Rasa malas betul tangan ni nak menaip.Kenapa dan mengapa? Apa pun aku tetap mahu mengabadikan cerita aku ke klinik mata semalam.
Sudah hampir setahun juga sejak aku tahu aku mengalami masalah retinal detachment. Entah pemeriksaan kali ke berapa semalam, aku pun tak pasti. Namun, kali akhir aku pergi adalah 4 bulan lepas.
Kiranya selepas 4 bulan, apa perkembangan terbaru? Aku masih nampak seakan nyamuk berterbangan pada penglihatan aku. Mata kiri pula aku rasakan seperti ada satu lapisan lain di atasnya. Aku nyatakan semua itu pada doc semasa sessi diskusi sebelum pemeriksaan di jalankan semalam.
Selepas pemeriksaan di jalankan, hasilnya tiada koyakkan baru pada kedua-dua mata. Kesan luka masa pembedahan lalu nampak stabil. Semuanya ok pada penglihatan doktor, tapi dia dapat mengesan ada selaput nipis pada mata kiri aku. Namun tidak membahayakan katanya. Apapun dia beri sejenis ubat titis baru untuk itu.
Hari ini tidak tahu, selepas menggunakan ubat itu, aku dapat rasakan aku tak boleh lama di depan lappy ini. Kepala pusing, ada bayang. Kesan ubat itu kah? Dah petang ni, cuba juga menulis di sini.
Aku juga masih belum nampak apa-apa kesan hasil dari meminum produk dr8 Dr Rozmey tu. Macam sama aje....huhu.
Ingin berkongsi satu cerita dari seorang kakak semasa di klinik semalam. Matanya kabur akibat terkena semburan ular tedung Khamis lepas. Terkejut aku mendengarnya. Katanya, ular tedung itu melingkar elok di tingkap bilik airnya. Sebelum itu, dua orang anaknya lama juga di bilik air, tapi alhamdulillah ular itu tidak menyerang mereka. Bila dia pula yang masuk, ular itu seakan-akan cuba bermain-main dengannya. Dia terasa seperti ada pancutan air seperti air siraman pokok bunga tu di kepalanya. Dia pelik juga, datang dari mana air itu.
Mulanya dia membiarkan saja. Teruskan dengan urusannya. Tapi kemudian dia terasa ada lagi air datang dari atas. Bila saja dia mendongak, ular itu terus menyembur kuat dan kena tepat pada kedua-dua matanya. Pelik juga kan, ular itu seakan menyuruh kakak itu mendongak untuk mudah dia menyembur.
Bila saja terkena semburan ular tedung itu, memang tak tahu nak kata apa lagi. Pedihnya bukan kepalang. Kakak tu kata, dia membasuh berulang kali matanya dengan air bersih. Kemudian suaminya bawa dia ke Klinik Nur, tapi doktor di sana tidak menerima dia. Di bawa pula ke Putra Hospital, juga di tolak. Akhirnya ke hospital BP dia. Pedih sangat masa doktor cuci matanya. Itulah cerita yang sempat ku dengar dari kakak tersebut. Hajat hati nak tanya dia, kemana ular itu selepas mata dia di sembur, tapi tak sempat, sebab namaku telah di panggil saat itu untuk berjumpa doktor. Bila keluar, dia pun dah masuk bilik yang satu lagi pula.
Aku jadi seram bila dengar cerita kakak tersebut. Rumah aku ni, kawasan belakangnya agak semak juga. Tanah orang yang tak di jaga. Semaknya dah begitu tinggi. Takut sangat kalau ada ular. Seram kan. Nak di bersihkan, dia letak pagar berkawat di sekelilingnya.
Cuti baru ni, SRD potong juga pagar tu dan bersihkan mana-mana yang patut. Yalah kalau boleh biar kawasan semak tu jauh sikit dari rumah kita. Dulu elok je mereka bersihkan dan tanam pokok apa ntah. Tapi tanaman mereka tak menjadi, sudahnya di biarkan semak sampai macam tu sekali. Kita pula yang jadi takut sebab betul-betul di belakang rumah kita kan.
Nak cuba tegur tuan tanahnya, tapi kami semua tak tahu tuan tanah tu tinggal di mana. Bukan bangsa kita pula tu. Hendak tak hendak, berdoa sajalah agar tiada haiwan berbisa yang datang dan masuk ke rumah. Segala sesuatu yang berlaku datang dariNya juga kan. Tawakal ajelah.
Dan aku juga berdoa semoga penglihatanku semakin baik. Atau paling kurang pun, kekal macam ni pun aku dah syukur, jangan di tambah lagi masalah lain. Tak mahu rasanya di bedah lagi atau di laser lagi mata ini. Sakit!!!!
Dan aku juga berdoa semoga penglihatanku semakin baik. Atau paling kurang pun, kekal macam ni pun aku dah syukur, jangan di tambah lagi masalah lain. Tak mahu rasanya di bedah lagi atau di laser lagi mata ini. Sakit!!!!
~ يوس ~
seram lak bacanyer.. macam2 boleh jadikan...
