lepas tu semua kawan-kawan pilih Aqil jadi bendahari ibu. Bendahari tu tugas dia macam mana?

Ibu: Bendahari tu kira macam penjaga duit kelab le. Nanti kalau ada yuran kelab perlu di bayar, Aqil bantu cikgu tolong kutip duit yuran dari kawan-kawan. Tanggungjawab dia berat juga tau! Kalau hilang Aqil pula yang kena ganti nanti. 

Aqil: Ooooo, HABIS KALAU ADA LEBIH AQIL BOLEH AMBIL?

Ibu: (Aduh! Salah faham konsep anak ibu ni! Tepuk dahi sendiri sebelum beri jawapan pada dia....hihi). Mana boleh! Itu bukan duit Aqil, kalau Aqil ambil kira Aqil dah pecah amanah. Tak boleh macam tu. Biasa kalau ada lebih, selepas beli apa-apa yang perlu untuk kelab, bolehlah di bawa ke tahun hadapan, bukannya Aqil simpan tau!

Pagi tadi sebelum ke sekolah sempatlah bercerita dengan abahnya pasal hal yang sama. Abahnya pun beri penjelasan lagi untuk dia lebih faham. Tapi ada pula pernyataan lain dari dia.

Aqil: Kalau kelab nak beli apa-apa tak cukup duit, takpelah abah. Aqil ada RM100 dalam dompet, boleh guna duit Aqil tu.

Aiseyyy, murah hati pulak dia...hihi.

Anak baru nak belajar pegang tanggungjawab, tapi ada rasa gembira juga sebab kawan-kawan boleh percaya pada dia dan di lantik menjadi bendahari atas undi dari mereka. Ke mereka saja nak mengena ya! Sebab dulu2 waktu sekolah ada je kawan yang macam tu, saja nak mengena kawan, maka orang tu yang di pilih menggalas tanggungjawab. Takpe dari situlah kita biasanya belajar kan.

p/s: Sebenarnya bila anak kita belajar sesuatu yang baru setiap hari, kita sebagai ibu pun belajar benda baru juga kan. Masa nilah baru faham, ini agaknya perasaan ibu kita masa kita pun belajar perkara sama dulu. Satu perasaan yang tak tahu nak di luahkan dengan perkataan...hehe.


~ يوس ~

Tuesday, January 15, 2013

Wajah terbaru mereka : Aqil dan Alia

Yang seorang memang sudah sedia maklum dia seorang yang rabun. Dari umurnya 5 tahun di UK doktor di sana memaklumkan dia perlu berkaca mata. Teringat di sana kalau kanak-kanak, makanya kos untuk membuat cermin mata adalah percuma. Tapi di sini, satu cermin mata sudah beratus-ratus harganya walaupun untuk kanak-kanak...huhu.

Namun sejak berada di tahun 3 akhir, dia selalu tak mahu bercermin mata ke sekolah. Katanya ada seorang guru ni selalu panggil dia budak spec, dia malu. Bila di suruh pakai, dia jawab, "Aqil nampak ibu! Takpe!"

Ketika itu power matanya hanya 50 tapi dia mempunyai masalah silau yang agak tinggi. Kemudian bila adiknya Arif patahkan cermin matanya, terus dia kata tak mahu dah buat baru. (Kes malu dengan siapa entah)

Sejak tahun lepas, si adik pula Alia yang selalu mengadu tak nampak di kelas. Dia selalu kata, bila cikgu tulis di depan, dia tak boleh nak salin, dan terpaksalah dia salin dari kawannya di sebelah. Aku dah agak, ni mesti kes rabun juga. Tapi cuma menyangka rabunnya masih di tahap biasa, tak sampai 100 pun powernya aku kira.

Awal tahun ini baru berkesempatan buat pemeriksaan mata untuk kedua-dua mereka semula. Terkejut bila pegawai Optometrist tu kata, Alia rabun matanya dah capai tahap 250 untuk kedua-dua mata. Aduh!!! Patutlah kalau tengok tv pun mata di kecikkan macam apa je. Nilah akibat suka sangat baca buku sebelum nak tidur kot. Kadang tu kita dah tutup lampu pun dia masih membaca dengan bantuan cahaya lampu dari luar saja...huhu. Kalau baca buku pelajaran tu takpe juga, ini balik-balik komik, majalah, buku cerita. Tapi alhamdulillah Alia takde masalah silau cuma rabun yang teruk sikit.

Kemudian periksa mata Aqil pula, kan dah kata, rabun matanya dah bertambah, terus jadi 100 belah kanan, dan silau matanya juga meningkat. Ni memang sebab suka sangat main komputer ni. Makanya kedua-dua kini berkaca mata. Wajah baru anak-anak ibu di awal tahun ini. Harap dapat menjaga cermin mata itu dengan baik, sebab bukan murah harga satu-satu tu ya. Kalau kat UK yalah, boleh dapat free untuk kanak-kanak...huhu.

