Monday, April 02, 2012

Home » » Apasal aku blurr ni??

Apasal aku blurr ni??

Sebulan seminggu lebih kurang lappy aku ni di workshop, tiba-tiba bila dapat semula macam blurr pulak aku nak gunakan. Apa hal? Idea nak update blog pun tak datang. Gambar banyak kononnya nak kongsi di blog, tapi sebab software yang biasa aku guna untuk resize, edit letak watermark semua pada gambar terpaksa di masukkan balik, aku jadi malas...huhu.

Semua jadi serba baru. Semua gambar lama dalam ni pun dah hilang, picasa pun kena download semula, google chrome pun kena download semula. Adeh! Malas terus....huhu.

Dua hari bercuti dan bersantai di rumah. Minggu ini kami tak kemana pun. Duduk rumah lepak2 je. Santai di rumah lagi seronok kadang-kadang, tapi kalau setiap minggu sama, tak best juga. Sabtu tu masak rendang daging dengan nasi empit, petang pula buat gardening di luar rumah. Tapi bukan  aku yang kerja keras, SRD lah...hihi. Keras nya tanah kat rumah aku ni, boleh patah pinggang nak mencangkul, kena beri tugasan itu pada Mr SRD kita. Aku pula jadi mandur tukang arah mana nak di cangkul, member jeling je...haha.

Tapi ibu tahu, abang ikhlas kan bang? Ahad pun lepak2 je di rumah, masak pun simple-simple, sayur kobis masak lemak campur tahu dan tempe, sambal terung kegemaran SRD dan ikan kering. Tapi makan berselera. Layan anak-anak buat kerja sekolah, layan mereka siapkan projek keratan akhbarnya, gosok baju, basuh kereta.

Tetiba hari ni dah Isnin. Rasa tak puas lak cuti. (Eceh! Macam aku kerja je...haha) Tapi hakikatnya aku rasa bila anak-anak semua sekolah dan suami kerja, aku pun kerja juga. Sebab semua perlu on time siap, tak boleh buat lambat-lambat, lepak-lepak. Lepas tu paling penat, asyik keluar masuk kereta jadi driver...hehe. Kerja lah tu kan...hihi.

Saja merepek pagi-pagi ni kasi idea datang mari. Sementara aku nak download semula segala tok nenek software yang aku biasa guna dalam lappy ni. Sambil-sambil tu tengok2 gambar yang ada boleh di kongsi. Tetiba terpandang gambar ni....( Resize dan letak watermark guna paint saja...huhu)

Aku sendiri gelak tengok gambar ni. Aksi tak boleh blah, main bowling dengan anak2 masa ni. Bayangkan, aku main dengan Aqil score dapat masa ni cuma 89 dan Aqil 83...huhu. Tapi sebab seronok tengok anak-anak gembira, layankan saja...hehe
Alamak, dah 9 lebih ke? Tulah kan bila mengadap blog, khusyuk jadinya. Kang semua kerja terbengkalai. Kerja banyak belum siap ni.Sambung nanti Yus!!!!!!!!

nota kaki: Tadi kata takde idea, sekali panjang juga menaip benda merapu ni...huhu. Sorry kengkawan, tq kalau ada yang baca tu ya...:)

~ يوس ~

18 comments:

  1. Pagi ini hujan lebat, alangkah seronoknya kalau kakcik boleh terus menarik selimut. :)

    ReplyDelete
  2. lain kali kita jumpa dan main boling eh kak yus, hehe..

    ReplyDelete
  3. Itulah Yus... duduk rumah lagilah banyak kerja. Dari celik mata sampai nak pejam mata malam kerja tak habis-habis...

    Anak kakak jeles tengok mama org lain boleh ambil bila balik sekolah macam anak-anak Yus...

    ReplyDelete
  4. mmg kan..i tgk2 jam nie dah kul 10..adehh..dok umah mmg tak perasan masa bjalan..

    mmg blur klu lappy or pc rosakkan :(

    ReplyDelete
  5. Akak pun kne Monday Blues jugak ke? Hehe...

    Ana pun siap terlelap dlm lab ni. ngantuk nye!

    ReplyDelete
  6. Alamak..terpakai akaun sekolah. Tulah tanda org blur..huhu

    ReplyDelete
  7. Kami pun cuti tak kemana. Dua hari memerap di rumah aje.. :D

    ReplyDelete
  8. hari ni stress ...

    stress dengan masalah

    ReplyDelete
  9. yus biasa la tu yus..bila kata tak ada idea tu yang berjela jadinya..he he

    ReplyDelete
  10. betoi kak...bila cuti ja memang rasa mcm best ja buat keja tak ikut jadual...

    ReplyDelete
  11. kak ina pun jd driver anak2.Time lunch org lain pi makan2 tp akak time tu la dok terkejar sana sini amik anak sekolah.Selalu mmg masuk opis terlewat la sikit.Sbb tu bila time anak2 cuti sekolah akak akan amik cuti sama walau 2 ke 3 hari je utk rehat2.Kalu amik cuti time anak sekolah kena gak kuar masuk kereta amik dorg.nampak skill main bowling tu terror u.

    ReplyDelete
  12. kalau dah biasa menulis, takde idea pun boleh panjang jugak entri..hihi =)

    ReplyDelete
  13. Kembali bekerja sebagai suri rumah..
    ^^_
    Wah…ade gaye pemain handal ni..

    ReplyDelete
  14. batul tu bile semua nak kena download balik mula la rasa mlas nak update blog..pandai jugak ye main bowling..

    ReplyDelete
  15. Rasanya klu duduk rumah lg cepat masa berlalu berbanding keje kat opis Yus,
    Nurul dah lama x main bowling nie,last main waktu masih kat sibu dulu.

    ReplyDelete
  16. sesekali bila cuti dok kat rumah memang best..
    tak sedar ada banyak benda yang boleh kita buat..
    tapi kalau selalu boring la..nak jugak jalan2...

    ReplyDelete
  17. @webmaster
    hihi...sah mmg betul blur ni..ekekek

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...