Wednesday, July 20, 2011

Home » , » .::Kuatnya Merajuk::.

.::Kuatnya Merajuk::.

Ada masa aku pening dengan perangai anak aku yang satu ini
Kuatnya merajuk!!!
Ikut perangai siapalah tu??
Kalau mengadu pada SRD,
Kompemlah dia kata ikut perangai aku.

Tak nak mengaku lagi??
Yalah, ikut perangai aku lah tu kot...
Tapi serius, aku penat melayan kerenah merajuk dia yang terlampau.

Bagaimana ya kawan-kawan nak atasi masalah anak yang suka sangat merajuk ni??
Kongsilah dengah aku ya!

Contoh paling ketara hari ini.
Sampai aku sendiri tak tahu nak buat apa dah.

Balik dari ambil dia di sekolah,
Aku terus capai telefon.
Aku telefon Telekom tentang masalah bil yang aku tak puashati.
Biasalah kan, telefon no 100 ni kan lama!!!

Dia rupanya ke bilik air melabur!
Faham-faham sajalah,
Anak manja aku ni, nak aku juga yang cebukkan.
Tak kiralah walau apa pun situasi aku ketika itu.

Terjerit-jerit panggil "Ibu!Ibu! Cebukkan Abid!"
Aku kata, "Tunggu sekejap ya Abid".
Dan kerana aku lambat, dia pula tidak menyempat,
Terus tarik muka merajuk dia dengan aku.
Aku cakap apa pun tak di layan.
Aku biarkan saja, malas nak pujuk dah.

Balik ambil abang dan kakaknya,
Macam biasa dia nak aku suapkan makan.
Entah tersalah apa, aku tersuap kakaknya makan dulu.
Terus tarik muka tak nak makan dah!
Huhu...puaslah memujuk.
Baru dia nak makan.

Kemudian, dia ikut hantar abang dan kakaknya ke sekolah agama.
Dia minta iceblended yang nenek tu jual.
Tapi nenek tu tak jual hari ini.
Lepas tu, dia merajuk lagi..huhu

Aku pujuk, akan ku beli aiskrim sebagai ganti iceblended.
Berjaya!!!
Dapat aiskrim, dia simpan sehingga sampai rumah.
Aiskrim aku, aku kongsi dengan Arif.
Dia pun dapat juga sedikit.

Bila dia dah buka aiskrim dia, dan dia dah makan sikit...
Aku pun saja minta sedikit aiskirm dia
"Ibu nak sikit aiskrim Abid boleh?"
Dia jawab,"Boleh!", sambil dia beri pada aku.

Aku pun gigitlah sedikit aiskrim yang dia beri..
Terus dia tarik muka masam lagi dan berkata,
"Kenapa ibu gigit?? Ibu jilat ajelah!!"

Huhu...merajuk lagi!!!!!
Aiskrim itu terus di tenyeh-tenyeh di lantai rumah aku yang tidak berkilat itu...hehe

Hangin aku weiiii!!!!!
Hangin sebab dia tenyeh-tenyeh aiskrim tu ke lantai.
Merajuk lagi!!!! Kuatnya dia merajuk!!!
Salah aku tak faham dia kot!
Tapi hangin aku!!!

Aku ambil aiskrim itu terus aku basuh dan ku simpan di peti ais.
Takut nanti dia bertanya mana aiskrim dia.
Aku kebilik tidurkan Arif,
dia masih lagi merajuk dan masuk ke bilik sendiri.
Bila Arif dah tidur, aku jengah dia...
Dia pun dah tidur....

Peninglah macam ni???
Hari-hari merajuk!!!
Apa aku nak buat untuk faham isi hati anak aku yang sorang ini ya??

Aku manjakan dia sangat ke??
Dia memang kuat sangat merajuk sejak ada Arif ni.
Pening!!Pening!!!

Kawan-kawan, bagaimana ya nak tangani sikap kuat merajuk anak ni?
Bila anak semakin ramai, lagi pening nak faham isi hati setiap seorang kan.
Hmmmm.......

~ يوس ~

21 comments:

  1. anak pB yang no 4 macam ni lah perangai nyer ....

    ReplyDelete
  2. alahai...biase kalo syahmi merajuk izwa selalu ckp dgn dia...abg nape nk merajuk..mama penat...abg x kesian kat mama?kalo mama merajuk abg nk pujuk mama tak.....bla bla bla...last skali kami nangis same2..boleh mcm tu???hikhikhik....