Yang seorang baru balik sekolah kebangsaan, yang seorang lagi baru nak pergi sekolah agama. Gambar terbaru sebentar tadi,
Aqil di sarankan memakai cermin mata yang berubah jadi gelap bila terkena lebih cahaya matahari. Takut juga cikgunya marah, kata nak melawa pula, tapi optometrist tu kata perlu sebab silau matanya agak tinggi. Maka dapatlah surat pengesahan untuk mereka yang berkenaan kalau ada yang bertanya.

Baru tahu kanta yang boleh berubah menjadi redup/gelap bila terkena cahaya matahari ni di panggil photogrey
Ibu dan abah dah memang rabun, anak-anak pun ikut rabun. Sekolah rendah dah perlu bercermin mata, kesian pula anak-anak ibu. Tapi Alia tu sukahati berkaca mata, dia kata, "Kawan-kawan Alia cakap Alia comel ibu pakai cermin mata!"

Perasanlah tu! Aqil masih macam dulu, kurang minat nak bercermin mata, tapi kali ini memang kena bertegas dengan dia, takut rabun power matanya bertambah lagi.

Apa-apa pun dua-dua anak ibu memang nampak berbeza sikit berkaca mata, lebih nampak matang kot...hehe.



~ يوس ~

Thursday, November 15, 2012

Aqil dan Berkhatan

Semalam tarikh 14hb November 2011 bermulalah episod baru buat anak bujangku Aqil. Beralih ke satu fasa baru, selamat sudah dia berkhatan dengan kaedah Alisklamp di Putra Specialist Hospital Batu Pahat, alhamdulillah.

Benar juga kata orang, bila dia dah sebut sendiri nak berkhatan tu baik segerakan, jadi perasaan takut pada diri anak tu kurang sikit. Aqil nampak selamba dan steady saja sepanjang di khatankan. Good boy Aqil.

Ini ketika mula-mula sampai di hospital dan baru selesai buat pendaftaran. Tempahan untuk berkhatan sebenarnya dah di buat sebelum cuti sekolah lagi, semalam ada 5 peserta kesemuanya yang berkhatan di PSHBP. Setiap orang yang mengikuti program berkhatan di sini di beri satu goodies bag yang di dalamnya berisi 1 tin biskut Munchy, 1 helai kain pelikat, 2 bekas kacang (jajan), satu pamplet panduan & maklumat selepas berkhatan dan paling best kata Aqil sebab dapat angpow berisi duit RM10. Tu pasal tersenyum lebar sampai keluar dimple tu.....hehe.

Proses berkhatan sedang berjalan. Aqil orang kedua di khatankan semalam. Sepanjang berada atas katil tu doktor suruh dia baca Al-Fatihah. Dok ulang-ulang baca dari mula naik katil sampai semua selesai. Sampai tersasul-sasul pun ada....hihi. Tapi dia memang nampak bersedia, sekali sekala mukanya berkerut menahan sakit kot, tapi semuanya berjalan lancar dan berjaya, alhamdulillah.
Aku memang tak mahu lepas peluang untuk turut berada dalam bilik OT tu. Anak sulung berkhatan, satu pengalaman yang tak dapat di lihat lagi lain kali. Haruslah tak lepas peluang kan walau sebenarnya aku yang lebih kecut perut kat dalam tu. Duduk paling hujung kat tepi pintu, bila nampak muka anak berkerut, mulalah aku paling muka ke pintu. Takut nak tengok.....hahahha. Ni kira takut dalam berani. Masuk dalam bilik tu dalam pukul 9.10 pagi, selesai semua lebih kurang pukul 9.30, alhamdulillah.

Keseluruhannya aku puashati. Yuran berkhatan di sini RM230 dan doktor juga mengajar kami cara membuka klamp selepas 5 hari. Di jangka klamp Aqil boleh di buka hari Selasa nanti. 

Setelah semuanya selesai bergambar di luar bilik OT bersama person in-charge En Eizzwan. Aku buat tempahan berkhatan di PSHBP ni dengan dialah. Wajah Aqil nampak ceria lepas sunat kan. Gambar kanan tu, masa tunggu ambil ubat di farmasi, sengaja di kerutkan muka dia, padahal sebenarnya biasa je.

Dapat hadiah kerusi malas dari abahnya. Senang nak berehat dan duduk tengok tv. Arif pun enter frame sekali. Maklum tadi tak dapat ikut ke hospital. Dia kena tinggal bersama atok ayah dan maktoknya di rumah.
Kali pertama nak buang air kecil selepas berkhatan, muka Aqil berkerut seribu menahan sakit, tapi alhamdulillah takdelah sampai mengalir air mata sakit. Aqil memang berani bagi ibu. Tahniah Aqil. Lepas dari tu dah khusyuk main PS2 dia. Hari pertama aku beri dia makan nasi dengan kuah sup ayam dan sayur buncis aje. Ayamnya aku tak berani bagi. Dan pertama kali dia makan sayur buncis tu, selama ni tak mahu makan sayur. Itu pun sebab di hospital tadi doktor pesan jangan lupa makan sayur kalau nak cepat baik. Banyak juga dia makan, boleh pulak telan sayur ya??? Kalau tidak, tak mau dia makan....huhu.

