Friday, April 27, 2012

Jakun dapat Evening Primrose Oil percuma

EPO [image oleh google]
Satu hari masa pulang ke rumah mil, adik ipar aku beri 1 botol Naturalle Evening Primrose Oil yang masih banyak isinya kepada aku sebab dia dah tak boleh makan kerana mengandung. Aku yang jakun tak pernah makan sebarang supplement ni, terima dengan hati terbuka tapi tak faham apa khasiatnya EPO ni. "Bagus untuk orang perempuan ni kak!"

Ooo, ok. Sampai rumah aku simpan dalam peti sejuk. Sebelum tu dah tengok expired date nya bulan Mac 2014. Nak cuba makan, tapi aku ni selalu lupa. Yalah jarang makan supplement ni.

image oleh google
Pagi ini tergeraklah hati nak google apa sebenarnya khasiat EPO ni. Jumpa blog adik ni yang mengamalkan makan EPO sejak dulu. Ok. Bagus juga ya. Apa yang aku tertarik antara kegunaannya boleh kurangkan alergik contoh ruam atau gatal-gatal kulit. Kulit aku ni memang sensitif sikit di tangan. Kalau makan terlebih ayam, kerang, udang ke mesti gatal-gatal dan ruam. Sebelum ni letak Roseken Skin Repair Lotion je. Tapi memang baguslah losyen ni. Sekejap je dah kurang gatal-gatal di tangan.

Selain itu kata dia, dapat mengurangkan jerawat di muka dan muka jadi lebih cantik. Untuk kulit, rambut dan kuku yang lebih sihat gitu. Juga sesuai untuk orang yang periodnya tak tetap. Kira memang sesuai untuk orang perempuanlah. Baca lagi khasiatnya di sini pula, ada tertulis boleh kurang kan breast pain. Aku ni kalau nak period je, mulalah sakit sikit pada breast tu.

Ada tak kawan-kawan blog ini yang pernah mengamalkan EPO ni? Kenapa korang makan EPO ni ya? Aku baru cuba dua tiga hari ini. Belum nampak apa kesannya sangat. Bagus ya EPO ni? Tapi bila google sana sini, memang baguslah EPO ni untuk orang perempuan ni. Pendapat anda bagaimana?

~ يوس ~

Thursday, April 26, 2012

Dup dap, dup dap, tetiba seram dengan makcik itu

Baru je berlaku tadi sewaktu aku mengambil Alia dan kawan-kawannya (merangkap anak jiran2 kami) balik sekolah. Sementara menunggu mereka sampai ke kereta, aku khusyuk melihat budak-budak main kompang di dewan sekolah di seberang jalan. Ada pertandingan bermain kompang antara sekolah-sekolah rasanya.

Bila semua dah masuk dalam kereta, baru saja nak jalan tiba-tiba seorang makcik ni mengetuk tingkap kereta aku. Aku terkejut, terus dalam hati dup dap, dup dap. Buka tingkap cermin kereta dan dia kata,"Makcik tumpang sampai kedai Mak Long depan ya!"

Alamak, Mak Long mana ni? Siapa pula makcik ni? Tak pernah nampak pun. Aku jadi was-was, nak beri dia tumpang atau tidak. Dia pulak, macam memaksa, "Cepatlah buka pintu nak!"

Makcik ni pun nak minta tolong macam memaksa pula. Alia yang duduk di depan memandang muka aku dengan muka yanc pelik. "Ibu kenal dia ke?". Aku pula buat muka tenang, "Ada orang minta tolong kita kenalah tolong kalau kita mampu, kan Alia?" Anak daraku itu masih buat muka pelik tengok makcik itu.

Bila makcik tu masuk saja dalam kereta, dalam masa yang sama, aku cepat-cepat sorokkan beg dompet aku yang ada di celah tempat handbrake ke posisi yang lebih selamat. Aduh! Tak semena-mena rasa cuak ni kenapa?

Makcik itu mula ajak berborak. Tak berapa ingatlah pulak apa sangat butir bicaranya tadi. Aku pakai ya je, sebab hati aku masih lagi dup dap. Sampai satu selekoh, "Depan ni je nak. Berhenti ya, belah kiri."

Ok, menurut perintah. Berhenti di destinasi, makcik terus turun tak pandang kami pun. Berjalan tanpa memandang ke belakang. Makcik ni brutal lah....hihi.

Serius dup dap aku tau! Tak baik aku kan, fikir yang bukan-bukan. Orang nak minta tolong, bantu sajalah dengan ikhlas. Dalam hati masih ada rasa tak enak kenapa?

Tapi orang sekarang, bukan kita boleh percaya 100% kalau kita tak kenal kan. Lebih-lebih lagi yang tiba-tiba muncul macam tu, tentulah ada perasaan syak wasangka dalam diri. Tua ke muda ke, macam-macam perangai manusia sekarang ni. Korang macam tu tak?

Apa pun alhamdulillah, dapat aku bantu dia sampai ke destinasi.


~ يوس ~

Hari ini anniversary merekalah....

Tak sedar pula hari ini dah 26 April, hari ulangtahun perkahwinan kedua ibubapa ku yang ke 37 tahun. Selamat hari ulangtahun buat emak dan ayahku.

Ayah dah emak, walau ada waktu tidak sependapat, tapi tetap bersama dalam susah dan senang mereka. Semoga aku dan suami juga akan seperti mereka.

Cari gambar emak dan ayah berdua saja, tiada dalam lappy mahupun entri2 lama ku...huhu. Gambar kenangan raya tahun lepas kami sekeluarga pun jadilah. Masa ni berat aku 61kg je, tulah apsal awal bulan 4 jadi 67kg...huhu. Lom dapat lagi berat waktu ini...usaha mesti di teruskan.

Aku suka satu yang hampir serupa antara tarikh perkahwinan emak dan ayah dengan tarikh perkahwinan aku dan SRD.

Mereka kahwin 26 April, dapat anak sulung 21 Feb tahun berikutnya (akulah tu...:) )
Kami kahwin 29 April, dapat anak sulung 23 Feb tahun berikutnya.

Dekat-dekat je kan.....hahahahaha.

Sayang emak dan ayah serta semua ahli keluargaku yang tercinta.

p/s: Entri pertama guna interface baru blogger. Oklah, takdelah susah sangat, lama-lama nanti biasa kan.

~ يوس ~

Nampak gaya kena bertukar juga....huhu

Sebelum ni dia perkenalkan dulu, ayat dia,
try the new updated blogger interface....(tak ingat ayat penuh).

Aku cuba, aku tak suka, aku tukar balik pada yang lama.
Kemudian dia keluar pula ayat, yang membawa maksud lebih kurang,
bulan April perlu gunalah interface baru dashboard blogger tu.
Aku buat tak tahu je...

Tetiba-tiba satu hari bukak dahsboard blog, dia bertukar sendiri,
aku degil, tukar semula kepada yang lama juga.
Tak kira, tak minat guna dashboard bentuk baru tu.

Hari ini dia keluar macam ni pula.


Tulah, siapa suruh degil sangat kan!
Terus dia nak buang bulan depan...huhu.

Ok lah Mr Blogger, saya upgrade hari ini.
Akan cuba membiasakan diri dengan dashboard baru ni...huhu.
Nampak gaya kena paksa rela ni.....:(

~ يوس ~

Wednesday, April 25, 2012

Tak makan nasi? Tak lapar ke?

Antara soalan yang aku dapat dari entri-entri diet sebelum ini. Selain itu, nasihat berguna juga aku perolehi dari sahabat blogger yang perihatin. Terima Kasih.

Ya, seperti yang aku nyatakan dalam entri 20 gram kaborhidrat je sehari? , aku memang alert dengan kesan sampingan Atkins Diet ni. Tapi aku berpegang pada prinsip, semua benda ada risikonya. Makan terlalu berminyak pun ada risiko, banyak sangat kaborhidrat pun berisiko, makan manis terlalu banyak pun berisiko, tak makan langsung pun ada risiko. Setiap sesuatu biar berpada-pada, jangan berlebih-lebihan boleh memudaratkan. Paling elok makanlah makanan yang seimbang, tapi itu bila aku dah dapat berat yang di idam. Sekarang aku dalam usaha nak turunkan sedikit berat, aku harus berani ambil risiko yang ada, betul tak?

