Wednesday, July 07, 2010

Home » , » Teman Kamar Bersalin....dan pengalaman aku melahirkan Alia dan Abid

Teman Kamar Bersalin....dan pengalaman aku melahirkan Alia dan Abid

Daripada web ini dapatlah aku nyatakan istilah Teman Kamar Bersalin ialah konsep meneman isteri di kamar bersalin  untuk memberikan sokongan emosi dan moral kepada isteri yang bersalin disamping memberi peluang keapda suami menyaksikan proses kelahiran dan mengeratkan hubungan sekeluarga..

Bagaimana tiba2 boleh terkeluar topik ini? 

Sebenarnya, pagi tadi, masa ke klinik untuk antenatal check-up biasa, misi beritahu pasal benda ni. Katanya, kalau sesiapa yang bakal bersalin di hospital BP, dan mahu suaminya menemani di labour room atau istilah yang dia beri mahu Teman Kamar Bersalin, maka suami dan isteri perlu menghadiri satu taklimat di hospital. Untuk itu, perlu buat temujanji terlebih dahulu, yang mana taklimat tersebut biasa di adakan pada hari Rabu dan Sabtu. Sesiapa yang sudah menghadiri sessi taklimat tersebut yang di jalankan selama 1 jam setengah, akan diberikan satu surat pengesahan, dan surat itu perlu di tunjukkan masa isteri nak bersalin untuk membolehkan suami turut serta dalam labour room tu. Kalau tidak, tak boleh ler..huhu. Leceh benar rasanya. 

Dulu pun masa melahirkan Aqil, SRD tak di benarkan masuk ke labour room kerana tak hadir kursus. Tapi itu di Melaka. Bila melahirkan Alia dan Abid, di Jessop Wing, tak perlu kursus atau sijil menghadiri taklimat, senang2 jer SRD boleh masuk ke laboour room bersama aku. Aku suka begitu. Kenapalah di sini, susah sangat nak benarkan suami temankan isteri masa bersalin tu. Mungkin di hospital swasta, tak perlukan semua tu kot. Tapi ni hospital kerajaan. Aku yang musykil ni cuba cari jawapan. Google di sana sini. Terjumpa satu perbincangan di facebook, mengenai ragam suami di bilik bersalin. Bila aku baca tu, tahulah aku, tak semua suami bersedia melihat keadaan dan situasi isterinya semasa dalam proses melahirkan tu. 

Aku google lagi dan jumpa satu blog ni. Satu posting yang dia buat bertajuk Pengalaman Seorang Bapa di Labour Room. Aku petik sedikit dari apa yang dia tulis.

  • Sebagai seorang suami, korang perlu ada disisinya pada ketika itu.
  • Korang wajib masuk labour room (kalau bersalin normal).
  • Jangan Takut, Jangan biarkan isteri anda bersalin keseorangan.
  • Berikan semangat. Kalau korang jenis takut darah, jangan tengok tapi bagi semangat.
  • Berdoa untuk keselamatan baby and isteri.
Syabas buat beliau kerana berjaya berada bersama2 isterinya di saat isteri sedang melahirkan. Satu lagi aku jumpa entri yang bertajuk Tercabarnya Kewibawaan Seorang Motivator. Di petik dari apa yang dia tulis ketika berada di labour room menemani isterinya:

  1. Genggamlah tangannya kerana genggaman seorang suami ketika itu adalah kuasa tambahan pada isteri anda.
  2. Selawat banyak-banyak dan niat agar Allah bantu ringankan kesakitannya. Tidak henti-henti saya doakan pada isteri. Selawat dan doa bergilir dibacakan di telinga isteri.
  3. Bukan mudah untuk seorang bakal ibu yang sudah lemah untuk menerang bayi keluar, anda perlu tenangkan isteri. Proses ini sememangnya perlukan ketenangan. Dari pemerhatian saya ibu yang tiada pengalaman agak sukar untuk menerang bayi kerana mereka tergesa-gesa untuk push bayi keluar. Semakin panik nafas semakin pendek, proses ini semakin sukar bila nafas pendek.
  4. Kata-kata motivasi anda ketika ini amat mujarab. Sepatah dua kata-kata sudah memadai untuk berikan semangat pada isteri.
  5. Jangan berikan tekanan. Tertekan akan menyebabkan ibu sukar untuk push bayi.
  6. Tiada kegembiraan yang dapat diceritakan melainkan airmata yang mampu menceritakan ketika melihat bayi anda selamat dilahirkan. Begitulah juga isteri anda (Saya berharap Allah sentiasa beri saya peluang ini)
  7. Azan atau iqamah selepas selamat dilahirkan.
Itu pengalaman daripada mereka. Aku percaya ramai bapa2 di luar sana juga mempunyai pengalaman tersendiri menemani isteri mereka ketika saat melahirkan, dan ada juga yang belum pernah atau takut untuk melaluinya. Bagi yang takut, atau tak berani tu, aku rasa ini adalah satu peluang yang tidak patut dilepaskan. Isteri anda pasti sangat gembira sekiranya si suami menemaninya saat itu.

Aku ambil pengalaman aku sendiri. Saat melahirkan Alia. Aku ingat lagi. Waktu itu sudah pukul 10.00 malam waktu UK. Aku dah mula rasa sakit. Sakit yang aku rasakan 45 minit sekali. Di sana, bila saja rasa sakit begitu, kita di nasihatkan telefon hospital bahagian bersalin tu, dan nyatakan masalah kita sebelum kita terjah jer ke sana. Memang tidak di galakkan terus ke hospital. Selepas aku telefon tu, midwife yang bertugas suruh aku telan 2 biji paracetamol. Kemudian dia suruh aku mandi air panas...hehe. Tak ke pelik tu. Mula2 dengar aku pun kompius, tapi itulah yang dia suruh, dia kata kalau lepas lakukan semua tu masih sakit, dan sakitnya lebih kerap, telefon lagi sebelum datang ke hospital.

Selepas aku laksanakan apa yang dia suruh, mula rasa lega. Tapi dalam pukul 11.00gitu, sakitnya menyerang lagi. Kali ni lebih kerap. Aku rasa macam dah 20 minit sekali. Aku telefon lagi. Dia kata, ok boleh datang hospital.  Masa tu dah 11.30 kot.Lepas tu terus bersiap2 nak kehospital. Sebelum ke luar rumah, dekat tangga rumah tu, air ketuban aku dah pecah. SRD dah takut dah. Terus cepat2 masuk kereta, hantar Aqil ke rumah kawan, bawak kete pun macam pelesit. Dalam kereta tu, memang aku rasa Alia dah nak keluar dah...huhu, macam dah kat hujung2 jer. Sempat sampai. Tiba jer di sana, misi yang bertugas dah sedia dengan fail aku. Sana semua mmg senang, masa call tadi dia dah minta no rujukan aku, terus dia cari, terus dah tahu maklumat aku semua. Tak payah sibuk nak daftar apa semua. Terus masuk labour room, sebab dia tengok aku macam dah nak bersalin sangat. Kami sampai hospital dalam pukul 12.25 pagi, Alia keluar pukul 12.35 gitu. Memang ekspress aku rasakan.

Rasanya, masa Alia ni, SRD tak rasa berdebar sangat kot teman aku dalam labour room tu. Sebab terlalu cepat. Lepas uri semua dah di keluarkan, midwife tu cakap, tunggu dalam 10 minit. Kalau darah dah berhenti keluar, tak perlu jahit. Memang takde jahit apa pun. Sukanya hati aku...yelah, masa Aqil, aku punyalah rasa sakit kena jahit tu. Dah lah tak berbius, doktor tu siap marah2 suruh aku diam2, sebab aku gerak2. Ini langsung tak perlu jahit, siapa tak suka kan. Midwife bersihkan Alia di situ juga. Dia tak di mandikan pun, sebab suhu badan dia terlalu rendah, takut dia kesejukkan. Semua yang midwife buat SRD tengok. Aku di suruh mandi. Dalam labour room tu dah siap bilik mandi semua. Midwife siap sediakan air panas semua untuk aku mandi. Memang best, aku mandi punyalah lama. ..hehe.