Ada orang jeles sebab Mak Toknya beri duit RM10 pada Aqil sedang dia cuma dapat RM2. Abidlah tu. Kata maktoknya, "Aqil dan sunat! Abid belum kan!".

Terpaksa akur....hehe.

Ada yang jeles juga sebab aku suap Aqil dan Arif makan, siapa lagi kalau bukan Abid dan Alia. Nak juga bersuap bagai, tunggu nanti Abid sunat ya!!! Arif tu memang harus di suap, kalau tidak dia makan sikit sangat. Bila bersuap, banyak sikit dia makan. Alia pun nak bersuap juga? Adeh! Semua masih nak manja dengan ibu ya, dah nak tambah adik pun tau!

Selamat berhijrah ke alam lebih dewasa buat anak ibu Aqil. Moga jadi lebih matang dan jadi abang yang baik buat adik-adik ya sayang. Tak sangka dah bujang anak sulung aku ni.......hihi.

Dan buat semua pembaca blog ini, Salam Maal Hijrah 1434 H.

~ يوس ~

Monday, October 08, 2012

Berkhatan dengan Alisklamp

Nak khatankan anak, ibu yang dok risau cari maklumat sana sini. Apa pun banyak info aku perolehi dari hasil google aku dua tiga hari ini.

Ada 3 cara-cara berkhatan bagi lelaki yang aku jumpa.

1. Cara khatan konvensional 'dorsal slit' - Ini adalah cara standard yang digunakan oleh doktor-doktor dan 'Medical Assistant' disemua klinik atau hospital-hospital kementerian kesihatan Malaysia.

2. Cara 'Laser' atau 'electrocoutry' - menggunakan tenaga letrik dan menyebabkan 'pembakaran tisu' semasa pemotongan kulit. Namun risikonya agak besar kerana ada kes kurang enak yang di laporkan seperti terpotong sebahagian kepala zakar, tercedera lubang kencing dan yang terok sekali adalah terpotong putus batang zakar.

3. Cara CLAMP (Sepitan) -  cara khatan yang paling lama sekali diamalkan kerana lebih mudah, cepat dan kurang menyakitkan. Cara ini sudah sampai keperingkat generasi ke tiga dan terkini.

Boleh baca maklumat penuh di web iluvislam.com di sini.

Dan aku tertarik dengan cara CLAMP generasi ketiga dan terkini iaitu Alisklamp.Satu kaedah khatan yang sempurna dan menjadi pilihan ramai katanya. Paling menarik dlam Soal Jawab mengenai kaedah khatan cara alisklamp ni anak kita tidak perlu memakai kain selepas di khatankan.  Kaedah Alisklamp tidak memerlukan penjagaan khusus selepas khatan. Anak kita boleh bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti biasa selepas dikhatankan.Berjalan, bermain, mandi mahupun berenang di kolam atau pantai serta-merta selepas prosedur berkhatan juga tiada masalah!

Impressed!! Nak tahu lanjut? Silalah ke laman alisklamp.my dan baca segala soal jawab mengenainya di sini.

Bagaimana rupa alat alisklamp ni??

Inilah rupanya. ALISKLAMP boleh di dapati dalam beberapa saiz mengikut kesesuaian kanak-kanak atau orang dewasa. Image pinjam dari blog gambargambarpelik.blogspot.com. Banyak lagi maklumat lain mengenai kaedah khatan cara alisklamp di sana. Sila terjah siapa yang nak tahu lebih lanjut ya!
Bagaimana pula prosedur khatan cara Alisklamp ni?

Semuanya dapat kita baca di laman web alisklamp.my di sini.

Ok!!! Dah tekad nak buat cara Alisklamp ni untuk anak-anak. Tapi kalau di BP ni nak buat di mana ya??

Hanya ada dua klinik saja yang menjalankan kaedah alisklamp di BP ni. Satu nya ialah di Putra Specialist Hospital dan satu lagi di Klinik Putra Tongkah Pechah. Senarai doktor dan klinik di tempat lain boleh di rujuk di sini ya kawan-kawan.

Kos berkhatan cara Alisklamp?

Sila rujuk di sini.

Tapi tadi aku dah telefon Putra Specialist dan tanya kos alisklamp di sana. RM230 seorang. Akhir bulan 11 biasanya ada buat majlis berkhatan beramai-ramai di sana. Kalau nak turut serta, kos tetap sama tapi ada special gift untuk kanak-kanak yang turut serta. Tarikh belum di tentukan. Dah beri nama untuk mereka hubungi sekiranya tarikh dah tetap. 

Ramai ibubapa sekarang khatankan anak-anak awal kan. Ada yang baru dua tiga bulan pun sudah di khatankan. Perempuan tu biasalah, ini lelaki. Tapi aku masih nak ikut cara lama. Dulu2 kalau adik-adik aku, ayah kata selagi belum khatam quran, tak boleh sunat! Sebenarnya itu salah satu cara memotivasikan mereka untuk cepat khatam Quran. Bila tengok semua rakan dah khatam tapi dia belum, mesti rasa lain kan. Aqil ni belum khatam lagi. Baru Juzuk 22. Lambatnya dia ni nak khatam. 