Namun aku plan tak lama pun, hari ini baru hari ke 5 tak menjamah nasi langsung. Aku bercadang nak teruskan sehingga 2 minggu @ 14 hari. Selepas daripada itu, dah plan nak berdiet dengan cara lebih sihat. Beras perang pun aku dah beli, konon lepas ni nak makan nasi dari beras perang ni lah, sekali je sehari dalam amaun yang paling kecil.

Boleh tahan ke tak makan nasi? Menu tu boleh tahan ke? Jujur aku cakap, mula-mula tak tahan, tapi ini dah masuk hari ke 5, oklah. Kenyang bila makan tenghari tu dengan lauk pauk je. Mungkin sebab tak pernah cuba sebelum ni, tapi bila dah mulakan pinggan tu di isi penuh dengan lauk dulu dan bukannya nasi dulu, rasa memang kenyang lah. Cuma makan malam tu, ada sedikit rasa lapar, tapi tekad dan semangat punya pasal. Aku tak harus mengalah hanya baru di hari ke 5 kan. 

Aku baru 5 hari je buat Atkins Diet ni, 3 minggu sebelum ni, aku buat diet biasa-biasa je. Makan tetap 3 kali sehari, tapi makan nasi sekali sehari kira kabohidrat tu aku tak pentingkan sangat berapa amaunnya. Ni je baru sibuk, semak kandungan carbs setiap kali nak makan..huhu.Tu yang 3 minggu turun 3kg je, berbanding selepas 4 hari cuba ikut Atkins diet dah 1.2kg turun. Banyak juga beza tu kan.

Apa yang penting setiap yang hendak di lakukan kena konsisten kan, takut mati di tengah jalan dan tak jadi. Dan bila aku dah buat entri pasal diet ni pun, satu cabaran juga sebab aku dah umum aku nak diet, kalau tak berjaya pasti rasa tak sedap hati sendiri kan. Aku pegang nasihat dari suamiku SRD, " ibu dah masuk dalam blog tu, kena diet betul-betullah!"

Ya, aku akan cuba sahut cabaran tu. Terima kasih semua yang menyokong dan memberikan pandangan. Aku sangat-sangat menghargainya.

Gambar selingan, menu diet lunch aku hari ini. Ayam panggang bahagian peha, kentang panggang, salad, 1 biji tomato dan sedikit sayur pucuk manis goreng.
Untuk menu di atas, sampai sekarang aku masih rasa kenyang, sayur tu tak terhabis aku makan...huhu. Tapi ada orang lain pula yang over makan ayam panggang tu. Alia anak dara aku tu, beriya dia makan, yang hitam lagi sedap katanya, hahaha. Ok, masa untuk buat senaman pula.

~ يوس ~

Atkins Diet ni memang berkesan lah!!

Hari-hari nak buat entri pasal diet ke? Boringlah weiii!! Haha.....aku tengah kemaruk diet kan. Kalau ada yang bosan, silalah jangan baca. Entri ini untuk pemangkin semangat aku meneruskan diet ni sehingga target tercapai.

Teruja bila setiap pagi bangun dari tidur dan timbang berat badan sendiri ada penurunan. Agak banyak pula tu! Sebelum ni kalau berdiet tak pernah berat terus menurun macam ni, mesti ada yang naik juga. Betullah Atkins Diet ni berkesan kalau di ikut dengan sebaiknya. Ingat 20 gram carbs je sehari. Tapi aku rasa aku makan ada lebih juga, kalau dah makan roti dua keping mesti lah carbs dia banyak juga kan.(Ini menu hari sebelumnya)

Mari kita lihat apa yang aku makan semalam.
Menu diet 24/4/12 :-

Sarapan pagi:

3 biji telur rebus + sedikit pepper
1 mug air teh O tanpa gula

Tengahari:

1 cawan air suam
1 mangkuk sup ayam ( dalamnya ada seketul ayam + 1/2 biji kentang + 1/2 biji tomato)
1 ekor ikan caru bakar cicah dengan sambal belacan

Malam ( makan sebelum pukul 8 ya):

1 cawan air suam
1 biji buah mangga masak
1/2 biji tomato
Senaman pula, berjalan di atas Takasima selama 20 minit untuk jarak 1.3km dan ia membakar 41 kalori. Selain itu buat sedikit senaman ringan.

Malam, jalan-jalan di Carefour shopping....haha. Sebenarnya hantar anak yang ada latihan intensif taekwondo untuk grading Sabtu ini di bandar, sementara tunggu mereka selesai tu, shopping le kejap. Menahan diri je bila lalu depan McD dan KFC. Sabar Yus! Sabar! Hihi.....

Hasilnya pagi ini turun lagi 700 gram berat aku. Rasa teruja dan seronokkan! Ni yang semangat nak teruskan ni!
Kawan-kawan yang kata nak diet tu, apa kata cuba juga cara ni. Cuma harap semangat aku tak hilang, takut kalau balik kampung luntur terus. Katakan tidak Yus, mesti capai target, tak dapat 51, 55 pun dah ok.

Gambar selingan sewaktu lihat anak-anak latihan malam tadi. Sebenarnya tak nampak pun Aqil dan Alia di mana, puas mencari mana anak aku ni? Sebab tak nampak mereka, pakai snap sajalah ...huhu. Dah hampir pukul 10 malam pun tak habis lagi ke Sir?

~ يوس ~

Tuesday, April 24, 2012

20 gram Karbohidrat je sehari?

Aku tak  fahamkan habis konsep Atkins Diet ni, tapi bila aku dah faham, aduh!! Rasanya agak berat untuk di laksanakan dalam jangka masa panjang. Ada keburukannya Atkins Diet ni.

Sebelum di teruskan, cuba kita lihat definisi Atkins Diet dari Wikipedia.Di bawah ni aku dah alih bahasa ke Bahasa Melayu. (Sila jangan ingat aku translate sendiri, ini Google Translator yang tolong ya...haha)

Rendah karbohidrat berdiet atau diet rendah karbohidrat adalah program pemakananyang menyekat penggunaan karbohidrat biasanya untuk mengawal berat badan atauuntuk rawatan obesiti. Makanan yang tinggi dalam hadam karbohidrat (seperti roti, pasta) adalah terhad atau digantikan dengan makanan yang mengandungi peratusanyang lebih tinggi protein dan lemak (seperti daging, ayam, ikan, kerang-kerangan, telur, keju, kacang, biji dan kacang) dan makanan lain yang rendah dalam karbohidrat(contohnya kebanyakan sayur-sayuran salad), walaupun sayur-sayuran dan buah-buahan lain (terutamanya beri) sering dibenarkan. Jumlah karbohidrat yang dibenarkanberubah dengan diet rendah karbohidrat yang berbeza.

Diet itu kadang-kadang ketogenic (iaitu mereka mengehadkan pengambilan karbohidrat mencukupi untuk menyebabkan ketosis), seperti fasa Induksi Diet Atkins.[1] [2] [3] Sesetengah sumber, walaupun menganggap varian kurang ketat untukmenjadi rendah karbohidrat juga. [4]
Selain obesiti, diet rendah karbohidrat digunakan sebagai rawatan untuk beberapasyarat lain, terutamanya diabetes, [5] [6] [7] [8] epilepsi, [9] [10] [11] sindrom keletihankronik (lihat ketosis ) dan sindrom ovari polisistik.
Seperti yang adik Dzulfikri ni tulis dalam blognya di sini, dia kata kena hadkan pengambilan karbohidrat hanya sebanyak 20 gram sehari. Sebab tu penurunan berat badan boleh berlaku dengan cepat. Dush!Dush! Nak turunkan berat ke tak Yus???? Kalau hendak cuba ikut ya!

Ok, aku mengambil keputusan hanya untuk ikut serba sedikit saja. Kalau ikut 100% menu yang di cadangkan, tak boleh rasanya. Seperti yang aku nyatakan, ada keburukannya Atkins Diet ni. Nak tahu apa keburukkannya? Cuba baca artikel bertajuk Diet dari Barat bukan untuk orang Malaysia ini. Menurutnya boleh rosakkan buah pinggang kalau ikut cara Atkins Diet terlalu lama.

