Thursday, February 16, 2012

Home » » Hati seorang isteri...

Hati seorang isteri...

Pagi ini sedikit moody. Bila angin tak baik, semua kerja di buat rasa tak seronok. Dan tidak semena-mena yang tak bersalah jadi mangsa. Tak mahu macam tu kan. Biasa terjadi pada kita begitu. Perlu banyak sabar. Ya Allah berilah aku kesabaran.....aminn.

Dua minggu lepas dia dah sebut, hujung bulan ni akan ke Kerteh lagi. Bukan cuti sekolah sudah tentunya tiada peluang ikut. Dan katanya akan pergi bersama seorang lagi rakannya. Tak kisahlah tu. Ada teman dalam perjalanan yang mengambil masa yang lama itu. Penat rasanya perjalanan ke Kerteh dari BP itu tau!

Semalam dia kata pula, selesai urusan di Kerteh petang Isnin, dia perlu terus ke Sepang. Ada urusan di sana pula sehingga Rabu. Adeh!! Maksudnya dia tak boleh satu kereta bersama temannya ke Terengganu. Bawa kereta masing-masinglah sebab yang sorang lagi tu cuma ada urusan di Kerteh.

Aku risau tau! Risau sebab perjalanannya yang jauh itu dan tiada kawan untuk bergilir-gilir memandu. Dah lah jauh, pasti penat. Perlu seharian bekerja juga selepas itu.

Dulu masa zaman belajar, aku ingat kerja macam dia tu senang je. Pergi kelas, mengajar, sediakan exam paper , semak keputusan pelajar, baca assigment pelajar. Tapi hakikatnya.....skop kerjanya lebih luas, besar.

Kalau di ikutkan 24 jam sehari pun tak cukup agaknya, aku memang tak boleh kot kalau berada di tempat dia. Tapi aku ingin terus menjadi penyokong dia. Tak mahu bebankan dia dengan benda lain. Cuma perasaan bimbang tu selalu muncul bila ada ketikanya dia kerap keluar kawasan. 

Oh hati. Kuatlah!! Semua di lakukan untuk keluarga juga, demi kerjaya, demi masa depan bersama. Doa yang terbaik untuk dia, semoga Allah sentiasa lindungi dan bersama kita.....aminn.

~ يوس ~

20 comments:

  1. hm, sis dok kt maner ek? klau kira Kerteh ke Kuala Terengganu nie, dlm sejam...

    ReplyDelete
  2. insyaallah
    moga semuanya dipermudahkan Allah =)

    ReplyDelete
  3. memang pun yus..risau tu sentiasa ada setiap kali suami melangkah keluar pi kerja.bukan risau dia melencong ke lain tapi risau yang lebih buruk dari tu..
    hari2 kalau suami balik kerja lewat 10,20 minit pun saya dah risau.kejap2 buka pintu,tengok enpon..

    ReplyDelete
  4. amin.. semoga sentiasa dalam lindungan Allah.. sabar ye kak.. :)

    ReplyDelete
  5. akak sayangggg sangat kat husband...sebab tu risau...

    untung husband akak. :)

    ReplyDelete
  6. husband akak seorang cikgu ke? ya, jadi cikgu adakalanya sibuk sana sini.. mujurlah saya masih bujang,. kalau dah kawin pasti akan menggelisahkan si isteri, apatah lagi dalam perjalanan yang jauh..

    doakan saja semoga segalanya d pemudahkan

    ReplyDelete
  7. InsyaALLAH, dengan doa akak, beliau akan sentiasa dlm keadaan selamat...yg penting akak terus support dia..
    jgnlah moody2...senyum sikit..
    (^______________^)

    ReplyDelete
  8. @Ayuni
    akak duduk Batu Pahat Johor Ayuni. Nak ke Kerteh dah ambil masa 9 jam atau lebih...huhu.

    ReplyDelete
  9. @Gen2Merah
    boleh kata cikgu jugalah cikgu, cuma husband akak ni cikgu orang yang dah meningkat dewasa. Yang dewasa baya dia dan tua dari dia pun ada...:)

    ReplyDelete
  10. hati seorang isteri mmg mcm ni kan..kdg2 suami pun rimas bila kita slalu risau mcm2..hehe.. insyaallah semoga segalanya d permudahkan.. aminn.

    ReplyDelete
  11. aamin kak yus..insyaallah selamat pergi dan balik..kak yus kuat ya..:)

    ReplyDelete
  12. Lecturer yg selalu outstation Yus fulus pun masuk lebat. Kakak tahu sebab cousin kakak lecturer di UTM skudai pun sama. Kalau keluar 3-4 kali pun dah boleh setel utk bayar rumah dan 2 biji kereta tak ke berbaloi... demi keluarga juga

    Doakan dia selamat/sihat insya-allah

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah semua selamat, niat baik tu kak, nak pergi urusan kerja kan..qema pun risau kalau suami pergi jauh xde gilir drive sebab dia mudah ngantuk bila bawa kereta.

    ReplyDelete
  14. tiba2 izan rasa apa yg kak yus rasa skrg ni. mmg betul kak... setiap kali suami ke mana2 esp outstation, hati ni rasa risau sgt. selagi tak sampai destinasi/ sampai depan muka pintu hati masih tak tenteram kan kak...

    apa2pun... doakan semuanya dipermudahkan oleh Allah ye kak...

    ReplyDelete
  15. semoga sentiasa berada dibawah lindungan Allah SWT..

    ReplyDelete
  16. Doakan semoga husbanh Yus selamat pegi dan balik,nak buat camne dah kejakan demi keluarga.....

    ReplyDelete
  17. Isteri mana yang tak risau bila suami tidak di depan mata. Bukan kerana cemburu, tapi risaukan keselamatannya. :)

    ReplyDelete
  18. Salam kak yus..
    huhu...tabahnye kak yus..
    if cma lom tentu lagi dapat facing situasi camni..

    kak yus kat superwife..insyaAllah..semoga selamat semuanya..cma doakan :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...