Kalau ikutkan, tahun depan lah baru dia khatam dan plan untuk di sunatkan. Tapi dia dah 10 tahun. Anak-anak ni kalau dah 10 tahun, tak mahu solat kita dah boleh pukul kan. Jadinya umur max 10 tahun ni memang dah patut khatan lah supaya semua ibadahnya lebih sempurna. Satu lagi, kalau khatan awal, mereka tak merasa perasaan takut nak khatan tu kan. Kalau mereka dah tahu dan faham, mesti perasaan mereka berbeza. Sesuatu yang pastinya menjadi kenangan bagi anak lelaki kita sampai dewasa.

Aqil!!! Kamu khatan tahun ni ya! 

Ibu ni!!! Kata nak tunggu Aqil khatam Quran. Tahun depan lah ibu!

Hari tu dia yang beriya nak tahun ni, bila kita dah ubah fikiran, dia pula yang nak ikut plan kita pada mulanya. Takutlah tu ya!!! Tapi bila aku tunjukkan gambar-gambar perbezaan antara yang belum khatan dan yang sudah di khatankan di blog ini......

Oklah ibu!! Tahun ini Aqil nak sunat ya!!...

Hehehe....

p/s: kawan-kawan yang dah pernah ada pengalaman khatankan anak, kaedah yang manakah anda gunakan? Ceritalah pengalaman menjaga anak anda sikit ya....
~ يوس ~

Friday, September 28, 2012

Aqil : Penjimat rupanya dia

Teruja nak sambung cerita Aqil pergi rombongan. Ibu yang terlebih excited ni nak oiiii!

Oh ya! Takde sebut pun dia pergi kemana kan entri semalam. Rombongan sekolahnya menuju ke masjid negara, Akuaria KLCC, Petrosains KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Ada angkasapuri dalam senarai, tapi kata Aqil tak jadi pergi sebab kekangan masa.

Alhamdulillah, Aqil selamat sampai di sekolahnya pagi tadi pukul 1. Hati cuak juga, kenapa lambat sangat. Nasib baik ada dapat call dari salah seorang guru merangkap jiran setaman kami pukul 10.15 masih di Seremban. Dah dapat agak mesti sampai lambat juga.

Tengok muka anak dah turun dari bas, gembiranya hati. Macam-macam perasaan. Banyak yang aku nak tanyakan pada dia.

Sebelum tu, petang itu ada berborak dengan jiran sebelah yang anaknya sebaya Aqil juga ikut rombongan tersebut. Aku tahu anaknya tu bawa hp, jadi nak sangat tahu apa perkembangan budak2 tu semua di sana. Tersenyum mendengar cerita jiran baikku ini yang anaknya telefon bertanya, boleh tak dia habiskan semua duit yang dia bawa. Khabarnya mamanya beri 50 ringgit sebagai dui poket. Perempuan, jadi macam-macam nak di belinya.

Masa tu aku dah terfikir, Aqil aku beri cuma 40 ringgit. Cukup ke duit tu buat dia belanja. Alahai, rasa kesian pula kalau tak cukup. Sekali sekala datang KL, mesti banyak yang dia nak beli, lebih-lebih lagi tengok rakan-rakan lain membeli.

Bila dia sampai rumah dan aku tanya habis tak duit poketnya, aikkkk! Ada RM23 lagi. Sikitnya berbelanja. Tak beli apa-apa ke anak aku ni?

Satu persatu dia keluarkan apa yang ada di begnya. Selipar dalam plastik. Baju kotor dalam plastik juga. Berus gigi dan sabun dalam plastik. Sepasang lagi baju bersih yang dia tak guna pun (aku bekalkan dia dua pasang). Air masak yang aku bekalkan tak berusik pun, air oren juga tak habis, ada setengah lagi. Alahai!!! Anak ibu ok ke? Semua tak habis. Tapi roti dua bungkusdan biskut oat krunch 5 bungkus yang aku bekalkan semuanya habis. Ada kerepok lekor siap goreng yang aku bekalkan, juga tak habis makan. Ish!Ish!. Apa yang  kamu makan nak!!

Tapi aku tahu, cikgunya dah siapkan makanan untuk murid yang ikut rombongan. Pagi ada sarapan, tenghari pun ada makan, malam pun sama. Semua dah termasuk dalam yuran rombongan yang di bayar sebelum puasa hari tu RM80.

Bila aku tanya makan malam tadi apa? Jawabnya.....

"Cikgu beri nasi ayam ibu. Tapi kalau nak beli makanan sendiri pun boleh. Ramai kawan-kawan yang beli KFC. Semua tak nak makan nasi ayam cikgu! Tapi Aqil makan."

"Kenapa Aqil tak nak beli KFC juga. Aqil kan selalu suka?"

"Mahal lah ibu. Habis duit Aqil nanti."

Alahai anak ibu. Pandai dah berjimat. Tahu harga duit ya! Sejuk hati ibu mendengarnya. Kemudian tu dia keluarkan pula cenderahati yang dia bawa pulang untuk kami. Terkejut juga sebab aku tak suruh dia beli pun. Ingatkan dia tak tahu nak beli cenderahati.