Cuba kita lihat pula menu yang di cadangkan oleh Dzulfikri ini.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Dan menurutnya atkins diet ni  ada 4 peringkat. Peringkat pertama di namakan Induction yang mengambil masa 2 minggu atau lebih.

Nak pastikan hanya 20 gram karbohidrat sehari dalam masa 2 minggu atau lebih tu, amatlah berat kan. Karbohidrat tu kan penting, baik makan makanan yang lebih seimbang dari ikut 100% macam ni. Apa pun aku decide untuk ikut selama 2 minggu ini. Baru 4 hari tak makan nasi dan ikut contoh menu yang di cadangkan. Setakat ini berjaya nampaknya, tapi memang rasa tak mahu teruskan lama. Selepas ini lebih suka ikut diet cara Kevin Zahri ni. Nampak lebih sihat dan bagus untuk kita. 

Apa pun cuba lihat apa yang aku makan semalam.
Menu diet 23/4/12:-

Sarapan pagi:1 mug nesvita oat + 2 keping roti

Tenghari:1 mangkuk sup kentang + lobak + kobis, 1 bji telur goreng , 1 pack strawberry yogurt rendah lemak + 2 cawan air masak sebelum dan selepas makan.

Malam:2 biji telur dadar + bawang + cili tanpa garam + 2 cawan air masak sebelum dan selepas makan.

Dan in between tu kena pastikan minum air masak banyak sentiasa, memang aku dok pegang satu botol air masak je bersama. Habis isi, habis isi.  Sangat sedih kan tengok menu ini...huhu. Ok, nak turunkan sedikit berat kan Yus, jangan mudah mengalah! 2 minggu sahaja, selepas ini kembali kepada diet lebih sihat cara kevinzahri...hehe.

Oops. Senaman buat tak yus? Ada buat semalam, berjalan di atas Takasima selama 15 minit sahaja  untuk jarak 1.0 km dan hanya mampu bakar 30 kalori dalam tempoh itu...huhu. Tapi kerja-kerja rumah tetap buat seperti biasa, kira exercise juga tu kan.

Orang kata lebih elok timbang berat 2 minggu sekali atau seminggu sekali supaya kita tak kecewa dengan berat yang kita dapat semasa program diet kan. Aku tak peduli! Nak juga timbang hari-hari....hahaha. Rasa macam lebih bersemangat juga, lagipun dah ada BAC yang best kan. 

Pagi ini timbang turun lagi 500gm menjadikan berat aku hari ini kepada 63.2kg. Chaiyok, chaiyok yus!









~ يوس ~

Monday, April 23, 2012

Langkah pertama dalam berdiet | Body Analysis Scale

Selalu sangat bila mulut kata nak diet, tapi perlaksanaan tiada. Cara diet pun salah. Biasanya suka sangat skip salah satu waktu makan dan selalu yang aku skip makan ialah waktu lunch/dinner. Tapi dari pembacaan dari beberapa blog, cara itu salah. Jangan skip waktu makan anda sebab ia boleh mengakibatkan kadar metabolisme badan makin rendah, dan kita boleh jatuh sakit!

Kali ini aku tekad mahu bersungguh. Maka ingin aku catatkan di sini apa yang aku telah lakukan untuk capai target supaya semangat aku itu tidak luntur dan mati di pertengahan jalan.

Pertamanya bila aku kata aku nak diet, tapi alat penimbang tiada pun di rumah tentulah akan menjadi satu masalah. Sebelum ini ada, tapi dah lama rosak, lepas tu di buang. Beli alat penimbang murah je pun, mana nak tahan lama kan. Pulak tu beli yang analog, selalu bacaan lari-lari. Aku google sana sini mencari alat penimbang bagus kononnya. Jumpalah blog ini  dan blog ini. Aku tekad nak beli alat penimbang yang serupa.

image dari Cosway.com.my
Bila saja Body Analysis Scale ni aku dapat, perkataan pertama yang keluar " aku suka!!!". Memang suka sangat dengan BAC ni. Sebab apa? Sebab fungsi benda ni bukan hanya menunjukkan berat kita, tapi kita boleh semak body fat, body water, body muscle, tulang dan keperluan kalori sehari siap ada gambar orang yang menunjukkan apa BMI kita. 

Ini yang buat aku suka dengan BAC ni...
Dari pembacaan aku, keperluan kalori untuk dewasa normal yang tidak melakukan banyak kerja 2000 kcal, tapi BAC ni catat keperluan kalori aku dalam linkungan 1395 kcal - 1380 kcal je sahari setakat ini. Aduh! Nak kurus kena makan kurang dari kalori ini lah, itu yang sakit...huhu. 

Ini BAC aku. Untuk membolehkan semua key features nya dapat di ambil, kena set umur, ketinggian dan jantina dulu.
Benda ni dah jadi alat kesayangan aku nampaknya. Setiap pagi bangun tidur lepas solat Subuh, perkara pertama aku buat, semak bacaan berat dan lain2nya. Bacaan akan bergantung pada apa yang aku makan dan apa aktiviti aku hari sebelumnya. Bila nampak bacaan turun walau hanya 100gm sehari, hati dah berbunga riang, tapi bila naik tiba-tiba walau 100gm sehari mulalah semak balik apa aku makan dan buat semalamnya...huhu.

Peringatan:-
  1. Jangan skip waktu makan terutama sarapan pagi. 
  2. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 30 minit setiap kali.(Yang ni aku berjaya lakukan 2 minggu pertama mula diet, tapi kemudiannya dah jadi 1 kali je seminggu macam mana ni?)  
  3. Kurangkan pengambilan nasi, gantikan dengan sayur-sayuran, buah-buahan, ikan bakar atau sup ayam. 
  4. Kurangkan minuman manis/berkarbonat, lebihkan minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Aku baru nak cuba Atkins Diet. Dan untuk capai kejayaan dalam Atkins Diet ni, kena ingat tips-tips ini.  Aduh!! Boleh ke ni?

Pagi ini timbang berat, masih kekal di amaun yang sama dengan 2 hari lepas. Frust juga bila bacaan tak turun, tapi yang penting ianya tak naik kan.



Nampaknya ticker ini masih di amaun yang sama...Chaiyok! Chaiyok!

~ يوس ~

Saturday, April 21, 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Anugerah Kecemerlangan 2011

Baru saja balik dari menghadiri majlis sambutan maulidur rasul dan
anugerah kecemerlangan di sekolah agama anak-anak.
Dua majlis di gabung serentak, tapi aku hanya dapat hadir penuh untuk satu daripadanya.
Nampaknya tak dapat tunggu sehingga ceramah maulidurrasul habis.
Arif dah tertidur di pangkuan, lupa pula nak bawa push chair dia terpaksalah balik awal.
Biar anak-anak saja yang dengar sampai habis.

Apa pun nak kongsi  gambar sekitar majlis tadi, 
serta wajah-wajah gembira Alia 
menerima hadiah tempat pertama bagi tahun 2011 sebentar tadi.
Tahniah daripada ibu, abah, Aqil, Abid dan Arif ya Alia.
Harap tahun ini berjaya mengekalkan kecemerlangan.

Pentas majlis waktu mula-mula aku sampai

Persembahan nasyid . Sedap betul suara solo dia...:thumbs up

Giliran Alia ke pentas ambil hadiah. Gambar sedikit blurr sebab ibu ambil gambar sambil dukung Arif yang sedang tidur..huhu

Alia bersama rakan-rakannya, hadiah mereka nampak serupa je, cuma ketinggian piala saja berbeza.
Tahniah untuk anak ibu Nur Alia Zafirah.
Moga terus sukses ya nak, jangan malas-malas belajar.

p/s: sedikit sedih, kerana setiap kali ada majlis seumpama ini di sekolah SRD OS biasanya. Hari ini pun sama....:(

~ يوس ~

Aku nak diet!!!

Rasa badan makin lama makin tembam.
Selera makan pun makin mencurah-curah.
Aku nak diet!!!.....Tolong!!!

