Aku tak tahu nak letak tajuk apa. Aku nak update cerita balik kampung aku minggu lepas, tapi mood aku takde. Semalam mood tuh ada tapi pc aku ni pulak di serang virus. Virus yang di panggil "Antivirus 2009". Entah bagaimana ia boleh menyerang.
Rupanya malam Jumaat yang lalu, semasa kali terakhir pc ini di buka, SRD telah muat turun "Antivirus" itu yang kononnya akan membantu membuang segala virus atau spyware yang ada dlm pc. Tapi sebenarnya, dia sendiri adalah bapak segala virus . Virus yang memaksa untuk kita membeli produk dia . Ianya menyebabkan kejap-kejap keluarlah peringatan kata pc ku ini dah penuh virus. Peringatan yang ianya perlu dibuang segera. Nak buang kenalah beli Antivirus tuh. Adoii, sakit hati dibuatnya. Lepas tuh, tiba-tiba pc 'hang'. Dua tiga kali pc aku restart sendiri. Sakit hati dibuatnya. Aku cuba "uninstall" tak boleh. Nasib baik juga tetiba aku cuba google bagaimana nak buang antivirus 2009 tuh dlm pc aku dan aku jumpa laman web ini. Kiranya laman web inilah penyelamat aku. Nasib baik.
Bangun saja dari tidur pagi tadi, aku tengok jam pada hp aku, terpandang tarikh hari ini 29 Jan. Satu tarikh yang satu ketika dulu selalu aku ingat. Hingga kini pun masih aku ingat, cuma aku tak begitu teruja seperti satu waktu yang lalu.
Selepas bersarapan, tiba-tiba SRD bersuara, "Eh! Hari ni 29 Jan ekk", sambil wajahnya tersenyum memandangku. Tak ku sangka dia ingat juga. Tarikh detik persahabatan kami menjadi lebih akrab... 29 Jan 1994. Sudah 15 tahun berlalu, alhamdulillah persahabatan kami membawa kami sehingga kejinjang pelamin. Dari saat aku mengenali SRD hingga kami diijabkabulkan 7 tahun 9 bulan yang lalu, kasih sayang aku padanya tak pernah pudar sedikit pun malah berlebih-lebih lagi. Dia adalah teman, sahabat, kekasih dan suami yang paling memahami aku. Walau ada ketikanya aku merajuk, marah, sakit hati, malas atau apa juga yang aku lakukan, dia tetap cool. Huhu tiba-tiba 'jiwang karat' lak. Eh! Tapi ada gak ketikanya dia naik angin dan bila itu berlaku, aku kecut perut...hehe.
Dan kerana tarikh ini juga aku teringat pada gambar ini. Gambar pertama aku dan SRD 15 tahun yang lalu. Sewaktu masing2 belum pun 18 tahun...huhu. Nostalgia....
Waktu dan ketika di mana kami sama-sama masih slim. Dua-dua masih saiz 's' tapi sekarang seorang saiz 'L' sorang lagi 'XL'... haha. Kalau betul seperti kata Aqil, mungkin aku dan SRD masih seperti ini, tapi hakikatnya TIDAK . Oh ye! Komen Alia bila dia lihat gambar ini.
Kenapa abah macam tuh? Macam Busu Ajul jer. Eh! baju samalah...
Hehe...aku senyum jer .
Hmm apalah yang aku merepek nih. Nantilah aku update cerita. Apa yang pasti aku nak update cerita rambut baru Abid yang telah digunting oleh abahnya mengikut gaya ala-ala "Ipin" atau mengikut kata maktoknya ala-ala "Pekan" dalam citer Batu Belah Batu Bertangkup. Tapi kena tunggu aku transfer gambar ke pc dulu...baru boleh tengok.
Sehingga itu......
Salam...
Waktu dan ketika di mana kami sama-sama masih slim. Dua-dua masih saiz 's' tapi sekarang seorang saiz 'L' sorang lagi 'XL'... haha. Kalau betul seperti kata Aqil, mungkin aku dan SRD masih seperti ini, tapi hakikatnya TIDAK . Oh ye! Komen Alia bila dia lihat gambar ini.
Kenapa abah macam tuh? Macam Busu Ajul jer. Eh! baju samalah...
Hehe...aku senyum jer .
Hmm apalah yang aku merepek nih. Nantilah aku update cerita. Apa yang pasti aku nak update cerita rambut baru Abid yang telah digunting oleh abahnya mengikut gaya ala-ala "Ipin" atau mengikut kata maktoknya ala-ala "Pekan" dalam citer Batu Belah Batu Bertangkup. Tapi kena tunggu aku transfer gambar ke pc dulu...baru boleh tengok.
Sehingga itu......
Salam...
baju sedondon gitu.hehe
ReplyDeleteirfa: sebenarnya tak perasan pun sedondon masa tuh irfa, bila dah tengok gambar baru perasan. Mungkin petanda ada jodoh, masa tulah kan..hehe
ReplyDeletewaaa... sungguh sweet sekali pasangan ni... semoga berkekalan bahagia sampai bila-bila yus... tumpang seronok... :D
ReplyDeletehehehe..comel nyer gambar tuuuu...gambar dolu dolu mmg nostalgia abis!
ReplyDeletehihihi
ReplyDeleteha, taruhlah gambar itu pesen rambut ipin :)
hahaha...so sweeet...
ReplyDeletesukala blog yus nih, banyak gambor2 sweet n penuh sentimental value gitu...
sastri: Aminnn
ReplyDeletezek zek: sekali-sekala tgk gambar masa dolu2..best kan
mak su : sabar yer..hari nih saya busy benda lain lak..hihi
lady zaini: thanks
salam.. datang ambik follower award yer kat blog mar.. thanks.. :)
ReplyDeletewah...sweet 18 heheh...bestnye ada org ingat tarikh2 penting...anyway.. happy sokmo.
ReplyDeleteungu violet: erkk saya dah dtg blog, tp tak tahu mana satu awardnya..banyak award dlm blog mar tuh..huhu
ReplyDeletemisah: InsyaAllah...'happy sokmo' kita..