Fridge magnet untuk ibu katanya. Pen untuk abah, dan mainan dinasour comel je untuk adik-adiknya, yang katanya bila di rendam dalam air selama 3 hari boleh membesar 60% dari saiz asal.

Senyum aku! Ingat dia pada semua.

"Mana Aqil punya! Kan banyak lagi duit Aqil yang lebih tu. Kenapa tak beli satu kenangan untuk Aqil sendiri?"

"Takpe ibu. Aqil kan dah dapat pergi. Lagipun semua mahal-mahal je Aqil tengok. Keychain pun dah 10 ringgit. Aqil beli air coke je singgit."

Tak tahu apa perasaan bila dengar jawapan dia tu. Senyum dalam hati je. SRD pun sama. Penjimat sungguh rupanya anak aku Aqil ni. Tapi bila pergi mana-mana dengan kami takde pula macam tu. Bila bawa duit sendiri, dan belanja sendiri berjimat-cermat sungguh. 

Oleh kerana sedikit terharu, SRD kata, " takpelah pen tu Aqil ambil ajelah. Abah dah banyak pen. Abah beri pada Aqil ya!"

"Betul ke ni abah! Terima kasih abah!" 

Dia memang suka menyimpan dari dulu. Dari darjah 1 aku beri 50 sen pun kadang-kadang dia bawa balik semula duit tu dan simpan. Aku biasa bawakan dia bekal. Dalam dompet dia selalu penuh duit. Duit poket yang kami beri, jarang-jarang dia belanjakan. Tak macam Alia adiknya. Dapat banyak mana pun kalau boleh semua nak habiskan. Boros pula yang perempuan sorang tu...huhu. Tapi kalau masa tu dia teringin beli sesuatu, berhabis duit pun dia ok je. Itulah Aqil.

Macam-macam cerita juga dari dia. Bas pancitlah, nampak ikan jerung besar lah. Apa lagi ya! Tak sempat tanya semua lagi. Kesian dah pukul 2 pagi masa tu. Nampak benar kami pun excited nak tahu cerita. Dia pun ok je bercerita. Gembira sebab dia seronok ikut rombongan tu.

Ok, lain kali boleh pergi lagi ya nak!!

Fridge magnet yang dia belikan untuk aku dan dinasour comel kepunyaan Abid. Yang 2 lagi untuk Alia dan Arif dah kena simpan. Alia lah, nampak je pagi-pagi terus sorokkan. 

Sekian....

~ يوس ~

Thursday, September 27, 2012

Pertama kali Aqil ikut rombongan sekolah

Pertama kali anak sulungku Aqil ikut rombongan sekolah. Hati dah rasa gundah gulana. Tak tenteram, risau semacam. Perasaan seorang ibu, macam tulah agaknya kan. Rombongan cuma sehari 2 malam pun dah risau semacam....hihi. Belum lagi anak masuk asrama ke apa. Macam manalah aku nanti.

Rombongan ke Kuala Lumpur, bertolak malam tadi dari sekolah pukul 12.30 malam. Ibu doakan yang terbaik buat anak ibu. Moga selamat pergi dan balik dan moga baik-baik saja sepanjang lawatan. Teruja sangat dia dapat pergi.

Seramai 160 orang ahli rombongan khabarnya, dan 4 bas kesemuanya. Ramai tu, lagi bertambah risau juga ibu. Seorang guru jaga 10 orang murid. Sebelum pergi sibuk juga minta handphone bila dia nampak ada kawan-kawannya yang bawa handphone sendiri, tetapi abahnya tak benarkan.

Sebelum pergi, dari rumah dah berbakul pesanan aku luahkan. Lepas mandi, baju jangan tinggal, simpan dompet duit elok-elok, ikut arahan guru, jangan kemana-mana seorang diri. Hai! Sampai malas dia nak dengar kot. Jawapan cliche dia "Yalah ibu, Aqil tahu!"

Gambar-gambar kenangan sebelum Aqil berangkat pergi malam tadi.

Sebelum sampai sekolah, abah ajak ngeteh dulu. Masih awal sebenarnya, baru nak pukul 11 tapi Aqil dah tak sabar sangat nak pergi masa ni....huhu

Dah sampai dewan sekolah, sessi menunggu semua murid yang nak ikut rombongan sampai. Aqil bermain dulu dengan kawan-kawannya.

Bas dah mula sampai masa ni. 4 buah bas kesemuanya yang membawa 160 orang ahli rombongan bersama.

Sedang mendengar sessi taklimat sebelum berangkat pergi. Setiap murid di beri tag nama yang ada no telefon guru pengiring di belakangnya. Tag nama punya warna berbeza mengikut kumpulan bas yang di naiki. Aqil naik bas yang ke tiga, memegang tag nama yang bertali warna hijau. Dia turut berada dalam kumpulan 2 bagi ahli bas no 3 yang mana satu kumpulan 10 orang . Seorang guru jaga 10 murid kiranya.

