Friday, April 06, 2012

Home » » Al-Fatihah....

Al-Fatihah....


Hari ini mendapat berita sedih seorang rakan, teman, juga pangkat adik bagi kami sekeluarga. Tak dapat nak bayangkan dengan kata-kata dugaan yang harus mereka lalui ini. Kembalinya anak ke 3 mereka ke rahmatullah; Afiq Danish b. Azhar yang baru berusia 3 tahun. Salam Takziah dari kami untuk mereka.

Tak tahu bagaimana dan apa yang berlaku di sana. Dua hari lepas baru lihat video snow turun dalam fb. Mereka di Sheffield tempat lama, juga tempat kelahiran Afiq. Baru sebulan lebih berada di sana semula  kerana mamanya  menyambung pelajaran ke peringkat phd dan tiba-tiba menerima dugaan ini. 

Allah lebih sayangkan Afiq. Syurgalah tempat mu nak...Semoga kedua ibu bapamu Amy dan Azhar tabah menerima ujian ini. Al-Fatihah buat Afiq.

Nota kaki: Berita ini sungguh mengejutkan aku. Kami kenal mereka dari anak kami hanya seorang,semasa sama-sama di Sheffield dulu dan kemudian sama-sama dapat 4 orang anak. Tapi kini mereka kehilangan seorang darinya. Terasa kami pun kehilangan sama. Ada hikmahnya di sebalik semua ini, Allah sayangkan keluarga mereka, InsyaAllah akan di gantikan dengan Afiq yang menanti di pintu syurga nanti....Amin.
~ يوس ~

22 comments:

  1. al-Fatihah... itulah destinasi kita...

    ReplyDelete
  2. al-fatihah moga ibu dan ayahnya tabah menghadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah. kite pun pg tadi terperanjat betul bila kery kata anak Azhar meninggal, sebab baru je 2 hari lepas tengok gmbr anak dia terbaring baru baik demam. katanya muntah2 takut jugak pneumonia mcm kita pernah kene dulu sebb sejuk. tiba2 april turun snow kat sana. tp Allah lebih sayangkan arwah Afiq. Syurgalah tempat dia menunggu ibu dan bapanya. Moga amy dan Azhar terus kuat semangat.

    ReplyDelete
  4. @Asmara
    Tulah As. Akak pukul 2 tadi baru baca berita ni, memang terkejut dan rasa sedih sangat, tak tahu nak kata apa. Terus tengok muka anak2 sendiri. Moga Amy dan Azhar kuat semangat kan. Tak habis nangis dari tadi ni, macam manalah mereka kan. Kalau dekat, mau akak pergi tengok sekarang juga....

    ReplyDelete
  5. salam takziah dan al-fatihah

    ReplyDelete
  6. Takziah buat keluarga mereka.. Alfatihah..

    ReplyDelete
  7. Alfatihah.
    Allah kasihkan mereka utk diuji.

    ReplyDelete
  8. semoga keluarganya tabah dgn dugaan ini..

    ReplyDelete
  9. allah sedang sediakan saham akhirat untuk mereka. insyaAllah...

    ReplyDelete
  10. Takziah untuk mereka..semoga tabah hadapi kehilangan anak tersayang..Al-fatihah..

    ReplyDelete
  11. alfatihah semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  12. salam takziah dan alfatihah..

    ReplyDelete
  13. al-fatihah..semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaanNYA

    ReplyDelete
  14. innalillahi wainna Ilaihi rooji'un.. moga ibu ayahnya tabah..

    ReplyDelete
  15. alfatihah san salam takziah buat mereka sekeluarga..

    ReplyDelete
  16. salam kak yus..amy ni ex-schoolmate saya dulu..at 1st mmg tak tahu cerita yg kak yus n kak as duk share adalah anak kepada amilia(saya pggl dia amilia)..menangis bila saya baca kat fb kisah kehilangan anaknya tu. jadi,bila tengok gambar amy yg lama tu,adalh nampak gambar kak yus dan kak as jugak bersama diorg waktu tu.
    saya harap semoga amy dan suami terus kuat dan tabah .

    ReplyDelete
  17. al-fatihah...

    semoga keluarganya tabah hadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
  18. alfatihah buat keluarga amy & azhar , semoga mereka tabah hadapi ujian besar dari allah ini ..

    bersabar lah si kecil ini tenang menanti kalian berdua disana .. biarlah dia bersama penciptanya .. dia lebih disayangi olehnya ..

    ReplyDelete
  19. @Kamalia
    oo ya ke? kan, akak pun menangis entah brapa kali. Lebih2 lagi coretan Azhar saat kehilangan Afiq di pangkuan Amy tu. Moga mereka kuat dan terus tabah.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...