Semuanya bermula bila awal bulan yang lalu pi timbang berat dan ianya mencatat, 66.7kg.
Aduh! Biasa 61kg je, apsal naik banyak sangat tu?
Makanya tekad nak diet ni.
Dan aku telah memulakan pun dietku ini.
Dan pagi ini bila timbang berat badan sendiri, dah jadi 63.7kg.
Oklah tu untuk permulaan, sebab aku bukan diet gila-gila pun.
1 minggu turun 1kg, dah kira cantikkk.
Tengok berapa akan kurang agaknya ya.

Maka ticker ini sebagai pemangkin semangat aku.







Habis aku google cara diet paling berkesan.
Dan aku jumpa cara Atkins Diet yang nampak sangat menarik.
Boleh cuba ni untuk 2 minggu berikutnya
Aduh! Boleh ke ni?

Setakat ini berjaya dah makan malam sebelum 8 malam,
kurangkan makan nasi, lebihkan serat.
Moga boleh di teruskan.
Yus boleh!

Kalau tak dapat BMI 21.0 pun, 24.0 pun oklah, dah kira normal tu kan...haha.

~ يوس ~

Thursday, April 19, 2012

Teri Meri Prem Kahani...

Macam mana boleh tersangkut dengan lagu ni?
Tak tahu dah berapa kali ulang dah....
Melodinya bestlah!
Very touching!

Tak pernah suka sangat movie dari Salman Khan sebelum ni,
mungkin sebab dah terlebih suka dengan SRD eh...SRK...hehe.
Tapi cerita Bodyguard versi Bollywood ni oklah cerita dia.
Dan lagu Tere Mere Prem Kahani ni paling aku suka...
Klip video dia pun menarik.
Kareena Kapoor nampak sangat cantik dalam klip video ini.
Terus rasa nak diet supaya boleh nampak cantik macam dia.





Hahahaha.....
Kepala aku tengah bengong!
Petang-petang ni layan lagu hindi.

Peace no War ya kengkawan.....:)

Nota kaki: Cantik bukan terletak pada paras rupa, bentuk badan atau apa saja luaran kita, tapi cantik terletak pada hati dan budi pekerti yang mulia. Dekatkan diri padaNya supaya kita akan lebih nampak cantik di mata semua, tak gitu. Peringatan untuk diriku yang selalu lupa.

~ يوس ~

Wednesday, April 18, 2012

Arif si budak bertuah ; Lihatlah hasil kerja dia hari ini....huhu.

Nampaknya hari ini aku terajin, maka terhasillah entri kedua dalam sehari. Dah lama juga tak rajin macam ni. Nak kasi release sikit penat dan pening pun ya juga.

Entri banyak gambar. Hasil kerja Arif dalam masa dua jam hari ini. Dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahari tadi. Ini yang sempat aku snap gambarnya saja. Ada lagi yang lain, kalau nak cerita pun penat tak habis huhu.

Mula-mula dia pi koyakkan tutup tupperware bekas aku simpan keropok yang dah siap di goreng ini. Entah macam mana dia buat pun tak tahulah.

Kemudian, dia bawa kerusi dari bilik kakaknya Alia ke sinki dapur. Konon ada hati nak buka paip, nak basuh pinggan ke Arif.

Kita turunkan dia, letak kerusi di bilik kakaknya semula, selang beberapa minit, tengok kerusi sudah di dapur semula, dia buat panjat, konon nak on microwave di dapur. Adeh!

Tak kuasa dah nak larang, asal dia tak memanjat, kerusi pun dah tunggang langgang di lantai, sambil main mangkuk, dia buat sepah di dapur. Khusyuk pulak tu.

Aku ke luar sekejap, tengok kain basuhan dalam mesin hasil pusingan ke dua, baru nak jemur, dia dah memanjat di sini pula Siap lagi angkat kaki.

Kita turunkan, dia main scooter abangnya ni pula. Di pusing-pusingkan tayarnya, bila kita panggil nama, terus pandang atas sambil mulut melopong. Cute pulak aksinya....haha.

Tapi inilah yang paling aku tak tahan. Betul-betul menduga kesabaran. Terkejut beruk aku masa tu, ada ke cermin tingkap yang menghubung antara bilik komputer dan dapur aku ni dia tolak sampai tertanggal. Tercabut terus dari landasannya, hampir saja mengena pada aku yang berdiri di hadapan tingkap masa tu...huhu. Terus aku angkat dan letak ke lantai. Tapi si kecik tu sibuk pula nak menengok cermin tingkap tu, terpaksalah aku sorokkan di tempat yang lebih selamat, kang pecah tak pasal-pasal.
Abang!!!!! Balik nanti boleh pasang semula ke cermin tingkap ni ya? Rasanya boleh kan? Anak bujang kecik abang ni kuat betullah!....huhuhu.

Adeh! Kalau di ikutkan, memang tak sabar aku ni, penat juga melayan si kecik Arif ni. Teringat masa kenduri arwah nenek aku tempohari, ketika melihat Arif yang suka benar memanjat sana sini, terdengarlah suara-suara dari orang-orang yang datang. 

"Eeiii ngeri tengok!"

"Jatuh nanti tu!"

"Emak dia relax je ya! Mesti dah biasa ni!"

Aku hanya mampu senyum simpul je, memang tak daya nak kejar dia panjat sana sini, pandang je dari jauh, kalau rasa terlebih bahaya cepat-cepat turunkan dia. Masalahnya dia mengikut je abang-abangnya yang boleh tahan lasaknya juga. Kalau tidak tak kan sampai berjahit-jahit kelopak mata kan.

Oh! Ada satu lagi dia buat perangai tadi. Masa aku suapkan dia makan. Kita suap dia nganga, lepas tu dia pergi luahkan makanan tu ke lantai. Dah lah makan berjalan-jalan, puas aku kejar keliling nak suap dia makan je. Tak reti duduk atas meja elok-elok. Dua tiga kali dia buat macam tu, bila suara aku dah macam tarzan perempuan jerit nama dia, boleh pula tu, dia jalan terkedek-kedek ambil penyapu dan pengaut sampah sendiri. Terus sejuk hati, walau geram tetap ada.

Oh! Arif! Betul-betul menduga kesabaran ibu. Ya Allah! Berilah aku kesabaran, berilah aku ketenangan, dalam melayan kerenah anak-anakku yang bijak pandai ini....ameeen.

p/s: bila dia tidur, tenang rasa rumah seketika, tu yang boleh up entri tu...hehe

~ يوس ~

Abid: Dulu berjahit, kini bergam pulak....

Kejadian berlaku malam tadi dalam pukul 10.30 malam. Tak tahu apa yang di kejarnya, dia ke bilik air untuk basuh tangannya yang kotor selepas makan keropok. Keluar dari bilik air dengan tergesa-gesa, kakinya tersangkut pada selipar besar dalam bilik air tu. Terus terjatuh dan mukanya terkena bucu lantai antara bilik air dan lantai luar. Bila masuk bilik air, lantainya lebih rendah dari lantai rumah kan, ha!dia terjatuh dan kelopak matanya terkena di situ lah.

Kuat juga ku kira, terus menangis. Aku yang sedang menonton tv dengan anak-anak yang lain terus pergi kepadanya. Tiba-tiba kelihatan darah mengalir keluar dengan banyaknya. Habis menitis satu persatu darahnya ke lantai. Tiba-tiba kawasan itu penuh dengan darah. Aku jadi panik, menjerit memanggil SRD yang ketika itu berada di beranda luar rumah sedang baca suratkhabar.

Darahnya semakin laju. Ya Allah, apa sudah jadi Abid. Teringat ini bukan kali pertama dia menerima luka di kawasan muka atau kepala, aku cepat-cepat ambil kicap di dapur. Petua dari ibu mertuaku cara untuk menghentikan darah dari terus mengalir ialah sapukan dengan kicap.

Bila di letak kicap, darahnya lambat sikit keluar. Terus ku tekup dengan kapas kelopak mata Abid. SRD kata, "Kena pergi hospital ni!."

Makanya, jam itu juga SRD bergegas bawa Abid ke hospital. Aku di rumah saja bersama-sama anak-anak yang lain. Hati rasa risau juga. Aduh Abid! Entah berapa kali kepala kamu nak berjahit agaknya. Sebelum ni sudah pernah dua kali berjahit di kepala, tapi kali ini lukanya di kelopak mata pula. Aku pernah buat entri kepalanya berjahit di sini.