Keluar jer dari bilik mandi, SRD dah bersama Alia. Dia dah iqamahkan dah. Alia pun dah siap pakai baju semua. Masih lagi di labour room, midwife dah sediakan aku milo panas dan biskut. Untuk SRD pun ada sekali. Sempat lagi kami menonton tv masa menunggu untuk di pindahkan ke wad tu. Huhu..memang best bersalin di Jessop Wing.

Masa Abid pun lebih kurang juga. Tapi kali ni, SRD lebih berpeluang lama bersama aku di labour room tu. Sebab kami masuk labour room pukul 2.30 petang gitu, tapi Abid keluar pukul 630 petang. Lama sikit, aku sakit pun agak lama. Tapi dalam pada tu, SRD sentiasa menemani aku. 1 jam pertama di dalam tu, memang dia tengok tv ler. Lagipun ada di jamu dengan air dan biskut. Pukul 6 sebelum aku melahirkan tu, sempat lagi di beri makan nasi oleh pihak hospital. Tapi aku tak dapat makan banyak, sebab dah sakit sangat. SRD juga yang makan.,haha. Tapi masa tengah sakit tu, SRD sentiasa pegang tangan aku. Dia banyak bantu aku. Siap aku kata dengan dia, " ni last bang, tak nak dah bersalin, sakit bang". Dia kata, "iye..iye..abang tahu".....haha.

Aku seboleh2 memang tak mahu angkat punggung, sebab aku berazam, tak mahu dijahit macam masa Aqil. Biar macam masa Alia. Aku banyak guna gas, sakitnya memang tak boleh cakap ler. Aku ingat midwife tu hampir bagi aku epidural, tapi aku seboleh2 tak nak. Aku ingat suara SRD kata, " dah nak keluar tu, abang dah nampak kepala dan rambut dia. Sekarang cuba push." Dan akhirnya Abid di lahirkan dengan selamat. Sekali lagi, aku tak perlu di jahit. Alhamdulillah. Lepas Abid keluar, midwife terus bagi pada SRD, dan midwife tu suruh SRD potong sendiri tali pusat dia. tapi SRD menolak, takut salah kata dia. Akhirnya, midwife tu yang selesaikan tugas itu, dan kemudian Abid di berikan pada aku. Aku cuba menyusukan dia. Tapi kemudiannya aku rasa mual yang amat sangat, Midwife ambil Abid dan membersihkan dia, aku pulak terus muntah segala benda yang aku makan tadi. Sama macam masa Alia, aku di suruh mandi dulu, air panas pun dia dah sediakan....

Lepas mandi, sekali lagi semua dah selesai. Gambar di sebelah, saat selepas aku melahirkan Abid. Bila aku ingat kembali, SRD memang sangat cool dalam labour room tu. Tiada langsung menunjukkan perasaan takut atau apa. Cemas tu memang ler. SRD sempat mengucup dahi aku selepas aku melahirkan, untuk kedua2 nya dengan ucapan "terima kasih ayang". Sungguh terharu waktu itu. Sakit masa bersalin semua hilang. Masa Aqil, dah sampai wad baru aku dapat jumpa SRD. Memang lambatlah kan.

Uri untuk ketiga2 anak aku sebelum ni, semua SRD basuh sendiri. Yang pertama, mak aku ajar lah. Untuk yang kedua dan ke tiga, di UK masa tu, memang dia yang cuci dan bersihkan semua. Tanam pun dia juga yang lakukan. Hmm memang sangat berterima kasih pada dia. Saat berpantang, dia yang jaga semua. Really appreciate apa yang dia dah lakukan untuk aku.

Kali ini, aku memang berharap SRD dapat bersama aku lagi semasa di labour room nanti. Sebab itu bila saja aku dapat tahu perlu hadiri taklimat dan dapatkan cop pengesahan dari pihak hospital untuk suami menjadi teman di kamar bersalin, aku cepat2 buat temujanji. Takut terlepas peluang. So, 21hb Julai nanti, temujanji untuk taklimat Teman Kamar Bersalin tu. Semoga kali ni semuanya turut di permudahkan.

