Showing posts with label hari keluarga. Show all posts
Showing posts with label hari keluarga. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Sekitar Hari Keluarga FKMP 2012

Hari Ahad lepas berlangsung majlis hari keluarga FKMP yang di adakan di Wet World Batu Pahat. Pertama kali dapat bersama di hari keluarga FKMP ni, selama ni asyik ada hal je kot. Dan pertama kali jejak kaki ke taman tema air Wet World BP ni.....huhu. Tak patut betul kan, taman tema air negeri lain dah jejak, tapi kat daerah sendiri baru pertama kali masuk...hehe.

Oklah. Aku malas nak cerita panjang. Cerita dari gambar macam biasalah ya.

Urusetia yang sibuk untuk pendaftaran keluarga yang datang. Blogger huda kita antara orang kuat untuk majlis ini...

Tema hari keluarga merah, kami anak beranak semasa baru sampai.

Majlis di mulakan dengan acara senam aerobik yang di ketuai oleh En SRD kita....hihi. 

Acara meniup belon sampai pecah, anak2 aku semua tak pecah-pecah sampai saat akhir. Tapi masih bersemangat nak tiup, orang kata dah berhenti pun, semua dok meniup lagi...hehe

Antara acara lain yang anak-anak masuk. Alia cari gula-gula dalam tepung, habis muka penuh tepung, Abid bawa bola dalam sudu, dan Aqil berebut kerusi....hehe

Ini acara untuk ibu-ibu dan bapa-bapa pula.

Arif sekadar jadi penonton, tapi sebenarnya kejap-kejap hilang nak masuk dalam air...huhu

Acara paling seronok di tonton, acara tarik tali oleh kaum bapa. Kumpulan SRD dapat nombor 2.

Akhir sekali acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. No bertuah kami hanya berjaya membawa pulang single cloth hanger di atas....huhu. Nasib baik juga untuk acara kanak2 Abid dapat 3 hadiah, abahnya dan aku pun ada bawa pulang hadiah juga. Banyak dapat tupperware je...

Mengambil peluang bergambar bersama pihak urusetia yang comel, blogger Huda kita. Kali ke 2 kami bersua muka, selama ni tahu cerita dari blog atau dari bos dia je.....hehe. Semoga ukhwan terus terjalin kan huda.....

Begitulah serba ringkas. Masa gambar akhir tu di ambil, masing-masing letih menunggu anak-anak yag syok berendam dalam air tak mahu naik. Arif dah tidur kepenatan. Lain kali boleh pergi lagilah ya anak-anak, dekat je pun, main air puas-puas.....

Sekian......

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...