Pukul 12.30 malam baru mereka sampai ke rumah semula. Alhamdulillah, kali ini lukanya di gam pula, bukannya di jahit. Kata SRD cara baru ni, gam macam gam uhu je nampak doc tu guna. Mulanya doktor kata Abid perlu di tahan di wad. Doktor takut Abid meragam dan banyak bergerak sehingga lukanya terbuka semula. Alhamdulillah, setelah SRD cerita ini bukan kali pertama dia mendapat luka seperti ini, doktor membenarkan Abid di bawa pulang. Kalau tidak, dah jadi satu kerja juga kena jaga dia di wad kan.

Ini lah dia rupa budak ligat, dan lasak yang entah berapa kali lah menerima luka seumpama ini. Dan sama seperti sebelum ini, dia tidak menangis atau takut pun semasa di rawat oleh doktor. Mukanya macam tulah, steady aje....hehe.

Ini gambar dari kamera phone SRD, semasa di hospital sebelum luka di gam. Bila tengok ni, ngeri pulak aku rasa...huhu.
Gambar selepas tiba di rumah, dari kamera phone aku. Luka sudah di tampal, muka sedih je nampak.
Aku buka plaster yang di tampal tu untuk lihat bagaimana luka itu di gam. Macam ini rupanya. 
Abid tidak di benarkan terkena air banyak di kawasan kepala dan muka. Ada 3 botol antibiotik harus di habiskan dan satu ubat demam. Doktor takut dia demam terkejut rasanya, tapi nampak badannya ok saja pagi ini, cuma muka sedikit tidak bermaya.

Buat anak ibu Abid Zulfan. Cepat sembuh ya! Inilah tanda kalau suka buat kerja kelam-kabut, suka berlari , melompat-lompat lebih-lebih lagi di bilik air. Selalu ibu dah pesan kan, bila dah terkena macam ni, kan sakit. Harap Abid ambil pengajaran darinya ya sayang.

Alahai, rasa sayu dan kesian pula tengok wajah Abid, tapi tulah selalu nak buat ibu hangin. Hmmm....antara proses yang berlaku ketika anak-anak membesar kan. Ibu pun kena ambil pengajaran sama ni. Semoga tidak berlaku lagi ya sayang.

Sekian.
~ يوس ~

Tuesday, April 17, 2012

Hari Lahirnya yang ke 57

Hari ini 17 April 2012. Alhamdulillah di pertemukan lagi dengan tarikh ini. Alhamdulillah emak masih di sisi. Genap umur emak 57 tahun hari ini. Selamat Hari Lahir emak. Moga terus sihat, kuat,cergas, sejahtera dan bahagia selamanya di samping anak cucu ya emak.

Aku dan emak ( gambar ulangtayang lagi)
Mood aku berblog merudum sebenarnya. Tapi kerana hari ini hari lahir emak, haruslah aku coretkan sepatah kata di blog kesayanganku ini. Baru juga sebentar tadi menelefon emak, dah ingat dari pagi tapi dek kerana sibuk, tak sempat pula menelefon awal. Terdengar suara ceria emak di sana bila aku ucapkan selamat hari lahir buatnya.

Apa hadiah nak beli untuk emak tahun ini ya? Teringat kata-kata emak suatu hari semasa dia di rumah ku, " Baguslah kuali engkau ni Wati. Tak lekat pun, senang nak buat masak lempeng". Rasanya aku nak belikan emak pan Tefal macam tu kot untuk emak, biar emak senang buat lempeng, tak lekat kan emak......

Ok emak! Pan Tefal on the way! Nanti balik Melaka berikutnya InsyaAllah kakak bawa ya. Selamat hari lahir buat bondaku tercinta Yunasteri Binti Baba. Sayang emak!

~ يوس ~

Friday, April 13, 2012

Terkilan...

Ada perasaan terkilan di hati bila mana aku tak sempat menatap wajah nenek buat kali terakhir sebelum dia bersemadi dengan aman di sana.

Kami sampai terus ke tanah perkuburan Kampung Bali, dan ketika itu talkin sedang di bacakan buat arwah nenek. Jelas aku sedikit terkilan sebenarnya. Minta maaf nenek kerana cucumu ini tidak sempat memberi penghormatan terakhir.

3 malam berturut di adakan kenduri dan tahlil buat arwah nenek di rumah mak usu. Banyak cerita-cerita menarik ku kutip dari ayah dan pak-pak sedara ku semua. Sedar tak sedar, sudah 20 tahun arwah atuk meninggalkan kami semua sebelum nenek menyusul beberapa hari yang lalu.

Mengenang kembali pemergian atuk mengadap Ilahi aku sebak. Aku ingat lagi ketika itu aku dalam tingkatan 4 di asrama. Emak dan ayahku di Sabah, dan setiap kali pulang bercuti dari Terengganu, aku biasanya lebih banyak di rumah atok sebelah emak berbanding atuk sebelah ayah. Nak jumpa emak dan ayah di Sabah, terlalu jauh masa tu, makanya raya pun pulang ke rumah atok dan nenek sajalah.

Kali terakhir bercuti, aku lebih banyak habis masa di rumah atok dan maktok ku sebelah emak, dah hampir nak balik asrama tiba-tiba terjumpa atuk Santri di pekan. Sempat bersalaman dengannya dan dia berkata, " Wati balik cuti ya? Tak singgah rumah atuk pun?". Masa tu terkedu tak terkata. Tiada orang nak hantar sebenarnya. Walau kampung antara kedua atok dan atuk sebelah emak dan ayah tak jauh, tapi mana ada kenderaan nak masuk dalam kalau tiada yang ambil atau hantar.

Petang itu ku minta pak usu ku hantarkan ke rumah atuk Santri. Tapi pak usu tak sempat sebab ada urusan, Akhirnya aku pulang ke asrama tanpa menziarah atuk dan nenek di rumahnya. Nak telefon, zaman tu takde telefon pun di rumah atuk Santri dan nenek Asiah, tapi di rumah atok Baba ada. Dan pak usu ku belah emak  punya kereta kecik yang dapat aku manfaatkan untuk menjemput atau menghantar ku ke stesen bas setiap kali pulang ke kampung. Namun dalam hati berkata-kata, pulang bercuti berikutnya nak lawat atuk Santri dan nenek Asiah pula.

Beberapa bulan kemudian aku menerima berita dari ayah atuk Santri ku meninggal dunia akibat terkena serangan tebuan tanah. Aku menangis semahunya. Menangis yang tak dapat di tahan, sampai ke malam, sampai ke majlis usrah malam itu di surau pun air mata ku tak berhenti mengalir. Masa tu terbayang wajah atuk yang macam sedikit kecewa aku tak singgah ke rumahnya walau balik bercuti. Aku terkilan dan rasa bersalah pada atuk. Aku ingin balik, tapi masa tu aku dalam minggu periksa. Ayah sendiri tak benarkan aku pulang sebab jauh. Emak dan adik-adik pun tak dapat pulang dari Sabah, hanya ayah yang pulang itu pun tak dapat melihat atuk. Sampai kampung atuk dah selamat di kebumikan.

Pemergian nenek aku tidaklah begitu sedih, sebab aku sempat jumpa dia beberapa kali sebelum ni cuma sedikit terkilan tak sempat menatap wajahnya buat kali akhir. Apa pun aku doakan semoga roh kedua-dua pasangan arwah atok dan nenek ku, iaitu atuk Santri, nenek Asiah, atok Baba, dan maktok Misinah tenang di sana.

Bila di ingat semula rasanya hanya arwah atok Baba saja yang sempat aku lihat jenazahnya sebelum di kebumikan, 3 yang lainnya semua tak berpeluang, sedih juga bila mengenangkan.

Blog ini akan berhibernasi seketika...

Sehingga di lain waktu....Insya Allah.

Sekian.

~ يوس ~

Tuesday, April 10, 2012

Dari Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali, Al-Fatihah... .

Pagi ini, baru sebentar tadi menerima satu lagi berita kematian. Kembalinya ke rahmatullah ninda tercintaku, Hajah Asiah Binti Haji Yahya. Al-Fatihah untuk arwah nenek.Semoga roh nenek di cucuri rahmat.