Aqil sudah berada di dalam bas. Nampak bayang kepala pun jadilah. Masa ni perasaan ibu dah sebak. Risau sangat dengan keadaan Aqil. Lagi sikit air mata nak meleleh, dah bertakung dah...huhu
Alia, Abid dan Arif pun ikut menghantar. Abid sibuk nak ikut Aqil naik bas....hihi. Tidurku tak berapa lena. Kejap-kejap teringat. Tap kena kuat dan tabahkan hati. Anak ikut rombongan sekolah je pun.....hihi.

Pagi-pagi tengok hp ada panggilan masuk yang tak sempat aku jawab. Hati mula risau, nombor siapa ni? Cikgu telefon nak beritahu pasal Aqil ke? Cuba telefon semula tapi tak berangkat. Selang beberapa minit, nombor yang sama telefon aku semula. Kedengaran suara Aqil dari sana. Lega rasa hati. Tapi geram juga, sebab apa yang aku tanya, dia tak jawab betul. Macam tak dengar pertanyaaan dari aku pun ya.

Suasana bising. Kukira dia meminjam hp kawannya untuk menelefon. Dah mandi katanya. Lain-lain tak jawab soalan. Tanya guna telefon siapa pun dia asyik jawab, "Aqil ok ibu!" Akhirnya terus kata bye dan letak telefon. Adeh! Tak sampai seminit pun.

Apa pun aku memang rasa lega sedikit. Kelakar pun iya perasaan ibu ni kan. Anak baru 10 tahun dah ikut rombongan. Dah lah aku nampak dia paling kecil dan kurang ketinggian je berbanding rakan-rakannya....hihi. 

SRD kata, aku kena yakin dengan Aqil. Dia boleh! Jangan over protective. Ok! Ok! Kena ubah, jangan terlalu risau, yakin dia boleh jaga diri.

Ibu tunggu kepulangan Aqil malam ni. Di jangka tiba semula di sekolah pukul 12 malam juga. Baru sehari dua malam ikut rombongan, dan terlebih risau aku ni, kalau seminggu mahu tak lalu makan.....hahaha.

Sekian....

~ يوس ~

Monday, September 10, 2012

Teori gemuk vs kurus yang tak boleh digunapakai, tetapi ada logiknya kot?

Berfikir dua tiga kali sama ada nak kongsi cerita ini atau tidak. Tetapi ianya sesuatu yang mencuit hati aku sehingga kini. Sangat lucu teori dari suamiku SRD ini, tetapi ada logiknya kot....kihkihkih. 

Biasa waktu makan adalah antara waktu kami berseronok sekeluarga. Kecoh pun ya juga, masing-masing nak bercakap, bercerita dan bertanya soalan. Bila sikit-sikit tu aku suka, tapi bila dah melalut tu aku tak suka. Tambah tak suka bila mereka tak habis-habis makan sebab dok bercerita. Cuma cerita yang satu ini berlaku masa makan malam semalam, lucu ok!!!

Tak ingat bagaimana dialog permulaanya tapi aku rasa begini kot.

Aqil: Kenapa abah gemuk?

Abah: Nanti Aqil dah besar pun mesti gemuk macam abah, mesti punya!

Aqil: Aqil tak nak gemuk macam abah, Aqil nak kurus aje.

Abah: Kalau Aqil kurus nanti isteri Aqil mesti gemuk!

Aqil: Kenapa pulak?

Abah: Aqil kata abah gemuk kan. Tengok ibu, ibu kurus sikit kan dari abah. 

Aqil: Ha'ah ibu kurus sikit.

Abah: Cuba Aqil tengok abah kawan Aqil si A, abah dia kurus sangat kan. Ibu dia kurus ke gemuk?

Aqil: Ibu dia gemuk sangat!!

Abah: Haaaaa! Aqil nanti nak bini Aqil kurus ke gemuk?

Aqil: Aqil tak nak bini gemuk, Aqil nak bini Aqil kurus!!!

Masa ni aku dah ketawa terbahak-bahak. Tak boleh tahan tu, nak juga isteri dia kurus.

Abah: Haaa, kalau Aqil nak bini Aqil kurus, Aqil kenalah gemuk!

Aqil: Oklah, nanti Aqil besar nak gemuk sikit je, jadi nanti bini Aqil pun kurus sikit je, tak naklah kurus sangat, macam abah kan abah.....

Hihihihi, tulah aku kata teori gemuk vs kurus yang tak boleh digunapakai langsung, tapi selalu kita nampak berlaku kan. Kurus ke gemuk ke suami atau isteri kita, yang penting kita bahagia ya anak-anak. Jangan percaya teori abah kamu tu, saja je dia tu nak cover line tahu.....hahahahhaha.

~ يوس ~

Monday, July 09, 2012

Grading taekwondo: dari gred 8 nak bertukar ke gred 7

Ahad semalam, kami 5 beranak ke SKPR untuk acara grading taekwondo Aqil dan Alia. Kali ke dua mereka grading tahun ini. Grading pertama hari tu di sini.

