Friday, July 02, 2010

Home » » Persiapan nak bersalin dan air selusuh...

Persiapan nak bersalin dan air selusuh...

Kalau ikut perkiraan due date yang doktor bagi, ada lebih kurang 36 hari lagi sebelum tarikh aku bersalin. Semalam hari terbuka sekolah anak2. Balik dari ambil kad kemajuan mereka tu, kami singgah ke rumah bidan kampung di sini. Tukang urut popular kawasan Senggarang untuk mereka2 yang nak bersalin. Aku dapat maklumat dari misi di klinik, cikgu kelas Alia dan beberapa orang kampung yang aku kenal kawasan sini. Katanya kena booking dulu, tu yang aku rasa baik aku pergi booking sebelum terlambat...hehe.

Orangnya cukup peramah. Nama panggilan untuk dia Mak Long. Aku tanya serba sedikit, minta no tepon dia sekali supaya senang bila dah bersalin nanti. Aku siap tempah jamu semua sekali dengan dia. Kira package lah ni dengan mengurut. Kira kali ni, aku pakai jamu kampung. Dulu dah pernah cuba Mustika Ratu, Jamu Afiat dan Sendayu Tinggi. Antara 3 memang Sendayu Tinggi paling best, cuma dia agak panas, mula2 habis naik ruam kat baby. Kali ni dah duduk kampung cuba jamu kampung ler, siap dengan akar2 kayu dan uabt periuk lagi. Semua package lengkap ler, ada manjakani lagi. Jamu Mak Long tu buat sendiri. Mak aku yang kata, jamu orang buat ni lagi sedap kata dia...apa salahnya cuba. Aku ni kadang suka ringkas ajer, tapi dah mak kata bagus, ikut style orang dulu2 kata dia...nak cuba  jugalah. 

Lagipun kali ni, aku memang betul2 nak berurut cara tradisional. Dulu anak pertama tukang urut tu, urut cara moden sikit. Anak kedua dapat tukang urut bagus, dari Indonesia. Yelah masa tu bersalin di UK....dan akak tu pun urut style orang Jawa. Best sangat. Tapi bila anak ke tiga, bersalin di UK juga, akak tu dah balik Malaysia ikut tuan dia...huhu. Dah takde tukang urut dah, SRD jer tolong urut sikit. Orang lelaki urut mana nak sama kan...memang rasa angin jer satu badan. Dah balik sini baru urut dengan Makcik Muah, mak sedara yang memang tukang urut juga. Tapi yelah, dah 8 bulan anak masa tu, badan dah banyak sangat  angin baru nak urut betul2. Lepas tu dua kali gak aku pergi berurut dengan seorang makcik di Ayer Hitam. Best rasa. Kali ni, aku tak mahu jadi macam tu, tu yang tempah awal2 tu. 

Mak Long tu kata, nasib juga nko due bulan 8, kalau 7 penuh jadual mak long ni. Sebelum balik, Mak Long sempat tanya aku, aku nak air selusuh tak? Hmm...aku pun serba salah. Dia kata, dia ada buat juga air selusuh. Aku sebenarnya tak pernah minum air selusuh ni. Aku teringat masa bersalinkan Aqil, anak sulung dulu. Masa di hospital, seorang misi tu tanya, awak ada minum air selusuh ker? Aku kata takde. Dia kata bagus, jangan minum!! Sejak tu, memang aku tak pernah ambil port pasal orang citer air selusuh. Aku pun tak tahu, kenapa dia kata jangan minum, tapi ada dia sebut, nanti lagi susah nak kuar. 

Google dalam internet, jumpa cerita ini dan forum ini pasal air selusuh ni. So, dari apa yang aku baca ni, dapatlah aku buat kesimpulan, ikut orang juga kalau nak minum air selusuh atau di sapu pada perut sebelum bersalin tu. Ada yang akan memudahkan bersalin, tapi dari pandangan doktor tak perlu. Bagaimana dengan kawan2 yang lain? Ada amalkan ker air selusuh ni. Aku masa mak long tu offer, dah jadi serba salah tu, terus kata, boleh jugalah nak cuba. Tapi saya tak pernah minum. Lepas tu mak long tu kata lagi, kalau tak pernah amalkan, baik tak payah kot. Mungkin awak memang senang masa nak bersalin. Huhu...senang ker? Kalau dah namanya bersalin tu memang ler sakit kan. Dan yang buat aku kecut perut sikit, bila mak long tu pandang perut aku, dia terus kata, macam bersalin awal jer kamu ni. Perut dah turun jer tu..huhu. 

