Monday, May 21, 2012

Home » , » Sekitar Acara Sukan Tadika Al-Huda daerah Batu Pahat

Sekitar Acara Sukan Tadika Al-Huda daerah Batu Pahat

Memenuhi undangan untuk bersama dalam acara yang di adakan dua tahun sekali di tadika Abid, kami sekeluarga ke stadium Batu Pahat semalam bagi bersama-sama memberi sokongan terhadap Abid dalam acara sukan yang di sertainya.

Abid cukup teruja kerana ini tahun pertama dia menyertai sukan seumpama ini. Ibu dan abah walau dalam keadaan masing-masing kurang sihat tetap bersemangat memberi sokongan. SRD abahnya sakit gigi sebenarnya, aku pula badan kurang sedap, pening kepala aje hari itu...huhu.

Ok, entri ini meriah dengan gambar. Seronok tengok gelagat Abid dan anak-anak di sana sebenarnya. Rasa macam nak kongsi semua gambar aje...huhu.

Sampai sana lebih kurang pukul 8 pagi, Abid di beri nombor pengenalan tadikanya untuk di lekat pada baju. Tadika Abid berada di kumpulan A iaitu tadika ke 4

Acara perbarisan masuk Abid di depan bersama cikgu Zainab dan rakan-rakannya

Itu dia Abid dan rakan-rakan berbaris. Ceria aje muka Abid. Membaca ikrar serta nyanyi lagu negaraku masa ni.  Untuk seluruh daerah Batu Pahat, ada 12 buah tadika Al-Huda di bawah naungan Abim ni.

Abang, kakak dan adik menonton dalam kepanasan terpaksalah gunakan payung.

Ini acara yang Abid sertai. Bawa belon air. Masa ni guru bertugas sedang memberi penenrangan tentang bagaimana permainan akan di jalankan. 

Suka bawa belon air. Abid nampak bersemangat. Untuk acara ini Abid dan rakan-rakan berjaya mendapat tempat ke 2. Hadiahnya kalung medal warna perak.

Ini pula acara terbuka. Acara meniup belon sampai pecah. Abid dapat tempat ke 3 untuk acara ini. Hadiahnya bekas air minuman.

Ini acara mengambil gula-gula dalam tepung guna mulut. Abid tak menang acara ini, tapi gula-gula yang dia dapat cukup banyak juga untuk di bahagi2 sama rata dengan adik beradik yang lain.

Lihatlah muka Abid. Inilah hasil dara meniup tepung untuk mendapatkan gula-gula ....hehe.

Ini pula acara untuk ibu dan bapa. Acara lumba lari dan tiup belon sampai pecah. SRD aje masuk, aku malas, pening kepala...huhu. Untuk lumba lari tu, SRD dapat tempat ke 4. Hadiahnya tupperware tinggi je...huhu.

Ini acara antara ibu bapa dan anak. Memakaikan anak dengan pakaian dari suratkhabar se kreatif mungkin. Eceh. Bertungkus -lumus juga kami menyiapkan Abid. Entah baju apalah ni.

Tekun cuba menyiapkan. Siap selempand dan keris, tapi topinya salah temalah. Patut buat tanjak kan....huhu. Nak nampak warna warni, belon pecah yang bersepah kat tanah tu aku kutip dan lekatkan sekali. Biar ada warna warni...hihi.

Dah siap bergambar bersama adik beradik yang lain dan bergaya sekejap dengan baju dia .... Tapi kami tak menang acara ini. Saguhati pun tak dapat....huhu.

Abid ambil hadiah untuk acara bawa belon dalam air dengan baju suratkhabarnya. Dah macam robot tengok dia...haha. Nak minum air pun kakak tolong suapkan. Macam petani nak pergi bendang pun ada juga ya Abid.
Aktiviti satu keluarga yang menyeronokkan. Acara sukan habis sepenuhnya pukul 11.30 pagi. Terus pulang ke rumah kerana pening kepala Aku semakin menjadi-jadi...huhu. Balik aku telan panadol dan tidur. Anak-anak lain pun tidur juga rupanya. Bangun pukul 1.30 dan siapkan makanan untuk tengahari. Lepas makan sambung tidur..... Aduh! Kenapalah sakit benar kepala ibu semalam. Apa pun aku seronok dapat sertai acara sukan tadika Abid. Hari ini Abid di beri cuti oleh cikgunya kerana dah penat bersukan semalam kan. Teman ibu di rumah sambil gaduh-gaduh dengan Arif lah ya kan Abid....hehe.