Kali ini mereka terlibat dalam grading pelajar gred 8 untuk ke gred 7. Kalau lulus dan berjaya, tali pinggang masih tetap warna sama, cuma dah up sikitlah, kuning 1 jadi kuning 2.

Aku perhatikan anak-anak aku ni, takde sibuk takut atau gabra macam aku dulu-dulu bila ada sesuatu acara atau perkara yang berlaku macam ni. Semua relax je. Nak ambil ujian pun relax je. Bagus kot untuk mereka, sebab anak jiran sebelah siap tanya dia. "Aqil, Alia nko tak takut ke nak grading ni nanti?"

Jawapan mereka, "takde pun!". Over confident je mereka ni tau!

Sekitar gambar-gambar semasa di sana. Tak dapat nak ambil dari jarak dekat, sebab ada Arif yang over aktif. Kali ni kan aku pergi dengan anak-anak je. SRD tiada untuk meneman kerana ada urusan kerja.

gambar kiri sedang menunggu giliran mereka untuk di panggil ke hadapan, gambar kanan, aksi Aqil semasa membuat persembahan.

Aksi-aksi mereka semasa menunjukkan skill depan master. Alia dan Aqil dalam bulatan merah tu untuk gambar paling kiri, gambar kanan, kecik lah malas nak bulatkan...hihi.

Selesai sudah sessi ujian, terus jumpa ibu, Abid dan Arif fi tempat duduk ibubapa. Muka masing-masing toya je...hihi.

Moga lulus dan berjaya naik gred ya anak-anak ibu. Ibu tengok semua memang berkeyakinan dan nampak bersemangat semasa melakukan ujian tu. Tahniah!

Bulan November nanti ada majlis grading lagi. Harap nama anak-anak ibu akan terpilih sekali lagi. Cepat sikit bertukar warna tali pinggang kan.

Buat abah, kami dah lakukan yang terbaik, InsyaAllah kami pasti lulus!
~يوس ~

Friday, June 29, 2012

Aqil jatuh dalam loji kumbahan?????

"Cik Yus!!! Aqil kan tadi dia jatuh dalam loji kumbahan!!!"

Itulah ayat dari anak jiran aku sebaik dia nampak aku parking kereta di kawasan berhampiran sekolah. Dia dan adiknya sedang menunggu kenderaan yang mengambilnya pulang di situ. Anak-anak aku pula belum nampak batang hidup mereka.

"Haaaa!!! "

Manalah aku tak terkejut. Hati terus berdegup kencang.

"Dia jatuh macam mana? Ok tak dia? Mana dia sekarang? Loji kumbahan apa ni? Termasuk terus ke dalam  tu ke?"

Bertubi-tubi soalan aku ajukan padanya. Sambil mata melilau mencari kelibat Aqil. Masih belum nampak di mana dia.

" Baju dia kotor. Cikgu Rogayah tolong angkat dia. Dia ok cik yus tak cedera pun."

Barulah hati lega sedikit. Tapi masih risau selagi tak nampak Aqil. Aduh Aqil. Ada-ada saja kamu ni. Loji apalah yang di maksudkan kawan kamu ni. Cuak ibu tau!

Bila saja Aqil muncul, muka tersenyum-senyum sambil bawa beg plastik berisi baju dan kasut. Dia hanya berkaki ayam. Di badan nya dah tersarung t-shirt merah yang tak pernah aku nampak sebelum ni. Mesti cikgu dia yang beri ni. 

"Ibu!! Aqil ni busuk ibu. Dia jatuh dalam lubang taik!!!", jerit Alia.

Alahai anak ibu. Macam manalah boleh masuk dalam lubang taik ni. Sadis betul....huhu.

Mulalah mulut Aqil bercerita. Kakinya terpelosok masuk ke dalam lubang tu sebab penutupnya terbuka sedikit. Ada kawan dia tolak. Dalam hati aku geram juga. Bagaimana cikgu sekolah boleh tak perasan kalau penutup lubang najis tu tak bertutup. Rupanya terbuka sedikit. Ada orang cuba buka ke?

Sampai rumah telefon berdering. Cikgu Rogayah yang bantu Aqil tadi menelefon. Dia menceritakan perihal Aqil terjatuh ke dalam lubang antiseptik tadi. Aku bebel manja juga, agar pihak sekolah pastikan lubang tu tidak terbuka di lain masa. Takut juga kalau ada murid yang terjatuh dalam tu tapi tiada siapa yang perasan kan. Nasib baik kaki tergelincir sedikit saja. Kalau semua termasuk dan tiada siapa yang lain sedar bagaimana? Minta di jauhkan lah. Tapi bila dah tergelincir sedikit tu, ada kesan air busuk yang tepercik ke baju dia. Tu yang baju, seluar, kasut semua bau serupa air longkang....huhu.

Apa pun alhamdulillah anak ibu selamat. Moga berhati-hati di lain kali ya Aqil. Tolong jangan bermain di kawasan itu lagi tau!Bahaya!!!

