Friday, February 03, 2012

Home » , » Andai Rasulullah masih ada | If the beloved were among us | لو كان بيننا الحبيب

Andai Rasulullah masih ada | If the beloved were among us | لو كان بيننا الحبيب

Tadi tengok tv al-hijrah.
Ada satu persoalan di utarakan kepada kita
iaitu Andai Rasullullah masih ada, apa yang kita ingin katakan padanya?

Pelbagai jawapan keluar dari mulut mereka yang di tanya.
Tak semena-mena hati aku sebak.
Sungguh jika Rasullulah masih ada dan aku dapat bertemu dengannya.
Apakah yang aku katakan padanya??
Aku rasa jawapan aku sama dengan salah seorang yang di temuramah itu.
Rasa tak layak bertemu Rasulullah.
Rasa diri terlalu kerdil.

Aku cuba cari klip video yang sama aku tengok tadi.
Tapi tak jumpa.
Namun aku berjumpa dengan yang ini.





Melihat dan mendengar jawapan dari wanita ini hati aku turut sayu.
Wanita itu menangis.Walau wajahnya terlindung di sebalik purdah, dan hanya menampakkan sepasang matanya yang bening, tetapi suaranya yang sayu dan sebak beserta linangan airmata yang tumpah menggambarkan segala rasa yang menggigit tangkai jiwanya.
Aku juga jumpa klip video lagu ini.
Lagu bertajuk Law Kana Bainana | Andai Rasulullah masih ada | If beloved were among us





Andai Rasulullah masih ada ( lirik dalam Bahasa Melayu)

      Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
      Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
      Keampunan-Mu,
      dan sifat pemurah-Mu
      dan kebebasan daripada neraka-Mu
      Dan juga syurga bersama-sama penghulu seluruh manusia
      Kami mohon pada-Mu
      Mohon dengan sangat wahai Tuhanku,
      Dari sudut hati kami yang paling dalam....


Kalaulah Kekasih-Mu
Masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah.
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta
untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.


Berada berhampiran baginda
Jiwa turut menjadi harum,
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah
akan di perkenankan
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...


Hidayahmu kepada alam merata meluas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah


Kutebus dirku dengan dirimu,
wahai Kekasihku
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum
Wahai yang di utuskan sebagai
tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam...


Wahai Kekasihku, wahai Muhammad
Wahai doktor hatiku
Wahai yang di puji di puja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


Sumber : Video Klip ini.



If the beloved were among us ( English Lirics)


If the beloved were among us
Those from far and near will come to Him
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near Him


If His company the souls feels great
If His prays, Allah will surely answer
The light of Taha will not cease to exist
Oh You who answers the prayers
Please fulfill our hope to meet Him


I am willing to sacrifice my loved for You
Oh beloved
Muhammad honor of strangers
In your company the souls feels great
O' mercy of the world

Sumber: Video Klip ini

Sayu kan bila dengar lagu ni?
Mari kita sama-sama berselawat ke atas junjungan nabi kita Muhammad SAW.
Ya habibina Ya Rasulullah.
Semoga kita di pertemukan dengan Baginda.

Serius, sebak tulis bait-bait lirik lagu ni
apabila di terjemahkan ke dalam bahasa yang kita fahami.

Salam Maulidurrasul buat semua...
Ahad ini 5hb Februari 2012
bersamaan dengan 12 RabiulAwal 1433H.

~ يوس ~

17 comments:

  1. sayu dan sebak...
    kalaulah.....

    ReplyDelete
  2. aduhh sayunya yusss
    andai kita berpeluang melihatnyaaa ;(

    ReplyDelete
  3. Lagu Lawkana Bainana selalu keluar di corong radio IKIM FM... kakak suka dah boleh katakan hafallah juga sebab dah selalu sangat mengikuti..

    Sama-sama kita berselawat moga mendapat syafaat darinya kelak Yus...

    ReplyDelete
  4. ceramah ustaz rabu lepas.. semua kisah Baginda.. memang sebak rasanya esp tatkala baginda mangkat..

    ReplyDelete
  5. Sayu & rasa kerdil sangat..salam maulidul rasul buat semua, sama2 kita banyakkan selawat ke atasnya.

    ReplyDelete
  6. pernah tgk rancangan tu juga dulu.. lagunya memang menyentuh hati.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

    ReplyDelete
  7. selalu jugak tengok rancangan tu yus,,masa tengok tu rasa sedar kejap,,sbb mulut kita ckp cinta rasul..tapi byk sunahnya yang tak ikut huhu..

    ReplyDelete
  8. sayu & rasa diri ini terlalu kerdil :(

    salam maulidur rasul utk akak sekeluarga :)

    ReplyDelete
  9. Tak dpt nak bayangkan cemana rupa paras baginda Rasullallah..

    Salam maulidur rasul utk kak yus..

    ReplyDelete
  10. sayu dan sebak tiap kali tgk rancangan ni kat tv al-hijrah... dgr bait2 lagunya aje dah mampu buat airmata ni bergenang....dan dlm diam2 menangis...

    ReplyDelete
  11. bila kita kenal sifat & segala peribadi Rasulullah yg hebat lagi sempurna (maksum).. memang akan terasa sebak dan sayu.. malahan malu utk bertemu Rasulullah..

    mungkin perasaan tu sgt hebat, hebat drp dpt berjumpa sultan @ pemimpin besar negara.. tak tergambar dgn kata, hanya air mata menjadi saksi..

    Salam maulidur Rasul Yus..

    ReplyDelete
  12. sebak.. :(

    kalau rasul itu ada pada masa ini..
    allahuakbar...betapa untungnya..


    salam maulidur rasul buat akak sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  13. sungguh menyentuh hati kan.. salam maulidur rasul mama Yus

    ReplyDelete
  14. Salam Yus,

    Semoga kite mendpt syafaat dr Baginda... Rasa sebak :(

    ReplyDelete
  15. Saya akan memberi salam.
    Lalu memeluk rasulullah.
    Andai kah indahnya jikalau rasulullah masih ada

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...