Tuesday, June 26, 2012

Home » , » Masjid Tengku Tengah Zaharah @ Masjid Terapung Kuala Terengganu

Masjid Tengku Tengah Zaharah @ Masjid Terapung Kuala Terengganu

Petang-petang baru ada mood nak edit gambar. Kita sambung lagi perjalanan cuti-cuti sekolah Jun 2012 kami ke Terengganu.

Dari Rantau Abang, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Cerita berdasarkan gambar seperti biasa lebih mudah bagi aku...hehe.

Ada 60km lagi nak tiba Kuala Terengganu. Teruja nak solat Zohor di masjid terapung masa ni.

Dalam perjalanan nampak sotong dan udang replika yang besar ni. Terengganu memang terkenal dengan hasil perikanan dan lautnya kan, selain daripada batik dan songket.

Tiba di Masjid Tengku Tengah Zaharah dalam pukul 2.30 petang. Aku cakap dengan SRD, kata nak pergi masjid terapung, ni Masjid Tengku Tengah Zaharah bang?

Sila jangan lawan cakap suami, masjid terapung tu nama lain bagi Masjid Tengku Tengah Zaharah rupanya. Haha...sangat cantik masjid ni dari jauh kan. Serba putih dan memang nampak seakan terapung.

Sungguh kami teruja dan seronok dapat bersolat Zohor di masjid ini. Pemandangan sekitarnya juga cantik. Pertama kali jejak kaki di sini kan, haruslah singgah lama sikit

Selesai solat, mengambil peluang bergambar lagi untuk kali terakhir di kawasan luar masjid yang cantik.

Ada budak tu boleh pula saja menyelitkan diri di celah batu penghias jambatan menuju ke masjid ni. Comel pula dia duduk di situ, siapa lagi kalau bukan Abid.

Sempat juga berehat sambil makan aiskrim. Cuaca sangat panas, berpeluang makan aiskrim budak2 tu, memang sukalah. 
Ada cerita masa singgah di masjid terapung ni. Arif nyaris saja berendam dalam tasik tu...huhu. Sebenarnya dia dah masuk pun dalam air tasik tu. Kat kawasan tepi-tepi tu, nasib dia tak teruskan berjalan ke tengah, kalau tidak tak tahulah bagaimana kan. Berderau darah aku masa tu. Khayal tengok souvenier di gerai berhampiran, aku suruh abang dan kakaknya jaga, tapi mereka pun khayal sama. 


Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa masa tu. Alhamdulillah aku terperasan awal, kalau dah sampai ke tengah, kelam kabut jadinnya. Habis basak kuyup Arif masa tu, terpaksalah mandi dan tukar baju lain sebelum meneruskan perjalanan ke hotel. Arif! Arif! Selalu buat perkara yang boleh buat jantung ibu berdegup kencang. Sila jangan buat macam tu lagi ya nak!

Sebelum bertolak ke hotel pula, ambil gambar masjid terapung ni lagi dari sisi berlainan. Cantik! SubhanaAllah.
Oklah, cerita cuti-cuti kami bersambung lagi nanti ya....

to be continued.....

~ يوس ~

13 comments:

  1. sangat2 cantik gmbr2 yg kak yus ambil ni. izan pun blm pernah lagi sampai kat masjid terapung ni...

    ReplyDelete
  2. canteknye...pernah gi ganu tp x pi sini..putih..suci...murni =)

    ReplyDelete
  3. dulu yus .. masa 1st time ieda sampai sini
    masjid niee x cantikk .. usang aje nampak
    bila pergi dekat , nampak banyak bercapuk2 dgn kotoran entah dari mana
    tapi bila ieda sampai same hari ngan yus tu
    ieda punn terkejut tgk dah cantik ..
    dah cat baru ..
    lebih kemas dan sejuk mata mendang ;)

    ReplyDelete
  4. Hihi sib bek Akak perasan awal2 lagik, kalau tidak berendam si arif hihihihi, seronoknya jenjalan, jauh pemandangan luas pandangan

    ReplyDelete
  5. bila sebut masjid terapung teringat pula kisah raja bahrin..

    seronoknya dapat pi jalan2 sana..last pergi terengganu 2010 kot..itulah yang pertama kali juga hihi...

    ReplyDelete
  6. subahanallah....dlm gambar pun dah kelihatan cantik..klu tgk depan mata mesti tegak berdiri segala bulu2 cma ni..bila la dpt singga sana..


    alahai arif...nasib baik ibu sedar cepat..seka men air ariff ni ye..

    ReplyDelete
  7. masjid terapung je tak pegi lagi kat Ganu tu..nanti mesti nak g jugak kalau ke sana...cantik amik gambar masjid tu..boleh buat poskad..

    ReplyDelete
  8. Kakak pernah juga solat di masjid terapung ini Yus. Kami masa tu dah maghrib so solat jamak dgn isya' sekali. Keluar dari situ kan ada gerai jual t-shirt/keychain/kipas tanganlah dan bagai kakak pun singgah ikut anak.

    Tengok Abid masuk celah tiang tu cute pulak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik...teringin saya nak jejakkan kaki ke sana...

      nasib baik akak perasan arif tu kak, hehe...notti je tau budak comel sorang tu...buat ibu dia cuak jer...

      Delete
  9. memang cantik masjid ni kak.. dulu masa duk ganu memang selalu jugak ke sini.. sonok rasanya klu dapat solat kt sini.. skrg dh x berkesempatan nak singgah.. InsyaAllah balik raya nanti nak try singgah.. hehe..

    ReplyDelete
  10. Cantik Masjid Terapung ni, kalau ada kesempatan ke sana memang nak singgah la ;)

    ReplyDelete
  11. saya memang pernah sampai sini dulu, memang puas bergambar, hehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...