Gambar nenekku ini pernah ku abadikan di entri ini.
Rasa macam terkedu sekejap. Ayahku yang memberitahu melalui telefon. Nenek memang dah lama uzur. Membaca semula coretanku mengenai nenek pada entri "Begitulah nenek......" buat aku menangis. Apa pun aku redha.

Ok. Perlu bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Tapi kena tunggu anak-anak pulang sekolah dulu dan suamiku@ SRD sampai dari Seremban. Dia OS sejak semalam. Doakan perjalanan kami semua selamat ke destinasi.

Buat arwah nindaku,hanya doa yang dapat aku kirimkan mengiringi rohnya.Semoga rohnya dicucuri rahmat,diampunkan segala dosa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Ameen. Al-Fatihah.



~ يوس ~

Monday, April 09, 2012

Aksi Arif lagi

Akhir-akhir ini kerap betul update mengenai Arif. Apa nak buat, duniaku lebih bersama Arif kini berbanding yang lain. Namun jangan sampai anak-anak yang lain di lupakan ya Yus. Merajuk mereka nanti.

Benarlah kata orang, anak sebaya Arif lebih membuat kita ketawa. Gelagatnya yag mencuit hati membuatkan segala duka di hati hilang. Pagi ini sewaktu aku menonton drama 100 hari tu, sambil air mata menitis, dia tolong kesatkan, So sweet Arif.

Satu lagi yang dia suka nak buat sekarang, beriya nak bawa beg sekolah abangnya Abid. Macam kuat aje. Comel tengok budak kecik bawa beg besar...hehe.

Saya baru balik sekolah....haha.

Abangnya Abid pun nak enter frame. Baru balik sekolah dengan singlet di dalam pun terkeluar-keluar ni. Apa citer ni Abid? Senyuman Abid sentiasa yang paling manis antara semua. Tapi ada satu yang ibu pelik sikitlah Abid. Abid dah hampir 6 tahun, Arif baru nak masuk 2 tahun, kenapa beza kentinggian tu sikit sangat ya?.....hahaha.
Ini satu lagi aksi Arif yang mencuit hati aku. Aku baru keluar dari tandas. Aku cari-cari dia, rupanya dia menyorong di belakang tuala tu. Ingat aku tak nampak dia lah tu. Kaki Arif yang comel tu tak tersorok sekali, sudah tentu ibu nampak Arif. Comel tau...Bila aku selak tuala tu, mulut dia menggonggon botol....alahai, terus kurang sweet...hihi.
Gelagat mereka pasti ku rindu satu hari nanti. Maka ku abadikan di sini, moga dapat aku lihat kembali dan dapat mengimbas semula apa yang terjadi walau mereka telah dewasa.

Peluk cium buat buah hati ibu....tentunya anak-anak ibu yang manis.

~ يوس ~

Tanda-tanda 100 hari sebelum kematian | 100 hari





Aku tak pernah tengok cerita ni di tv sebelum ni.
Tak tahu sebelum ini movie ni di siarkan di tv apa.
Tapi cerita ni betul-betul menginsafkan.
Tak pernah aku menonton cerita sampai menangis tersedu-sedan macam ni.
Menangis tersedu sedan mengenang dosa-dosa sendiri.
Sesungguhnya aku manusia lemah.
Banyak melakukan kesilapan tanpa sedar.

Cerita yang penuh pengajaran,
banyak iktibar yang kita boleh dapat selepas menonton cerita ini.
Aku mohon pada kawan-kawan yang berkelapangan, tontonlah cerita ni.
Aku percaya, tentu tak menyesal.
Sangat bermanfaat, sangat menginsafkan.
Sangat menyentuh kalbu dan jiwaku.

Bila seseorang itu mati, maka terputus semua amalannya kecuali 3 perkara:
1. Sedekah
2. Ilmu yang bermanfaat yang di ajar
3. Doa dari anak-anaknya yang soleh.

[Antara yang di ingatkan semula kepada kita dalam drama ini]
Cerita seumpama ini patut di siarkan di tv, bukan cerita-cerita seram, cerita-cerita yang melalaikan, yang kerap kali di ulangtayang di tv kita tu. Semoga kita ambil pengajaran daripadanya.

* Kredit to Zul Huzaimi, lakonannya sangat berkesan.
~ يوس ~

Redha

Pengertian redha bermaksud menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada atau sesuatu kententuan daripada Allah.
" Tidaklah seorang hamba yang di timpa musibah mengucapkan "Inna lillahi wa inna lillahi roji'un Ya Allah beri lah aku pahala dalam musibahku ini dan gantilah untukku dengan sesuatu yang lebih baik," kecuali Allah akan memberikan pahala dalam musibahnya dan akan memberikan kepadanya ganti yang lebih baik."[HR AHMAD]
" Dan boleh jadi apa yang kamu tidak suka itu, ia adalah yang terbaik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu, ia bukan yang terbaik bagi kamu. Allah lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."[AL-BAQARAH; 2:216]
"Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak di jangka."
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Setiap kali membaca coretan mereka mengenai Afiq, aku menangis! Mungkin sebab kehilangan ini berlaku kepada orang yang aku kenal, pernah rapat dan baik sehingga kini, menjadikan perasaan sedih itu lebih dekat. Menjadikan aku lebih menghargai insan-insan tersayang di sekeliling aku. 

" Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.[AL-IMRAN : 185]

"Tidakkah mereka melihat dan memikirkan
bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya,
kemudian Dia akan mengembalikannya
(hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu
amatlah mudah bagi Allah."
[AL-ANKABUT: 19]
~ يوس ~

Friday, April 06, 2012

Al-Fatihah....


Hari ini mendapat berita sedih seorang rakan, teman, juga pangkat adik bagi kami sekeluarga. Tak dapat nak bayangkan dengan kata-kata dugaan yang harus mereka lalui ini. Kembalinya anak ke 3 mereka ke rahmatullah; Afiq Danish b. Azhar yang baru berusia 3 tahun. Salam Takziah dari kami untuk mereka.

Tak tahu bagaimana dan apa yang berlaku di sana. Dua hari lepas baru lihat video snow turun dalam fb. Mereka di Sheffield tempat lama, juga tempat kelahiran Afiq. Baru sebulan lebih berada di sana semula  kerana mamanya  menyambung pelajaran ke peringkat phd dan tiba-tiba menerima dugaan ini. 

Allah lebih sayangkan Afiq. Syurgalah tempat mu nak...Semoga kedua ibu bapamu Amy dan Azhar tabah menerima ujian ini. Al-Fatihah buat Afiq.

Nota kaki: Berita ini sungguh mengejutkan aku. Kami kenal mereka dari anak kami hanya seorang,semasa sama-sama di Sheffield dulu dan kemudian sama-sama dapat 4 orang anak. Tapi kini mereka kehilangan seorang darinya. Terasa kami pun kehilangan sama. Ada hikmahnya di sebalik semua ini, Allah sayangkan keluarga mereka, InsyaAllah akan di gantikan dengan Afiq yang menanti di pintu syurga nanti....Amin.
~ يوس ~

Thursday, April 05, 2012

Takut pisang berbuah dua kali....

Walau lappy sudah di tangan, susah juga aku nak menulis di sini mahupun BW. Takut sangat sebenarnya pisang berbuah dua kali.Minta maaflah kalau lambat baru aku dapat datang blog kawan-kawan semua.

Kalau dulu, bila dah on lappy biar macam tu je atas meja, sekarang, on sekejap, lepas tu kena kemas elok-elok semula. Kalau tak kemas pun, letak jauh2 sikit dari tepi meja.

Arif! Cepatnya tangan dia. Lagi tadi aku cuba menaip,dari pukul 10, baru sekarang berjaya. Adeh!!! Satu perangai Arif yang tak sama dengan abang-abang atau kakaknya iaitu, dia tak suka tengok tv!!! Langsung tak boleh di umpan dengan tv.

Kalau yang lain, bila aku sibuk di dapur, umpan citer kartun di tv, atau apa saja citer kanak2, semua khusyuk menonton. Tapi Arif, tidak ya. Dia tengok 10 saat je, lepas tu dia blaah dari situ. Sikit pun takde tunjuk minat menonton tv. Dia lebih suka buat apa yang aku nak buat.