ReplyDeleteakak duduk batu pahat ke? batu pahat kat mane ye?
ReplyDeleteAlhamdulillah semua dah ok ye kak, moga makin sembuh..gerun dgr cerita kn sembur ular tu, minta dijauhkan..
ReplyDeletesian kak yus..n kesian jugak buat kakak yg kat klinik tu td..
ReplyDeletesemoga allah permudahkan kak yus n kakak td dlm apa saja yg kamu berdua lakukan..
Ya Allah..
ReplyDeleteayu penakut dan ayu sangat seriau ke belakang rumah sorang2..
sebab ayu takut terjumpa benda yang bernama ULAr..
yus.. moga mata kamu cepat sembuh ya...
ayu ada kes glue coma.. serius lagi risau
Kak, scary nye dengar citer ni...aduhh, so mata akak tu camana?
ReplyDeletengeri mmg part2 mata nie..kalau tak okay gak better pegi pakar mata.
ReplyDeleteke u dah pegi ek hehehhehe sbb u tak mentioned u pegi specialist or hosp biasa hehehehe...
ngeri mmg part2 sembur ular tedung tu...errr napa dia main sembur2..betul2 ke itu mmg ular tedung atau jelmaan uwaaaaaaaaaaa
ish...takutnya dgr citer ular tu kak...semoga kakak tu cepat sembuh drp semburan ular tadi...kesian sgt dgr...huhu...
ReplyDeletedan hopefully akak pun cepat baik...bykkan sabar ye kak dan teruskan berdoa yer...
uish bahaya nye kene semburan ular tedung....harap tak berlaku la pado kito semuo...
ReplyDeleteAlhamdulillah mata akak semakin sembuh.. seram baca lak baca pasal ular tedung tu.. x leh bayangkan klu jadi kt diri sendiri..
ReplyDeleteyus..moga mata awak cpt sht ye..
ReplyDeleteseram saya baca akak tu kena sembur ngan ular tedung.ruginya awak tak sempat tny lbh kan klu tak leh share ngan kami
semoga sembuh ye kak..
ReplyDeletepasal rumah tinggal tuh, kat sini pun ada... tinggi lalang nya.. sampai dah x nmpk rumah.. huhuu
Semoga mata Yus akan bertambah pulih dari masa ke semasa... Amin...
ReplyDelete@Ibu Dhia
ReplyDeleteiya...duduk BP di Senggarang..:)
huhu..kena sembur ngan ular tedung..
ReplyDeleteseram..
@Huda
ReplyDeletemacam nilah huda...masih perlu pemeriksaan susulan setiap 4 bulan...huhu
@sisdee
ReplyDeletesaya mmg dah pergi pakar di hospital besar BP ni sisdee. Dah pernah kena operate di hospital JB pun dan kena laser sekali di BP...huhu.
Pemeriksaan di klinik mata setiap 4 bulan skrg pun di klinik mata pakar 3 hospital...:)
memang ngeri klau kat rumah ada ular, cam rumah saya ni bersebelahan dgn ladang sawit pun sama semak risau jugak ular datang masuk rumah
ReplyDeletetakutnya dee baca kisah mata disembur bisa ular tu..harap2 akak tu cepat sembuh..harap2 sis juga begitu ye...amin..
ReplyDeleteNgeri juga baca kisah ular tu.. rumah kami pernah juga dimasuki ular, tp ular biasa je. Masatu kami belum pindah lagi, nampak masa jenguk2 rumah..
ReplyDeleteps: semoga mata Yus kembali sembuh..
Semoga Mata Akak Sihat sediakala, siannya Makcik tu kak, mntk dijauhkanlah
ReplyDeleteAllahuakbar... dok bayang ler ular tu menjenguk dari atas kepala. Heeee seram.
ReplyDeletemasalah tanah terbiar semak samun dan rumah kosong kat sini pun banyak. masing2 dah kena saman dek MPS. tapi tak berubah juga. entah bila nak berpenghuni.
ReplyDeletesemoga sakit mata yus tidak melarat2.
ishhh...seram jugak baca pasal ular ni...rumah akak pun ular pernah masuk...
ReplyDeletep/s...semoga mata Yus bertambah baik...
simpati dgn Yus. Insya Allah, semoga semakin hari semakin baik penglihatan Yus.. ubat dr rozmey tu mungkin amik masa sikit kot utk betul2 bertindak balas & mberi kesan yg positif... asal yus jgn putus asa udah... tc yer..
ReplyDeletetakutnye dgr pasal ular dlm rumah....kita paling riso adalah anak2 la.....kalo yg kecik mana la tau...nak bgtau pun tak leh berckp lagi..
ReplyDeletemoga mata akak lekas sembuh,mana tahu keajaiban Allah kan...org kata ular takut dgn buluh kalau tk silap...
ReplyDeleteizan doakan mata akak akan beransur pulih ye... jaga diri baik2 tau!
ReplyDeleteseram izan baca cerita pasal mata kakak yg kena sembur ular tedung tu...
semoga cepat sembuh kesihatan matanya..! =)
ReplyDelete