    ReplyDelete
  3. Aduh susah gak kan kakyus, takut kita tak tahan sabar je hihi..qema takde pengalaman lagi sebab anak baru sorang, tunggu kaum ibu yang lain bagi pendapapat camana, boleh gak dijadikan pengalaman nanti.

    ReplyDelete
  4. Ermm, macam kes anak saya si zara tu je..kuat sangat merajuk..kadang tak larat jugak, tapi saya selalu psiko dia, sambil2 mandi, sambil ikatkan rambut ke, sambil berehat2 saya akan cakap2, berbual dan cerita apa je..saya cuba apa yang saya mampu, kadang dia merajuk jugak, kalau saya dah geram saya marah dan tak layan jer..nasib zarif tu jenis yang takder problem..

    ReplyDelete
  5. serius akak bgtau..akak bab pujuk mmg failed..akak mmg SEKALI ckp msih nada slow..kedua dah naik..ketiga..mmg akak bg suara tarzan..

    jd anak2 akak mmg jarang merajuk sb mak dia xkan pujuk..heheh

    jd bab ni..akak xle nk bantu yus..huhu

    ReplyDelete
  6. since ada adik ni, auni pon pandai merajuk kak yus...

    tapi dia merajuk jenis sekejap2 je...nanti kang dia sendiri yg duk cakk kan kitorang...hihih

    ReplyDelete
  7. yus,

    Abid ni anak no berapa eh?bukan no 2 kan?biasanya siondrom anak ke 2 yang camni

    ReplyDelete
  8. suke merajuk..mesti ikut ibunye ni...

    biasa la budak2 ni,merajuk tu nak perhatian sebenarnye tu..suruh kite pujuk dia...

    ReplyDelete
  9. Hehe nk perhatian tu kak yus, usah kata anak, kdg2 bapaknya gitu jugak haha

    ReplyDelete
  10. Kalau dah konpem ikut perangai ibu dia, maknanya masa mengandungkan abid dulu, ibunya pun kuat merajuk juga lah..ha ha

    eh jangan-jangan abid tu nak datang bulan tak? kah 3x

    ReplyDelete
  11. uihhhh..
    rumit gak nih..
    anak buah kass pun camtu gak dulu masa dia baru dpt adik..kakak kass buat tak tahu jek..sekarang dah ok dah..mungkin dah faham...

    ReplyDelete
  12. adus...tak dpt den nak menolongnya...D pun masih sorang jg mcm qema...

    ReplyDelete
  13. kak yus...saya ingat lagi video abid merajuk masa kecik tu...sgt comel dia merajuk sampai tersengguk-sengguk tapi tetap nak jugak merajuk..hehehe

    ReplyDelete
  14. err..x dop anak lagi..jadi dok tahu nak kata ape...
    tapi comel la hehehehehe

    ReplyDelete
  15. yus..hero akak yang bongsu ni dulu kuat merajuk..kejap2 moncung..lama2..bukan akak pujuk..akak pi marahkan dia..marah betul2 habis2an..kemudian tu..lansung tak berani dah dia nak merajuk..dia cuba kontrol..abih2 pun luahkan dengan ayah dia.
    tapi masa akak marah pun dia dah sekolah..dah faham kena marah.

    ReplyDelete
  16. alamak amy x de anak lagi kak jadi x tau nak bagi komen apa...

    ReplyDelete
  17. kalau bab merajuk si ayong tu ikut perangai



    errppp........


    ibu *malu*

    ReplyDelete
  18. tu anak yg ke brp kak? mungkin dia rasa dia tak disayangi kot kak..tu yg merajuk tu. angin dia tgh ok cuba akak slow talk dgn dia

    ReplyDelete
  19. anak kazen saya si syasya tu mcm ni la sebiji perangainya kak

    kalu saya marah, dia wat dek je sbb dia tau pakling dia akan sokong dia.

    habis camno

    kekadang boleh naik darah kan kak

    ReplyDelete
  20. Nurul anak yg no.3 tu pun sama kuat merajuk,maklumlah dok ngan neneknya,manja.....
    Tp Yus bila tgk anak kita tgh tido masa 2lah kita kasihan sgt2-cth tadi kita marahkan dia ke atau kita x layan apa yg dimintanya ke....

    ReplyDelete
  21. yus..baru sempat kesini..tengok tajuk entri ni..suri bukak kot ada kawan2 yg bagi petua..anak suri yg no 2 pun semmacam perangai..jangan kita silap ckp atau buat sikit..terus merajuk..sampai dah habis idea nak pujuk..kalau yus dapat petua..kongsi2 ye..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...