Banyak benda juga belum habis aku susunkan. Macam siapa nak ambik anak2 aku balik sekolah masa aku berpantang nanti. Setakat ini baru dapat uruskan untuk Aqil. Hari Isnin depan dia start naik van sekolah Tok Ba. Alia tak tahu lagi, sebab macam takde van jer ke sana waktu tu. Kalau lepas dua minggu aku keluar jer amik dia dari sekolah ok ker? Walaupun masa pantang lagi...huhu. Yelah lepas 2 minggu, sure cik abang aku dah tak boleh cuti. Paling lama dia boleh cuti memang dua minggu jer kata dia. Pulak tu bulan puasa. Ayah aku memang ler bz masa bulan Ramadhan. Buat bubur lambuk dah tentu kerja dia, kutip zakat fitrah. Ayah kasi pinjam mak aku ke sini seminggu sebelum bersalin dan seminggu selepas jer kot kata dia. Susah nanti dah bulan Ramadhan. Nak pinjam MIL pun tak boleh lama. Hmmm..kalau di UK aku boleh berpantang sendiri, dengan ditemani suami jer, tak kan di sini tak boleh kan. Tapi, orang kata lain juga..sebab anak2 dah besar sikit, dah sekolah, kena ada yang uruskan keperluan untuk semua tu. Pulak tu, sibuk masa suami belajar, dengan sibuk dia kerja lain. Masa belajar dulu, supervisor dia baik sangat. Masa aku bersalin, dia tak kisah SRD tak datang uni, asal buat kerja gak kat rumah. Yang penting ada report. Ni kalau tak kerja mana boleh kan. Agak2 aku jadi tarzan tak masa pantang nanti...anak2 aku semua ligat2..haha. 


Apalah aku membebel ni. Luahan hati sendiri sebenarnya. Semalam sempat juga aku beli bengkung ni. Saja nak cuba yang senang ikat ni. Biasa aku guna yang bengkung panjang tu. Style orang jawa, lama2. Nenek aku yang buatkan. Dari anak 1 sampai 3 memang guna tu. Best bila ada orang yang ikatkan, tapi ikat sendiri, susahnya!! Habis aku ikat kat tiang semua. Ingat lagi masa di UK, rumah kecik, kawasan sempit, susah betul nak pakai. Nasib SRD tahu juga tolong pakaikan. Kalau yang ni senang sikit kot. Memula nak beli online, tp sekali aku tanya satu kedai ni, harga kurang RM1 dari harga kat kotak dia tu.Apa lagi sebat jerlah...tak perlu lagi nak bayar harga pos. Last week aku dah beli Herba Mandian Aura di sini. Teringat lak masa bersalinkan Abid di UK dulu, ada seorang kawan ni tolong buatkan air mandian serai wangi untuk aku.Terima kasih banyak Kak Nita. Kali ni saja nak cuba Herba Mandian Aura ni....

Barang keperluan baby semua dah siap. Aku dah basuh semua yang lama dan yang baru. Aku masih tak amalkan losyen baby untuk anak2 aku. Pakai minyak zaitun juga macam yang lain. Teringat dulu, midwife di Sheffield tak galakkan guna mandian sangat atau losyen untuk bayi. Lepas tu ada seorang kakak  yang cadangkan guna olive oil supaya kulit baby tak kering , so aku memang terus amalkan sampai sekarang. Bukan Olive oil yang warna putih tu, tapi minyak zaitun yang warna kuning yang memang orang guna untuk masak tu...hihi.

Alamak, panjangnya aku bebel. Stop dulu.
~ يوس ~

21 comments:

  1. psl air selusuh tu, anak sulung dulu akak x amik, guna akar fatimah je...tapi bersalin paling lama..paling susah..maybe sbb anak sulung kuts

    dari anak ke 2 smp la preggie kali ni, mmg akak x penah miss air selusuh..mmg tujuan utk memudahkan bersalin...ustaz tu kan baca doa2 untuk memudahkan bersalin wktu buat air selusuh tu...kita ikhtiar ajelah...segalanya dari DIA

    ReplyDelete
  2. saya bersalin pertama n kedua, dua dua pun minum air selusuh..alhamdulillah...mmg mudah..hope yus pun ok...

    ReplyDelete
  3. saya beri kuasa utk alia cuti sekolah smpi raya..hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh i plak yg berdebar.. dengar u dah nak bersalin u... yuhuuuuuuuuu.. best nya ada baby kecil dan tomei... boleh geget geget... Take care yus semoga semuanya dipermudahkan... Insyallah segala urusan kita akan dibantu oleh Allah swt. jika niat kita baik dan ikhlas.. Ameen.

