Sunday, February 19, 2012

Home » , » Hijab Kekasih

Hijab Kekasih

Baru kali pertama aku menonton telemovie ini. Hijab Kekasih. Tajuk yang sedap dan membawa maksud mendalam bagi aku. Sama dengan tajuk lagu M Nasir itu. Suka aku tengok Yatt dalam telemovie ini. Wajahnya yang mulus, tulus, sangat manis dia bertudung. Memang terbaik.

Mula membaca info mengenainya dah buat aku tertarik. Info pendek dan ringkas hasil dari aku menekan remote astro itu. Jelasnya cerita ini membawa kisah bagaimana balasan dari Allah apabila harta anak yatim di salahguna dan urus walau dari anak kandung sendiri.

Aku menjadi sangat ingin tahu tatkala membaca info ringkas itu. Sambil aku menonton, sambil aku mencari sedikit maklumat mengenai cerita ini. Serius banyak pengajaran daripada telemovie ini. Jangan main-main dengan harta anak yatim walau anak itu anak kandung kita sendiri tau! Kita sebagai pemegang amanah, wajib menguruskannya dengan betul dan membahagikan kepada yang hak dengan betul mengikut faraid.

Serba ringkas cerita ini mengutarakan isu tentang sikap masyarakat yang ambil remeh berkenaan wasiat dan harta anak yatim, HIJAB KEKASIH cuba untuk menunjukkan segala kifarah Tuhan kepada mereka yang sambil lewa dalam pengurusan harta anak yatim. Setelah Azmi (Zaidi Omar) berkahwin dengan seorang balu, Zakiah (Mislina), dia cuba untuk mempengaruhi isterinya menjual rumah yang dibeli oleh arwah suami Zakiah, Rahmat tanpa berbincang dahulu dengan anak kandung Zakiah, Rozaimi (Yuswaisar).

Peristiwa itu, menyebabkan Rozaimi mula menjauhkan diri daripada keluarga baru ibunya, kerana tidak mahu bersubahat dengan harta yang telah disalahgunakan, tambahan pula, pernah satu ketika Azmi bersikap tamak dan tidak merestui hubungannya dengan isterinya, Halima (Farah).

Satu demi satu malapetaka menimpa keluarga Azmi, bermula dengan kematian adik tiri Rozaimi semasa pulang dari mengambil keputusan SPM, sehinggalah kepada peristiwa Zakiah jatuh tangga dan mendapat traumatic brain injury yang menyebabkannya diam membisu, tidak mahu berinteraksi dengan sesiapa pun. Hj Sulaiman (Mazlan Tahir), rakan karib arwah Rahmat berpendapat, ada hijab yang menyebabkan Zakiah membisu dan tiada respon. Dia juga berpendapat, hanya Rozaimi sahaja yang dapat menghilangkan hijab itu.

Dengan berbekalkan sebuah album lama bertajuk 'Kekasih' yang menempatkan segala memori indah Zakiah dan Rahmat, Rozaimi berserta anak Hj Sulaiman, Hamidah (Yatt) berusaha untuk memulihkan Zakiah dan melepaskannya daripada hijab yang membelenggu.

Rupanya telemovie ini sudah berulang kali di siarkan di Astro, hanya aku saja yang baru menyaksikannya malam ini. Sangat memberi keinsafan. Memberikan ingatan kepada kita tentang sesuatu yang melibatkan harta anak yatim, hendaklah di urus dengan betul dan sempurna, supaya tiada akibat yang menyusul akibat dari kecuaian kita.

Lagu tema pun sangat sedih dan mendayu bila di dengar. Sungguh menyentuh kalbu apabila menonton cerita ini. Thumbs up!!

Satu lagi yang jadi Rahmat tu Rosyam Nor....hihi. Siapa tengok telemovie ni tadi? Di siarkan di Astro Oasis. Drama dalam Astro Oasis, banyak yang bertemakan ketuhanan dan keinsafan kan?


~ يوس ~

19 comments:

  1. alamak..kita tak berkesempatan la plk tgk telemovie drama ni..

    ReplyDelete
  2. menarik nih.. tp FM x ikuti.. da lama tak menonton drama..

    ReplyDelete
  3. tak sempat tonton lagi... tapi dengar best citer ni..

    ReplyDelete
  4. betul tu.. saya pun setiap kali nak tengok filem akan cuba mengambil pengajaran yang terselindung d sebalik jalan cerita... suka dengan drama macam berbanding cintan cintun mahupun hantu2 ni.. ehehe

    ReplyDelete
  5. ooh mendalam tajuk tu...kdg2 org sambil lewa maklumlah ank sendiri..pengajaran buat semua ni...

    ReplyDelete
  6. nak try search kat youtube la

    ReplyDelete
  7. tak sempat nak tengok citer dan movie sekarang ni...

    salam kenal =)

    ReplyDelete
  8. kak yus, izan tak tgk lagi citer ni. dah jarang sgt mengadap tv dgn khusyuk cam dulu2 tu...

    selain oasis, suka layan tv al-hijrah...

    ReplyDelete
  9. kak...rumah kita tak dak astro la...huhuhuhuu,,,

    ReplyDelete
  10. belum berkesempatan lg nak tgk movie ni..
    ada yg kata sedih..

    umah dah x psg astro.. huhu..x leh tgk..

    ReplyDelete
  11. malam tadi tgk sikit citer ni.. tp tertidur sbb mengantuk.. Alhamdulillah yus kongsikn di sini.. bagus juga bila tgk drama yg ada unsur2 yg baik ni.. sekurang2nya menambahkan pengetahuan kita ttg perkara yg kita kdg kala terlepas pandang..

    ReplyDelete
  12. @diana
    ya diana, cuma saya baru semalam dapat tonton...lama dah tak tengok sangat drama, biasa layan cerekarama sikit2. tp ni tengah rajin nak tgk tv malam2...ekekek.

    ReplyDelete
  13. hehe,...saya dah 2 kali tgk hijab kekasih nih...jgn main2 dengan wasiatkan...terutamanya makan harta ank2 yatim...

    ReplyDelete
  14. terima kasih kerana menonton dan mberi review yg baik mengenai drama hijab kekasih. teruskan menonton dan support drama2 keluaran suhan movies.

    editor drama
    hijab kekasih

    ReplyDelete
  15. terima kasih kerana menonton dan mberi review yg baik mengenai drama hijab kekasih.
    teruskan menonton dan menyokong drama keluaran suhan movies. sy mewakili produksi suhan movies mengucapkan setinggi penghargaan kepada anda semua.

    terima kasih


    editor
    hijab kekasih

    ReplyDelete
  16. Mmg best ler drama ni, byk pengajaran. Kira leh leleh ayaq mata gak la kat part masa rozaimi baca album tu dan zakiah pun ikut skali anak dan mak nangis skali.....arggggg aku dah tak leh tahan empangan...pecah...buang air lar....hehehehe.....

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...