Note:
Oleh kerana Disqus komen ni aku rasakan mcm kurang best untuk aku yang n3 blognya tidaklah se bagus mana..aku tukar balik pada komen blogger biasa. Tetapi, komen yang ada dlm Disqus aku paste di sini untuk tatapan aku sendiri dan yg lain. Nak komen baru mmg tak boleh..sbb setting dah lain..huhu. Kalau ada rasa nak tambah komen, silalah shout di shoutbox. Entri baru InsyaAllah boleh komen. Hanya entri yang sebelum ini menggunakan Disqus komen saja tak boleh komen. Harap maklum..
~yus~ (maz_naz06@yahoo.co.uk): Betul tu kak ina. memang rasa segar sikit badan dan bertenaga semula. Kat sana memang ler kena mandi air panas kak, lagipun m...
~yus~ (maz_naz06@yahoo.co.uk) 60.48.41.244 · http://maz-naz.blogspot.com/
Betul tu kak ina. memang rasa segar sikit badan dan bertenaga semula. Kat sana memang ler kena mandi air panas kak, lagipun masa yus bersalin kan kedua2nya tu time winter..huhu.
Posted on Teman Kamar Bersalin....dan pengalaman aku melahirkan Alia dan Abid .
Hezlinahashim (hezlinahashim@yahoo.com): wah bestnya yus...lps bersalin disuruh mandi air panas lak...mesti rasa bertenaga & fresh semula badan kan
Hezlinahashim (hezlinahashim@yahoo.com) 203.135.191.3
wah bestnya yus...lps bersalin disuruh mandi air panas lak...mesti rasa bertenaga & fresh semula badan kan
Posted on Teman Kamar Bersalin....dan pengalaman aku melahirkan Alia dan Abid .
~yus~ (maz_naz06@yahoo.co.uk): hehe..mungkin masa yg lain tu, kena jaga anak yg lain pulak ye tak maksu. Maksu boleh masukkan link blog lain kali kat bhgn...
~yus~ (maz_naz06@yahoo.co.uk) 60.51.41.128 · http://maz-naz.blogspot.com/
hehe..mungkin masa yg lain tu, kena jaga anak yg lain pulak ye tak maksu.

Maksu boleh masukkan link blog lain kali kat bhgn optional masa nak post komen tu...
Posted on Teman Kamar Bersalin....dan pengalaman aku melahirkan Alia dan Abid .
~yus~ (maz_naz06@yahoo.co.uk): betuk tu kak...lain anak lain pengalaman melahirkannya. Yus memang akan pastikan SRD dapat masuk ke labour room nanti...harap...
~yus~ (maz_naz06@yahoo.co.uk) 60.51.41.128 · http://maz-naz.blogspot.com/
betuk tu kak...lain anak lain pengalaman melahirkannya. Yus memang akan pastikan SRD dapat masuk ke labour room nanti...harap2 berjaya.

Hehe..tulah kak, yus pun ckp gitu, tup2 ada gak no 4..alhamdulillah.
Posted on Teman Kamar Bersalin....dan pengalaman aku melahirkan Alia dan Abid .
Ceritakosong (ceritakosong@gmail.com): paksu teman masa maksu lahirkan kakngah jer, huhuhu (maksu, ceritakosong)
Ceritakosong (ceritakosong@gmail.com) 211.24.163.74
paksu teman masa maksu lahirkan kakngah jer, huhuhu (maksu, ceritakosong)
Posted on Teman Kamar Bersalin....dan pengalaman aku melahirkan Alia dan Abid .
faez (fa_hussain@yahoo.com): teringat time bersalin Athikah baru-baru ni. 3 orang, 3 pengalaman berbeza. Make sure SRD boleh masuk, temankan di labour roo...
faez (fa_hussain@yahoo.com) 60.52.56.247
teringat time bersalin Athikah baru-baru ni. 3 orang, 3 pengalaman berbeza. Make sure SRD boleh masuk, temankan di labour room.
Yg no 3 ni pun, kakfaez ada keluarkan ucapan yg sama " tak nak dah lepas ni....", tapi tak tau la, Allah punya kuasa, tup2 ada no 4.
Take care...
Posted on Teman Kamar Bersalin....dan pengalaman aku melahirkan Alia dan Abid .


~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...