Tuesday, April 03, 2012

Home » » My Precious : Arif

My Precious : Arif

Suka tengok Lord of The Ring tak? Aku antara peminat filem itu. Bila dengar si Gollum tu sebut My Precious rasa macam dia memang sayang sangat dengan cincin tu. Sanggup buat apa saja, sampai badan jadi kering macam tu pun takpe. 

My precious sekarang ada 5. Dan yang paling kecik comel ialah Arif, sementara paling besar comel juga abahnya SRD...hahaha.

Janji semalam nak tunjuk gambar-gambar Arif ketika dia beraksi nakal ala2 manja gitu kan. Mari kita lihat sama-sama.

Gambar-gambar ini aku ambil pada hari yang sama. Waktu siang saja, hari Jumaat yang lalu. Dalam masa beberapa jam itu, dah macam-macam aksinya tau!

Gambar kiri: Tak sedar bila masa dia dah bertenggek kat kabinet dapur aku bersebelahan dengan mesin air RO Elken aku tu. Sengih-sengih bila aku pandang dia, tapi bila aku nak ambil gambar terus buat muka toya. Gambar kanan: Dalam senyap dia main vacuum cleaner aku tu. Habis dia tarik panjang plug dia konon nak lekat dekat plug di dinding tu.
Gambar kiri: Berjaya bawa vacuum cleaner tu ke ruang tamu tengah. Lepas tu sempat juga bermain dengan songkok abang Abid nya. Bila aku panggil nak ambil gambar, buat aksi manja lentok leher ke atas pula. Ala Arif, betul-betul buat ibu geram. Geram nak cubit sebab sangat mencuit hati walau geram juga ada saja yang di buatnya untuk explore. Gambar kanan: Ni konon nak hidupkan kipas. Sibuk nak ambil remote kipas tu, terjengket-jengket. Dia ambil sendiri tau kerusi tu dari bilik kakaknya, di bawa ke bilik aku. Punyalah pandai...huhu
Bila dah tengahari aku suruh tidur. Comel je tengok dia tidur. Geram pun ada. Inilah masa paling aman dalam rumah ni, iaitu bila dia tidur. Maknanya boleh buat kerja dengan senang...tapi rindu pulak takde dengar suara dan lihat aksi dia. Oh! My precious.....
Tadi dia tidur kan. Aku pun tak perasan bila dia bangun, tiba-tiba kelibat dia tiada di katil. Tengok-tengok dah ada kat atas almari baju dia ni. Dia panjat naik atas tu, nak ambil apa agaknya. Dah lah semak atas tu...hihi. Bila aku panggil namanya untuk aku snap gambarnya terus beri senyuman manja. Senyuman dengan muka baru bangun tidur...hihi.
Walau keletahnya ada masa buat aku hangin, ada masa buat aku pening, tapi aku tahu, aku pasti rindu akan saat-saat ini satu hari nanti. Oleh itu, aku kena belajar buat tak kisah dengannya, after all inilah yang harus semua ibu-ibu hadapi bila besarkan anak-anak kan.

Tiba-tiba teringat satu lagi aksinya yang buat aku geram. Aku nak buatkan dia susu. Botol sudah ada di tangannya, aku panggil dia suruh serahkan botol tu, tahu apa dia buat? Dia pergi lari ketetel cepat-cepat sorokkan botol tu belakang almari. Adeh! Hangin aku tau!....hihi. Dan......hari itu juga adalah hari yang sama lengan di bahunya melecet kerana terkena alat senaman abahnya itu..huhu.

Arif!! Arif!!! You are really my precious. Ibu sayang Arif tau! :x
~ يوس ~

23 comments:

  1. Adam Faris pun dah panjang akal.
    Macam macam yang dia dah pandai buat.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, comelnya la arif ni, siap boleh panjat2 lagi, semalam SRD citer pasal arif, saya siap gelak lagi, tak boleh membayangkan kak yus menjaga arif yang ligat dan bijak ni kan..:)

    ReplyDelete
  3. Serious Yus... dlm banyak cerita anak-anak Yus kakak paling suka bila N3 Arif. Kakak mesti senyum (suka). Nampak sangat dia cerdik (bukan puji) tapi percayalah Yus dia akan jadi budak pandai bila sekolah kelak. Air muka dia pun dah nampak keletahnya dia...

    ReplyDelete
  4. mata sepet je bangun tido..tapi bergambar harus =)
    anak2 adalah harta yang tak ternilai kan kak...

    ReplyDelete
  5. samela ngan cha cha..even dia gurl tp lasak mcm boy....samela suke amek kerusi pastu panjat sana panjat sini....kalau x de kerusi bole pulak guna car dia tuk panjat tau...poning mama =p

    ReplyDelete
  6. Salam kak yus... hihi lucu pun ada tengok gelagat arif... Naim pun sekarang dah mula ligat... pening jugak kadang2 nak melayan... hihi ni baru sorang... belum lagi ramai macam kak yus :)

    ReplyDelete
  7. Heheee, kemain lagi Arif ye :)
    Suka memanjat nieh :)

    ReplyDelete
  8. comel yus..aksi nakal ariff tu..

    ReplyDelete
  9. Ariff dah semakin ligat sekarang nie ye.. mesti sweet lihat telatah anak2 ye kak

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yus... memang suka tgk gelagat dia...gelak dia pun dah nampak nakal... tapi nakal anak2 ni bagus..dia aktif... cuma kita kena hati2...takut nanti dia tercedera sendiri...

    Nak gelak dengar perkataan ketetel tu.. ingatkan orang melaka je yang pandai cakap tu...

    ReplyDelete
  11. arif yg hyper tp cerdik! pasti pnat mlayan glagat dia kan hehehe... sama lah ngan si bongsu kat rmh neh, tp time dia tido rs sunyi plak!

    ReplyDelete
  12. Bertuah Yus, berpeluang melihat anak membesar dpn mata 24/7.. Tiba2 sy tacing.. huhuhu..

    ReplyDelete
  13. suka benor memanjat ek..comel jek aksi2 dia duk tenggek tuh..huhu..kalo faris, dia takut ngan vaccum..huhu

    ReplyDelete
  14. Tiada yg lebih precious bagi seorg ibu..
    Lasaknye arif!!

    ReplyDelete
  15. itu reaksi nak mintak dikejar lah tuh..hehee..manja arif~

    ReplyDelete
  16. comel!putih!hensem!bijak!complete dah..hehe..

    ReplyDelete
  17. ariff so sweeettt, auntie geram tgk kamu, rasa nk cunit2 jek, waktu bangun tidur tu bau dia masyam kan kak, tapi tu yg sedap kita duk cium kekekekekkekekek

    ReplyDelete
  18. arif ohhh arif.. mana la ibu tak slim2... hehee... so cute..

    ReplyDelete
  19. budak bijak kan.. nakal2nya selalu mencuit hati kita.. hilang rema jd tambah sayang.. sgt precious..

    ReplyDelete
  20. alahai kak...macam2 betula ksi arif dalam masa tu hari ye kak. ada masanya bila buat nakal tu mesti comel je muka dia kan!

    ReplyDelete
  21. Hai anak2 memang x pandai nak duduk diam,nak selerakkan rumah kasilah ngan diorgkan...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...