    ReplyDelete
  5. yus, excited ader berdebar pun ade baca cerita yus ni..wati kan due 1st baby bulan 10 ni..skrg ni nak cari pengalaman ibu2 pasal preggy ni..hope yus boleh share pengalaman...

    ReplyDelete
  6. seronoknya baca persediaan Kak yus nak sambut baby~~ :)

    Semoga selamat hendaknya~~ :)

    ReplyDelete
  7. @Ina Hashim
    betul tu kak..segalanya dari DIA. Moga kita berdua sama2 dipermudahkan dalam proses bersalin nanti...

    ReplyDelete
  8. @wahida
    Hmm...alhamdulillah mudah bersalin. Tp yus rasa, yus anak pertama jer yg susah sikit kot, no 2 dan 3 mmg ok, alhamdulillah..tak berjahit langsung pun, tu yg paling best. Harap2 kali ni pun di permudahkan.

    ReplyDelete
  9. @Misz Sephia
    Amboi2 cik ana, cikgu kelas Alia ehh..hihi

    ReplyDelete
  10. @wati
    Ni Wati mana ekk? Oo..rasa dpt agak. S..Sarki kan. Yus tak tahu lak wati preggy gak. Congrats. InsyaAllah..apa2 yg boleh di share yus share.boleh gak baca di blog yus satu lagi..disini

    ReplyDelete
  11. 36hari lagi xlame lagi jer tu kak... hajar doakan semuanyer akan selamat... Amin...

    seronok hajar baca persediaan akak nak terima cahaya mata lagi... bestnyer ;d

    ReplyDelete
  12. @hajarus
    memang dah tak lama ni hajar. Hmm..boleh baca pengalaman akak, sebelum hajar menempuhnya juga nanti. Akak doakan..adalah nanti tu yer...

    ReplyDelete
  13. Salam singgah,

    Selamat bersalin. semoga dipermudahkan semuanya. Citer pasal air selusuh nie, memang saya takdelah waktu bersalin dulu. Even, masa akak saya bersalin dulu pun tak pernah ada air selusuh nie. Tapi alhamdulillah rezeki kami baik, bersalin dipermudahkan.

    Pada pendapat saya lah, restu suami dan ibu adalah yg utama sekali.. kalau kedua2nya baik, InsyaAllah semua urusan kita dimudahkan. Disamping byk kan berdoa.

    Apapun tak sabar nak tgk baby comel yg bakal keluar nie....

    ReplyDelete
  14. @Deqna
    Hmm..akak ipar saya pun kata tak perlu. tapi betul juga, restu suami dan ibu paling utama. Thanks singgah sini.

    ReplyDelete
  15. sorry,tersesat kt cni! ;) salam kakak penulis. sy nk tumpang tanya,bley x sy dptkn no.mak long tukang urut tu? sy bersalin operate bln mac lps,so xleh nk urut lbh2 ms dlm pantang huhuhu...skrg bru ok kot,tp rs cam bdn byk angin! akak sms kt no sy lg ok ;) 0197742174

    ReplyDelete
  16. AsSalam yus,

    Ada terbaca yang puan pernah bersalin di UK.
    Saya ada beberapa soalan nak tanya tentang cara bersalin dan berpantang di sana.
    Macam mana caranya nak contact puan ye? since saya memerlukan advice & tips.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh email saya di yus76.maznaz@gmail.com..., atau mungkin boleh beri email puan di sini, nanti saya contact!

      Delete
  17. AsSalam Pn yus,

    Saya ada terbaca yang puan pernah bersalin dan berpantang di UK.
    Boleh ke puan berkongsi dengan lebih detail macam mana cara2nya berpantang di UK. Macam mana nak dapat supply herbs and tukang urut di sana?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jamu semua saya beli dari Malaysia, suruh abang poskan ke UK, tukang urut pula, saya bernasib baik semasa di sana kerana ada seorang maid kawan ni asal indonesia dan dia memang pandai mengurut orang bersalin, jadi saya guna dia lah.

      cara pantang sama je, tp kami di Sheffield ada persatuan masyarakat Melayu Sheffield. Jadi ramai yang bantu kepada sesiapa yang bersalin di sana. Mereka akan adakan jadual untuk memasak untuk saya yang dalam pantang ni selama 2 minggu secara bergilir-gilir. Ramai yang bantu, pantang sendiri, kena pandai sendiri lah. Suami pun banyak bantu. Kalau MsRose nak contact atau bual dengan saya, email saya kot untuk lebih lanjut.

      Delete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...