Aku menyapu, dia pun nak pegang penyapu, aku vacuum lantai, dia pun nak pegang vacuum, aku sibuk potong bawang, dia pun nak pisau, aku sibuk masak, dia pun nak pegang sudip, aku sibuk jemur baju, dia pun nak tolong. Habislah baju bersih dalam bakul belum bersidai dan di ampaian, dah terabur kat lantai.

Aku menaip ni pun, dia dah berapa kali tekan keyboard tukar huruf lain. Tu yang takut sangat pisang berbuah dua kali, takut lappy ni jatuh lagi. Semalam pun, dia dah tumpahkan air masak atas keyboard lappy ni. Aduh!!!! Menjerit aku, masa tu abangnya Aqil tengah guna sekejap.

Budak ni tak boleh duduk diam. Ada saja yang nak di usiknya. Sekarang ni pun tengah sibuk men'dial' telefon rumah di tepi aku ni. Sebab aku cubit dia usik keyboard ni, tukar port lah tu....huhu.

Tetiba semalam, Alia kakaknya tengok video klip Arif masa umur dia 6 bulan ni. Dah lain rupanya dia walau baru setahun dua bulan berlalu...




Video ulang tayang dari entri ini. Tak sangka sekejap je dah besar Arif. Tu yang makin bijak tu....

Ok. Nak beritahu jawapan pada soalan teka teki semalam. Satu wangi; dua busuk; tiga boleh di makan. Apa dia? Jawapannya bunga tahi ayam.....hehe. Kenapa bunga tahi ayam? Satu bunga kan wangi, dua tahi tu busuk, tiga ayam dah tentu boleh di makan kan....

Sekian.

~ يوس  ~

Wednesday, April 04, 2012

Cinta Kura-Kura lah pulak....

image ehsan google
Adeh! Tak tahulah macam mana boleh terjebak tengok cerita ini. Semuanya bermula bila SRD ada pertandingan main bowling antara mechlub di BP Mall. Sebelum hari pertandingan, beberapa kali juga kami main bowling, kengkonon nak teman abahnya berlatih. Tapi hancus, hari pertandingan langsung tak score, masa berlatih lagi bagus...hihi.

Semua kononnya tak nak join tengok abah, (kesian abah tiada yang beri sokongan moral, tu pasal tak score kot, tapi kami muncul juga di saat akhir kan). Mereka request nak tengok wayang. Makanya, si kecik Arif terpaksa di tinggal pada abah, mana boleh masuk panggung....kononnya lah.

Bila tengok movie yang ada, satu pun tak bersesuaian untuk anak-anak tengok. Aqil request nak tengok 'Seefood' tapi dah habislah. Takde pun.

Semua terus buat muka toya tak dapat tengok wayang. Aku pujuk, untuk beli vcd aje. Pilih punya pilih, ini cerita yang mereka beli vcdnya. Aqil - 'Johnny English Reborn'; Abid - ' Dragon Ball Z Kai Movie'; Alia - 'Cinta Kura-Kura'.

image ehsan google
Maka dengan itu, aku dan SRD pun terjebak sama layan vcd Cinta Kura-Kura ni bersama Alia di rumah. Aku suka baca Review dari blog ini mengenai cerita ni. Tapi dari pandangan aku ada sedikit berbeza. Masa menonton filem ini, SRD asyik pandang aku, aku pun pandang dia sambil hati kami berkata-kata " Cerita apa ni bang/ bu?" .Haha...serius tak masuk dalam kepala otak kami. Rasa macam budak-budak je. Yang menghidupkan suasana cuma kura-kura dari suara Zizan itu, lain-lain aku rasa tak best langsung.

Boring!Boring!Boring!Pas tu part tak logik, ada ya kat restoran hidangkan gajah sebagai makanan? Dah macam zoo pulak babak yang akhir tu. Adeh! Kura-kura boleh bercakap tu oklah. Itulah bahagian menarik, dalam cerita ni, tapi aku tak rasa lawak pun. Langsung tak boleh ketawa, cuma senyum je sebab rasa aduhai, citer apa ni?

Tapi baca review orang lain semua kata best, lawak, menghiburkan. Bagi Alia anak aku dia kata bestlah, menghiburkan, senyum-senyum sorang-sorang. Aku dan SRD, layan sebab nak Alia happy. Aqil dan Abid langsung tak layan, mereka buat kerja sendiri je masa tu. Best lagi Johnny English Reborn tu. 

Apa pun satu percubaan baik dari KRU untuk cerita animasi. Dah semakin baik lah. Cuma jalan cerita, tak sesuai untuk umur kami kot.Adeh! Dah tua ke kami ni?....hihi.

Sebelum aku stop, nak tanya korang. Biasa dengar celoteh Abby No Fana Scova tak di Sinar? Siapa boleh jawab soalan ni. Satu, wangi; dua busuk; tiga boleh di makan. Apa dia? ( Soalan aku dapat dari dialah ni)

Syok dengar Abby berceloteh setiap hari, menghiburkan. Lagi menghiburkan dari Cinta Kura-Kura tu...huhu

~ يوس ~

Tuesday, April 03, 2012

My Precious : Arif

Suka tengok Lord of The Ring tak? Aku antara peminat filem itu. Bila dengar si Gollum tu sebut My Precious rasa macam dia memang sayang sangat dengan cincin tu. Sanggup buat apa saja, sampai badan jadi kering macam tu pun takpe. 

My precious sekarang ada 5. Dan yang paling kecik comel ialah Arif, sementara paling besar comel juga abahnya SRD...hahaha.

Janji semalam nak tunjuk gambar-gambar Arif ketika dia beraksi nakal ala2 manja gitu kan. Mari kita lihat sama-sama.

Gambar-gambar ini aku ambil pada hari yang sama. Waktu siang saja, hari Jumaat yang lalu. Dalam masa beberapa jam itu, dah macam-macam aksinya tau!

Gambar kiri: Tak sedar bila masa dia dah bertenggek kat kabinet dapur aku bersebelahan dengan mesin air RO Elken aku tu. Sengih-sengih bila aku pandang dia, tapi bila aku nak ambil gambar terus buat muka toya. Gambar kanan: Dalam senyap dia main vacuum cleaner aku tu. Habis dia tarik panjang plug dia konon nak lekat dekat plug di dinding tu.
Gambar kiri: Berjaya bawa vacuum cleaner tu ke ruang tamu tengah. Lepas tu sempat juga bermain dengan songkok abang Abid nya. Bila aku panggil nak ambil gambar, buat aksi manja lentok leher ke atas pula. Ala Arif, betul-betul buat ibu geram. Geram nak cubit sebab sangat mencuit hati walau geram juga ada saja yang di buatnya untuk explore. Gambar kanan: Ni konon nak hidupkan kipas. Sibuk nak ambil remote kipas tu, terjengket-jengket. Dia ambil sendiri tau kerusi tu dari bilik kakaknya, di bawa ke bilik aku. Punyalah pandai...huhu
Bila dah tengahari aku suruh tidur. Comel je tengok dia tidur. Geram pun ada. Inilah masa paling aman dalam rumah ni, iaitu bila dia tidur. Maknanya boleh buat kerja dengan senang...tapi rindu pulak takde dengar suara dan lihat aksi dia. Oh! My precious.....
Tadi dia tidur kan. Aku pun tak perasan bila dia bangun, tiba-tiba kelibat dia tiada di katil. Tengok-tengok dah ada kat atas almari baju dia ni. Dia panjat naik atas tu, nak ambil apa agaknya. Dah lah semak atas tu...hihi. Bila aku panggil namanya untuk aku snap gambarnya terus beri senyuman manja. Senyuman dengan muka baru bangun tidur...hihi.
Walau keletahnya ada masa buat aku hangin, ada masa buat aku pening, tapi aku tahu, aku pasti rindu akan saat-saat ini satu hari nanti. Oleh itu, aku kena belajar buat tak kisah dengannya, after all inilah yang harus semua ibu-ibu hadapi bila besarkan anak-anak kan.

