Tuesday, July 05, 2011

Home » , , » Terminal Satay Zul Kuantan...

Terminal Satay Zul Kuantan...

Cerita kami ke Kuantan belum habis lagi ya kawan-kawan...:).

Petang Sabtu tu, misi kami mencari Terminal Satay Zul pula. 

Oh ya! Sebenarnya, sebelum pergi Kuantan, aku google dulu di internet dan dapatkan tempat-tempat makan menarik di Kuantan. Dan bila jumpa tu, kami pun cuba carilah tempat makannya. Maka dapatlah kami merasa Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur, Murtabak Mengkasar, dan kali ini Satay Zul pula. 

SRD gunakan GPS dari handphone dia untuk cari semua tempat-tempat makan tu termasuk Satay Zul ni. Mula-mula sekali, GPS kami tunjukkan kedai ni. Tak silap dekat Jalan Besar, Kuantan. Ini kedai pertama yang kami jumpa.


Sampai sana, kedai baru nak di buka, satay pun baru di letak, kata dia 40 minit lagi baru buka..huhu.
Seterusnya, cuba cari lagi dari GPS. Jumpa pula Terminal Satay Zul yang ini...


Hampa lagi, sebab masih belum sedia untuk berniaga juga. Masih berkemas-kemas untuk memulakan berniaga. Masa ni dah pukul 5.30 tak silapnya.
Mula-mula tu memang rasa hampa juga. Nak tunggu lambat lagi. Teringat pula pesan dari kedai yang pertama tadi. Katanya ada satu lagi cawangan baru berhadapan dengan Stadium Kuantan. Oleh kerana di GPS kami tiada tercatit satay Zul yang ke tiga, kami cari jalan menuju ke stadium saja.

Sampai di stadium pusing-pusing mula-mula tak nampak. Dah rasa patah hati dah, tapi tiba-tiba aku nampak di seberang jalan ada Terminal Satay Zul lagi. Yeaa!! Dekat dengan mall terbesar di Kuantan tu, East Cost Mall ke nama dia, lupa lak..hehe.

Inilah Terminat Satay Zul cawangan ke 3 yang kami jumpa. Makan di sini kami hari itu.

Untuk seterusnya, baca cerita dari gambar ya...


Menu Dari Terminal Satay Zul

Ini yang pertama sampai. Kuah satay dan nasi empit. Kuah satay dia memang sedaplah. Superbbbbb!!! Aku suka sangat kuah satay dia ni, pekat, manis, sedap...teringat-ingat sampai sekarang..huhu.

Kami order satay ayam. Anak-anak tak suka daging, ayam juga jadi pilihan. Size satay sedang-sedang saja, tapi harga boleh tahan juga. 60 sen satu..huhu

Ini pula satay arnab. Nak sangat rasa daging arnab, maka kami cubalah menu ini. Rasa dia lebih kenyal dari ayam, sedap juga. Harga mahal berbanding ayam, satu RM1.40.

Ini pula menu sampingan. Mula-mula nak order nasi dagang, tapi nasi dagang belum sampai kata dia. Maka order nasi lemak. Mula-mula order sepinggan saja, ingatkan biasa-biasa saja. Sekali anak-anak makan, semua minta lagi. Tambah lagi dua pinggan..huhu. Sambal dia sedappp!! SRD suka sangat sambal dia, sampai habis licin dia kerjakan sambal je untuk ketiga2 pinggan..haha. Abid pun suka sambal dia, ni bukan tipu ni, sambal dia memang kena dengan tekak kami...hehe

Ini air yang SRD order. Sirap bandung laici, aku punya carrot susu. Entah kenapa, suka sangat tengok warna dia, rasa pun sedap. Buah laicinya Arif saja yang makan, suka pulak dia..huhu.



Oklah, tamatlah kisah kami makan di Terminal Satay Zul ni. Paling best kuah satay dia. Rasa satay, ok sedap! 

Sangat berterima kasih dengan GPS henpon SRD, kalau tidak tak jumpa kot semua tempat-tempat makan ni..hehe.

Ok, cerita ke Kuantan ada sambungan lagi.....tunggu!



~ يوس ~

17 comments:

  1. amboiii..sakan makan2..

    akak yg dok kuantan 3 thun ni..xpi2 lagi mkn satay zul tau..ehhehee

    ReplyDelete
  2. kat kuantan memang banyak tempat makan yang best2 la..

    ReplyDelete
  3. Wah kak jalan-jalan cari kedai makanan best ye, kalau nak p kuantan senang la pasni, rujuk je blog akak ni hihi

    ReplyDelete
  4. sangat tension..saya dah lah lapar, nengok semua menu ni buat saya bertambah lapar..huhu, air sirap bandung laici menguji iman saya kak..nak tanya nasi impit tu besar ke kecik? memang tak potong2 ke?

    ReplyDelete
  5. akak..kitorang pun kalau nak pi memane tu sebelum pegi google & list kan tempat makan yg best... peberet saya tu JJCM...hehehe

    ReplyDelete
  6. @sarah-najwan
    akak memang duduk Kuantan, kami ni datang sekali sekala, jadilah haruslah segera ambil peluang..hehe

    Pi rasa kak, tak mengecewakanlah satay zul ni....:)

    ReplyDelete
  7. @diana
    betullah diana, paling best, ada tersenarai di Garmin GPS tu, senang nak cari..:)

    ReplyDelete
  8. @qemaishak
    hehe..boleh qema, itulah tujuan akak pun update macam ni...:)

    ReplyDelete
  9. @missbby
    huda, akak pun tengah lapar, puasa hari ni...lagi tensen update pasal ni tadi..hihi.

    nasi impit tu dia dah potong kecik2 huda, tapi dari gambar tak nampaklah. Tinggal ambil je dari susunan dia tu...:)

    ReplyDelete
  10. @Umie
    Kan Umie kan....

    Nak gi tempat lain dengan masa yang terhad tu susah, paling senang JJCM lah kan...

    Tapi kalau tak google dan list dulu tak tahu juga arah mana nak tuju kan. Main redah pun susah juga..:)

    ReplyDelete
  11. kuantan mmg bnyk tmpt makan best2 kak..kl jln2 cari mkn mmg berbaloi la..

    ReplyDelete
  12. sy xpenah gi mkn kt satay zul dr kecik..sbbnya dr kami kecik kedai dia mahal dr tmpt lain...hahaha....kedekut kan hihihi

    ReplyDelete
  13. kak...sate tu..ayam ke??nyum2...
    mmbuatkn perut cma kriukkk kriakk..

    nyum2...

    ReplyDelete
  14. aah yus .. satay zul nie buka sebelah mlm je .. sian pekerja tidur kekkeke :) kalau call ieda sure ieda boleh bagi direction kan ..

    tapi ieda x pernah singgah yg terminal ke3 dia tuu di ECM tuu .. ermm ada buka siang disini ya .. nanti leh cube :)

    ReplyDelete
  15. terus haus tengok air sirap bandung laici tu

    ReplyDelete
  16. mengidam ke kak,bersungguh cari ni...anak ramai2 lagi la meriah dan seronok kan aktiviti mkn2 ni :)

    ReplyDelete
  17. alahai kakak...teruja pulak tgk sate dia yg demok2 tu... sure sedap sgt tu~

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...