21hb yang lalu aku dan suami sudah pun menghadiri taklimat program teman kamar bersalin seperti yang aku nyatakan dalam entri ini. Taklimat mengambil masa lebih kurang 1 jam. Hmm..agak leceh juga sebenarnya, sebabnya walaupun dah menghadiri taklimat, tak semestinya boleh masuk sekiranya 3 perkara ini berlaku :
- Berlaku kes-kes kecemasan cth: isteri terpaksa di bedah, tak boleh bersalin normal.
- Berlaku penyakit berjangkit cth : Ada pesakit H1N1 di dewan bersalin, atau penyakit berjangkit lain yang boleh membahayakan.
- Pembersihan dewan bersalin sedang di jalankan.
Aku tepek kat sini jerlah antara garis panduan dan peraturan dalam surat akujanji yang ditandatangani oleh SRD.
Garis panduan dan Peraturan Surat Akujanji |
Apa yang pasti, garis panduan ini katanya digunapakai di Hospital BP saja. Hospital lain mungkin sedikit berbeza, atau ada penambahan atau kelainan dari yang dilakukan di sini. Ini baru tahun pertama hospital BP mewajibkan suami dan isteri menghadiri taklimat seumpama ini sekiranya ingin menemankan isteri di dewan bersalin. Sebelum ini, boleh masuk tanpa taklimat pun, cuma bezanya sebelum ini, bila kepala baby dah nak keluar, maknanya tinggal sedikit saja masa proses bersalin tu, suami baru di panggil masuk, tapi sekarang, katanya dah boleh masuk dari bukaan isteri 5cm lagi. So, lepas tu dah tak boleh keluar2 dah...kenalah tunggu situ sampai isteri bersalin. Pemberi taklimat memang menerangkan dengan begitu terang sekali. Suka aku dengar, tak mengantuk.
Aku dah tak sabar nak masuk dewan bersalin ni...haha. Ada 14 hari lagi lebih kurang, hmmm....doakan yang terbaik buat aku dan baby dalam kandungan ini. Moga aku dapat melahirkannya dengan selamat, sihat dan sempurna...aminnnn.
~ يوس ~
dalam sejarah.. sekali je zino sempat masuk masa me bersalin.. yg lain tu tak berkesempatan.. sama ada terbesalin awal atau dr tak kasi masuk hehe
ReplyDeletekak yus didoakan agar dimudahkan dan semoga selamat buat ibu dan anak. Selamat berpantang jua~~~ :))
ReplyDeletehaa?? lagi 14 ari...saya pulak yg cuak...mudah2an selamat semuanya...
ReplyDelete