Sekian cerita sukan tadika Abid.......
~ يوس ~

25 comments:

  1. Assalamualaikum..wah bestnyer tgk gelagat anak2...cerianya mereka...

    ReplyDelete
  2. Comel anak2 kecil itu dalam seragam biru mereka. :)

    ReplyDelete
  3. time time ni, anak-anak le paling seronok...teringat plak ayah dan mak masa pergi hari keluarga taska adik2..:)

    ReplyDelete
  4. Salam kak yus..
    Wah…meriahnye acara sukan ni..senyum cma sorang2 tgk sekeping2 pic akak..comel sekali..hehe..tahniah !
    Sian kak yus..masih sakit kepala lagi?

    ReplyDelete
  5. bestnya kak yus hadir hari sukan abid. comel je dia jadi robot jap. izan last pegi masa muhaimin ada sukan pasti kat JB thn 2009. dah berzaman dah rupanya...

    ReplyDelete
  6. sampai putih si abid tu kena tepung yer..
    comel

    ReplyDelete
  7. Yus... kakak suka kalau acara sukan anak-anak tadika. Seronok sangat. Dalam pada tu kreatif juga Yus dgn en SRD buat baju dari paper buat abid...

    Arif macam baik je... kakak kalau baca N3 Yus suka kalau ada muka dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kreatif pun tak menang kak. Ada yang lagi kreatif...hehe.

      Baik??...huhu dalam gambar tu je kak. dia dah tawaf satu tempat duduk stadium tu. Asyik berpusing je dia, nasib tak turun ke padang, kalau tak lagi penat nak kejar...huhu

      Delete
  8. wahh, sukanya budak2 ni... ini lah amsanya mereka dapat bersantai bersama2 kan..

    ReplyDelete
  9. salam yus..seronok tengok budak2 tadika kan..comel2 semua.
    ariff tak berlari kepadang sekali ke yus

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak sibuk berlari ke padang acik, tp mmg kat tempat duduk tu tak diam dia. Tawaf keliling je...huhu

      Delete
  10. comel2 mereka nie
    ekekek dah mandi tepung dah ariff haaa
    ekeke ;)

    ReplyDelete
  11. kalau acara macam ni parents pun excited kan..tak sabar nak tunggu giliran kitorang pulak.. ntah baju apalah agaknya ayahnya buatkan kat aqil nanti..hehehe..

    ReplyDelete
  12. comel je abid berdiri paling depan tuh..
    muka kemain excited.. hehe..

    ReplyDelete
  13. part tengah padang cenggini ai suka, silap gaya ai pun terjoin sama.. hahaha..

    ReplyDelete
  14. meriah btul sukan tadika abid tu. mmng sronok ank2 tambah2 klau parents pun ambil bhgian jg. eh btul ke hbis pkl 11.30 malam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, sorry sorry, salah taip. Habis 11.30 pagi sebenarnya.....tak perasan pun yus kalau akak tak tegur. Ok, sudah dibetulkan...hehe

      Delete
  15. Meriah sukan sekolah Abid.. Seronok tgk sukan budak2 sekolah tadika nie..
    Comel laa Abid kena pakai baju suratkhabar tuh.. :)

    ReplyDelete
  16. alahai..comel2 la..
    tba2 tringat zaman2 main sukan dulu

    ReplyDelete
  17. macam pendekar la abid..
    macam hang kebun..heheheh

    ReplyDelete
  18. Seronoknya abid, Kalau tgk Mak Dan ayah dtg baru bersemngat! Hihi

    ReplyDelete
  19. abid....!!! abis muka putih.... baiknya abang pyungkan adik2..

    ReplyDelete
  20. kalau acara sukan gini mmg seronok tgk gelagat budak2..nak2 bila acara parents tu..

    ReplyDelete
  21. Meriahnya sukan tadika Abid nie,yg paling seronok budak2 nie le
    Tgk muka Abid kena tepung macam raja kapur huhuhu.......baju suratkhabar
    tu macam robot pun ada.

    ReplyDelete
  22. meriah nya..banyak gamabr2 kenangan :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...