Tiba-tiba teringat satu lagi aksinya yang buat aku geram. Aku nak buatkan dia susu. Botol sudah ada di tangannya, aku panggil dia suruh serahkan botol tu, tahu apa dia buat? Dia pergi lari ketetel cepat-cepat sorokkan botol tu belakang almari. Adeh! Hangin aku tau!....hihi. Dan......hari itu juga adalah hari yang sama lengan di bahunya melecet kerana terkena alat senaman abahnya itu..huhu.

Arif!! Arif!!! You are really my precious. Ibu sayang Arif tau! :x
~ يوس ~

Monday, April 02, 2012

Susulan dari kaki Alia terkena seterika panas.....

Sebelum tu, cerita Alia terkena seterika panas di sini.

1. Dari semalam dia takut nak ke sekolah dengan hanya berselipar. Dia kata sakit kalau pakai stokin dan kasut, jadi aku kata pakai je selipar. Jawapan dari dia sejak Jumaat, " Cikgu kata kalau sakit takpe tak payah datang sekolah, tapi tak boleh pakai selipar". 

Ni cikgu mana yang ajar ni??? Jangan nak auta ibu lah. Pagi tadi paksa dia guna selipar juga. Siap suruh abahnya masuk sekolah jumpa cikgu, aku tak tahu abahnya jumpa ke tidak. Tapi dia kata, abah beritahu dengan cikgu Nora yang ada dekat dewan perhimpunan masa tu.

Tadi masa nak masuk sekolah agama petang pun dia takut. Buat muka kesian tak mahu turun dari kereta sebab pakai selipar. Adeh! Geram aku! Terpaksa bawa dia masuk sampai ke pintu pagar, sampai dekat dengan bangunan sekolah suruh dia masuk. Barulah masuk dengan perlahan. Kalau dah takut sangat nak pakai selipar, suruh pakai kasut tak nak juga! Sampai rumah sebentar tadi, aku tanya dia, " Cikgu marah ke pakai selipar?" Dia jawab, "ya cikgu marah".... denga muka yang sengih2 tanda auta...haha.

2. Aqil pula kata ustazahnya yang juga ustazah Alia (ajar mereka subjek agama di sekolah) datang dekat pada dia dan bertanya "Kenapa dengan kaki adik kamu?". Jawapan dari Aqil, " Kena seterika panas ustazah!". Tanya ustazahnya lagi, "Siapa yang buat?". Jawab Aqil, "adik bongsu saya angkat seterika panas dan letak  kat kaki dia."

Adeh! Jangan dia ingat aku dera anak aku sudah! Ni bukan kes dera ya cikgu! Ni kes anak saya yang bongsu tu terlalu aktif. Ya...ya....saya tahu, saya juga patut di salahkan kerana cuai, action yang lambat, sampai anak terlebih cepat, letak seterika panas di tempat salah. Tapi saya bukan dera anak.....betul cikgu! Kenapa cikgu tanya anak sulung saya  macam tu ya? Kenapa tak tanya dengan Alia sendiri? Oh! Rupanya dia tanya juga dengan Alia. Mungkin nak tahu jawapan yang di beri sama atau tidak maka pertanyaan serupa di ajukan pada Aqil pula...hmm.

Saya berterima kasih,cikgu ambil berat. Tapi betul cikgu, cerita mereka betul, bukan salah ibu mengandung...huhu.

Apa aku merepek ni. Saja nak catat di sini susulan dari kaki Alia terkena seterika. Ada lagi sebenarnya. Sabtu kelmarin, emak dan ayah aku datang semata-mata nak tengok kaki cucu mereka yang terkena seterika panas. Kakak ipar aku pula ingat seterika tu terkena di perut Alia bila baca di blog, adik ipar pula mulanya ingat terkena di paha. Kalau betul, lagi jatuh saham Alia. Ibu mertuaku pun menelefon untuk bertanya perihal kejadian. Semua mereka ambil berat. Terima Kasih....bertuah anak perempuan aku sorang tu.

Apa pun, kelasakkan dan keaktifan adiknya Arif memang tak dapat di sangkal lagi.Nak bukti?

Sampai melecet tangan dia. Kenapa? Konon nak berlari juga di atas Takasima abah dia (alah alat senaman berlari tu). Sudahnya jatuh tergolek kat tepi lepas tu bergesel dengan Takasima tu yang tengah laju berjalan. Tu yang melecet tu.
Kalau semua tanya, macam mana alat tu boleh terpasang. Abang dia Abid lah konon nak bersenam, dia pergi on dah pasang benda tu, adiknya pula mengikut....huhu.

Salah aku lagi kot yang cuai ya....adeh! Kalau ada 3 orang anak jantan kat rumah macam nilah kan. Lasak bukan main, ligat bukat main, kena sama-sama ligat macam mereka baru boleh lawan. Tu yang kadang aku jeles kalau tengok anak kawan yang elok je duduk tertib di sisi emak dia bila kemana-mana. Kenapa anak-anak aku semua tak macam tu pun? Salah kat mana agaknya....:D

Ada lagi gambar-gambar aksi nakal Arif yang sempat aku snap, tapi belum sempat aku edit dan resize. Nantilah aku tunjuk.....:)

Sekian.....

~ يوس ~

Apasal aku blurr ni??

Sebulan seminggu lebih kurang lappy aku ni di workshop, tiba-tiba bila dapat semula macam blurr pulak aku nak gunakan. Apa hal? Idea nak update blog pun tak datang. Gambar banyak kononnya nak kongsi di blog, tapi sebab software yang biasa aku guna untuk resize, edit letak watermark semua pada gambar terpaksa di masukkan balik, aku jadi malas...huhu.

Semua jadi serba baru. Semua gambar lama dalam ni pun dah hilang, picasa pun kena download semula, google chrome pun kena download semula. Adeh! Malas terus....huhu.

Dua hari bercuti dan bersantai di rumah. Minggu ini kami tak kemana pun. Duduk rumah lepak2 je. Santai di rumah lagi seronok kadang-kadang, tapi kalau setiap minggu sama, tak best juga. Sabtu tu masak rendang daging dengan nasi empit, petang pula buat gardening di luar rumah. Tapi bukan  aku yang kerja keras, SRD lah...hihi. Keras nya tanah kat rumah aku ni, boleh patah pinggang nak mencangkul, kena beri tugasan itu pada Mr SRD kita. Aku pula jadi mandur tukang arah mana nak di cangkul, member jeling je...haha.

Tapi ibu tahu, abang ikhlas kan bang? Ahad pun lepak2 je di rumah, masak pun simple-simple, sayur kobis masak lemak campur tahu dan tempe, sambal terung kegemaran SRD dan ikan kering. Tapi makan berselera. Layan anak-anak buat kerja sekolah, layan mereka siapkan projek keratan akhbarnya, gosok baju, basuh kereta.

Tetiba hari ni dah Isnin. Rasa tak puas lak cuti. (Eceh! Macam aku kerja je...haha) Tapi hakikatnya aku rasa bila anak-anak semua sekolah dan suami kerja, aku pun kerja juga. Sebab semua perlu on time siap, tak boleh buat lambat-lambat, lepak-lepak. Lepas tu paling penat, asyik keluar masuk kereta jadi driver...hehe. Kerja lah tu kan...hihi.

Saja merepek pagi-pagi ni kasi idea datang mari. Sementara aku nak download semula segala tok nenek software yang aku biasa guna dalam lappy ni. Sambil-sambil tu tengok2 gambar yang ada boleh di kongsi. Tetiba terpandang gambar ni....( Resize dan letak watermark guna paint saja...huhu)

Aku sendiri gelak tengok gambar ni. Aksi tak boleh blah, main bowling dengan anak2 masa ni. Bayangkan, aku main dengan Aqil score dapat masa ni cuma 89 dan Aqil 83...huhu. Tapi sebab seronok tengok anak-anak gembira, layankan saja...hehe
Alamak, dah 9 lebih ke? Tulah kan bila mengadap blog, khusyuk jadinya. Kang semua kerja terbengkalai. Kerja banyak belum siap ni.Sambung nanti Yus!!!!!!!!

nota kaki: Tadi kata takde idea, sekali panjang juga menaip benda merapu ni...huhu. Sorry kengkawan, tq kalau ada yang baca tu ya...:)

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...