~ يوس ~

Tuesday, May 15, 2012

Dari putih ke kuning 1

Tak berpeluang nak masuk taekwondo masa sekolah dulu, bila tengok anak-anak berlatih dan pergi grading rasa teruja. Baru tahun ini aku masukkan mereka ke kelab taekwondo ni. Sebenarnya baru tahun ini mereka sibuk nak masuk. Kalau tak ya-ya, dan mereka tak minat, malas juga nak keluarkan modal untuk aktiviti seumpama ini. Tapi bila mereka sendiri yang bersuara dan tunjuk minat, sedaya upaya perlulah berikan sokongan.

Tarikh 28 April yang lalu acara grading buat mereka Aqil dan Alia. Kira exam untuk menentukan mereka layak atau tidak bertukar tali pinggang dari putih ke kuning 1. Aku tak tahu bagaimana perasaan mereka masa exam tu, tapi aku sebagai ibu yang lihat dari jauh sangat berdebar-debar. Rasa gugup terlebih macam aku yang nak ambik periksa...hahaha.

Sebagai kenang-kenangan, aku ingin abadikan di blog ini untuk tatapan di kemudian hari. Moga cepat-cepat bertukar warna tali pinggang lagi ya....hehe.

Kelihatan Alia peserta ke 3 dari belakang masa acara memanaskan badan

Sir mereka sedang bersiap sedia, para pelajar pula sedang menunggu giliran

Masa untuk Aqil dan Alia ke hadapan, untuk menunjukkan skill masing-masing.

Bersemangat aku tengok mereka. Sangat teruja dan seronok tengok.

Ini pula Sabtu lepas, balik dari latihan taekwondo bersama tali pinggang kuning masing-masing yang baru saja di beri oleh Sir mereka. Tahniah kerana lulus ya anak-anak. Adik-adik mereka pun tak mahu ketinggalan...hehe
p/s: bila mood blog merudum, mulalah aku menukar susun atur blog sendiri untuk menampakkan sedikit kelainan. Bagi mood tu datang sikit. Ok tak?
~ يوس ~

Friday, March 02, 2012

Aqil: Anak ibu kena buli lagi?

Ibu pun tak pasti sama ada ini kes buli ke tak?
Namun ibu rasa ini kes tak puashati pelajar.
Namun ibu jadi gerun tau Aqil.
Anak ibu ni terdedah dengan amarah budak2 lain.
Siapa yang salah?
Aqil ke puncanya?

Ceritanya, petang semalam dia balik dari sekolah agama dengan muka yang suram.
Sampai depan pintu terus tunjuk leher pada aku.
"Ibu Aqil kena cekik dengan budak darjah 6!"

Aduh!Kena lagi.
Gaduh sampai cekik2 leher kawan apa kes ni?
Risau aku dengan budak2 zaman sekarang ni.

Kata Aqil, dia tengah sapu sampah sambil gurau2 dgn kawannya.
Guru takde, dan waktu hampir nak balik masa tu.
Dia bertugas sapu sampah semalam.
Tetiba ada budak darjah 6 lalu depan kelas tu.
Aqil pandang budak tu semacam kot.
Budak tu jadi hangin terus kata, "Apa pandang2?"


Aqil pula jawab, "Nko sekolah pagi kelas 6B kan?
"Kalau 6B kenapa? Nko kelas apa?"
"Aku 4T!"

"Nama je 4T tapi bodoh!"
Lepas cakap benda tu dia terus cekik Aqil.
Sampai merah berbekas leher anak aku!
Kawan Aqil cuba meleraikan pun kena cekik sekali.
Nasib baik ada ustazah lalu kata Aqil, terus dia berhenti dan melarikan diri.

Budak lelaki mmg macam ni ke?
Rasa tercabar sikit mula nak tunjuk hero?
Aqil menangis sambil bercerita tu.

Aku pun tak faham kenapa budak tu hangin.
Mungkin ke cara Aqil sebut dia 4T tu dgn nada riak?

Kelas T@Terbilang kat sekolah ni kira kelas A lah,
dan kelas B@Bistari kelas yang paling akhir dari 4 kelas yang ada untuk setiap darjah.
Adakah itu puncanya dia hangin?

Aduh!! Aqil, tolonglah jangan cari pasal dengan pelajar lain nak!
Risau ibu tau!

Aqil balik sekolah agama sekali dengan anak jiran aku yang juga ketua pengawas sekolah agama.
Kira satu keretalah sbb jiran aku tu yang bertugas amik mereka.
Jelas anak jiran aku tu, budak yang cekik Aqil ni pernah kena tangkap dengan guru sbb curi jam kawan di sekolah.

Adeh! Tolonglah Aqil.
Jangan berlagak pandai lain kali.
Awak tu kecik aje.

Gambar atas, konon nak tunjuk leher Aqil yang masih merah berbekas masa balik semalam.
Tapi tak clear sangat guna kamera hp ni.

Korang, sebagai ibu apa patut aku buat ekk??
Anak aku Aqil ni pun pantang orang bercakap, suka menjawab.
Risau!!!!!!!

Please Aqil, behave and mind your own business.
Jangan sibuk orang lain boleh tak?
huhu.

Sekian...

_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...