Monday, July 05, 2010

Home » , » Alahmdulillah...di permudahkan juga akhirnya.

Alahmdulillah...di permudahkan juga akhirnya.

Entri sebelum ni, aku dok risau siapalah yang bakal ambil Alia balik dari sekolah masa aku dalam pantang nanti. Aqil punya dah settle, Alia jer belum. Pagi ini, masa aku hantar Alia ke sekolah, sempat berbual-bual dengan guru kelas Alia. Entah bagaimana boleh tercerita pada dia masalah aku tu. Akhirnya dia menawarkan diri untuk menghantar Alia pulang dari sekolah sepanjang aku berpantang nanti. Dia kata tak susahlah..huhu, baiknya dia. Aku suka sangat. 

Aku kata pada dia, dua minggu pertama ok rasanya, sbb abah dia ada, cuma selepas tu. Dia kata, ok, sehingga habis bulan raya pun ok. Tak kan yus dah nak keluar pulak...akak tak kisah. Boleh punya. Alhamdulillah, selesai satu masalah, takut menyusahkan dia, tapi dia kata, hantar balik jer tak kisah ler. Cuma kalau dia ada kerja, lambat sikit sampai rumah. Tapi Alia boleh stay jer di sekolah sementara tunggu dia selesai. Hmm..oklah tu. Takdelah pening kepala aku fikir. Kalau tidak nak ikut cadangan mak sedara dia jer, ponteng..hehe.

Aqil pula, hari ni dia mula naik van tu. Berbuih juga mulut aku ni berpesan pada dia. Hari ni dia mula balik naik van. Aku tak ambik. Sekolah agama pun pergi dan balik nak van sekolah. Risau sungguh aku. Aku yg terlebih risau. Tulah tak pernah lepaskan anak ke sekolah sendiri kot. Aqil steady jer. Tapi sempat juga dia berseloroh. Katanya, " Alah ibu, kalau Aqil tertinggal van, Aqil jalan kaki jerlah."Huhu..tu yg aku takut tu. Jalan besar, kereta banyak. Baru minggu lepas dua kereta terbalik kat jalan simpang masuk taman sebelah.....SRD steady jer. Dia kata, "biar budak tu belajar berdikari sikit, nanti tahu ler dia."Aku??......risauuuuu..

Last weekend, kami ke balik Muor, lepas tu ke Putrajaya. Jumpa abang ipar sebelum dia berangkat pergi Umrah Selasa ini. Lepas tu, balik sini semula, teringin balik nak makan Mee bandung di Restoran Pinang Sebatang tu. Masa di Muor tak sempat cari lak mee bandung. Tapi, restorannya tutup ler pula.Last2 makan benda lain. 


Gambar mee bandung di restoran tersebut. Ni masa cuti sekolah hari tu....


Haha..sampai licin aku kerjakan...

Anak-anak semua makan mee hoon sup. Kegemaran diorang.

Hmm..hati makin berdebar. 33 days more to go. Semoga semuanya dipermudahkan. Hari ni nak basuh bengkung baru tu pulak...hehe.


~ يوس ~

10 comments:

  1. sedapnyer mee bandung tu kak... ;d

    ReplyDelete
  2. @hajarus
    Oklah rasanya, sedap. Tapi masih tak boleh lawan rasa asli mee bandung di Muor yang sebenarnya..hehe

    ReplyDelete
  3. amboiiiiiii mee bandung......... sedapppppp.. awal2 pagi nih terasa lapar ler plaks tgk mee bandung nihhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  4. yus

    sebulan jek lagi....cepatnya masa kan..huhu...all the best ye...btw, beli bengkung baru jenis apa tuh?meh chare sket kat sini

    ReplyDelete
  5. ingatkn cadangan ana bulat-bulat kene reject..hehe

    ReplyDelete
  6. @Ajzie
    Eh! Azi pun dah pagi ker kat sana? hehe....tp mee bandung makan pagi2 mcm tak sedap pulak azi..

    ReplyDelete
  7. @Ina Hashim
    Ha'ah kak. Alah bengkung Amme Corset dari ST tu ler, yg n3 sebelum ni, baru nak basuhnya..hehe

    ReplyDelete
  8. @Misz Sephia
    Kalau takde pilihan, rasanya cadangan ana tu mmg di pertimbangkan..haha, sekolah tadika jer kan.

    ReplyDelete
  9. Yus...nampak sedap mee bandung tu...

    Nasib baik ada yang nak menolong...alhamdulillah...mudah sikit nanti. Semoga Yus sentiasa sihat dan selamat nanti...take care

    ReplyDelete
  10. @aNIe
    Hmm...memang sedap kak..hehe.

    Tulah kak. Alhamdulillah..thanks kak Anie.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...